7/12/09

True Friend, 1:infinity

Manusia yang aku angkat jadi teman,
bukan bangsawan, bukan anak sultan
mahupun seniman jalanan,
sekadar orang kebanyakan
yang aku, dia, mereka, ENGKAU sama

Manusia yang aku angkat jadi teman,
perosak, pemusnah dalam sepi,
Pejak, pejak makhluk naif
Mulia di belahan badan cuma.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Peniru profesional,
Bukan atas dasar kefahaman,
Selain butuh dengan pujian,
Menjadi hamba trend kontemporari.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Kulit Melayu, telan belacan,
Laku bak American Next Top Model,
Membuka apa sahaja dipanggil mahkota,
Kerana "seksi" itu persis anugerah,
Yang dipandang mulia si jahil lagi tolol.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Guna kuasa seorang wanita,
Merapuh satu satu laki bodoh,
Sedang hati sudah bertuan.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Membenih pohon diskriminasi,
Sisterhood lah konon,
Wanita dibuli,
Tulikan telinga, simpan tenaga.

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Bagai menghakimi buku dari luar,
Diam membisu, belum tentu pemalu,
Apa kau melayan hanya bernama lelaki?

Manusia yang aku angkat jadi teman,
Yang aku gelar kawan,
Sahabat lah konon,
Boleh pergi mampus ke dunia haiwan.

Dari jamban ke atas katil,
Rawang.
1215pm

2/12/09

Another story about Blackbird Fly

Tunggu tahap gaban,
Without teh secawan,
Bukan tunggu kawan,
Bukan tunggu lawan,
Mahupun action kamen,
Aku assume kau kan,
lebih dari kawan,
Kalau tengok jam pukul 2:58,
Tidak aku da nyenyak dalam buaian,
Tapi apa kau berikan,
Mesej kosong zero, memang pelik lah kan,
Kau tu onlain,
Kau ingat aku mainan,
Tak punya perasaan,
Tunggu macam hape, ini diberikan?
Dah laa, sayang konon,
Benci katakan,
Tak perlu aku susah susah fikirkan,
Takpe, aku assume kau sedang bizi layan teman.
Dan aku tak diperlukan.

Huh.

Aku memang tak marah, kau tahu kan?

21/11/09

Blackbird Fly

Kalau objek yang kau kata solid itu
Yang kalau aku campak
Mampu punah badan badan kompaknya
Syukur aku ada kau
Yang gerila memijak hati aku

Kalau objek yang kau kata solid itu
Lagi punya rasa
Lagi punya hati
Lagi punya jiwa
Syukur aku pilih dia
Yang apa saja dia ternyata fahami aku

Bercinta dengan Blackbird Fly lagi baik berbanding kamu, hakikatnya



hembusan nafas kapal terbang kertas,

20/11/09

Bagaimana kalau orang yang kau benci mungkin saja orang yang kau suka?

Em kejap ye, banyaknya orang yang aku benci. :DD

Tapi aku bukan nak kata ini salah satu karakter drama atau fairy tale yang perlu diikuti, atau kau nak kata ni satu karma, buu!

Apa macam korean story lah, muak.

26/09/09

Satu hari di Myspace #2

Kalau kau nak tahu, sebenarnya ramai yang suka berkiamulail. Kita aja yang tak mahu tahu. Para remaja lagi tu. Jadi jangan letak timbunan cas negatif aja pada remaja. Siapa sangka sebenarnya mereka lagi alim dari korang!














Baik, cuba check online friends kau orang dalam pukul dua atau tiga pagi. Tabik negaraku pada mereka yang berjaya berkiamulail. Haik!!

Benda Aku Belajar Dari “Abang” Tepi Kedai

Sorry to say, berfiwit fiwit depan perempuan langsung tak cool. Dan kalau lah mereka lelaki Melayu terakhir sekalipun, aku tak mahu ok. Kau gatal, Kau miang, Pergi garu sendiri lah. Kenapa perlu fiwit fiwit. Serius shit gileh.

Satu hari yang indah, aku seorang gadis sendiri lalu di kedai kedai. Aku ternampak sekawan kaum lelaki yang selekeh lalu depan aku. Aku ke tepi sedikit beri laluan untuk mereka. Aku kan perempuan mithali, mana mungkin aku bolos aja depan lelaki2 itu. Tiba tiba ada seorang lelaki sapa aku, “Hai akak” dengan nada ayu. Heh, selamat aku masih kebal, godaan tadi berjaya dihapuskan. Aku diam buat tak tahu. Kemudian lelaki tadi menyambung,”sombong gila”.

Oh Blah, macam tu pun dikira sombong. Patutnya kau yang malu, tak reti menggoda nak menggoda. Haih pergi belajar lagi lah.

Dan satu lagi,

Aku rasa nak tergelak kalau ada perempuan perempuan yang mana suka berbangga bila ada lelaki tackle dia guna cara macam ini. Lepastu hebah hebah dekat kawan kawan dia. Hahaha! Bangga gile weh!

31/08/09

Ini Mungkin Kata Terakhir Aku

Haih, macam malas pulak.

Macam malas nak balik sana.

Sekejap sangat masa ini kan,

Ok lah.

Sampai jumpa lagi untuk dua atau tiga minggu akan datang.

Assalamualaikum dan Selamat Hari Puasa, minta maaf semua. :)

30/08/09

Tanggal Tiga Puluh Satu

Samada kau orang perasan atau tidak, tahun ni punya Merdeka tak banyak beza dengan hari-hari biasa. Serupa macam tak merdeka kan?

Kalau kau orang pergi sekolah aku, lagi lah macam tak ada rasa patriotisme. Aku sebenarnya agak kecewa dengan sekolah aku. Kalau ikut zahir sekolah tu, ye bendera Malaysia dah gila bapak banyak terbentang, jadi aku fikir soal menyambut merdeka usah dipertikai. Mesti ada punya aktiviti. Tapi aku silap. Bendera tu dipasang mungkin atas dasar MB nak datang itu hari. Ok. Apa guna kan?

Aku dan budak2 lain hidup tak ubah macam satu kotak. Kalau tak diharapkan aktiviti sekolah dan surat khabar kantin, mana kami nak tahu perkembangan luar dan rasa patriotisme[?]. Kena anjakan paradigma lah sekolah aku ni.

Kalau dulu dekat sekolah harian, boleh lah tengok tv hari2. Kalau sekali tengok iklan Petronas dah membakar jiwa patrotik. Aku tersentuh ok tengok iklan Petronas. Kalau kau orang ingat ada satu iklan budak India, mak dia mandikan. Kalau kau orang masih ingat ada satu iklan budak kecik bercinta. Comel je oh. Haha. Kalau kau orang ingat tahun lepas punya iklan yang pasal Aiman si tukang baiki tu. Kalau kau orang masih ingat, dulu kalau nak merdeka, banyak gileh iklan kan? Tapi sedih lah, tahun ni punya iklan tak banyak kan? Aku Cuma nampak yang iklan Modenas je. Itupun tak berapa gempak. Haih.

Dulu lah, cerita dulu memang banyak. Asal merdeka aja, bendera tepi pintu rumah, bendera tepi pagar, bendera atas kereta, bendera atas motor, aku rasa meriah sangat masa tu. Masa tu lah kalau nak tengok laporan trafik dekat TV yang paling best. Satu fenomena yang siapa sangka kita tak akan melihatnya lagi. Haih.

Kita ni 52 tahun merdeka baru, tapi semua orang dah hilang rasa patriotik. Kau boleh bayangkan lagi sepuluh tahun? Aku rasa yang beriya menyambut pun golongan kanak2 aja. Sekarang pun dah macam tu. Jangan sampai satu masa nanti bila ada merdeka, hari tersebut serupa aja macam hari2 biasa. Sekarang pun boleh kategori macam itu.

Kau perasan atau tidak ha, apa2 pasal merdeka semua kita ambil yang dahulu. Lagu sudirman lah paling style. Cerita leftenan adnan lah paling famous amous. Balik2 semua tu lah diulang tayang. WEh kau ingat tak bosan ke? Kalau cerita negatifnya remaja golongan2 seni ni boleh berlumba-lumba nak buat, apa salahnya cerita merdeka mereka bertindak seperti itu. Kalau lagu-nak-jugak-macam-indon mereka boleh kejar kejar nak buat, apa salahnya buat sekali lagu merdeka. Heh tekanan perasaan lah aku.

Ada satu benda pasal merdeka yang tak boleh terlepas ialah konsert. Jangan ingat kalau merdeka aja kita kena berkonsert, Jangan ada mentality bila merdeka aja mesti ada bunga api beriban-riban. Tak perlu semua tu pun sebenarnya. Kalau nak bermegah kita merdeka pakai alat, sampai bila pun tak habis. Patutnya kita semua kena risau mana atma patriotisme dalam diri masyarakat kita satu hari nanti.

Kenapa mesti hal lain yang jadi masalah, hal merdeka kita lupa. Contoh, orang-orang politik inilah. Gaduh, gaduh, Gaduh. Patutnya bila masuk musim merdeka, fikirlah sejenak nak berbaik semula. Ini baik atas pentas masa perarakan aja. Haih macam mana rakyat nak jadikan modal teladan kalau begini lah.

Seriusli, kalau boleh aku nak semua kembali seperti dulu.

