29/11/08

iyeke?

aku patutnya nak post entri ni semalam. tapi disebabkan giliran aku meneroka internet lambat jadi terpaksa aku save apa aku merapu.

semalam ada majlis penyampaian anugerah sektor kualiti awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. ha aku 80% yakin sesangat yakin mesti ramai yang kurang tahu kan. aku pun tak tahu akan kewujudan majlis ini. aku ni pun kira sangat bernasib baiklah terserempak dengan tv1 masa merayau2 mencari program untuk ditonton. tv1? nak tekan butang 101 atau 1 pun dah teragak2 rakyat malaysia ni.

aku heran kenapa majlis yang sebegitu berprestij itu tidak se-gah anugerah skrin baru2 ini dan tidak bermandikan cahaya seperti konsert Akademi Fantasial. cuba lah bayangkan kalau pentas AF tu siap berlampu2 lagi, pentas majlis ni alahai macam hamparan karpet merah sahaja. kalau konsert jomheboh tu band music dia sampai kat jamban rumah pun boleh dengar dorang detum-detum. majlis ni pula, band music kecil-kecilan je pastu aih tak menarik langsung la. dalam hati, mungkin ekonomi dunia tak stabil jadi kerajaan tak cukup duit kot nak buat majlis meriah2 ni. kemungkinan kedua kerajaan suka akan keserdahanaan. hoho

kalau nak diikutkan majlis ni lagi berprestij dari majlis2 anugerah hiburan yang tak habih2 orang sama dok hadap piala. eh berprestij ke majlis anugerah hiburan tu? ketuk kepala tanya minda. pemenang2 pun bukan calang2 orang, cuma bezanya tak popular di kalangan masyarakat la. secara jujur, aku rasa semua orang pun macam tu kan. kalau ditanya nama tokoh2 di Malaysia ramai yang kurang tahu, tapi kalau tanya nama artis, tanya satu jawab sepuluh pun boleh. kemungkinan, kita lebih terdedah akan dunia hiburan dan dunia tokoh2 ni ramai yang kurang berminat. aku juga antara orang2 sebegitu. kalau dapat surat khabar, yang akan aku gapai mula2 ialah pancaindera walaupun hakikatnya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan baca hal orang.

bila bebel pasal ni, aku mula terfikir. kalau sekarang pun semua orang lebih mengambil berat mengenai hiburan berbanding tokoh2 yang banyak menyumbang jasa kepada Malaysia, bagaimana bila 15-20 tahun akan datang? mungkin akan wujud masyarakat yang langsung tak tahu bila ditanya mengenai perubahan Malaysia ke arah kegemilangan. hu macam mana lah anak pinak aku karang. rasanya kalau aku tanya siapa bapa pembangunan dia tahu ke tak ye. hoho.

haih patutnya aku yang kena berubah dulu kan baru boleh bebel2 macam nih. azyan BERTUKA!! :DDD

24/11/08

pangkah blusher

sebab kulit muka aku dah merah. sebelum ni mana merah, tapi selepas penyakit allergic datang secara tiba2. ha amik kau. tak payah susa beli blusher. duit boleh masuk tabung ayam. *kecing2*

cess ingat menyeronokkan ada penyakit ni? badan merah2 cam kena sterika panas pastu gatal2 lak tuh. lagi2 bila terpandang akan semut. meremang bulu roma aku. aduhh makin lama makin sensetif kulit aku. tangan kanan aku sampai sekarang tak bulih menggunakan sabun basuh pinggan. gedik betul ini tangan. susah aku nak menyerlahkan sifat gadis melayu aku ni. hoho

aku ada tanya mak aku, awat lagu ni aku nyer muka. then dia kata aku maybe ta cukup air. lagipun doktor ada bagitau aku kalau ada family yang kene asthma iaitu kaum hawa family aku, mesti penyakit kulit nipis ada jugak. kulit nipis ni like kulit ta tahan ah. sensetip dan lemah lembut sifatnya. termasuk lah si empunya penyakit kulit nipis ni. orangnye pun bak sifat kulitnya. hoho.



gambar diatas merupakan kawasan2 bakteria allergic datang menyinggah kat muka. bila dah kena kat situ, maka kawasan2 terdekat seperti pipi turut merasai hasil garuan aku. paling kurang aku dapat blusher free. wahaha. so kepada yang kepingin mahu ada blusher tapi dompetnya lebih kurang macam aku, yang hanya menjadi habitat debu2 membiak, this is the best way to blush urself. garu sampai betul2 ade kaler merah. kalau nak kepink2-an garulah secara lemah dan lembut ok. sekian matapelajaran 'make-up secara jimat' dr saya. -prof azyan. haha.

