30/12/08

hari ini jam 1 petang

keputusan terjawab sudah.

muka sebelum ambil result. masa ni aku tak melangkah ke sekolah lagi pun. biar lambat asal selamat :D

berdoa dalam ke-nervous-an


bila aku tengok phone aku, dah berapa orang dah msg aku. semua tiba2 dah daftar jadi penjaga tepi kain batik aku. 'weh kau dapat berapa?' yang aku herannya, bila aku sendiri tanya soalan yang sama, banyak pulak dalih mereka. aduh trimas lah kerana prihatin. tiba2 je cik siti pai kata 8 orang je dapat 8A. aduh hancur luluh harapan aku. harap2 kau saja nak mencuakkan aku siti pai.

datang2 sekolah je aku dah nampak puan timah bersama kenderaan bergeraknya keluar dari sekolah. aih baru pukul 1, takkan nak balik kot. aku punye result macam mana. emon suruh aku pegi balai ilmu, balai ilmu pun kosong nak pegi apa. aku jumpa cikgu kelas sebelah, dia kata, 'tulah kenapa datang lewat sangat.' haih cikgu ni. nak bantu atau nak sindir aku datang lambat.

masa aku datang tu tak ramai yang ada. kosong. seperti mana aku mahukan. aku ambil result pun dekat pejabat. agak lama lah juga aku menunggu dengan ke-nervous-an cik kerani tu bagi aku punya result. saat2 yang dinantikan. saat mengira huruf A di atas kertas putih itu.
*
*
*
*
*


Alhamdulillah. tak ku sangka kan. macam dalam alam fantasi pun ada jugak. :DD

ucapan terimakasih daunkeladi kepada
* Allah s.w.t
* parent aku yg banyak sound aku suh belaja
* cik jah. trimas 4 d exam paper
* cikgu cikgi yang garang tapi cute. haha
* rakanrakan seperjuangan
* sasbadi, pelangi dan apetah lagi
* kantin sekolah. trimas jual makanan takberkhasiat
* rtm2. trimas tayang cite olivia masa aku pmr
* streamyx. tanpamu siapalahku. :D
* anda. trimas kerana berkongsi kejayaan ini dengan aku.

dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, aku ucapkan trimas jutajutajuta. tak lupa juga kepada insan insan yang bagi wish selamat dan mendoakan kejayaan aku. semoga korang murah rezeki. :DD




p/s, sekarang menanti result mrsm pula. aduh satu satu.

hari ini jam 10

ayahanda aku baru call tadi. result keluar pukul 12. ya aku tahu akhbar kata result keluar pukul 10. tapi aku tak kisah apa pun. lagi lambat lagi elok. tak ramai yang berkerumun kat aku nanti hanya sekadar mahu bertanya, 'kau dapat berapa?'.

pagi ni je dah macam2 terlintas dalam fikiran aku. enam A tujuh A lapan A lapan A lapan A lapan A. LAPAN A!! aku rasa dah tiba masa untuk aku nyanyikan sebuah lagu dek kerana tiada keyakinan diri langsung nak ambil result harini. ehem2. nyanyi sama2 ye kanakkanak.

' Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh '

aku patut fikirkan sesuatu. aku boleh dapat lapan A! semangat gila aku ni. haha. tapi tidak boleh over-confident. dilarang dilarang.

aku sebenarnya dah nervous terlampau gila dah ni. mana tak nya, kiri kanan aku sibuk bertanya soalan yang sama. 'kau dah bersedia ke?'. aduh tolong lah. darjah ke-nervous-an aku ni dah di tahap maximum. jangan lah menambahkan lagi. aku memang tak ready lagi nak ambil.

anyway, semoga apa yang aku dapat adalah terbaik untuk diri aku.

p/s, aku mula terfikir nak off handphone lepasni.

29/12/08

bila orang sibuk berkata tentang esok

sebab esok tigapuluh haribulan.


akan ada manusia yang tanya soal target. 'kau target berapa?'. tak kisah tua atau muda, soalan yang sama juga akan diutarakan. macam dah takde soalan lain. lepastu ada jugak yang akan menyambung soalan tadi dengan ayat 'kau pandai mesti dapat result hebat'. cam apetah sambungan ayat tu. apa motif sebenar pon aku tak tahu. jadi apa target aku? aku sendiri pun kurang pasti berapa target aku. aku rasa macam enam je. tapi aku nak lapan kalau boleh. yelah semua orang mesti nak straight A kan.

bila cakap pasal esok. dah tentu2 lah aku dalam keadaan nervous. nak tulis entry ni pun dah ambil masa berapa jam dah. type sikit je, dah tersasar jauh fikiran aku melencong untuk hari esok. 'nak pakai baju apa ye?'. masa darjah enam dulu aku pun sibuk fikir tentang benda ni. haih budakbudak lagi. aku cuma fikir pasal baju apa aku nak pakai besok. mungkin jika pakai lawa2 baru akan dapat result lawa2. ye kot. petua bidan mana tah aku pakai. sekarang pun ada jugak aku fikir. cuma tak sedalam dulu lah. mungkinkah aku akan berjubah esok? siapa tahu kan.

tanpa membuang masa kerana masa itu emas, ucapan good luck dan semoga berjaya untuk yang ambil result esok. semoga kita samasama dapat straight A's.


aduh! aku cuak gile ni. tak dapat tulis panjang2. jari jemari aku sume dah tak senang duduk ni. salam untuk semua dari aku yang nervous.





p/s, kalau tak keberatan doa2 lah untuk aku ye. trimas jutajutajuta. semoga rezeki korang sentiasa melimpah ruah. Amin.