Selamat Hari Merdeka 52


Kambengkata, aku benci aa tapak merdeka tapak buat syaiton.

29/08/09

Cas Negatif

Kenapa kita suka sangat bermegah dengan cas negatif kita?

Aku tak ambil contoh lain. Aku sendiri pun macam tu. Dan aku rasa semua orang pun pernah macam tu juga. Jangan tipu ok.

Kadang2 aku rasa bodoh juga. Macam bukan buka je kali ini, ni dah tahap tayang pekung di dada. Tak senonoh betul. Itu pun boleh lagi bangga dan ketawa berdekah-dekah. Astaghfirullahal’azim.

Orang kita ni kalau kau perasan lah, lebih suka berbangga dengan kejahatan daripada kebaikan. Tapi kalau pakai logik lah, sayogia orang lebih berbangga dengan kebaikan , ini vice versa pulak.

Cerita orang macam ni selalunya bersifat menunjuk-nunjuk. Kalau ada tayangan filem, mahu aja dia tunjuk. Tapi sorylah kan, benda jahat macam tu selalu dilakukan spontan aja. Tak ada rakaman dalaman dan luaran pun. Takkan nak mencuri pun kena rakam kot ?

Cerita orang macam ni selalunya dia bajet orang akan kata “FUYOH!” “WUYOH!” dan apa2 aja yang mampu buat pendengar tu terkesima kejap. Konon hebat lah kan. Orang lain tak berani buat, kau berani. Hebat Hebat.

Cerita orang macam ni selalunya dia suka buat orang tak jangka dia lakukan benda tu. Contoh, lelaki A seorang yang baik dan rekod kebaikan dia sentiasa cemerlang lah. Tapi itu dahulu. Kini, tak sangka dia boleh bakar sekolah dia. Masa tu mungkin ada pendengar yang akan kata,”tak percaya aku, kau…”. Kemudian orang macam tu akan sengih2 kambing. Misi dah berjaya katanya.

Cerita orang macam ni selalunya dia akan jadikan kejahatan dia lakukan tu satu bahan lawak. Kira bila orang dengar orang boleh gelak lah. Masalahnya lawak ke? Alahai selalunya pun orang itu yang akan gelak dahulu, baru si pendengar join gelak sekali. Yang join gelak pun entah2 gelak kasihan aja.

Cerita orang macam ni selalunya part klimaks dia masa pendengar akan kata, “Gila teruk kau.”. Penyataan tu seolah-olah suatu yang ditunggu-tunggu. Kira macam anugerah lah. Lepas dapat anugerah, lagi bersemangat dia mahu cerita.

Sebenarnya, hebat sangat ke cerita kau dah berani kenakan cikgu, hebat sangat ke kau dah berani ponteng kelas seminggu? Mungkin hebat masa tengah bercerita. Al-maklumlah cerita baru keluar ketuhar. Panas kot. Tapi cuba kalau terkena balik dengan orang yang serius, tiba-tiba dia kata, “Kau ingat hebat sangat ke?”. Takpun andai kata yang cakap tu orang yang engkau admire, mesti malu gila kan. Kadang-kadang tu ada benda yang tak hebat dikatakan hebat, benda yang hebat pula yang selalu direndah-rendahkan.

Aku mengaku dalam rutin hidup aku, aku banyak buat benda ni. Makin hari, makin lali. Makin lali, makin suka. Makin suka, makin nak buat lagi dasyat dan seterusnya. Sampaikan kalau orang suruh huraikan tentang aku, aku lagi suka menyebut tentang negatif aku. Perkataan Nakal tu seolah-olah nak aja dijadikan makhkota. Yelah, kadang-kadang ada rasa seronok kan bila orang kenal kita dengan sesuatu yang nakal, bukan jahat.

Kita ambil contoh lah, orang kita ni kebanyakannya bila diberi pujian seolah-olah macam nak tak nak je. Bila orang kata “rajin”, “baik” dan apa bagai lagi, kita macam nak suruh dia diam. Malu lah apa lah. Tapi cuba kalau diberi hinaan macam “mereng” lah,”jahat” lah, tahu pula tak malu. Boleh senyum2 macam nak mintak hinaan lagi aja. Benda ni kononnya lawak. Lawak lah sangat kan? Andai aja lah kamu orang tahu, setiap perkataan itu merupakan doa, mesti kau nak dia stop hina kau macam tu.

Ok, seriusli, kalau aku, aku tak mahu pun orang kenal aku dengan sesuatu yang negatif. Aku pun nak orang kenal aku sebagai Tokoh Pelajar ke, Pelajar paling rajin ke. Ni balik-balik Pelajar Paling Lalok. Ok sudah, aku memang kaki tido.

Bai.

27/08/09

Dia Pun Nak Jugak

At last, adik aku pun join blog blog ni sudah. Tambah satu ahli rumah aku ada blog.

Btw, shes 9. Gile keladi lah. What to do, budak sekarang memang pakar IT kan, aku sembilan tahun pun still buta IT lagi. Otak penuh dengan muka Bulbasor, Sallormoon, Doraemon aja. Jeles siottt!

OK tu je,

Assalamualaikum


kambengkata; Usually 1st post orang selalu introduce diri, dia pulak suka suka hati pergi kutuk aku busuk gila. Berani gileh gileh kau, budak! :D

26/08/09

Lawak Lah Sangat

“Eh dah berisi sikit lah.”

Beliau gelak. Gelak. Gelak.














Err, ni orang ke-4 kata aku macam ni. OK 2 bulan aku dekat maktab baru orang dah perasan aku semakin comel. Demm gileh! Macam mana boleh perasan ni?

Kau pernah terfikir kenapa manusia khasnya perempuan lah risau gile kalau dah semakin XL? Aku rasa benda ni tak ada lah serius menakutkan kalau mulut2 orang semua reti diam. Jangan bising.

Apa yang berlaku sekarang. Bila gemuk sikit, orang dah bahan. Bila gemuk sikit orang dah kata doraemon. Bila gemuk sikit pakwe lari[Aku aplikasi dari cerita Cinta Kolestrol]. Bila gemuk sikit, kawan malu. Bila gemuk, boleh kata semua tak sempurna. Dah tak cantik lah kononnya. Kononnya. Siapa kata.

Gemuk comel apa. Kalau kucing lagi gemuk, lagi orang sayang. Kenapa manusia lagi gemuk lagi dihina. Macamana boleh kata kita masyarakat maju sedangkan mentaliti masih di takuk yang lama.

Aku tak kisah sangat benda ni asalkan tak dipilih jadi peserta Biggest Loser sudah. Tapi since yang XL nya muka aku, badan still penyapu lidi, aku rasa macam, macam... Err. Err. Haha!
iii
s/k, aku nak pakai botox esok. Jom Haha

25/08/09

Berapa Lama Boleh Tahan Kak?

Coretan Tuk Si Dia : Syg , u taw ta yg i syg u sgt sgt . I chenta u sgt sgt . U la chenta mati i . U la chenta agung i . I ta snggup idup tnpe u yunk . Idup i ta lngkap tnpe u . Idup i ta b'mkne tnpe u . Setiap mase i ingt u . Setiap detik i pk sal u . Setiap degup jntung i sbut name u yunk . I seda i byk wat silap kat u . Byk wat slh kat u . Tp tu ta b'mkne i ta syg kat u .Ta chenta kat u . No syg . I syg gile vavi thp gaban kat u . Chenta mampus kat u . Nobody is perfect ryte ? T'msuk la i . Sorry k . I promise i wont make the same mistakes again . I ta snggup khilngn u . If i hilng u means mati tuk i . U are my heart . My sweetheart . My love . My soul . My life . Mostly my everything . I will always love u , care bout u . No one n nothing cant make me stop loving u . Even death cant seperate us . I hope we'll be togather forever . Syg u . Chenta u . Miss u . Love u . Muuaacchhhxx !


Aku tak rasa its worthful tulis benda ni though kau dah kemaruk sangat bercinta. Macam kau buat perjanjian yang belum tentu kau dapat tunaikan. Dan Eh! Kau 13, 14 , 15 or maybe 16 sekalipun, kau gerenti sangat ke orang yang kau bercinta sekarang ialah orang yang akan bersama kau di arena ijab kabul. Heh?

10 years to go lah, akak dan abang. Dan mana kau nak tunaikan berjuta janji yang kau dah buat tu? Ya, kalau kau jenis tak ambil berat soal janji kau mungkin tak kisah. Tapi bagi aku word janji tu pun dah punya nilai yang besar. Kalau dah janji, kasi bikin lah.

By the way, aku rasa gile lawak kot baca benda2 macam ni yang terpapang gila besar dekat myspace, friendster dan apa bagai lagi lah. Orang kahwin pun tak show off their agreement[sijil kahwin], mungkin ini agak serupa lah kot dengan sijil kahwin as couple ada ke sijil couple? Haha!

Aku terasa nak wujudkan sijil couple. Kalau yang agak player tu mesti boleh bangga ada sijil couple banyak2 kan? :))



s/k, Nenek aku kata, orang kalau bercinta, kentut pun bau wangi. Bapak ah. Sekali kentut keluar haruman Dior. HAHA!

