11/12/08

tiba2 aku tertarik dengan manusia kecil

compare orang dewasa dan orang kecik aku lebih suka orang kecik. manusia yang di awal usia 2 tahun dan selanjutnya. bukan manusia di sekitar usia aku iaitu 15 dan selanjutnya yang tidak boleh diumpan dengan ceklat.

aku memang suka kanakkanak sejak aku bergelar kanak2 lagi. sejak aku menjadi pelajar tadika. sejak aku mula berkenalan dengan binatang bernama tora. sejak aku mula berminat mengumpul figura alien2 digimon. dari situ aku belajar bagaimana untuk bergaul, bermain, berkawan, menggoda(duh kantoi haha) kanak2. namun kegilaan terhadap manusia kecil ini tidak langsung memotivasikan diri aku untuk mempunyai anak laju2 yang bakal menjadi generasi ketujuh dinasti ying. duh aku baru 15. ulang semula, aku 15. aku bajet nak kawen masa aku dah jadi mega bilionwan bak donald trump dan merancang anak bila dah sampai seru. duh! aku tersasar topik lagi.

apa yang aku tau manusia kecil suka cakap loghat pelat. tapi apakah korang pasti yang manusia2 yang bercakap cayang, titew, thayunk dan segelinya itu merupakan manusia kecil juga. kalau kanak2 yang cakap serius aku rasa dorang comel. tapi kalau si besar yang cakap, aduh. mereka ada masalah dalam bercakap atau tak tau mengeja? sila ke tadika balik wahai orang bukan kecil. buat malu anak cucu kau sahaja nanti.

raya haritu, aku ada jd babysitter a.k.a cita2 no 15 ku. cita2 pertama aku nak jd manusia berguna. jangan tanya kenapa. ni memang cita2 sejak aku menjadi pelajar sekolah menengah rendah. sambung balik cite tadi. aku dengan sukarela sifatnya menjaga sepupu kecik aku. yang besar2 aku tak terima. haha. aku jaga sepupu aku lepas aku terlewat pegi sembahyang raya. padahal aku dah berkoba2 da nak pegi. aku jaga cam biasa lah. cam professional babysitter. hahahhah.

-------------------------------- danielhakimi, anak nurmahathir -----------------------


p/s, kau tak rasa die comel ke? haha