14/12/08

sambungan entri bawah

harini aku sakit banyak. macam2 virus dah hinggap badan aku. badak betul. almaklumlah semalam aku dah berjalan kl. dan setiap kali aku kua ngan member mesti akan ada satu penyakit hinggap aku. damn! tapi itu cobaan atau dugaan. redha itu penting. hidung aku ni tak henti2 menghasilkan mucus. achoo! ha padan muke korang dah kena jangkitan aku. haha


biar aku ringkaskan jelah apa yang jadi semalam. aku tak punya banyak kudrat untuk tu
lis entri panjang2 sebab pas ni aku kena jumpa encik anti-virus, nak mintak tolong dia rawat segala virus2 dalam badan aku. semalam di RANtai pada mulanya serius aku rasa kerugian sebab aku agak bosan disitu. mungkin aku datang terlalu awal. masa tu tak de lagi band yang perform. alhamdulillah selamatlah aku bli 1 baju pastu ada lah jugak button and sticker yang menjadi pujaan. orang pun tak berapa ramai time tu. haza pulak tak habis2 perli, 'i luv rantai-art!'. tapi lama2 aku dapat rasakan ke-best-an event tu. almaklumlah dah masuk pukul 12. so adalah band2 yang dah mula perform macam the fridays pastu sape tah lagi. pastu masa tu gak baru aku perasan rupanya ada art exhibition dalam banglo tu. haha. dalam banglo terjumpa pulak dengan budak sekolah aku.


p/s, pasni kita buat gelang pulak eh? haha. kepada brand tbrains, 'bila nak bagi discount lagi? haha'.



pcfair macam sardin. penuh gila lah. sebagai orang agak bersize xs, aku terasa dihimpit dek badan2 orang. ada yang mahu bersimpati? misi aku nak pegi pcfair pun pasal nak dapat beg free. tapi tulah. aku pun tak tahu nape orang2 di sana begitu kedekut sifatnya. dia bagi kat sape dia suka je. ceit sia2 je aku pegi, so nak legakan hati aku yang dah terluka ni, aku pun bli lah card reader. nasib 15 hengget.


kembali ke klcc aku sempat jumpa wilky atau nama sebenar dia athirah. wilky ni dia kawan myspace aku. so perjumpaan yang dirancang itu berjaya walaupun hanya sementara. dah habis jumpa wilky, aku dan haza bergerak ke topshop. mula tu aku nak berboros di sana, tp disebabakan bajet tak cukup plus membazir je, aku hanya mencuba baju di fitting room. gila muke tak malu aku. haha. tengok2 harga baju aku pakai tadi, dah 300 lebih. dalam poket ada 100 je. kalau harga baju tu 300 rupiah dapat jugak aku beli. huhu. dah habis badan aku berbau topshop, aku gerak ke romp. kali ni aku betul2 nak beli pasal bajet mencukupi. ha dapat lah satu baju. syukur syukur.

----------- sesabtu @ KL -----------

reflection @ topshop

wilky + azyan @ depan vincci

reflection @ rantaireflection @ jamban