18/11/08

selamattinggal

agak lama aku tak post karangan. cikgu timah tak habis2 tanya karangan aku. memang tak sabar beliau mahu berikan aku A++. sabar cikgu sabar. hehe aku tipu je. entah la sekarang ni macam semakin bosan je. lagi2 bila dah school holidays. seriusli aku benci school holidays. lagi2 aku semakin tua[aiceh! benci cakap ayat ni] semakin singkat la masa aku nak bergembira di sekolah. aiseyman. mesti tak bes kalo dah benti skola nanti. macam mana kalau rindu akan jeritan cikgu nanti? haish!

ok ni dah masuk school holidays kan.yeah kebam keboom! selamat tinggal sekolah. aku pun tak tahu ape activity2 bakal aku lakukan. macam nak keluar, tapi ahad aritu baru sahaja keluar. ha gara2 keluar tanpa restu mak bapak. kira dorang restu separuh jela. [pandai2 je aku] akibatnya kaki aku mengalami kesakitan menggila. actually my leg ni skru dia ade sikit longgar sebab dah banyak kali patah. nak kata aku ni active sukan takdelah. sentuh alat sukan pun sekali setahun, mungkin tak cukup calcium kot. atau memang kaki aku lemah lembut sifatnya. aiseyman. haha. jadi moral of the story is kalo mak tak kasi keluar tu pasrah jela. syurga di bawah tapak kaki mak. haha.

haish bila school holidays dah tiba, mulelah segala fikiran2 kusut datang bertandang. baru kejap je duduk rumah, dah rasa bosan. padahal kalau nak diikutkan takdelah bosan mana. cume mungkin terikut2 dengan kawan. ale biase lah remaja zaman sekarang suke ikut kawan, kawan pakai gincu kita pun nak pakai gincu. heh aku bukan ye. haha. ale sebenarnya motif dia cakap bosan2 tu nak ajak keluar sahaja. tapi saja je cakap konon bosan duk umah la ni la. saikik jugak aku ni ye, can read people's mind. haha

em berbalik kpd activity aku na buat sekarang ni. aku pun dah malas nak fikir lagi. lagi2 bila tuition2 centre sume dah beroperasi kembali. haish nape awal sgt ha? dan sememangnya aku bakal menjadi pelajar dorang juge. hahah. nampaknye bersama buku2 lah aku cuti ni. tapi rasanya macam malas je. baru semalam rasanya aku merdeka dr pmr, dah kena baca buku lagi. adoii!

memandangkan poket aku semakin menjadi pembiakan debu2 rasanya tak berpeluang lah aku nak tengok lelaki yg dahulu nye menjadi pujaan aku beraksi iaitu radhi oag dalam antoo fighter. tgk dalam mimpi jela. haha. jadi kepada sesiapa mahu ajak aku keluar dr rumah, sila sediakan wang belanja untuk aku sekali. wakaka.

sekian terimakasih kerana membaca karangan karut berserabut ni.

haish! ade idea tak apa aku nak buat cuti ni selain makan tido serta menyahtinja? benda mahmudah saja, mazmumah aku reject. haha.

p/s, cikgu saya nak A++ jugak. tak kire.