1430 hijrah. satu lagi tahun tamat

korang perasan tak, bila tahun baru je mesti ada konsert membosankan dekat klcc tu. ada artis dok melalak lah. lepastu akan nampak manusia manusia melepak dekat konsert tu. boleh cakap semua saluran tv ada tunjuk konsert. konsert konsert konsert. aku harap astro oasis takde tunjuk konsert juga lah.

kalau dekat rtm kau akan tengok konsert tak berapa gempak punya lah. tak ramai penonton. stage lebih lebih kurang aja. ada jemaah menteri datang. oh ya pak lah pon ada datang juga. tapi tak pelik ke ada perdana menteri datang, tapi sambutan tak menggalakkan pun. kau rasa mana orang lebih berminat, melihat artis atau melihat perdana menteri? mari samasama ketuk kepala tanya minda.

kalau kau tengok mukamuka perdana menteri ratarata berwajah ngantuk. agaknya artis2 yang dok melalak tu hanya memainkan lagu tidur je kot. ' dodoi dodoi si paku gelang, gelang si ramarama' . tahu jelah masa tu pukul berapa, dah nak pukul 12. tak ramai orang boleh menjadi seperti batman tak tidur malam. lagi pula, nak berjaga hanya ingin mengira hari esok. aduh buang masa je. hari lain tak nak countdown juga ka?

apa makna tahun baru sebenarnya. berkonsert, bercountdown lepas tu habis. macam tu je. ada jugak aku tengok ramai bersungguh sungguh buat azam. yang kawen dengan azam pun tak kurang juga. setiap tahun pun macam tu juga. awal2 tahun biasalah, semangat berkobar kobar. dah sampai pertengahan tahun, agak2 ada ke yang ingat azam tu. entah2 list azam tu pun dah hilang. sampai akhir tahun, baru teringat. 'eh aku punya azam ni lah, e'eh aku punye azam tu lah.' lepas tu buat azam yang sama balik semula.

so apa nak azam tahun ni. azam yang tahun lepas pun dah tonggang langgang. ada tercapai termakbul ter apa sume, ada yang terhampir makbul tapi tak makbul juga. azam nak dapat 8a tengah tunggu result. woi cuak ni. aku cuak gile cakap pasal 30 haribulan. nervous dia lain macam. kalau 8a kau akan menangis, kalau tak dapat 8a pun kau akan menangis. azam aku taknak menangis. aduh macam ape je aku ni.

selalunya azam aku banyak yang mula dengan ayat ' aku nak beli...' . so kira 80% apa aku azam semua aku dah ada. eh tibetibe aku teringat azam aku masa tingkatan 2, ' taknak crush dengan sapa2' haha. geli gile. tibe2 cakap pasal jatoh centa segala entah tu. tapi berjaya tau. azam menjadi pulak.

yang bermain di lintasan minda aku, azam tahun depan aku taknak fail add math, biologi, chemistry, fizik. wah cayalah. lately aku banyak berfikir tentang masa depan. tentang tahun depan yang penuh dengan warna warni subjek. aku akan ambil aliran sains. sedikit bengang pasal aku tak pandai sains walaupun minat dia tahap superstar. haih.

aku pernah punya azam begini. tapi aku agak runsing betul ke akan tercapai azam aku ni. korang rasa?
* berjumpa dengan takuya kimura
* berkawan dengan takuya kimura
* bercinta dengan takuya kimura
* menunggu lamaran takuya kimura
* berkahwin dengan takuya kimura
* hidup bersama takuya kimura
haHAHA :DD

sebenarnya aku dah terjatuh cinta sama park ki woong. jadi aku akan mengucapkan selamat tinggal buat takuya kimura. lagipun jarak umur dia dan aku membuatkan aku rasa dia sangat tua. 'takuya, apepun terjadi, aishiteru forever lah.' haha. jangan cakap kat aku, umur bukan penghalang. aku bosan dengar ayat tu. :DD

azam tahun ni aku akan buat ASAP. aku terlalu busy sekarang ni. entah apa aku busy pun aku kurang pasti.




p/s, esok awal muharam. taknak buat countdown dan konsert juga kah? SELAMAT AWAL MUHARRAM 1430HIJRAH semua.

27/12/08

tag lagi

cik meyra sekali lagi tag aku. aduh trimas lah kerana merajenkan diri m'tag aku. *terharu* haha.
tag ni aku rasa macam; aku nak tahu lebih sikit tentang kau. tapi kau tahu jelah agak panjang kan kalau nak cakap kat orang. 'weh azyan, aku nak tahu lebih sikit tentang kau.' 9 perkataan tu. haih banyak makan masa nak tulis panjang2. masa itu emas. jadi untuk menjimatkan masa 'wey azyan. aku tag kau' ha kan pendek dan ringkas gitu. ok sadaqallahul azim. tamat kelas sejarah kita untuk hari ini. adios adios//


7 fakta tentang aku

* selekeh
* pemalas
* blur
* cakap lepas
* perempuan/wanita/gadis melayu terakhir
* kedekut
* aku suka tegur n babai orang tak kenal

7 perkara menakutkan aku di dunia

* Allah
* kematian
* penyakit
* bencana alam
* bak kata meyra, org islam dibunuh dsb
* dibenci
* kehilangan org tersayang

7 lagu buat masa sekarang

* spell - marie digby
* ku ingin kamu - romance
* do you - piring hitam
* boyfriend - 80kidz
* mandy play bubble - the bubbles
* ku impikan bintang - sean ghazi
* the show - lenka

7 perkara yang amat bernilai

* masa
* kesihatan
* family
* myself
* rakanrakan seperjuangan
* segala harta aku
* kenangan ?

7 pertama kali dalam hidup saya

* pertama kali aku amik upsr masa aku 12 tahun
* pertama kali aku amik pmr masa tahun 2008
* pertama kali aku tengok sailormoon masa aku darjah 1
* pertama kali aku rasa aku suka math masa aku form3
* pertama kali aku belajar abc masa aku kat tadika
* pertama kali aku rasa pedas bila aku makan cili
* pertama kali aku rasa berdebar2 masa aku tengok takuya kimura :DD

7 perkara selalu sebut

* siot
* cam apetah
* tahi
* adoyai
* alemak
* woi
* mangkuk

7 orang yang aku nak tag

* britney spears
* angelina jolie
* kate moss
* takuya kimura
* chopu
* nina
* farah hani




p/s, agak2 berapa lah result aku kali ni. aduh pening pening.

26/12/08

sungai lagi

masa orang sibuk tunggu santa claus dekat tepi tingkap, aku dah sibuk berjalan mencari kenduri kawen. entah sape punye kawen entah. moga2 bahagia ke akhir hayat lah. mungkin patut ada rancangan jalan jalan cari kenduri kan kan.

dah macam satu adat pulak, orang kalau nak kawen mesti buat time cuti sekolah. kenapa ye. lagi meriah agaknya. aku pun dah macam asyik kena makan nasi minyak je. patutlah berminyak muka aku ni. nasib lah badan tak berminyak, tidak jadi malek noor. kau bayangkan, muka kecik tapi badan macam malek noor. cool giler kan. haHA

kenduri kawen tu dekat tanjung malim. oh ya! aku baru tahu kat sana ada sungai. nama sungai itu sungai bil. aku takdelah excited menggile macam adik aku. kecoh kecoh nak pegi mandi sungai. seyes sungai tu lawa gilelah. tapi sayang, facilities macam ape je. jamban kecik gile gile, pastu boleh ngendap lak tu. sakit hati je.

eh aku rasa jamban satu tempat penting. jangan remeh2 kan nya. kita pergi jamban hari2 tau, setiap masa juga kadang2. jangan kata jamban kau kat tepi longkang dan di belakang semak pula.

aku rasa kalau sape2 nak pegi sungai ke pantai ke ape je, sila bawak jamban anda sekali. aku nak cadangkan kat pusat jamban sedunia supaya boleh sediakan sesuatu yang berasas buat aku seperti jamban bergerak atau jamban terbang.





