2/06/09

Sambungan Mr Jay Bee




Kau terasa tak bila budak kecik menegur perbuatan kau? ok mereka masih mentah, tapi tak sangka mereka berjaya memalukan kau depan orang ramai. Ini sangat memalukan kan? Aku percaya majoriti orang Malaysia akan rasa malu bila ditegur budak kecik. Teguran oleh budak kecik selalunya berbentuk persoalan. Ini yang aku selalu jumpa lah.

Kalau orang tua tegur tak ada kesan apa sangat, dan mungkin jawapan yang boleh diberikan ialah orang tua tak tahu perkembangan semasa lah kononnya. Tapi bila budak kecik tegur, mak aihh. Terasa tercabar lah juga kan. Kalau dia tegur depan orang ramai lagi lah rasa malu menebal. Kita tak akan pernah terfikir budak kecik yang berumur lima tujuh tahun tu punya pemikiran yang kadang kala lagi tinggi dari kita, lagi matang bila berhujah. Kita cuma terikat dengan pemikiran bahawa budak kecik kehidupan dia adalah gula dan mainan. Sangat bertentangan dengan apa yang aku nak cerita ini.

Masa kenduri hari itu, biasalah ada yang pakai tudung, ada yang pakai tudung labuh, ada yang atas tutup bawah berbelah belah, ada yang pakai macam tak pernah pergi kenduri kahwin, ada yang hanya berjeans sahaja, si pengantin pula kalau diluar pakai tudung masa hari itu buka tudung. Secara tuntasnya, kita dapat lihat perbezaan dari segi pemakaian tetapi mempunyai persamaan dari segi bangsa dan agama.

Bila dah jadi macam itu, ada sepupu aku ini tanya aku(masa itu pengantin sedang lalu),”Kak $%#, tadi bukan dia pakai tudung ke?”. Aku nak je tambah, “labuh pulak tuu”. Tapi tak tertambah pun. Masa soalan itu diajukan, aku pun tak tahu apa nak jawab. Jadi aku pun katalah,”macam biasalah kan.” Sebenarnya aku dapat rasa pengantin tu dengar jadi aku tak berani cakap lebih2. Jaga hati raja sehari lah konon.

Itu situasi satu. Ini situasi dua.

Ada orang berpakaian agak seksi lalu depan budakbudak kecik ni. Boleh percaya tak budak budak ni pergi cakap macam suara orang dalam airport tu,”ZON TUTUP AURAT” kuat2. Ok nada menyindir kan. Kesian akak-akak seksi tu. Haha. Tapi serius lawak gila.

Sebenarnya bagi aku bukan budak kecik aja yang boleh buat orang besar malu. Kadang kala aku malu juga bila ada orang agama lain mempersoalkan tentang orang Islam. Contohnya, bila cina ni tanya kat aku,”hei kenapa awak tak buka tudung?”. Aku cakaplah ini perintah agama nanti dosa. Then dia sambung dengan nada pelik,”Itu Joyah kawan awak tak pakai tudung boleh kenapa?”. Aku diam. Lepastu dia sambung lagi,”Joyah tak takut dosa eh?” Aku diam lagi. Aku sendiri pun tak pernah tanya Joyah dia takut dosa atau tidak. Tapi kenapa cina tu mesti tanya aku, tanyalah kawan aku aja, tak pasal pasal aku pulak kena.

Kadang kadang kita tak boleh salahkan mereka seratus peratus juga bila dia offer arak ke, dia tak bagi kita pakai tudung masa kerja ke, semua tu salah umat Islam juga. Umat Islam yang tak serupa macam Islam. Jadi bila kita kata kat mereka kita haram melakukan itu dan ini, mereka jadi keliru. “Orang Islam tu pun minum arak, Orang Islam tu pun tak pakai tudung, Orang Islam tu pun makan kari babi, Orang Islam tu pun berjudi”. Jadi mereka tak faham. Jadi cara terbaik untuk tolak offer durjana mereka, kau tolak lah secara tipu. Cakaplah kau diharamkan minum arak pada hari sekian sekian, kau tak boleh berjudi sebab kau dah janji dengan arwah nenek kau, kau kena pakai tudung sebab kau ada kutu ganas dekat rambut kau. Then baru diaorang faham. (Sebenarnya cara ni datang dari kawan bapak aku yang hadir masa meeting di Korea, orang Korea tu hidang babi lah, arak lah. Jadi dia terpaksa tolak dengan cara macam ni dan Alhamdulillah orang Korea tu faham)

Susah kan bila dah jadi macam ni?


s/k, ada satu hadis Nabi yang mengatakan bahawasanya pada akhir zaman nanti, umat Islam terpaksa makan akar kayu untuk hidup// mungkin kerana ketiadaan makanan yang halal.