14/11/08

meraban

aku sekarang dalam proses pembikinan satu belog ni. tajuk dia aku belum dapat ilham lagi. inti belog tu pasal wajah2. aku rasa best gak la belog tu sesedap karipap mak aku. tapi aku tak start lagi sesi photoshoot. aku memang nak ambil gambar orang lain je, tapi aku takut kang diserbu berkecai badanku karang. tak sempat gua amik result pmr. tapi entah akan diteruskan ke tak belog tu pasal aku sedang kacaubilau buat kad. nak menjejakkan kaki ke memory lane, sangatlah malas. lagipun aku suka kemanisan usaha. betulke ayat aku ni? harap dewan bahasa tak tangkap aku masuk lokap.

cakap buat kad, dulu aku bercita2 mahu mencipta label clothing aku sendiri. seronok tengok orang pakai baju hasil palotak kita. sebenarnya bangga menggila. ha mana tau kot2 aku aku bakal famous bak melinda looi ke takpun radzuan radziwill ke nanti. menangis kegembiraan mak aku. hoho. disebabkan aku seorang yang suka hangat2kan tahi ayam, ku tinggalkan cita2ku itu. aku bercita2 nak buat kad pulak dah memandangkan modal dia lagi murah dari buat baju. lagipun masa tu pipit ada buat projek apa tah. lagi la berkobar2 aku. hari2 dok hafal deadline. menjelang deadline, baru aku ingat aku tak post pun segala design2 durjana tu. apparently memory 1000GB dalam otakku tak mencukupi rupanya.

ha tengok program eric leong kat tv, timbul 1 hajat mahu jadi seperti dia; interior designer. aku paling syok part yang 'surprise!!!' tu. mau tercabut jantung pemilik kediaman tersenyum sambil bercucuran air mata. part menangis ni aku tak faham. apesal mahu sedih2 pulak. mungkin eric terbuang furniture pusaka dia kot. hoho. kita tinggalkan dunia eric leong. aku ngan bapak aku sejiwa na bukak bookshop. ala bookshop kecik je ala2 mph gitu. bila dah maju sikit baru kitorang upgrade sikit jadilah kinokuniya. amin.
aku siap da plan da rupabentuk bookshop ni. ada sikit2 rupa rumah ultraman, cuma bezanya ultraman punye dekat jepon, aku nye kat Malaysia je. senang anda2 nak datang karang. ha bila dan dimana akan wujudnya bookshop ini ialah tanda soal. maksudnye tak tahu la. Allahualam. mungkinkah esok dan di sebelah rumah anda?

ha sampai sini jela episod angan2 awang2an aku. aku kembali menjadi seorang pelajar, m'katam sebanyak buku yang boleh. aku rasa aku terlalu mentah untuk berbisnes. setakat jual air kosong boleh la kot. bak kata aimy, kecik2 lama2 jadi bukit. mula2 air kosong, pasni aku jual air vanilla+coke+float la pulak.

12/11/08

aku ada soalan

kenapa semua orang suka buat survey? entah la soalan banyak gile ayam(mak aku marah aku sebut ba+alip+ba+ya). baik buat terus kertas peperiksaan. aku dulu pernah buat survey2 ni, tapi bertahan dalam 2 soalan lepas tu aku malas nak jawab. soalan cam cacing kerawit sape nak buat. aku tak tahu camna dorang bleh suke plus rajeen gile badak buat survey. betulke seronok? (statement mahu cuba2). disebabkan aku da berkurun tak buat survey, sekarang aku terlampau rajin, aku nak buat lah survey balik. mari lihat ke bawah.


Have you ever licked the back of a CD to try to get it to work?::
betulkah boleh lick di belakang cd? mak aku tak ajar pun.

Were you popular in high school?::
aku tak suka popular, aku suka famous

By what age would you like to be married?::
sekarang pon boleh. haha

Have you ever made a mistake?::
everyone does

Have you ever had a crush on a teacher?::
tiada, cikgu aku semua tak kacak.

Have you ever peed in public?::
ko rase?

Would you tell your parents if you were gay?::
aku bukan gay

Beatles or Stones?::
beatles ah. batu buat apa?

If you had to pick one person on earth to die, who?::
ultraman krn beliau raksasa pupus

Beer, wine or hard liquor?::
haram la siot!

What are your plans for the future?::
sila tunggu 10 tahun lagi

Do you walk around the house naked?::
bodo uh soalan. teruja kang family aku.

If you were an animal what would you be?::
kau tak tahu ke manusia ialah sebaik2 kejadian? bersyukurlahh.

Hair color you like on someone you're dating?::
rainbow boleh?