24/12/08

tag selamat di bayar

Alhamdulillah. hari ni aku rajin sangat sangat. aku baru je habis pergi Pusat Tag Negara(PTN), yang terletak kira2 1 minit dari jarak laut ke jarak darat selatan Malaysia. asyik tangguh je bayar tag, harini aku berjaya membayarnya. takut lagi tangguh makin berganda aku kena bayar pulak.


tag pertama dari cik meyra.

1. What is the relationship of you and him/her?
--> hubungan darah

2. Your 1 impressions towards him/her.
--> kacak juga beliau ni.

3. The most memorable things he/she had done for you.
--> jaga aku sejak kecik.

4. The most memorable things he/she have said to you?
--> ha macam ni lah anak ayah. :DD

5. If he/she become your lover, you will...
--> haha gelak aja kot.

6. If he/she become your enemy, you will...
--> mengucap banyak2.

7. If he/she become your lover, he has to improve on his/her
--> ?

8. If he/she become your enemy, the reason is...
--> mungkin aku tak faham beliau kot

9. The most desirable thing to do on him/her is?
--> takde a b c ke soalan ni ?

10. The overall impression of him/her is...
--> beliau seorang yang baik.


p/s, pasal aku bujang, aku tak terfikir sape2 pon. HIM dalam soalan2 ini ialah ayahanda aku. haha.


11. How do you think the people around you will feel about you?
--> em entah lah. nanti aku tanya dorang.

12. The character of you for yourself is?
--> seorang yang _ _ _ _ . korang isikan lah.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
--> aku egoist

14. The most ideal person that you wanna be is?
--> myself

15. For the people who likes you, say something about them.
--> macam mana dorang boleh suka aku.

16. 9 people to tag
-->farah hani
-->siti pai
-->hazirah
-->keyrana
-->neo
-->chopu
-->sizuka
-->doraemon
-->nobita

17. who is no. 2 having a relationship with?
--> entah. banyak sangat. haha. gurau je siti pai

18. Is no. 3 a male or a female?
--> aku kurang pasti. hahaha. gurau je hazirah.

19. If no. 7 and no. 9 were together, would it be a good thing?
--> oh mesti mesti. dorang kan saling suka.

20. How about no. 5 and 8?
--> mungkin sesuai kot. hehe

21. What is no. 1 studying about?
--> cara2 menjadi perempuan solehah kot. haha

22. Is no. 4 single?
--> entah nanti aku tanya.

23. Say something about no. 6
--> seorang perempuan



tag kedua dari cik chopu.

pertama - tuliskan sepuluh perkara tentang orang yang tag kamu
-dia human
-dia manusia
-dia bukan mak aku
-dia perempuan
-dia ada handphone
-dia pernah ke thailand
-dia stay malaysia
-dia diakui best oleh aku
-dia pelajar lagi
-dia lahir tahun 1993
aha sorry weh. aku mmg tak cukup ilmu lagi pasal kau. haha

kedua - masukkan emo yang kamu suka
- aku tak faham soalan

ketiga - senaraikan novel kegemaran kamu
-meniti kaca
-pasir salak
-panas salju

keempat - senaraikan lima benda yang kamu sayang
-duit haha
-thumbdrive
-pensil. hem aku sendiri pon tak caya. haha
-comics
-segala hadiah yg aku dapat

kelima - tag tujuh orang
-meyra *aku nak tag kau jugak even kau dah buat tag sama. haha
-ubey
-petak
-coklatchips
-agumon
-ultraman
-agumon



p/s, senarai mereka yang di tag tu aku main lantak je letak. jadi kalau korang rajin buatlah ye. tiada paksaan :D

23/12/08

biarkan gambar bercerita

entri kali ini tidak banyak yang aku ingin katakan. biarkan gambar aku yang bercerita segala kronologi yang berlaku. adios adios si pembaca semua. :D


seISNIN @ MAMAK BIDAYAH

pelumba basikal berlumba di belakang

kanak kanak itu menjadi background

siapakah manusia ini.

aku harap mereka bahagia ke anak cucu. haha

nama dia aimy zafirah.

gadis merah jambu haha.

ni masa kat taman. aku takde keje.

kau perasan tak, laki tu cantik?
mizan, harry.


seAHAD @ CAMERON

dah puas aku jadi pendaki professional, aku jadi penunggu atas bukit pulak. hee

sepagi bersama teh boh

ni kat lata iskandar. masa tu aku jatuh kat sungai, sempat lagi aku cover2 tak sakit di sana. padahal, gila sakit lah. baru nak control ayu dekat air terjun tu. haih

mereka mencorakkan aku sejak kecil


22/12/08

notis gembira buat aku

result PMR keluar tiga puluh Disember dua kosong kosong lapan.



aku rasa menteri pendidikan baru bermimpi jumpa aku kot. dalam mimpi tu aku ugut dia suruh dia keluarkan result pada 30 haribulan. hahaha

20/12/08

rona roni makcik kau


biar aku beritahu perkara sebenar, semalam parent aku mengamuk akak aku tukar channel RIA semata mata nak tengok cite lakonan sharifah amani dan Bront Palarae , RONA RONI MAKARONI. tak pasal2 aku sekali kena tempias. dah kecoh satu rumah. pasal cerita rona roni tu jeh? haha. dan bapak aku lagi rela kitorang layan cerita tahyul niang rapik tu. niang rapik pon niang rapik lahh.

kalau korang tengok, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ni selalu meletop letop walaupun aku kadang2 je tengok drama dia. sindarela la, emil emilda la. tengok feedback dari penonton semua senang hati. dari tv3, shahrulezad terbang ke astro pula. dan tak pasal2 drama dia masuk dalam slot MEGADRAMA. dan kalau dah masuk slot MEGADRAMA tu, kira bagi penonton astro kau wajib tengok cerita tu. iye ke? aih macam mana boleh masuk topik pasal shahrulezad, megadrama pulak ni? tukar tukar.