23/08/09

Satu Lagi Bab; Aku Ketinggalan Zaman



Orang kata, kalau kita duduk asrama, banyak benda kita ketinggalan.
[Dengan kecewanya aku kata, kenyataan tu memang tak dapat dinafikan. AAA!]

Ok kita terus ke topik utama. Hari Rabu, tak silap aku. Ya, Hari Rabu mungkin. Macam dulu juga, hari Rabu selalu hari paling cool buat aku. Paling hebat, paling gah, paling masyuk, paling panas, paling sejuk, paling, paling lah.

Hari Rabu hari itu kalau aku tak masuk Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, mungkin aku sudah siap sedia menjejakkan kaki ke UTM dan melihat the one and only kakak aku graduate. Seriusli, mesti sangat bes weh!

“Batu belah batu bertangkup. Aku kepingin pakai baju besar bersama topi besar dengan segulung helaian putih di tangan dan sekalung bulatan konkrit di leher.”

WOWOWOWO!

Dulu aku pernah pakai “apa bagai” tu sekali masa tadika. Siap dimake-over nya aku yang kurang lawa menjadi aku yang agak lawa. Ceh! Ceh! Biar aku beritahu, Cikgu tu pi calitkan lipstick warna merah dekat aku. Aku yang berpegang pada moto AI LOVE BEING NATURAL, terus mengelak dengan velocity yang agak constant. Faham2 jelah muka aku macam mana lepas tu. Calitan darah di tepi pipi. Aww seksi kot? Haha!

OK sambung hikayat semula. Maybe it takes a long time to see me wearing those stuffs for the second time. OK OK. Kasi aku tengok orang graduate pun jadilah.

Tapi yelah, kawan. Aku kan seperti katak terkurung bawah tempurung. Mahu keluar kena ada syarat. Anda demam? :D



CONGRATULATION :DD

Maaf, Lama Tak Kemaskini



Orang kata, kalau orang tu duduk asrama, dia tahu cerita pasal asrama je. Bapak boring!

Tapi peduli hape aku. hari ni aku terasa satu macam feel nak kasi tahu semua orang pasal sekolah-tiga-bulan baru bukak tu. Excited gile babeng ah! And yeah, aku budak-dua-bulan di sana.

Jeng-Jeng-Jeng. [Gambar yilek beb, hp aku hilang sekali dengan card reader hilang. So no pictures to show you.]

Aku actually nak kasi tahu benda ni awal, tapi entah kenapa aku dulu-dulu sangat keciwe tahap ayam dengan sekolah baru aku tu, Sampai nak kasi tahu aku sekolah apa pun aku gila tak suka. Tapi sekarang, aku dah boleh accept the truth. Agak ah, dah dua bulan stay sana kalu tak boleh accept, tak tahu lah. Bak kata pepatah, benci-benci lama-lama suka kan? Ha amik kau, azyan! Haha!

Aku tak tahu lah samada sekolah aku dah cukup famous atau tak, tapi ni lah sekolah yang dah dua bulan aku menginap. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Yeah, agak terpencil di hujung dunia sekolah itu. tapi entah ah. Somehow aku rasa best pulak sekolah hujung2 dunia macam ni. At least aku boleh suck fresh air. Memang jarang2 didapati di KL sekarang ini ye tuan2 dan puan2 sekalian. HAHA.

Ok since aku tengah blur blur tak tahu nak kata apa, better I stop now. Karang aku merapu pulak.

Before I end my boring story, I wish to all muslims,

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak !

17/07/09

SHOUT AWARD 2009

Tahniah to BUNKFACE, aku suka kau Sam Hand'sam'. :)

21/06/09

Kompilasi Hit Power Ranger

Kalau aku boleh minta sesuatu, aku mahu masa ini dihentikan, biar hari2 berlalu tanpa memikirkan aku bakal meninggalkan kamu semua atau kamu bakal meninggalkan aku. Kamu semua yang terbaik dalam hidup aku. Kalau aku boleh minta pelangi, aku mahu pelangi itu ialah kamu semua. Kamu warna terbaik pernah aku ada. Warna baru tak akan dapat gantikan warna lama dalam hidup aku. Serius ini dari hati aku. Jaga diri, jaga hati. Ada jodoh jumpa lagi. :)

Aku tak boleh cakap lebih, aku sedih gila bila fikir benda ni. Harap kau orang tak lupa kan aku. Teruskan perjuangan kamu semua. :)

Lagu ni buat kamu semua. Terima kasih untuk kenangan yang gila banyak, terima kasih untuk ucapan yang tidak mampu dibeli, terima kasih untuk nilai sebuah persahabatan, terima kasih untuk segalanya.

p/s, 4 Sejati, jangan peduli apa cikgu komen pasal kelas kita. Kita ada identiti tersendiri. HOHOHO. (Aku tak suka cikgu "terlalu" pandang kelas pertama sebagai satu kelas yang pandai, kelas pemenang, kelas yang dengar kata, kelas yang kerja rumah semua sempurna, kelas harapan, OH weh kita orang tak peduli semua itu lah. Kami bahagia menjadi kami. Expect the unexpected, teachers.)

From the bottom of my heart, Kompilasi Hit ini untuk kamu semua. :))

17/06/09

Expect The Unexpected

Hari ni 17 haribulan 6. Aku tak kisah berapa tarikh dia. Tujuh hari semacam akan berlalu juga. Tujuh hari? Eh sekejap jelah tujuh hari tu!

Aku tak tahu apa aku rasa sekarang. Semacam kosong. Kalau putih tu kosong, rasa aku lagi putih dari keadaan sekeliling. Kadang-kadang ada benda kau mahu dia jadi, sebab kawan kau melaluinya. Kau bersungguh2 nak benda yang serupa macam kawan kau tu terjadi pasal kau rasa benda tu macam best. Then, bila benda tu terjadi, kau gembira nak mampus tapi kau rasa semacam kosong.

Serius, aku bersyukur dengan apa yang terjadi cuma mungkin sedikit rasa sedih, sedikit rasa keliru, sedikit ini, sedikit itu. Aku tak pernah pergi asrama before ni, aku memang jakun gila nak masuk asrama. Aku dah dua kali sedih-sedih pasal tak dapat asrama. Aku dah banyak kali semacam nak pukul orang kerajaan pasal kurangkan kemasukan kaum hawa. Aku dah banyak kali tiap malam termimpi-mimpi nak masuk asrama. So, bila aku tak buat rayuan(sebab aku rasa A PMR aku cukup makan je kot), dan tiba-tiba aku dapat offer letter petang tadi, semacam kuasa magis pun ada. Serius, saraf aku bangkit. Ini apa yang aku impikan suatu masa dahulu lah konon.

Cuma sekarang,, ye aku takut apa yang aku excited gila tahap gaban dahulu dan kini, akan mengecewakan aku. Like my mom said,’asrama bukan macam yang disangkakan.’ . aku bukan independent sangat, aku bukan jenis rajin gila sangat, aku bukan jenis sekepala dengan orang sangat, lagipun everything is on ur shoulder, siapa pun tak akan tolong jadi bahu kau. Ada orang kata asrama best, ada orang sebaliknya. Dulu bila orang kata macam ini, aku selalu kata dalam hati,’Biar aku cuba dulu, mereka lain.’. tapi entah mengapa sekarang ini, aku fikir aku tiada kekuatan untuk berdiri dengan sendiri. Orang-orang kat sana yang aku dengar mostly plastic. Senior yang "bajet-hebat-sangat-mahu-buli-orang". EE serabut siot!

Susah bila dah bercampur aduk rasa.

Keliru jadi permainan atma. Alhamdulillah kerana kawan itu ada, mereka beri pendapat, mereka beri kata semangat, mereka beri dorongan padu kepada aku, terima kasih. Kalau memang asrama dapat mengubah aku jadi budak cepat sedar diri so aku boleh jadi budak cemerlang gemilang, aku suka hati, rela hati pergi asrama. (atuk wan aku excited gila bila dapat tahu aku dapat offer tu.)

Aku fikir sayang oh kalau zaman sekolah tak ada pengalaman stay asrama, walaupun pahit(aku harapkan manis), mesti itu yang akan diingati kan kan? Macam kau jadi pengawas lah, kalau boleh kau kumpul lah sekali 3-3 pengawas, mesti bangga gila ada 3 nametag. Haha!

Doakan aku pilih yang terbaik ya, kawan. :]


s/k, pengetua tu mesti terkezut gila tengok result mid-year exam aku, Haha!

16/06/09

Promosi Hebat

Boleh percaya tak, kelas aku zero lelaki Melayu sekarang?

HAHAHAHAHAHAHAHA lawak lawak.

Siapa2 rasa lelaki Melayu sila masukkan diri anda ke dalam kelas aku. (Bukan wa gatal lah. Aku tak tahu kalau engkau bangsa Melayu tapi kau tak ada rasa malu bila orang tanya ke mana lelaki Melayu pergi.)


" Amir, semoga berjaya di sekolah-aku-kurang-ingat. " :]

15/06/09

Jangan Salah Menuding Jari



Aku selalu berada di tempat yang selalu terjadi perkara seperti ini. Dan aku mula menyampah. Serius, aku sedang menyampah.