Would you rather be blind or deaf?::
kenapa mesti perlu??aku normal sahaja.

What do you do as soon as you walk in the house?::
masuk bilik, tengok cermin dan senyum sorang2

Do you like horror or comedy?::
comedy. horror sgt kecutperut

Are you missing anyone?::
yes. taknak tanya sape ker??

Where do you want to live when you are old?::
rumahku syurgaku

Who is the person you can count on the most?::
myself

If you could date any celebrity past or present, who would it be?::
aku tak minat artis, aku minat datuk. haha

What did you dream last night?:
adik aku pakai susuk. ntah pape punye mimpi.

Have you ever been in love?::
coming soon coming soon

Do you sing in the shower?::
ada kau dengar??

Would you ever get plastic surgery?::
for what? aku natural beauty. haha

Are u single, taken or not sure?::
3-3 pon aku pasrah.


konklusi: aku rasa jawab survey lagi baik dari jawab pmr. :)

8/11/08

mungkin aku yg tidak faham

yah mungkin aku yang tidak memahami situasi2 yang berlaku di sekeliling aku. aku tidak menyalahkan sesiapa yang melakukan situasi di bawah dan siapa aku untuk menghukum mereka. mungkin aku sedikit menyemai rasa peduli dalam diri ini untuk mencari jawapan bagi soalan2 tersebut. amaran! ini sekadar bahan bacaan sahaja dan langsung tiada rasa tidak puas hati.


situasi satu
kenapa perlu ada manusia yang mahu menulis ' aku bosan hidup single ', 'single itu membosankan ',single ini, single itu sebagai nickname atau shoutout mereka. seolah olah single tu sangat membosankan. yah maybe for those yang dah biasa bercinta, then one day ta dapat bercinta mungkin mereka rasa kesunyian. tapi bagi aku kalau dahagakan cinta sekalipun, tak perlulah tulis sedemikian. nampak sangat mengharapkan cinta dan mahu keluar dari dunia single tu.


situasi dua
kenapa perlu letak gambar girlfriend atau boyfriend besar gedabak dalam profile? kemungkinan pertama, mungkin mereka mahu membuktikan rasa kasih dan sayang kepada lover mereka. oh itu terpulanglah, mungkin itu cara mereka m'ekspres rasa sayang dan mampu mengeratkan lagi hubungan sedia ada. kemungkinan kedua, mungkin mereka hanya mahu menayang gambar lover mereka dan beritahu kepada dunia.


situasi tiga
kenapa perlu melakukan perkara yang sudah terang lagi bersuluh akibatnya. contoh pertama, di sekolah. kenapa perlu mereka bergaduh, membuli yang lemah. hebat sangatkah jika ditakuti oleh semua orang dan menjadi perhatian dunia apabila bergaduh? atau mungkin bergelumang perasaan bangga bila dapat membuat cikgucikgu tersentak melihat keberanian kau? contoh yang kedua pula, aku tak faham dengan si perokok. dusta jika mereka tidak tahu apa akibat merokok. kalau tidak tahu juga maknanya mungkin masa mereka tingkatan3, mereka tidak belajar topik kedua subjek sains. aku ada dengar antara alasan mereka merokok untuk nampak macho. deh! macho tapi badan tak sihat tiada guna. mungkin susah untuk berhenti tapi tak mustahil kan?


situasi empat
dulu aku sering pelikpelikan apabila kawan aku suka dengan orang yang acuh tak acuh melayannya. dan sekarang aku juga masih tidak faham walaupun sudah terkena batang hidung sendiri. kenapa aku suka dengan orang sebegitu yang aku pasti aku sememangnya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. ceh jampi apa kau taroh kat aku nih? haha


mungkin terdapat sedikit kontradiksi dari segi pendapat dan kemungkinan yang aku beri dan harap maaf jika ada yang tersinggung. rambut sama hitam hati lain2. satu hari nanti mugkin aku akan dapat jawapan yang sebenar.

