11/12/08

takde title

tiba2 takde title untuk entri kali ni.

tom, tok dalang myspace mereka bukan2 di myspace. dia reka benda bodoh yang telah membuat semua stalker kehilangan kerja. sialan tom. gara2 dia susah aku nak usha jejaka idaman hati aku. ceit! aku nak bakar rumah kau esok tom. ha ha ha ha

myspace baru, aku tak hengat nama dia, tapi dia ada kat atas page aku. 'click hsahbhaha for upgrading your profile'. camtu kot bunyiknya pasal benda tu tiba2 ghaib bila aku tengok lagi sekali.

satu perkara bodoh yang ada pada aku bila aku start stalk orang yang sama berulang kali. dan bila dia comment dengan orang lain terutama kaum sejantina aku, secara tak langsung ada perasaan sialan dalam diri ini. cemburu. padahal sendiri tahu yang manusia tu memang suka dengan orang tu. adoyai. kau tau tak lagu coba yang anak tahir nyanyi? serupa macam cerita aku. agaknya lah.

sangat bodoh kan bila kau menyiksa diri kau. kenapa susah2 nak buat diri ini jeles. heran betul. tapi itulah manusia. memang rumit sikapnya. dan bila si dia hanya bertanya khabar, kau seronok sakan. padahal kegembiraan yang bersifat temporari.

adoyai. kadang2 kenapa yep manusia sering tak berputus asa mendapatkan orang yang tak pernah anggap kemunculan dirinya. heran dengan budak lelaki sorang ni, perempuan tu dah reject dia habis-habisan tapi dia tetap setia menunggu. mungkinkah kalau buat begitu, perempuan itu akan suka padanya pula. tapi apa yang aku tahu, dah 3 tahun. perempuan tu tetap buat tak peduli. berbaloi ke menunggu orang macam tu?

dan kadang2 kita give up nak tunggu dia. pegi mampus lah perasaan suka tu. sememangnya kita akan cuba untuk melupakan dia. tapi entah kenapa. melupakan sangat menyukarkan. lagi2 masa tu juga dia akan tiba2 layan kita balik. dan ternyata bersifat temporari segalanya. shit. dan kita akan melalui putaran yang sama kembali. dan apa endingnya? kita sendiri yang kana mengubah putaran tersebut.

1. berterus terang ?

2. berkawan. tak dapek jd awek, jd kawan pon jadilerr..

3. takyah contact dia da

4. bakar orang dia suka. haha

5. merayu. ini sape2 yang dah mental sangat.

6. paksa dia kawen ngan kau. tempat pilihan, SIAM

7. redha dengan ketentuan Ilahi

8. berusaha tangga kejayaan !

p/s, aku pilih no 4. hahahah

dan bukanlah perkataan bodoh yang harus menjadi definisi kepada orang2 sebegini walaupun rasanya dah banyak kali aku menyebut perkataan bodoh dalam entri ni. dan tak kan kau nak sifatkan diri kau seorang bodoh kerana menyukai orang yang tak pernah suka kau, padahal perasaan tu kau tak pernah paksa dia datang kan//

tamat entri kali ini.