Aku tak mengerti bagaimana orang menilai seseorang pesalah. Ada pesalah memang harus kau angkat sebagai pesalah, mungkin kerana dia memang orang yang melakukan salah. Tapi bagaimana pula dengan orang yang tidak mahu melakukan kesalahan tapi dijulang sebagai pesalah?(Ayat wa kurang jelas. Nasib wa dah sediakan contoh tidak bergambar.)

Abu sedang syok layan TV, tiba2 TV dia meletup kebabom. Dalam hatinya,”weh mampos aku kena belasah dengan bapak”. Tengok2 betul2 dia kena belasah dengan bapak dia. Sambil mengganas, bapak dia kata,”kau ni tak rosakkan barang aku, tak boleh ke?”.Lagu Sudirman berkumandang, Abu menangis. (cerita sedih, kau orang mesti menangis Isk Isk)

Ok dalam drama tak bersiri ini, mungkin semua pun fikir Abu yang salah kerana merosakkan TV. Tapi antara sedar atau kurang sedar, sebenarnya seorang pun tak salah. Adakah kau fikir Abu memang saja2 nak rosakkan TV? Dia pun tak jangka TV gelong tu akan rosak. Tapi si Abu kena tanggung beban kesalahan yang tidak dia lakukan.

Kalau aku jadi Abu pun aku akan nangis dengan amukan yang dasyat. Sakit hati wo,,

Aku percaya bukan semua pesalah ialah pesalah. Kadangnya ada benda yang buat orang tak bersalah menjadi pesalah tanpa disedari. Selalunya berkaitan kemalangan dan benda2 yang kau tak jangka akan berlaku. Tapi mengapa eh kurang yang memahami keadaan ini dan mana keadilannya kalau semua orang pun suka menuding yang salah?

Bukan sikit orang seperti ini. Aku perasan banyak sangat orang seperti ini; orang yang salah menuding jari. Mereka selalu percaya dengan apa yang dilihat sahaja. Aku tak pasti, dalam hati mereka ini ada terdetik atau tidak rasa ingin tanya kejadian sebenar. Bukan segalanya diri ini mampu berfikiran betul. Kadangnya kita ini silap juga.

Mungkin jugalah benar apa kata orang, kalau marah mengusai fikiran, perkara benar pun dikaburkan. Contohnya kalau accident, kalau kau ialah pemandu yang TERlanggar seorang budak, dan budak itu cedera, mak bapak budak tu mesti salahkan kau selain memaki kau depan orang ramai. Kenapa tak ditanya macam mana budak itu boleh ada depan kereta kau yang buat kereta kau TERlanggar dia? Apa dia orang fikir kau saja2 nak langgar budak tu ke? Gila.


Haih, makin dikatakan maju, makin rumit perjalanan hidup.

12/06/09

6/06/09

Hey Walley Walley Heyyy!!

Ini apa yang aku impikan. Kehidupan yang aman damai tenteram makmur(dan apa lagi?)tanpa sebarang tekanan. Bangun pagi tengok pantai, bangun pagi tengok pantai, pangun pagi tengok pantai, bangun pagi tengok pantai, bangun pagi tengok pantai. Lima kali bermaksud lima hari. InsyaAllah aku tak bosan.

Hey Walley Walley, aku tak sabar oh! Sekian. (Eh ni lagu india rambut ketak2 tu kan? Hey Walley Walley Heyyyy!! Siapa tahu nama dia?)



Langkavii Here Ai Come Bebehh!

Kalau Silap Itu Satu Kebanggaan

Aku sakit kepala, semalam supremely horrible day bagi aku. Aku pernah post entri pasal kita kena bangga dengan silap kita pasal silap ialah guru terbaik kita. Tapi kali ini, aku tak rasa nak bangga dengan silap aku. Ni tak macam silap biasa, lebih kepada "bukan semua benda boleh dibuat main2".

Aku tak nafikan dulu aku memang suka buat buat salah send message, ya boring punya pasal. Sometimes kerana terlalu bosan dan mungkin atas dasar nak enjoy belebeh2, benda yang bukan bahan permainan pun diannggap permainan. Mungkin seronok bila kau dapat buat apa yang kau tak rasa kau akan buat. Contohnya bagi message,”Power Ranger cepat datang! Helo 123, Power Ranger serangan ke atas bumi gagal, gagal!”. Merapek gila, lepastu kau gelak bila orang tu kasi respon. Ok memang fun gila. Bukan nak permainkan orang, kadang kala orang pun suka dapat message salah. Dan benda tu boleh jadi topik pembukaan kalau kau dah blank sangat tak tahu nak message apa, tapi gila ada rasa nak message.

Ok itu dulu lah. Kali terakhir aku buat2 salah message pun masa aku nak kenal dengan Fahrin Ahmad.**wa bukan punca Linda Off putus cinta ok.

Tapi semalam, aku tak main2 salah send, aku dah berhenti dari buat kerja2 tak bermanfaat ini. Dia tersalah send dengan sendiri. Dan aku rasa teruk gila hidup aku bila aku sedar pada masa2 message tu sedang diproses ke orang yang salah.

Kalau bukan inti message itu berkenaan orang yang aku tersalah send message itu, tak mungkinlah risau aku di tahap gaban. Masa itu aku harap connection tu mati tiba2 atau ada perlanggaran antara message aku denagn message orang lain. Tapi tak mungkin lah. Teknologi semacam laju, dan padan muka aku, orang itu bagi respon. **maaf wa terpaksa tipu lu yang semua tu adik wa punya kerja.

Tapi aku dapat rasa dia hanya berpura mempercayai kata kata orang gelabah macam aku. Yalah, im not a professional liar kan? Mungkin jahil lagi bab menipu ini. Dan akhirnya mungkin akan mengeruhkan lagi air yang sudah keruh.

Sampai sekarang aku belum tenang lagi, aku tidur dalam keadaan tidak aman malam tadi.

Memalukan right bila kau terbagi tahu rahsia hati kau kepada orang itu tanpa kau sedari. Dan kau siap tulis harapan kau lagi kat dia macam kau harap dia akan jadi boyfriend kau. Weh this is insane kan? Tambahan pula ini ialah message yang bukan sepatutnya orang itu baca dan dia memang tak patut tahu kalau kau suka dia pun. bagi aku lah.

Heh aku rasa lawak jugak bila fikir benda ni balik. Kalau dulu boleh gelak2 dengan kekhilafan message, kali ini boleh terbangkit saraf2 gelabah cuak aku. Ahh aku memang perlukan pertolongan sekarang.

Do I need to tell him the truth?

3/06/09

Hero Malaya


Semalam habis tusyen aku jalan2 dekat kedai buku. Aku nak beli buku, tapi aku tak tahu nak beli buku apa. Kalau dulu, aku selalu habiskan duit dengan komik. Tapi sekarang, aku tengok kartunis Malaysia dah macam tak buat komik dah, jadi aku berhenti beli komik dan layan novel Truth Or Dare. Aku gila buku tu. Setiap kali aku pergi kedai, aku cari buku tu. Sampai lah akhir tahun 2008, aku berhenti beli buku tu, konon mahu cari nafas baru. Haha.

Tak habis disitu lagi, dulu aku layan novel Alaf 21.**wa cakap lu, wa memang gadis jiwang dulu, kini dan selamanya. Haha. Novel Alaf 21 serius macam novel bodoh. Cerita dia sama aja. Konflik tak habis habis. Macam mana aku boleh terjerat pun aku tak tahu. Budak budak lah dahulu. Haha

Kemudian, mak aku perkenalkan aku dengan buku dari Cecelia Ahern. So aku baca aja, kejap rasa bes, kejap rasa tak bes. So-So lah. Macamana boleh dapat bestselling pun aku bingung. Buku tak faymes Truth Or Dare tu lagi bes tahap gaban.

Ok itu cerita dulu. Sekarang aku dah jumpa buku yang aku nanti2kan sejak kecik lagi. Mungkin lepas ni aku akan beralih arah dari tergila-gilakan Power ranger ke seorang heroin yang lebih bersifat ketimuran, keayuan, kesopan-santunan, kejelitaan. Aww!

Aku perkenalkan kamu orang, Ini dia Matahara dan Rettira. Heroin Malaysia muslimah yang perlu budak2 jadikan contoh sekarang. Aku tak faham kenapa budak2 suka pilih hero yang seksi seksa, Superman dan spendernya, Spiderman dan baju menampak susuk badan(haha!), Sailormoon dan pertukaran telanjangnya(aku rasa kena censored ah cerita ni), catwoman yang tak perlu aku huraikan lagi, cicakman yang lebih kepada lipasman.


s/k, Rettira mungkin bini keluangman. (weh lagu keluangman bes gila kan?)

2/06/09

Sambungan Mr Jay Bee




Kau terasa tak bila budak kecik menegur perbuatan kau? ok mereka masih mentah, tapi tak sangka mereka berjaya memalukan kau depan orang ramai. Ini sangat memalukan kan? Aku percaya majoriti orang Malaysia akan rasa malu bila ditegur budak kecik. Teguran oleh budak kecik selalunya berbentuk persoalan. Ini yang aku selalu jumpa lah.