7/11/08

tiada tajuk sukahati mahu cakap apa

*sedang menghayati lagu malam by manis*

entah kenapa aku berminat mahu tulis blog pasal lagu ni. mahu promote lagu kah? haha. mana ada deh. saja sukasuka lepas bosan. bukan baru dengar lagu lagu ini, tapi baru merasa bahagia dengar lagu ini. mahu lompatlompat dengar lagu ni. kadangkadang tu melayang juga fikiran kalaukalau aku dapat menggantikan tempat cik aina menyanyikan lagu ini. ditambah dengan suara ala buluh perindu aku ni, agaknya gempak tak? haha. berangan!

jalanjalan dalam dunia myspace. terlihat gambar. ait? macam pernah ku lihat saja foto sedemikian rupa. oh tak mungkin. ini kes ciplak atau terlintas serentak di fikiran mahu snap gambar sebegitu. entah lah deh. aku pun tak pasti. dan aku tak berani nak kata mereka meniru atau tidak. tapi aku nasihat,
jangan menciplak hasil kreatifiti orang lain. kalau nak ciplak pun, buatlah lagi hebat atau lagi tak hebat ke atau senang cerita tepuk dada tanya selera. jangan tiru bulatbulat saja. plagiarisme deh!

*
sangat kesal melihat baju local brand diciplak bulatbulat dan dijual di pasar malam. setupid!*

sudah buang gambar yg sama tuh, khuatir si pemilik gambar datang menyerbu aku. huhu. kecut perut saja.

3/11/08

kawanlama

ok dah baca title. rasrasanya mission aku berjaya tak kali ni? satu task yg boleh meninggalkan sebakul rasa malu kalau aku silap orang or.. aku tak dikenali kembali. huh! sendiri tanggung akibatlaahh..

mission aku 80% accomplished 20% hampirhampir accomplished.aku jumpa di myspace. myspace?! ape kejadahnya kan. orang boleh letak nama apa2 pun, gambar curik, maklumat peribadi..deh! tak semua orang bersikap jujur. bila diringkaskan, 70% percaya, 30% tidak percaya. tapi aku pun tak tahu kenapa aku confident abis tu orang yg di caricari. sekolah? sama. nama? sama. umur? sama. gambar masa kecik? sama. tempat tinggal? sama. permainan gemilang? sama. jadi mahu add atau tidak?

entri ini akan disambung bila aku add dia.

------------------------------------------------------------------------------------

yah! im back. setelah beberapa hari menjadi sperti si stalker, aku sudah sebulat jiwaraga tidak m'add dia. keputusan 80% muktamad ini diambil bila aku tengok komen dia.

the kawanlama : '
hye...do i know u?ure so familiar to me...geez. '

the girl :
ni alif ek?? dak bbsb dlu?? ni kte la,wahetzatul iylia.. lpe ke??

the next day,

the girl :
hye alif.. still rmmbr me?? erm.. ni iylia la.. dak skbbsb dlu..

tiada tindakbalas selepas itu.

aku tertanyatanya jika aku yang sudah 5 tahun tidak muncul dalam diari hidupnya m'add dia, dan soalan yang sama diajukan. dan aku pula mmberi jawapan yang sama. bukankah aku hanya memalukan diri aku sendiri. tapi sekurangkurangnya ada usaha kan?


sekejap! ini hanya kemungkinan sahaja. kenapa perlu ada unsur negatif dalam setiap kemungkinan kan?
20% lagi mungkin aku akan add dia dan mula sebagai kawan kembali. kau rasa?


ini persoalan yang bermain di kotak fikiran aku sekarang. kenapa sesetengah orang tidak mampu mengingati rakanlama mereka walaupun hanya secebis kenangan? dan mungkin aku antara orangorang yang akan mengingati merekamereka yang sedang melupai aku. iskisk..