mulanya aku ingat parent aku tak suka tengok cite tu pasal macam cite orang gile, merapu tak tentu hala, kecoh nak mampus. aku pon tak suka. tapi aku layan gak ulangan dia masa parent aku pegi cari rezeki. tapi ternyata aku salah. dorang tak suka sebab cerita tu macam memperlekehkan orang kampung. bila dorang cakap macam tu, aku tersentak lah juga walaupun aku bukan duduk kampung. aku mula rasa ada betulnya apa yang parent aku kata. dan seingat aku bapak aku ada kata, 'kitorang pon asal orang kampung jugak, tapi takdelah sebodoh tu'. aku rasa bapak aku nak cakap 'batak' tapi terkeluar bodoh. agaknya lah.

seperti korang tahu, Rona tu memang asal dari kampung dan berhijrah ke KL untuk cari bapak dia Jalil. tapi aku tak minat dia terlalu kampung sangat. i mean kenapa ada watak terlalu kampung sampai tengok klcc pon sampai boleh jerit2 kua2 tingkap la. ada satu adegan yang mana Rona tak tahu guna tandas duduk dan dia boleh terjatuh sebab nak cangkung dekat jamban tu. alasan, kat kampung guna jamban cangkung tu. oke maybe ada sesetengah orang anggap lawak, tapi aku lebih rasa ia sesuatu perkara bodoh. takkan kat kampung takde pon, kau tak boleh fikir macam mana nak guna jamban tu. budak kecik pon boleh fikir la. dan kalau budak kecik boleh fikir, shahrulezad tak boleh fikir, aku rasa dia kena masuk kelas cara2 menggunakan jamban balik.

persoalan pertama kenapa nak perlekehkan orang kampung? aku tak rasa orang kampung kalau pegi bandar boleh bertindak macam tu pun. oke kalau tak percaya tanyalah kawan kau dari kampung, dari ulu, ajak dia datang KL. kalau takde, kau tanya atuk kau. atuk kau pon orang kampung gak kan. rasanya dia pon tahu bersifat waras. dan kenapa nak guna frasa orang kampung? sebab dia dressing macam nenek kau pegi pasar. la en. aku lagi suka kalau watak sharifah amani tu guna frasa orang bodoh yang buat2 bodoh.

kalau nak buat lawak pun, aku tak rasa kau kena guna cara dengan menjadi seorang bodoh. banyak cara lain kan. dan aku lebih respect Nabil kerana dia tak menjadi bodoh masa buat lawak. but still orang boleh gelak golek2 kan. dan kenapa kenapa kenapa selalu ada watak jadi bodoh untuk bagi orang gelak? sebab tu aku tak suka tengok senario. lagi2 bila azlee jadi budak kecik. oh puh-leeezz!(cam apetah kan aku gune ayat ni haha) dan boleh pulak orang gelak??? benda ni serupa macam masa rosnah mat aris terlepas cakap sesuatu sensetif dan boleh pula penonton rancangan galaksi itu menepuk tangan? seriusli manusia ni kadang2 aneh juga kan.




p/s, aku bukan nak boikot cerita rona roni tu pun. kepada peminat cerita tersebut, peribahasa sesuai untuk situasi kali ini; rambut sama hitam, hati lain2 oke.

19/12/08

msg sumpahan

semalam sebelum tidur aku dapat msg yang paling aku meluat nak baca. dalam otak aku, 'apa punya orang la boleh caya benda karut ni'. lagi2 cousin aku yang send, mule lah aku terasa nak maki. tapi nasib baiklah emosi berjaya dikawal.

' forward, calon2 PMR pada tahun 2008 akan menerima result muktamad pada 27 Dis tahun ini. forward this to at least 5 of your form3 friend or u'll get bad result!! go!! '

cam cipan! aku tak tahu pulak setiap msg macam ni selalu ada sumpahan niang rapik. msg yang dah dibomoh oleh degawan cite susuk tu. macam mana lah orang boleh dapat idea karut mencarut nak buat msg macam ni. pertama menghabiskan kredit. aku memng kedekut kalau soal duit2 ni. kedua, dah tentu syirik. yang banyak sangat orang pegi pecaya buat apa. kan semua tu kuasa Allah. kalau kau bagi beribu2 orang pun kalau kau tak buat solat hajat semua takde guna gak. lagi satu, macam lah orang tak tahu 27 Dis ni amek result. tv3 pon akan siarkan lah nanti. hai manusia manusia.

orang melayu ni memang suka percaya benda mengarut. tu pasal setiap malam jumaat je adalah cerita2 pontianak sundal la, niang rapik lah, toyol buncit lah. baru dapat msg tu, dah hantar kat semua. yang hantar dapat dosa, yang percaya tumpang sebakul dosa. dan sape yang hantar kat aku, dapat sindiran percuma. bes kan?

dulu aku pon pcaye benda2 karut ni. kau tahu jelah bila perasaan cuak bermain di minda. lagi2 ada sumpahan tu kata 'sila send tidak anda akan dapat benda buruk'. lagilah dah ber'roller coaster otak aku ni. hantar2 je dapatlah satu sindiran bermanfaat sampai mengubah aku menjadi orang macam ni. tapi elok jugak tu. at least aku takdelah berfikiran tahyul.

sebenarnya kalu kau fikir panjang takde nye kau percaya benda karut yang menakutkan kau ni. kau lebih takut dengan kuasa msg yang direka oleh manusia sendiri. Allah lagi berkuasa. lagi baik kau mintak tolong dari Allah untuk dapat result hebat2 kan kan.

yang tengah sakit hati,,

18/12/08

sombong part 1

aku tak suka penggunaan perkataan sombong. oke aku rasa aku takde lah sombong, tapi aku tak tahu kenapa ada banyak situasi yang suka mengaitkan aku dengan perkataan ni. tak kesah lah main2 ke, aku tak suka jugak. pedulik apa aku.

oke cuba kau bayangkan bila kau kena pindah kelas. aku sebenarnya tak suka situasi ni berlaku sebab aku tak suka permulaan kawan. 'nama awak ape?'. dem! macam takde soalan lain. untuk pengetahuan kau, pelajar2 1st class dalam batch aku ni dia tahu sampai kelas ketiga je. tu pon kurang. this is a fact. dan aku ni dulu kelas ketiga, tak pandai pon aku. masa form2 tiba2 saham aku naik, dapatlah masuk 1st class. aku tak ubah cam alien asing. nak kena berkenalan ngan rakyat2 1st class tu. dan tiba2 aku dapat ngam dengan dorang pulak. rehat sama2, balik sama2. dah kata 1 kelas. so pkataan pertama aku dapat dari kawan2 aku masa aku kelas ketiga dulu ialah sombong.

