24/11/08

pangkah blusher

sebab kulit muka aku dah merah. sebelum ni mana merah, tapi selepas penyakit allergic datang secara tiba2. ha amik kau. tak payah susa beli blusher. duit boleh masuk tabung ayam. *kecing2*

cess ingat menyeronokkan ada penyakit ni? badan merah2 cam kena sterika panas pastu gatal2 lak tuh. lagi2 bila terpandang akan semut. meremang bulu roma aku. aduhh makin lama makin sensetif kulit aku. tangan kanan aku sampai sekarang tak bulih menggunakan sabun basuh pinggan. gedik betul ini tangan. susah aku nak menyerlahkan sifat gadis melayu aku ni. hoho

aku ada tanya mak aku, awat lagu ni aku nyer muka. then dia kata aku maybe ta cukup air. lagipun doktor ada bagitau aku kalau ada family yang kene asthma iaitu kaum hawa family aku, mesti penyakit kulit nipis ada jugak. kulit nipis ni like kulit ta tahan ah. sensetip dan lemah lembut sifatnya. termasuk lah si empunya penyakit kulit nipis ni. orangnye pun bak sifat kulitnya. hoho.



gambar diatas merupakan kawasan2 bakteria allergic datang menyinggah kat muka. bila dah kena kat situ, maka kawasan2 terdekat seperti pipi turut merasai hasil garuan aku. paling kurang aku dapat blusher free. wahaha. so kepada yang kepingin mahu ada blusher tapi dompetnya lebih kurang macam aku, yang hanya menjadi habitat debu2 membiak, this is the best way to blush urself. garu sampai betul2 ade kaler merah. kalau nak kepink2-an garulah secara lemah dan lembut ok. sekian matapelajaran 'make-up secara jimat' dr saya. -prof azyan. haha.