2/11/08

zaman retro bahagian pertama

perjalanan dari rumah aku ke rumah lama aku mengambil masa lebih kurang 20minit.

teringat zaman comelcomel aku dulu. zaman bersukaria, main tak ingat dunia. zaman kegemilangan dulu, dapat baca abc pun dah bangge gile. haha

banyak sejarah aku kat sini. tapi disebabkan aku semakin agak tua, maka ingatan aku dah karat sikit. ingat sikitsikit je. ok la dari tak ingat langsung.

aku teringat masa aku darjah satu. aku ni kelas kelas kelima. kelas kelima agak pandai pada zaman tuh. tapi aku? aku agak pandai kot? sekurang-kurangnya aku berjaya mengalahkan kanakkanak lain. nama kelas tuh hormat khas untuk kanakkanak yg hormat kepada cikgu. :D aku ditakdirkan dapat cikgu gile garang. satu benda aku tak suka cikgu ni, aku rasa mata dia rabun kot. aku tulis tulisan besar dia bising aku tulis tulisan kecik pun dia bising. sampai sekarang saya tidak faham cikgu. aku ingat lagi. sebab cikgu garang harimau ni lah aku hanya mampu memakai tudung setengah hari. aku takot cikgu tuh tak cam aku anak muridnya lalu menghalau aku dengan sukahatinya. imaginasi kanakkanak deh! first competition aku masuk. spelling. aku dapat no3. itu pun dah bangge giler.
alang2 ni, aku nak mintak maaf kat akmal elina ex-jiranku sebab terpaksa meninggalkan dikau masa kat toilet sampai ko menangis sebab tak jumpa kelas kita kat mane. akhirnya, ko pun pindah kelas kat bawah. mungkin dah tak snggup sekelas dengan aku kot?
-------------------------------------------------------------

darjahdua aku masih kekal dengan sikap hormat dikelas hormat. aku dapat cikgu baik. nama dia maizatul azura. badan dia kecik muka ala2 amy mastura bertudung. aku selalu nampak dia dating masa mengajar. tapi masa tu aku budak kecik, aku hanya mampu bergosip je. nama cikgu tu cikgu azmi. cikgu azmi ni dia ajar aku masa darjah6 kemudian. nanti aku cerita. darjahdua merupakan zaman mafia aku. cewah! aku kira belagak, syok sendiri dan segala perangai mazmumah yg lain. apa aku kata mesti kena ikut. siot je kan. tapi sekarang tak lagi, aku sudah insaf. huhu
-------------------------------------------------------------

aku tidak lagi hormat masa darjahtiga. aku dah jadi seorang yang berperwatakan gigih. gigih kelas keempat. masa zaman ni aku banyak dipertemukan dengan kawankawan yang cool dan seterusnya aku gigih menjadi sang cool. fitrah, hazimah, fatin, fida', alif dan etc(lupa lak nma korang sorry).
aku berjaya menjadi ketua kelas kt sekolah agama. sememangnya aku gagal menjadi ketua kelas yg hebat. maaf ustazah. aku langsung tak berminat nak mencatat nama kanakkanak yg bising sebab aku sendiri yg bising dalam kelas bersama penolong ketua kelas; fida' yang berjantina lakilaki. dan padan muka aku kena cubit perut dgn ustad rodhi. kecik je ustad tu tapi cubit sakit nak mampos!
ha masa aku darjahtiga ada satu game ni yg kira menjadi kegilaan ramai kat sekolah aku. ku-chi-pak nama game tuh. aku pun tak tahu kenapa aku gile sangat game tuh. sekarang? hem macam tak pernah tengok orang main pun game tuh. mungkin zaman kegemilangan game tu dah pupus kot? hoho entahlah weh.
------------------------------------------------------------


Masa darjahempat aku bertuka menjadi seorang yang amanah. amanah kelas pertama dan aku tak nafikan ratarata budak kelas tu semua pandai. Nama cikgu tu puan suzana. Seingat aku yang sama kelas dengan aku dulu, naufal, laila faqisha, hazimah, halimatun, fatin, farhana, shahrin dan..( ale lupa la pulak.) masa aku darjahempat aku ada masuk satu pertandingan. Em ratu timur! Hahahah. Aku sebagai ratu timur? Hancur deh. Catwalk pun tunggang langgang. Ye dulu aku agak tak feminin, sekarang? Kau rasa? Ha-ha
Dulu aku selalu lepak dengan fitrah ngan hazimah kat padang 1/c. main mak2 la, masak2 la, jadi monyet gi panjat2 pokok lah. 24jam main sampai lah result exam aku bertuka menjadi 2 nombor. Dapatlah free ceramah dari mak aku.


aku akan sambung entri panjang ini lagi kalau aku rajin. haha