aku sebenarnya terikat dengan 2 benda. aku kena sentiasa bersama dengan 2 benda yang tak boleh ngam. macam kapas dan besi. bila aku dengan kawan2 lama aku, kawan2 baru aku kata aku sombong. bila aku dengan kawan2 baru aku, kawan2 lama aku kata aku sombong. tak ke siot. ko kena berkejar dengan banyak benda untuk elakkan orang kata kau sombong. dan dalam situasi huru hara, aku rasa aku menjadi rebutan kot? haha.

lama2 aku fed up. aku betul2 dah nak meletup ni, tapi tahan je. sabar sabar sabar itu separuh dr iman. then tiba2 je aku masuk dalam satu group bahsyaa. lagi lah aku pening tambah biol. sebab masa aku kat kelas ketiga aku telah dimasukkan dalam group satu lagi. so adelah orang2 yang mula tanya aku, 'kau dah kua dari group tu eh?'. aku tak tahu nak cakap apa sebab aku sendiri tak pernah sahkan diri aku sebagai salah seorang member group tersebut. jadi diam adalah jalan terbaik.

aku rasa aku paling ingat ayat ni pasal aku aku paling tak suka dengar ayat ni, 'azyan sombong uh dah masuk kelas pertama'. bukankah ia satu statement sakit hati. aku rasa aku baik sangat tak marah dorang bila dorang cakap camtu. aku hanya gelak je berpura2 aku tak sakit hati langsung. ceit. malas aku nak berdendam.

dan orang2 yang terlibat merupakan kawan rapat aku satu ketika dahulu atau masa kini. aku ulang balik, kawan rapat. jadi bila siti pai cakap hal bestfriend satu hari tu, aku jadi sensetip tiba2. mulalah aku komen macam2 kat blog dia. betul kah orang yang selalu bersama dengan kau tu boleh kau nobatkan sebagai kawan rapat. cam apetah! aku lebih suka mengejar kawan sejati.

dan aku rasa bila dah masuk form3, aku dah mula berfikiran agak matang sikit. pedulik lah orang nak kata aku apa, aku sendiri malas nak kasi respond apa2. lagi melayan karenah manusia, lagi pening aku. bila dah penat diam lah kot. kalau nak ikutkan aku sendiri lagi kenal siapa aku, jadi siapa mereka nak judge aku macam2 kan.

dan aku nak berterima kasih kepada fitri-tak-silap-aku pasal defend aku masa aku kena kutuk sombong dengan mereka. aku betul2 terharu meh! haha.

14/12/08

sambungan entri bawah

harini aku sakit banyak. macam2 virus dah hinggap badan aku. badak betul. almaklumlah semalam aku dah berjalan kl. dan setiap kali aku kua ngan member mesti akan ada satu penyakit hinggap aku. damn! tapi itu cobaan atau dugaan. redha itu penting. hidung aku ni tak henti2 menghasilkan mucus. achoo! ha padan muke korang dah kena jangkitan aku. haha


biar aku ringkaskan jelah apa yang jadi semalam. aku tak punya banyak kudrat untuk tu
lis entri panjang2 sebab pas ni aku kena jumpa encik anti-virus, nak mintak tolong dia rawat segala virus2 dalam badan aku. semalam di RANtai pada mulanya serius aku rasa kerugian sebab aku agak bosan disitu. mungkin aku datang terlalu awal. masa tu tak de lagi band yang perform. alhamdulillah selamatlah aku bli 1 baju pastu ada lah jugak button and sticker yang menjadi pujaan. orang pun tak berapa ramai time tu. haza pulak tak habis2 perli, 'i luv rantai-art!'. tapi lama2 aku dapat rasakan ke-best-an event tu. almaklumlah dah masuk pukul 12. so adalah band2 yang dah mula perform macam the fridays pastu sape tah lagi. pastu masa tu gak baru aku perasan rupanya ada art exhibition dalam banglo tu. haha. dalam banglo terjumpa pulak dengan budak sekolah aku.


p/s, pasni kita buat gelang pulak eh? haha. kepada brand tbrains, 'bila nak bagi discount lagi? haha'.



pcfair macam sardin. penuh gila lah. sebagai orang agak bersize xs, aku terasa dihimpit dek badan2 orang. ada yang mahu bersimpati? misi aku nak pegi pcfair pun pasal nak dapat beg free. tapi tulah. aku pun tak tahu nape orang2 di sana begitu kedekut sifatnya. dia bagi kat sape dia suka je. ceit sia2 je aku pegi, so nak legakan hati aku yang dah terluka ni, aku pun bli lah card reader. nasib 15 hengget.


kembali ke klcc aku sempat jumpa wilky atau nama sebenar dia athirah. wilky ni dia kawan myspace aku. so perjumpaan yang dirancang itu berjaya walaupun hanya sementara. dah habis jumpa wilky, aku dan haza bergerak ke topshop. mula tu aku nak berboros di sana, tp disebabakan bajet tak cukup plus membazir je, aku hanya mencuba baju di fitting room. gila muke tak malu aku. haha. tengok2 harga baju aku pakai tadi, dah 300 lebih. dalam poket ada 100 je. kalau harga baju tu 300 rupiah dapat jugak aku beli. huhu. dah habis badan aku berbau topshop, aku gerak ke romp. kali ni aku betul2 nak beli pasal bajet mencukupi. ha dapat lah satu baju. syukur syukur.

----------- sesabtu @ KL -----------

reflection @ topshop

wilky + azyan @ depan vincci

reflection @ rantaireflection @ jamban


13/12/08

sesabtu di rantai

rumah--ktm--klcentral--lrt--klcc--rantai--pcfair--klcc--lrt--klcentral--ktm--mcd--rumah

AKU PENATGILA!!!
AMARAN DILARANG MELARANG AKU TIDUR!!

aku rindu zaman perfection

aku ialah seorang pelajar perfection tahun 2008.

tadi aku baru habis tengok album muke pelajar2 perfection kat satu orang dalam myspace ni. dia ni satu perfection dengan aku. tapi entah kitorang jarang cakap. 5 bulan sekali kot. haha.