Kalau orang tua tegur tak ada kesan apa sangat, dan mungkin jawapan yang boleh diberikan ialah orang tua tak tahu perkembangan semasa lah kononnya. Tapi bila budak kecik tegur, mak aihh. Terasa tercabar lah juga kan. Kalau dia tegur depan orang ramai lagi lah rasa malu menebal. Kita tak akan pernah terfikir budak kecik yang berumur lima tujuh tahun tu punya pemikiran yang kadang kala lagi tinggi dari kita, lagi matang bila berhujah. Kita cuma terikat dengan pemikiran bahawa budak kecik kehidupan dia adalah gula dan mainan. Sangat bertentangan dengan apa yang aku nak cerita ini.

Masa kenduri hari itu, biasalah ada yang pakai tudung, ada yang pakai tudung labuh, ada yang atas tutup bawah berbelah belah, ada yang pakai macam tak pernah pergi kenduri kahwin, ada yang hanya berjeans sahaja, si pengantin pula kalau diluar pakai tudung masa hari itu buka tudung. Secara tuntasnya, kita dapat lihat perbezaan dari segi pemakaian tetapi mempunyai persamaan dari segi bangsa dan agama.

Bila dah jadi macam itu, ada sepupu aku ini tanya aku(masa itu pengantin sedang lalu),”Kak $%#, tadi bukan dia pakai tudung ke?”. Aku nak je tambah, “labuh pulak tuu”. Tapi tak tertambah pun. Masa soalan itu diajukan, aku pun tak tahu apa nak jawab. Jadi aku pun katalah,”macam biasalah kan.” Sebenarnya aku dapat rasa pengantin tu dengar jadi aku tak berani cakap lebih2. Jaga hati raja sehari lah konon.

Itu situasi satu. Ini situasi dua.

Ada orang berpakaian agak seksi lalu depan budakbudak kecik ni. Boleh percaya tak budak budak ni pergi cakap macam suara orang dalam airport tu,”ZON TUTUP AURAT” kuat2. Ok nada menyindir kan. Kesian akak-akak seksi tu. Haha. Tapi serius lawak gila.

Sebenarnya bagi aku bukan budak kecik aja yang boleh buat orang besar malu. Kadang kala aku malu juga bila ada orang agama lain mempersoalkan tentang orang Islam. Contohnya, bila cina ni tanya kat aku,”hei kenapa awak tak buka tudung?”. Aku cakaplah ini perintah agama nanti dosa. Then dia sambung dengan nada pelik,”Itu Joyah kawan awak tak pakai tudung boleh kenapa?”. Aku diam. Lepastu dia sambung lagi,”Joyah tak takut dosa eh?” Aku diam lagi. Aku sendiri pun tak pernah tanya Joyah dia takut dosa atau tidak. Tapi kenapa cina tu mesti tanya aku, tanyalah kawan aku aja, tak pasal pasal aku pulak kena.

Kadang kadang kita tak boleh salahkan mereka seratus peratus juga bila dia offer arak ke, dia tak bagi kita pakai tudung masa kerja ke, semua tu salah umat Islam juga. Umat Islam yang tak serupa macam Islam. Jadi bila kita kata kat mereka kita haram melakukan itu dan ini, mereka jadi keliru. “Orang Islam tu pun minum arak, Orang Islam tu pun tak pakai tudung, Orang Islam tu pun makan kari babi, Orang Islam tu pun berjudi”. Jadi mereka tak faham. Jadi cara terbaik untuk tolak offer durjana mereka, kau tolak lah secara tipu. Cakaplah kau diharamkan minum arak pada hari sekian sekian, kau tak boleh berjudi sebab kau dah janji dengan arwah nenek kau, kau kena pakai tudung sebab kau ada kutu ganas dekat rambut kau. Then baru diaorang faham. (Sebenarnya cara ni datang dari kawan bapak aku yang hadir masa meeting di Korea, orang Korea tu hidang babi lah, arak lah. Jadi dia terpaksa tolak dengan cara macam ni dan Alhamdulillah orang Korea tu faham)

Susah kan bila dah jadi macam ni?


s/k, ada satu hadis Nabi yang mengatakan bahawasanya pada akhir zaman nanti, umat Islam terpaksa makan akar kayu untuk hidup// mungkin kerana ketiadaan makanan yang halal.

1/06/09

Hey Hey Mr Jay Bee

Aku baru tahu aku ada ramai saudara. Yah, semua banyaknya dari JB pasal both grandparents aku asal JB. Nenek aku cina Singaporean. Kau mesti tak percaya pasal aku bukan putih pun. Mata bukan sepet pun. Dan aku tahu cakap wo ai ni je. Haha. (Bukan aku yang mix pun, memang lah tak ada. Perasan.)

Aku bukan jenis yang curious pasal sejarah family aku. Aku cuma tahu itu, ini esok hari aku dah lupa muka lah, nama lah. So aku dah macam orang sesat, tahu2 je orang ni ialah pakcik aku lah, atuk aku lah, nenek long aku lah. Terkejut terkejut aku masa tu. nasib tak ada heart attack. Surprisingly, aku ada atuk angkat lagi tu, moyang angkat lah. Haha! Besar jugak family aku ni.

Ok cakap pasal kahwin, aku bosan gila masakan kahwin. Mana2 pergi pun lauk sama je either kenduri dekat rumah or kenduri dalam hotel. Tak payah lah nak impikan sesuatu yang berlainan like nasi ayam ke, dodol ke, pizza ke, atau paling kureng pun cekodok aatu pisang goreng lah. Lauk yang wajib mesti ayam, ayam, ayam. Dan ayam pula, paling famous mesti ayam masak merah, ayam goreng, ayam berempah. Tak ayam, daging. Daging paling hot pun masak kelabu2 tu. Apa tah nama dia. Sayur mesti sayur yang macam kari, macam dal tu. Aku tak tahu apa nama dia(aku memang fail bab2 bagi nama makanan). Sayur campur berkuah oren ke nama dia? Air, air paling wajib air sirap. Makanan pengantin yang menjadi rebutan pula mesti ada lauk udang cucuk cucuk lidi tu. Pergh kalau lauk itu setiap kali kahwin, malas aku nak berebut dah. Kecik kecik dulu suka lah. Aku pun tak tahu kenapa dan apasal citarasa orang kahwin selalu sama. Serius bosan gila lauk kahwin.

Aku pernah pergi tiga kenduri kahwin berturut-turut tak silap aku. Kau bayangkanlah betapa aku kena melahap lauk yang sama. OK maybe yang lainnya dari segi rasa. Orang ini punya sedap, orang itu punya kureng. But still lauk yang sama. Aku tak boleh terima lah. **yelah azyan, do ur own wedding’s food lah.

Aku kalau kahwin nanti, serius ni aku nak hidangkan favourite foods aku. Choki2, gula gambar udang tu, roti gemuk, ais krim matkool yang warna purple tu, pretzel, famous amous cookie, junk food an apa bagai lagi. Tapi confirm orang tak tahu nak maka apa,pasal yang datang kenduri kahwin selalu orang tua. Orang tua pulak banyak pantang larang Tak boleh makan junk food banyak2 nanti kena heart attack lah, darah tinggi lah, kencing manis lah. Oh susah susah. Nanti lah aku fikirkan apa aku nak bagi pengunjung2 aku makan.


s/k, ada cerita selanjutnya masa aku kat Jb, tapi tergendala sebentar. nanti aku cerita.

30/05/09

Perjalanan Dua Minggu

Hari terakhir periksa dah macam hari yang dinanti-nanti kan. Masa tu lah baru dapat lihat orang boleh senyum sampai ke telinga.(eh aku teringat dulu ada iklan susu pekat tak silap aku, yang senyum sampai telinga haha) Kalau peperiksaan memenatkan pelajar, memenatkan guru untuk menanda, kenapa perlu diadakan peperiksaan?

Masa hari kempat peperiksaan, masa itu subjek BM. Hidayu tiba2 kata,”Aku dah bosan, dah penat denagn exam.”. Aku diam, fikir kejap2 kemudian aku kata,”Habis tak ada periksa, nak buat apa?”. Dari asalnya nak belajar, akhirnya kitaorang dah tersasar ke topik yang entah hape-hape.

Buat masa ni, aku tak rasa exam memenatkan atau membosankan saraf-saraf aku. Aku rasa aku lagi suka belajar gila2 dan tak terikat dengan kerja sekolah atau praktikal atau apa2 dan buat exam dan curious pasal markah tak seberapa aku tu. Aku lagi penat datang sekolah, balik kena buat homework, esok kena hantar. Ee aku rasa penat lah. Aku teringin nak dapat bintang atau A besar2 dalam buku sekolah aku macam adik aku dapat. Benda tu bagi semangat hantu belajar. Huu

Lagipun kalau tak ada peperiksaan, tak adalah lagi pengkategorian kelas kelas manusia. Di mana orang kata kelas Science tu kelas budak2 pandai(ha, yelah tu), kelas Art tu kelas budak2 kurang pandai. Dah jadi satu label dan peperiksaan yang menjadi penentu. Kenapa tak ditanya mengapa budak tu pandai, budak tu kureng padahal dari tadika yang sama, sama2 tak tahu membaca dahulu? Bukan masalah pandai atu tidak, masalhnya rajin atau malas sahaja. Kemas kini fikiran masyarakat.

Ok kembali kepada yang asal.