biar aku describe aku di perfection. azyansyahirah seorang pendiam. hanya akan bersuara bila orang tanya. kalau tak dia hanya akan berbalas senyuman sahaja. haha. azyansyahirah is not much bijak, tapi dia selalu menjadi rujukan orang di kelasnya. walaupun kadang2 teori yang salah dia berikan dalam math. aku pon heran!! mungkin sebab muka dia cam pandai kot. haha. puji diri sendiri. azyansyahirah tak friendly. dia tak kawan sape2 kecuali orang di barisan dia. sombong gile babi! azyansyahirahselalu pegang buku ke mana2 dia pergi. dan akan blaja di mana2 tempat tak kira tandas atau depan kedai tayar. even masa berdiri pon dia boleh lagi sempat jawab soalan sejarah. rajin gile lah minah ni! azyansyahirah suka siapkan kerja tusyen. even kerja carik nama haiwan pun dia siapkan. rajin tahap bezita. azyansyahirah suka jawab soalan cikgu. tapi dia selalu tak dihiraukan pasal memang muke dia je jawab soalan. takde orang lain. perkara ini berlaku di sekolah juga especially time geog. aku rasa semua tanak kasi chance kat azyansyahirah tu. sian dia kan. haha. azyansyahirah suka jalan sorang2 dan duduk sorang2. walaupun dia berkawan agak rapat dengan dawana a.k.a gadis hot di perfection. perhatian! azyan bukan nak tumpang faymes atau apa2. dia pon tak suka orang cakap apa2 pasal dia from the back. yang pasti dawana seorang yang baik, tak belagak, cantik, such a wonderful person. kau tahu, bila kita faymes ramai secara tiba2 nak kawan dengan kita. walaupun ada yang tak ikhlas langsung. ni apa yang aku tengok terjadi kat dawana. dan azyansyahirah pula. ramai yang nak kawan dengan dia untuk dapatkan no gadis panas tuh. manusia manusia. sampai sini je kot dapat aku describe azyansyahirah di perfection.

mak aku ada tanya, ' kau nak masuk perfection lagi ke next year?'

dalam hati aku, aku seronok ke belajar kat sana. aku banyak berfikir tentang persepsi orang disekeliling kat aku kat sana. aku banyak berfikir tentang manusia di sana. kenapa dorang macam ni, kenapa dorang macam tu. dan aku tak concentrate langsung belajar. aduh kenapa benda ni boleh jadi?kenapa terlalu risau dengan semua ni. patutnya aku datang untuk belajar untuk pmr, bukan belajar tentang sifat2 manusia. kan kan?

tentang cikgu di sana, aku agak bored dengan sesetengah cikgu. especially cikgu bm. math pon sama. dan untuk knowledge ko jelah, aku rasa perfection banyak suruh kita melabur. for example, dia ada buat seminar. then tiba2 cikgu yang bagi seminar tu boleh kata, 'join lah seminar saya. saya akan kasi you tip2 terakhir. hanya 20 ringgit sahaja'. maksudnya kita kena attend 2 seminar. kenapa tak kasi semua tip terus kat seminar tuh. dan nak buat lagi 1 seminar. shit. duit duit. aku benci permainan duit. aku rasa perfection tak sayang pokok. suka membazir kertas. tau lah kaya gile, tapi takyahlah membazir bagi kertas macam2 yang tak guna langsung. ha kan dah terkantoi aku nature-lover. haha. aku rasa perfection suka menabur janji. perkataan jamin, gurantee blabla itu sangat memualkan aku. mungkin aku patut ajar mr christopher that promise is a big word. jangan menggunakan perkataan itu untuk mempengaruhi fikiran orang.

p/s, perfection tusyen paling lawa and bersih aku penah pegi.

anyway, aku rindu gile aku di perfection. just like a nerdy girl. cume tak berspek beso je time tu. hahah

11/12/08

takde title

tiba2 takde title untuk entri kali ni.

tom, tok dalang myspace mereka bukan2 di myspace. dia reka benda bodoh yang telah membuat semua stalker kehilangan kerja. sialan tom. gara2 dia susah aku nak usha jejaka idaman hati aku. ceit! aku nak bakar rumah kau esok tom. ha ha ha ha

myspace baru, aku tak hengat nama dia, tapi dia ada kat atas page aku. 'click hsahbhaha for upgrading your profile'. camtu kot bunyiknya pasal benda tu tiba2 ghaib bila aku tengok lagi sekali.

satu perkara bodoh yang ada pada aku bila aku start stalk orang yang sama berulang kali. dan bila dia comment dengan orang lain terutama kaum sejantina aku, secara tak langsung ada perasaan sialan dalam diri ini. cemburu. padahal sendiri tahu yang manusia tu memang suka dengan orang tu. adoyai. kau tau tak lagu coba yang anak tahir nyanyi? serupa macam cerita aku. agaknya lah.

sangat bodoh kan bila kau menyiksa diri kau. kenapa susah2 nak buat diri ini jeles. heran betul. tapi itulah manusia. memang rumit sikapnya. dan bila si dia hanya bertanya khabar, kau seronok sakan. padahal kegembiraan yang bersifat temporari.

adoyai. kadang2 kenapa yep manusia sering tak berputus asa mendapatkan orang yang tak pernah anggap kemunculan dirinya. heran dengan budak lelaki sorang ni, perempuan tu dah reject dia habis-habisan tapi dia tetap setia menunggu. mungkinkah kalau buat begitu, perempuan itu akan suka padanya pula. tapi apa yang aku tahu, dah 3 tahun. perempuan tu tetap buat tak peduli. berbaloi ke menunggu orang macam tu?

dan kadang2 kita give up nak tunggu dia. pegi mampus lah perasaan suka tu. sememangnya kita akan cuba untuk melupakan dia. tapi entah kenapa. melupakan sangat menyukarkan. lagi2 masa tu juga dia akan tiba2 layan kita balik. dan ternyata bersifat temporari segalanya. shit. dan kita akan melalui putaran yang sama kembali. dan apa endingnya? kita sendiri yang kana mengubah putaran tersebut.

1. berterus terang ?

2. berkawan. tak dapek jd awek, jd kawan pon jadilerr..

3. takyah contact dia da

4. bakar orang dia suka. haha

5. merayu. ini sape2 yang dah mental sangat.

6. paksa dia kawen ngan kau. tempat pilihan, SIAM

7. redha dengan ketentuan Ilahi

8. berusaha tangga kejayaan !

p/s, aku pilih no 4. hahahah

dan bukanlah perkataan bodoh yang harus menjadi definisi kepada orang2 sebegini walaupun rasanya dah banyak kali aku menyebut perkataan bodoh dalam entri ni. dan tak kan kau nak sifatkan diri kau seorang bodoh kerana menyukai orang yang tak pernah suka kau, padahal perasaan tu kau tak pernah paksa dia datang kan//

tamat entri kali ini.

tiba2 aku tertarik dengan manusia kecil

compare orang dewasa dan orang kecik aku lebih suka orang kecik. manusia yang di awal usia 2 tahun dan selanjutnya. bukan manusia di sekitar usia aku iaitu 15 dan selanjutnya yang tidak boleh diumpan dengan ceklat.

aku memang suka kanakkanak sejak aku bergelar kanak2 lagi. sejak aku menjadi pelajar tadika. sejak aku mula berkenalan dengan binatang bernama tora. sejak aku mula berminat mengumpul figura alien2 digimon. dari situ aku belajar bagaimana untuk bergaul, bermain, berkawan, menggoda(duh kantoi haha) kanak2. namun kegilaan terhadap manusia kecil ini tidak langsung memotivasikan diri aku untuk mempunyai anak laju2 yang bakal menjadi generasi ketujuh dinasti ying. duh aku baru 15. ulang semula, aku 15. aku bajet nak kawen masa aku dah jadi mega bilionwan bak donald trump dan merancang anak bila dah sampai seru. duh! aku tersasar topik lagi.

apa yang aku tau manusia kecil suka cakap loghat pelat. tapi apakah korang pasti yang manusia2 yang bercakap cayang, titew, thayunk dan segelinya itu merupakan manusia kecil juga. kalau kanak2 yang cakap serius aku rasa dorang comel. tapi kalau si besar yang cakap, aduh. mereka ada masalah dalam bercakap atau tak tau mengeja? sila ke tadika balik wahai orang bukan kecil. buat malu anak cucu kau sahaja nanti.

raya haritu, aku ada jd babysitter a.k.a cita2 no 15 ku. cita2 pertama aku nak jd manusia berguna. jangan tanya kenapa. ni memang cita2 sejak aku menjadi pelajar sekolah menengah rendah. sambung balik cite tadi. aku dengan sukarela sifatnya menjaga sepupu kecik aku. yang besar2 aku tak terima. haha. aku jaga sepupu aku lepas aku terlewat pegi sembahyang raya. padahal aku dah berkoba2 da nak pegi. aku jaga cam biasa lah. cam professional babysitter. hahahhah.

-------------------------------- danielhakimi, anak nurmahathir -----------------------


p/s, kau tak rasa die comel ke? haha

7/12/08

raya

beza antara harirayaaidiladha dan harirayaaidilfitri

1. harirayaaidil
adha mak pak aku tak kasi duit raya. bukan mak pak aku jea, datuk datinku pun tak bagi jugak. eh bukan2, sedara sepapat satu keturunan tak menunjuk reaksi mahu beri duit raya. yang ni pun hari raya jugak kan?

2. harirayaaidiladha orang sembelih lombu, kerbau, kambing, unta, ikan, arnab dan ketam dekat masjid atau surau. selalu nak tengok orang semelih ni pun dekat pasar je. tu pun kalau datang pagi2 buta je. eh tapi kan. for the 1st time, esok aku dapat tengok lombu disemelih di jalankawasan perumahan aku. unbelievable gile buat kat depan rumah! haha

3. harirayaaidil
adha bilangan si pemegang haiwan untuk disembelih ramai gile. ha nak semelih je mau dekat sepoloh orang. sorang nak pegang kaki, tangan, badan, sayap, sirip, kuku . padahal kan, kalau dekat Mekah (trimas tv kerana membawa aku ke Mekah) orang tu semelih kambing sorang2 je.

4. harirayaaidil
adha tiada lagu raya macam harirayaaidilfitri.

5.
harirayaaidiladha dapat daging free kalau pergi masjid selain dapat tengok free show orang semelih lombu.

6. harirayaaidil
adha orang sambut kejap je. kalau harirayaaidilfitri tu, sebulan pun tak habis2 lagi sambutannya.

7. harirayaaidil
adha tak ramai buat rombongan ke rumah macam harirayaaidilfitri. entah lah. aku pun tak tahu kenapa.

8. h
arirayaaidiladha takde pun dengar orang main mercun, bom ke. asal ha? polis dah rapas habis kot mercun tu.

9.
harirayaaidiladha kedai jahit, kedai kuih tak sibuk. memang tak pening kepala lah si tukang jahit dan si tukang buat kuih tu.

10.
harirayaaidiladha tak ramai orang bagi kad raya or paling kurang pun wish la. kenapa ha?

11.
harirayaaidiladha yang pasti dan terang bersuluh suluh sangat mak pak aku tak belikan baju, kasut, kereta, binatang peliharaan, rumah, jet pejuang, mainan baru kat aku. paling kurang pun takde pulak dorang dok tanya aku, 'ha jom kita p shopping. esok raya.'. materialistik gile aku. haha

12.
harirayaaidiladha lebih bermakna buat penunai haji. tak seperti harirayaaidilfitri yang dilakukan oleh semua penduduk islam. yang pasti petang tadi aku tengok cerita pasal haji, agak tersentuh dan berkaca lah jugak mata ini. tak sabar nak tunggu masa aku menjadi hajah pula. :D

yang pasti keduadua hariraya tersebut mestilah membawa erti yang bermakna buat kita semua sebagai seorang muslim. bukan sekadar hanya menikmati kemeriahan sambutan itu.

aku, azyansyahirahbintirozano(betul2 ikut ic) ingin mengucapkan
selamatharirayaaidiladha kepada seluruh umat islam di dunia ini.
pesanan terakhir, berhati2 menyembelih binatang.

oh ye. aku ni gila edit pic, so aku adelah buat kinda kad raya gitu. ini akibat kebosanan tahap supersaia. nway, credit to paksu sebab menembak wajah budak2 tu. trimas.

model, asila

model, aiman

aku ade jugak buat kad untuk orang atas permintaan. tak expect gile ade yang berkenan. million of thanks haza :))

model, asila

p/s, blog aku dah bertuka nama sebab kehidupan aku lately penuh warnawarni dengan situasi masam dan pedas tapi sedap sehingga mengajar aku yang aku perlukan air disisi setiap kali makan asam pedas. er ade makna tersirat dan tersurat ka ni? haha

5/12/08

dia

makan tido makan tido lagi sebulan sahaja mahu melangkah ke alam persekolahan semula. tahun depan aku akan menjejakkan kaki ke kelas aliran sains. aku sudah mula belajar untuk memahami subjek tingkatan empat pertamaku; biologi. menterjemah setiap perkataan asing. ada sesetengah perkataan yang begitu memutar belitkan lidahku. mitochondrion apa bunyinya? aih apa mahu kusut2 ni, guna loghat melayu sahaja lah. ah asal sedap sudah kan?