Kau pernah rasa mual dengan soalan-soalan peperiksaan? Aku tak tahu kenapa dua tiga hari nak dekat habis exam, macam macam penyakit aku rasa bila jawab exam. Aku tengok je soalan Fizik aku dah rasa nak muntah. Sengal gila aku. Orang lain jawab rilek rilek, aku sakit sakit tengah tahan kemualan jawab exam. Haha. Masa chemistry, aku aku dah pening, sakit kepala lah, selesema lah, demam lah. Macam2 penyakit timbul. Tapi aku tetap terselamat dari H1N1 for sure. Haha. Masa exam PJk lagi lah. PJK, ya PJK. Haha. Aku jawab dengan penyakit sedu sedu. Kurang ajaq Foong dan Fairuz dia pegi sorok air aku. So, bila aku jawab, aku dah macam orang tak betul tersedu-sedu. Erk Erk Erk

Cakap pasal dua minggu akan datang, aku akan sibuk tak terhingga sehingga menjilat ibu jari kaki. Aku akan berada di Johor untuk orang kahwin. Kemudian, tusyen yang tak boleh ponteng. Kemudian, aku akan bebas dari pelajaran di Langkawi. Kemudian aku akan cari waktu paling afdal untuk tengok Terminator dan paling lopek pun Syurga Cinta lah in case tiket habis. Haha poyo betul aku tak support filem Mesia. Ha tak campur tambah lagi aktiviti berkebun, memasak, menjahit. Haha. Tak ada. Aktiviti tu tak wujud lagi dalam hidup aku. Aku akan cuba2 bila aku hampir hampir nak kahwin. Haha

Jadi, apa cerita engkau?

28/05/09

Berdua Lebih Baik, Yalah.

Apa kata kita melepak secara berdua, secara bertiga sahaja. Tidak perlu beramai-ramai. Betapa kau akan rasa, yang tak rapat pun akan jadi rapat. Yang tak akan kau gelak pun, kau akan tergelak. Yang tak lawak pun boleh jadi lawak. Yang senyumannya kelat pun akan jadi manis juga.

Perkara ni dah berlalu dua hari yang lepas masa aku dengan Aliah. Aku tak adalah gila rapat dengan dia, tapi aku tak pernah terfikir yang aku dengan dia akan duduk dekat kedai menanti berhentinya hujan sambil berkongsi teori masing-masing.

Aku seorang pemikir. Tapi apa aku fikir selalu merapu aja. Jadi aku bukan pemikir sejati lah kot. Sebab tu apa yang bermain di fikiran aku tu kadang-kala tergendala, tiada jawapan menanti. Kali ini, bila aku menyampaikan buah fikiran aku, ada yang mendengar, ada yang bagi jawapan. Seronok sebenarnya bila bebas menyampaikan apa yang di rasa. Tak kisah lah benda tu kecil sekalipun, kalau ada yang sudi mendengarnya, kau tetap akan rasa seronok.

Jadi, kalau kau mahu tahu hati budi seseorang, kau kena berdua aja dengan dia. Ya, aku tahu bosan mesti ada. Dan kadang kala kau ter spill the beans. Itu yang paling susah. Tapi kau tahu, bila berdua ini lah. Otak akan sentiasa nak melaju je fikir apa perlu buat, apa yang dia rasa. Aku tunggu satu jam, bukan lama. Jadi bayangkan berapa lajunya otak aku berfikir semata-mata nak buat suasana “menyelerakan” sikit.

Kau pernah terfikir kenapa hujan turun satu-satu air. Aku kalau jadi Superman, perkara pertama aku nak buat, aku nak check awan tu. Ada tak pores dekat surface awan tu. Tapi pasal aku tak ada ciri2 nak jadi calon superwoman, Aliah bagi jawapan, “Mungkin pasal awan tu turunkan hujan dari aras yang tinggi, jadi bila sampai sini air tu dah pecah-pecah.” Haha! Aku rasa lawak.

Masa aku pekena Teh’O panas masa hujan. Aku nampak benda lebih kurang silap mata lah dalam cawan tu. Ada “ombak angin” dekat surface teh tu. Aku heran juga. Entah2 dah makin bertambah ke tahap rabun aku. Aku tak sempat fikir apa-apa sebab benda pelik tu dah buat otak aku terhenti seketika.

Oh ya, aku baru buat konklusi aku sendiri. Tak tahu lah boleh percaya tak cakap Prof Azyan **haha. Air sejuk, wap air diluar. Air panas, wap air di dalam. Mungkin ada kena mengena pasal tekanan udara ke, hape ke. Kalau tak betul, bagitahu Prof balik ya, anak murid. Haha

Baiklah, aku dah terlewat 15minit masa hafaz sejarah. selamat berfikir semua.

24/05/09

Merah Mengancam

(Kau nampak tak mata idaman Malaya? :p)



Yihaa! Gambar pengatas tu dah bertukar. Gambar aku pun dah bertukar. Merah tandanya berani. Merah itu saga. Merah itu Ferrari. Merah itu spiderman. Merah itu superman. Merah itu cicakman. Merah itu bunga raya. Merah itu api. Power Ranger Merah paling hot. Merah itu lambang Diraja Permaisuri Azyan. Ahaha!

Tengok, merah betul betul sangat hebat kan?

Pada mulanya, aku nak tukar layout belog ni. Ya, tujuan asal lah konon biar selaras dengan cita2 aku yang tersangat2 nak berubah ni. Tapi, tulah. Macamana sukarnya aku untuk berubah, macamtu sukarlah aku nak dapat layout yang sebati dengan adunan rasa ini. Aku memang cerewet aku rasa.

Jadi aku fikir dari tak berubah langsung apa2, baik berubah secara sikit2. Mula2 tukar gambar, lepasni taruh glitter, taruh muka2 haiwan yang cute2 tu ke. Bak kata pepatah Melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit! (Kau tahu peribahasa ni gila old school kan? Dah berapa abad dah aku rasa. Tapi tetap tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Kadang2 aku gelak juga bila ada orang baca peribahasa ni dengan nada cute-cute. “Sikit-sikit, Lame-lame, Jadi bukiiit!”. AA janji dia bahagia. :) )

22/05/09

Akhirnya Aku Dapat Rasa Keseronokan Seorang-Seorang

Online seorang-seorang dekat Perfection memang syok! Walaupun ada internet 24jam dekat rumah, online dekat sini jugak paling syok. Aku dah tunggu benda ni selama empat bulan; online di Perfection seorang2 tanpa diganggu. Aku tatahu apasal aku macam teringin sangat. Bila dah dapat pc tu, aku bukak blogger dan aku tekan2 papan kunci macam orang tak pernah dapat pc. Aku memang jakun kan?

Ada benda bila kau buat seorang2 kau akan rasa seronok sangat2. Ada benda bila kau buat seorang2 kau rasa tak bes. Kau masih memerlukan seseorang jadi peneman.

Untuk tempoh beberapa tahun ni, aku banyak berlandaskan seorang2. Aku lebih suka buat kerja seorang2. Sampai satu masa tu, sembang pun boleh seorang2. Aku cakap betul, cakap seorang2 sangat bes. Kau pernah tengok orang gila? Kenapa tiada istilah bosan semasa dia bercakap? Jangan lihat dia sebagai orang gila. Istilah bosan tu tiada pasal segala perbualan itu menepati kemahuan dia. Kau boleh try sembang seorang2. Bagi aku dia buat otak kau bekerja. Kau tanya, kau jawab. Tapi kena control lah.

Aku dekat rumah memang senyap. Aku bercakap bila aku nak sesuatu atau aku nak poyo aku ada banyak fact menarik. Aku tak suka cakap dekat rumah. Aku jadi blur tatahu nak sembang apa. Kadang2 tu bila dah mula aku cakap, aku selalu jadi pembangkang. Jadi aku tak suka. Orang lain pun tak suka agaknya.

Contohnya, orang kata aku tak buat ni, tak buat tu. Aku dengan muka tak bersalah pergi balas balik,"kenapa semua orang suka pandang keburukan? kenapa tak pandang kebaikan yang ada. Semua orang pun macam tu." Lepastu aku senyap dan aku tunggu apa respon. Selalunya tiada respon, dan aku akan blah. Aku memang hampeh. Apa aku fikir selalu terlepas ikut mulut. Lantak kau mahu cakap aku apa.

Aku anak ke4. Aku tak delah rapat sangat dengan abang akak aku. Aku kategori biasa biasa aja. Jadi aku suka seorang2. Aku dah jadi lali denagn hidup seorang2 sampai bosan pun aku tak dapat rasa. Tapi aku tahu aku langsung tak mampu hidup seorang2 kalau untuk selamanya. Aku masih perlukan family, kawan dan semua. Cuma benda tu sedikit sebanyak mematangkan aku, mendidik aku berdikari, mengajar aku yang tak semua perkara orang mahu kekal bersama dengan kita. Patutlah ada orang kata,"kawan gelak ramai, kawan sedih hampeh takde."