aku pernah melihat seorang buta ingin melintas jalan. kepayahannya jelas terserlah. dengan menggunakan tongkat dia merabaraba permukaan jalan. melihat masyarakat di sekeliling, mereka hanya memandang simpati dan menghindarkan diri dari terkena tongkat si buta itu. tidak ada seorang pun yang mahu memimpinnya melintasi jalan yang sesak itu. ada terdetik di hatiku mahu membantunya. tapi aku tidak ubah seperti manusiamanusia di sekelilingku. membatukan diri dan terus berjalan seperti tiada apa2 yang berlaku. di pertengahan jalan, aku menoleh ke belakang semula. hanya sekadar kelipan mata, aku meneruskan perjalanan semula. memikirkan hal sendiri.
dan sekarang, 2 minggu sudah berlalu. dan aku bertanya sendiri, mungkinkah aku yang sebenarnya buta? bagai satu sumpahan, kejadian itu bermainmain dalam fikiranku. maafkan aku kerana bertindak songsang.
kalaulah masa dapat dikembalikan..

3/12/08

penat

maaf hapdet lembap. aku busy banyak sekarang. almaklumlah musim cuti sekolah. aktiviti tido semakin aktif tak kira waktu. hoho. jadi silalah menjamah karangan yang ada. selamat.

29112008 aka sabtu
aku+family--> kereta--> pavillion
pagi, cerita bolt si anjing menjadi sarapan hari ini. mak oi nasiblah pemilihan cerita kartun kali ini lagi baik dari cerita wall-e. memang lah wall-e tu banyak pengajaran, tapi bosan gile. ta habis2 dengar robot tu cakap, 'eeevaaa'. percintaan robot layan jela. aku suke hang out ngan family. almaklum lah duit ku tidak akan disentuh sama sekali.
'terimakasih ayahanda.' oh tapi duit aku tersentuh juga akhirnya apabila melihat deretan comic2 dekat mynews.com. sesungguhnya sifat pemboros aku akan terserlah bila bab comic. adoyai. nasib nafsu dapat dikawal dan dapat lah aku 1 comic je. alhamdulillah. oh aku beli readers digest jugak pasal rugi wo ta beli 2 buku yang bernilai 1 buku. pastu aku bisik kat bapak aku, 'pasni ayah claim balik tau.'. hoho. total= RM21.50 telah ku belanjakan.

di malam hari, macik pacik serta anak2 khas dr perak datang kerumah. oh datuk dan datinku juga datang. total=8 orang semuanya. oh aku suka mereka datang. '
dah macam hari raya pulak.', kata nenekku. adoyai raya lagi berapa hari je lagi kan. mintak2 dapatlah aku sembelih ikan nanti. ha dengar khabar2 angin datuk aku nak buat nasi beriyani. *garu kepala kejap* er mintak2 ini hanyalah khabar angin sahaja. semoga rendang akan tersedia di pagi raya nanti. amin ramai2.


30112008 aka ahad
o yeah bertambah lagi bilangan orang di rumah ku. pacik macik aku dr shah alam bersama anak dan cousins aku dr johor datang. total=7 orang semuanya. parent aku dgn macik pacik aku dr perak awal2 pagi dah bertolak pegi batik fair kat pwtc. kegilaan batik semakin menjadi2 sekarang. mintak2 adelah kain batik buat aku juge nanti. sementara mereka sibuk di pwtc, aku dan cousins ku bersama pacik macik aku dr shah alam dah bersedia memulakan journey kitorang pula. o yeah mari2 meriahkan zoo negara. dah bertahun tak melihat badak di sana.

rumah-->kereta-->jam gile-->zoo
total si pengikut=13. bapak ramai ah. 1 innova pun tak cukup. terpaksa aku meribakan si syuhana yang berpunggung duri itu. haha. sampai2 je cinabeng sungguh. ku ingat semakin meriah zoo ni, rupanya khayalan sahaja. bosan gile zoo tu. entah lah penat aku merayau, kaki yang sakit. seyes penat gile. aku rasa dulu lagi meriah kot zoo ni. ataupun dulu kan aku budak kecik. tengok gajah pun dah excited gile badak. lagipun masa kitorang pegi, 1 show pun tak ade. aiseyman takde rezeki. ni antara gambar2 yang ditembak oleh uncle aku. selamat mencuci mata!

rupanya cik zirafah juga pandai menjelirkan lidah.

dia cakap aku 'good'. haha

si budak2 kecil

menaiki badak keras. wee~

balik je rumah, pergh ramai gile isi kandungan rumah aku. total=24 orang. lepastu 11 orang meneruskan journey ke johor.total=13 orang sekarang. tapi tetap ramai juge kan. lepastu 10 orang nak stay rumah pacik aku kat shah alam. tinggal 3 orang je kat rumah, parent aku ngan abang aku.

kat rumah pacik aku, kitorang pon berkaroke lah tak hengat dunia. yang lain ade gi main wii lah. giler best ahh. nak jadi cerita time tu suara aku titibe kehilangan jadilah suara jantan bila nyanyi. ha pedulik apa janji aku dapat 88 markah. peewit!! haha. pukul 3.30 pagi barulah konsert karoke rumah pacik aku tutup beroperasi. misi menghabiskan basi2 mengantuk diteruskan dengan menonton tv. eh tidak, tv yang menonton kitorang. hoho

01122008 aka isnin
rumah pacik-->rumah
selamat bulan disember!! harini pacik macik aku from perak mahu balik. adik aku macam biaselah. akan meneruskan misi mengikut jejak cousin aku pergi perak juge. kalau dah adik aku ikut, aku pun akan dipaksa ikut. tapi aiseyman aku sangat pemalas mahu ikut.
'maaf aunty.' betul kata orang, makin besar makin malas kita nak ikut jalan contoh kenduri kawin. total isi rumah sekarang=6. bila bapak aku tau adik aku nak follow aunty aku, cepat2 dia balik rumah. adoi kasihan pulak aku. mesti sunyi rumah ni kalau si kecik tuh takde.

petang, misi ke digital mall. aku punye pendrive da dipinjam macik aku. er bagus jugak macik aku pinjam dapat lah aku pendrive baru. haha. terimakasih daunkesom to my uncle pasal sponsor pendrive kali ini. sekali lagi duit tidak disentuh. huhu.


ok pasal banyak sangat misi, aku da mengalami kepenatan yg teramat. sampai sekarang terasa penatnya. dan akhirnya misi mula belajar chemistry, biology and blablabla subjek form4 sudah 2 hari terlewat. adoi. hopefully malam ni dah boleh mula.