Macam aku cakap tadi. Ada benda kita seronok lakukan seorang2. Kita mahukan persendirian itu. Nak rasa kepuasan betul2 tanpa kacau bilau ragam manusia. Ada benda kita rasa tak bes seorang2. Macam nak celebrate raya ke thaipusam ke, kau seronok ke buat seorang2? Mungkin akan ada rasa bosan. Bosan pula lahir dari rasa sunyi. Tapi kalau tak ada sunyi, tak ada lah kau nak perlukan kawan. Betul tak? Jadi benda tu sama2 penting, sama bekerjasama dalam mewarnai hidup.



s/k, aku rasa macam sikit berterabur entri ni. Dengan muka ala2 macam Siti Nurhaliza, aku nak buat gaya Amir Raja Lawak dan cakap "sorryyyy!" kat kau orang. Haha

21/05/09

Pil Baru



Sekarang musim exam. Jadi apa aku nak cerita semua bersangkut paut dengan exam hari ini yang langsung tak buat aku rasa aku bakal dapat A1. Oh gila! Aku dulu terer(la jugak) Sejarah, masuk form4 Sejarah aku tonggang langgang. Aku merapu dalam kertas dua. Benda tak wujud pun boleh wujud dalam kertas aku. Aku pelik betul.

Masuk jam ini, dah 6789.51 minit aku fikir pasal hari perjumpaan ibubapa dan guru. Aku harap tahun ni benda tu dimansuhkan. Tak bes. Langsung. Cikgu tahu bercerita pasal salah silap pelajar je. Ibu bapa datang, dah siap dah atas meja buku rekod disiplin. Tak ada ke buku rekod kebaikan? Perlu diwujudkan aku rasa. (Kau tahu kan tujuan asal aku memang aku taknak tunjuk slip exam dekat mak aku)

Orang lain ketagih rokok, aku ketagih tidur. Aku tak boleh baring, aku mesti nak tidur punya. Dah dua tiga menjak semenjak ni aku jadi macam ni. Aku rasa makin aku nak exam, makin aku gila tidur. Mata aku lagi sikit macam mata Silat Panda. Pagi atau lebih tepat lagi, 28957.76 saat sebelum exam baru gelabah nak belajar. Padan muka aku.

Orang lain sibuk jawab exam, aku tak tahu macam mana aku boleh sibuk lakar muka bakal suami aku. Haha

Ok.

Aku rasa aku perlukan transformasi ke anjakan paradigma ke. Tapi masuk kali ni, dah kali ke 6732 kali aku cakap aku nak berubah. Jadi, aku takkan cakap lagi aku nak berubah. Aku memang susah nak berubah, aku rasa. Maka dengan ini aku terpaksa guna cara lain yang boleh buat result aku hebat dengan perangai yang sedia ada.












Tapi apa cara dia?


s/k, ada sape2 jual pil yang berjudul anjaka paradigma ke, transformasi ke. Aku nak rasa satu.

19/05/09

Hari Cikgu Meliar

Kalau kau nak tengok perangai sebenar seorang guru, kau kena datang hari guru. Masa ada games ke, persembahan dari mereka ke. Lawak kan bila tengok seorang guru yang garang-garang dalam kelas, naik atas pentas boleh berjoget-joget? Ahahaha!

Oh, aku buat kapkek untuk cikgu-cikgu. Mungkin lepas makan, cikgu2 bagi aku A1 untuk setiap subjek ke. Haha. Tapi seriusli aku tak suka kapkek. Aku suka buat je. Dia macam satu kek yang orang beli, orang makan, orang teruja hanya kerana rupa. Rupa lebih penting dari rasa eh? Kalau macam tu aku letak gabus jelah lepasni. :p

17/05/09

Sangkaan Meleset



Aku semalam tengok acara kemuncak AF sipi sipi aje. Balik dari ambil ibu belajar buat kapkek, pergi makan dan balik rumah dan bukak Ria, masa itu Aril sedang dikritik.

Blablabla muka dia gila suci dan aku rasa asset mahal dia tang mata kot. Mata dia sepet dan aku tak minat pun. Apasal semua orang tergila kan dia? Dia kacak kut, dan aku suka tengok perempuan tergilakan seorang lelaki. Kau kena baca forum2 yang berkenaan dengan Aril, lawak sangat sangat. Macam mengimbas kembali nostalgia lama aku, orang dok kutuk2 si dia pun, aku tetap macam orang gila dok habaq dia terbaik dan tah pape bagai lagi. Tergila-gila punya pasal. :)

Melalui firasat serba boleh aku ini(poyo haha), aku percaya, Aril jadi juara atau tidak, dia mesti laku punya pasal mungkin dia pandai mempromosikan diri dia. Mungkin dia jadi model mangga, mungkin dia jadi pelakon. Ok Yazid pula, aku-tak-faham-apa-dia-cuba-lakukan atas pentas. Bagi aku, kalau kau dah sampai satu tahap yang betul2 dia atas, kau patutnya ada satu tanggungjawab untuk buat yang terbaik dan terbaik. Tapi sayang, apa dia cuba lakukan tak buat aku rasa teruja nak menonton AF lagi. Ini Isma, kalau pun dia jadi juara, dia takkan se-gah si Aril dan Akim. Mungkin boleh bertahan sekejap sahaja kot. Dia tiada factor XYZ yang aku cari2 selama ini. Sorrylah aunty Isma, I baru batalkan kontrak nak jadi produser U. Hehe. Dan Hafiz pula, akan jadi macam Amylea AF3. Terbaik dan terbaik dan terbaik tapi macam kurang cerita tentang dia. Apepun, tahniah untuk dia kerana berjaya mengalahkan undian Tomok untuk kakak dia. Haha. Bedal sudah.

Sebetulnya, mereka ini yang kununnya dah pun bergelar bintang perlukan nilai berdikari itu sendiri jika mahu terus popular, terus dikenali, terus digilai, terus itu, terus ini. Lainlah kalau mereka itu Mawi. Suara tak sedap pun boleh menang gila gila. Apa aura sangat hebat dia pun aku tak tahu. Mungkin ini rezeki dia. Jadi aku tak mahu komen panjang.

Bila dah tujuh tahun aku tengok AF, makin lama, makin aku tak faham dengan AF. Aku rasa dulu rancangan ni gah lah juga. Masa yang kedua punya. Tapi sekarang macam hape tak best langsung dia punya final. Dan sejujurnya aku rasa mereka dah kehabisan idea. Masa AC Mizal mengacarakan AF semalam dah jadi macam satu adegan dalam cerita MMA. Bosan gila. Tah lah dirancang, macam takde unsur terkejut. Tapi sebagai penghargaan, aku akan cuba gelak juga. Ha-Ha-Ha. Eh korang dengar tak suara chipmunk yang bejet comel tapi tak comel itu. Dia pokpek2 takde tujuan, hanya tahu mencari publisiti orang lain. Bosan, gila.

Dan aku tak suka setiap kali AC Mizal macam salahkan mereka2 yang tak undi pelajar tu sehingga tersingkir. wadefak. Pakcik AC pun tahu kan kalau undi banyak2 ke undi sikit2 ke, kalau tulang2 belakang AF ni nak singkirkan, singkir tetap singkir. Tapi ada pulak dah makcik ni rasa bersalah bila ada orang ni tersingkir, pastu menangis. Gila-sedih! Haih “Jari menjadi juri” itu hanya statement untuk mengkayokan lagi Astro dan pihak2 yang lain. Sedar, semua reality show sama aje. Sudah-lah-aku-bosan.


Kan bagus kalau setiap kali aku undi, duit masuk balik kat aku. **Kalau jadi macam ni, jangan kata setiap hari, setiap detik pun aku sanggup pergi undi. :p

16/05/09

Promosi Bibir Menawan



Dah berminggu-minggu si Dawana suruh tolong vote kan dia dalam lipice contest, harini baru aku rajin pergi tengok website tu. Serius gila banyak gambar manusia mempromosikan lipstik jenama lipice tu. Dah berapa page aku bukak, nama denagn gambar dia tak muncul2 pun.

Muka2 yang mempromosikan pun gila lawak kot. Aku tak tahu kenapa. Kau kena tengok sendiri lah. Yang bertudung ke, tak bertudung ke, sama sahaja. Semua sibuk mempromosikan bibir anggun. Ada juga yang nak jadi macam Angelina Jolie, muncung nak 4 ke 5 inci. Yang aku-tak-faham-apa-dia-cuba-lakukan pun ada juga. Lantak kau lah labu. Aku rasa kalau kau buat dengan seikhlas hati, tanpa lebih2, tak fikir menang sangat, mesti ok je gambar kau walaupun tak segah yang bermuka cun atau yang berfotogenic.

Aku perasan yang berbintang besar(maksudnya undian dia banyak) selalunya yang cun-cun je. Tapi kalian semua kena ingat, ini peraduan bibir menawan. Jadi undilah berdasarkan bibir siapa paling OH-OH-HOT, paling besar, paling panjang muncungnya. Haha!

Yang pasti, galeri tu dah boleh jadi tempat cari jodoh. Haha

Aku dah jumpa cik Dawana punya. tapi haduh, aku rasa kalau dia posing macam gambar dalam myspace dia mesti dia lagi cambez. Kan Dawana kan? Tapi ok lah. Aku lagi suka lihat dia depan depan. Sila buka page24 dalam galeri lipice untuk melihat dia//

Eh Sempena Guru’s Day harini. Sebakul terima kasih kepada yang mengajar aku secara langsung atau tidak langsung. Guru bukan sekadar orang yang ajar kau kat sekolah, tadika, universiti, tusyen atau apa jua pusat pengajian. Bibik yang ajar kau masak tu pun boleh dikira sebagai guru juga. Ibu bapa, kawan-kawan dan orang sekeliling kau pun sama. Tapi tulah, kita tak sedar kan yang mereka semua tu pun guru juga?

Aku rasa masuk je sekolah menengah semangat nak menyambut Hari Guru semakin lama semakin pudar. Dulu masa sekolah rendah, semangat dia lain macam. Kalau boleh semua cikgu dalam sekolah pun nak bagi hadiah, nak ucap terima kasih, nak buat apebenda lagi tah. Semangat punya pasal. Masuk je sekolah menengah, jangan kata Hari Guru, Hari Merdeka ke Hari Raya ke, semua pun tak de semangat nak merayaikan kan? Apasal eh.

Aku ingat lagi masa tingkatan 3. Agaknya sibuk sesangat dengan belajar nak PMR, masa hari guru satu kelas pun buat bodo je. Tengok-tengok baru sedar semua orang pun tak kasi hadiah terima kasih kat cikgu kelas. Gila hape, mesti sedih gile oh cikgu tu. Mana tak nya, cikgu kelas lain dapat je hadiah.

Bila dah besar sikit ni, selepas setengah tahun menjadi tingkatan empat, aku fikir-fikir balik. Payah juga jadi cikgu ni. Marah budak, mak bapak serang. Tak marah, pengetua pulak serang. Segala masalah disiplin, guru jadi punca. Jadi, bila dah hari guru ni, sepatutnya orang ramai dapat melihat tugas mulia seorang guru. Bukan hanya tahu meletakkan beban kepada guru. Andaikan guru tiada, maka sekolah pun tidak dapat dibangunkan, begitu juga dengan generasi yang akan menerajui tampuk kepemipinan negara. Kita kena fikirkan dari satu sudut tentang perasaan guru itu sendiri.

Tapi aku tahu, tak semua guru ialah “guru” kan?


sekuacikata: Biar aku beritahu, Johan AF musim ni mesti seorang perempuan. "Dengan duit satu juta saya dah undi akak saya", kata Tomok. Aku tak peduli apapun. Janji Astro kayo! Apepun, Selamat Bertambah Digit Pakcik Nur!

14/05/09

Pemenang Bukan Juara Tiga




Ini pertandingan kali kelima dalam tahun ini, dan lima lima pun bukan meletakkan aku Juara. Mungkin Forum sajalah. Tapi aku still tak berapa puas hati sangat dengan forum. Macam orang lain yang tolong juarakan, kau hanya menjadi sebahagian tapi kau dapat title juara. Usaha aku masa forum itu kureng. Aku cuma rasa si Azren yang jadi ayam tambatan untuk kumpulan forum itu. Macam kalau dia tak ada kitorang kalah. Dan aku memang tak rasa kepuasan sebagai seorang juara pada masa itu.

SMK Sungai Pusu, Pertandingan Roket kali ini. Kumpulan aku di tempat yang ke7 dari 18 yang bertanding. Aku tak letak harapan yang tinggi sangat untuk menang lagi2 nak jadi juara. Aku Cuma harap kumpulan aku dapat yang terbaik untuk paracut atau sasaran sahaja.

Sasaran, kumpulan aku dapat tempat ke15. Memang hampeh. Aku bajet ketiga ke, keempat ke pasal masa trial dah oke dah. Tiba je saat transformasi, semua jadi kureng. Bila fikirkan balik, bila dah namanya transformasi ada perubahan yang baik bakal berlaku. Tapi takde rezeki mungkin.

Paracut pun sama. Bila berlakunya transformasi untuk kali kedua. Gagal dan gagal. Kali pertama, meletakkan kumpulan aku paracut kedua terbaik. Tiba je kali kedua, haraaam tak terbuka paracut tu! Tinggi memang tingggiiii tapi sayang tak terbuka. Dan aku gila kecewa kot. Aku tak salahkan Amir, tapi aku salahkan cikgu yang suruh kitorang buat transformasi. I know he means well. Tapi aku dah boleh jangka yang transformasi tu tak berguna pun dan mungkin boleh beri kesan macam pertandingan sasaran tu. Tapi si Amir tetap dengan transformasi konon jadi lebih baik itu.

Ok tak boleh salahkan sesiapa pasal aku sendiri membantu dalam proses transformasi itu. Nombor 3 paracut terbaik bukan teruk sangat kan? Setidaknya kumpulan aku bukan terakhir.

1. SMK Taman Ehsan
2. SMK Lembah Keramat
3. SMK Taman Keramat

Paracut Terbaik, SMK Taman Ehsan
Sasaran Terbaik, SBPI Rawang

Aku sempat kenal dengan beberapa orang dan aku berjaya dengan cemerlang kalahkan sekolah sekolah yang kalahkan aku dalam solar car hari tu. weehoo!

Selamat Tinggal Gombak Setia!



sekuacikata: Cikgu tu punya idea transformasi tu tak boleh pakai langsung bila aku cuba lagi sekali. Serius. Aku buruk sangka ke kalau aku kata aku rasa macam dianiaya?

11/05/09

Salah Tuan Rumah



Yang dinamakan Tuan Rumah ialah Melayu. Yang dimana Melayulah bangsa yang asli asal pendudukannya. Tapi kenapa yang bernama tuan rumah itu selalu kebelakang, membiarkan yang namanya orang luar melebihi kehebatan si Tuan Rumah?

Hang Tuah kata,”Takkan hilang Melayu di dunia”.

Melayu, InsyaAllah takkan hilang sampai kiamat pun. Tapi apa guna kalau Melayu yang ada merupakan Melayu-Melayu seperti sekarang ini?

Yang hobinya bertenggek melaju di jalan raya, yang cita-citanya menjadi artis semata-mata, yang bakatnya terkubur dalam kubur, yang kehidupannya sekadar mahu cukup makan, yang majoritinya hanya menjadi penonton kepada kejayaan, yang banyaknya tahu mengeluh tetapi tidak tahu menyelesaikan, yang selalunya menentang bangsanya sendiri, yang malunya selalu tiada.

Inikah Melayu yang kita mahu banggakan?

Buat malulah weh. Bangsa lain boleh gelak2 melihat begininya cara Melayu.

Sayogia yang menjadi Tuan Rumah haruslah menjadi lebih kuat dari isi-isi rumahnya. Menjadi pemimpin yang unggul di mata isi-isi rumahnya. Menjadi yang terhebat di dalam isi-isi rumahnya.

Bangun Melayu! Bangkit Melayu!

Kita semakin kebelakang.

Takkan lah nak tunggu sampai di halau di rumah sendiri baru atma jiwa ini mahu bangkit? Sudah terlambatlah kalau begitu.

“Eh apahal dia ni merapu pasal ini? Aku dah tahulah pasal ni. Poyo.”

Kerana Melayu itu banyaknya bersikap seperti ini. Dah tahu tapi tak mahu berubah. Dah tahu tapi lagi banyak buat silap. Dah tahu tapi lagi suka melarang. Dah tahu tapi satu perubahan pun tak nampak!

Macam orang hisap rokok lah. jangan kata mereka langsung tak tahu apa kesan rokok pada kesihatan mereka. Jangan kata mereka tak pernah diberi amaran, tak pernah diberi nasihat. Bukan sekali. Malah berjuta-juta kali. Tapi ada mereka berubah walau dah tahu kesan buruk?

Segelintir aja kan? Yang lain hanya berharap hari tua atau demi orang tersayang mengajar mereka untuk berhenti.

Kenapa mesti kita harapkan orang lain yang tolong mengubahnya. Kenapa mesti kita harapkan orang lain yang memajukan kita. Mengapa kita ni terlalu suka berharap?

Kita ni tak mampu ke? Kita ni cacat ke? Kita ni orang kurang upaya ke? Ironisnya orang seperti itu lagi cekal hati, lagi gigih untuk berubah, lagi berjaya dari kita. Kita yang sempurna akal fikiran dan fizikal sambil lewa tahu goyang kaki dan tibanya saat jatuhnya bangsa sendiri, tugasnya membebel menyalahkan orang lain.

Jadi tanya diri kita, ada ke kita buat sesuatu demi bangsa, negara dan agama?

“Tugas saya menjadi penonton”

Dan sampai bila mahu menonton, dan menonton dan terus menonton?

Eh peduli hape kalau orang ingat ini hanyalah percakapan tak serupa bikin dari penulis ini. Penulis ini macam ibu ketam ajar anak berdiri betul ke?

Aku pasti ada antara kita, di sekeliling kita ni, ada insan yang punya tanggapan seperti itu. Orang tu nasihat sikit, dakwah sikit, dia dah merendah2kan si penasihat yang tujuan si penasihat hanya mahukan satu transformasi dari jahat ke baik, dari kotor ke jernih.

Kalau insan tersebut merupakan kawan kamu, percayalah dia langsung bukan kawan kamu.

Dan aku berani kata yang Melayu satu bangsa yang takut bersuara, takut orang itu berkata poyo, takut orang berkata bajet hebat, takut orang bekata itu dan ini. Apa ada pada kata2 mereka sebenarnya? Mereka hanya tahu menilai tapi tak tahu tujuan.

Serlahkan diri kamu. Pedulikan mereka.


sekuacikata: aku tak kata semua Melayu begini. Dan bukan tujuan mengaibkan bangsa sendiri.