30/05/09

Perjalanan Dua Minggu

Hari terakhir periksa dah macam hari yang dinanti-nanti kan. Masa tu lah baru dapat lihat orang boleh senyum sampai ke telinga.(eh aku teringat dulu ada iklan susu pekat tak silap aku, yang senyum sampai telinga haha) Kalau peperiksaan memenatkan pelajar, memenatkan guru untuk menanda, kenapa perlu diadakan peperiksaan?

Masa hari kempat peperiksaan, masa itu subjek BM. Hidayu tiba2 kata,”Aku dah bosan, dah penat denagn exam.”. Aku diam, fikir kejap2 kemudian aku kata,”Habis tak ada periksa, nak buat apa?”. Dari asalnya nak belajar, akhirnya kitaorang dah tersasar ke topik yang entah hape-hape.

Buat masa ni, aku tak rasa exam memenatkan atau membosankan saraf-saraf aku. Aku rasa aku lagi suka belajar gila2 dan tak terikat dengan kerja sekolah atau praktikal atau apa2 dan buat exam dan curious pasal markah tak seberapa aku tu. Aku lagi penat datang sekolah, balik kena buat homework, esok kena hantar. Ee aku rasa penat lah. Aku teringin nak dapat bintang atau A besar2 dalam buku sekolah aku macam adik aku dapat. Benda tu bagi semangat hantu belajar. Huu

Lagipun kalau tak ada peperiksaan, tak adalah lagi pengkategorian kelas kelas manusia. Di mana orang kata kelas Science tu kelas budak2 pandai(ha, yelah tu), kelas Art tu kelas budak2 kurang pandai. Dah jadi satu label dan peperiksaan yang menjadi penentu. Kenapa tak ditanya mengapa budak tu pandai, budak tu kureng padahal dari tadika yang sama, sama2 tak tahu membaca dahulu? Bukan masalah pandai atu tidak, masalhnya rajin atau malas sahaja. Kemas kini fikiran masyarakat.

Ok kembali kepada yang asal.

Kau pernah rasa mual dengan soalan-soalan peperiksaan? Aku tak tahu kenapa dua tiga hari nak dekat habis exam, macam macam penyakit aku rasa bila jawab exam. Aku tengok je soalan Fizik aku dah rasa nak muntah. Sengal gila aku. Orang lain jawab rilek rilek, aku sakit sakit tengah tahan kemualan jawab exam. Haha. Masa chemistry, aku aku dah pening, sakit kepala lah, selesema lah, demam lah. Macam2 penyakit timbul. Tapi aku tetap terselamat dari H1N1 for sure. Haha. Masa exam PJk lagi lah. PJK, ya PJK. Haha. Aku jawab dengan penyakit sedu sedu. Kurang ajaq Foong dan Fairuz dia pegi sorok air aku. So, bila aku jawab, aku dah macam orang tak betul tersedu-sedu. Erk Erk Erk

Cakap pasal dua minggu akan datang, aku akan sibuk tak terhingga sehingga menjilat ibu jari kaki. Aku akan berada di Johor untuk orang kahwin. Kemudian, tusyen yang tak boleh ponteng. Kemudian, aku akan bebas dari pelajaran di Langkawi. Kemudian aku akan cari waktu paling afdal untuk tengok Terminator dan paling lopek pun Syurga Cinta lah in case tiket habis. Haha poyo betul aku tak support filem Mesia. Ha tak campur tambah lagi aktiviti berkebun, memasak, menjahit. Haha. Tak ada. Aktiviti tu tak wujud lagi dalam hidup aku. Aku akan cuba2 bila aku hampir hampir nak kahwin. Haha

Jadi, apa cerita engkau?

28/05/09

Berdua Lebih Baik, Yalah.

Apa kata kita melepak secara berdua, secara bertiga sahaja. Tidak perlu beramai-ramai. Betapa kau akan rasa, yang tak rapat pun akan jadi rapat. Yang tak akan kau gelak pun, kau akan tergelak. Yang tak lawak pun boleh jadi lawak. Yang senyumannya kelat pun akan jadi manis juga.

Perkara ni dah berlalu dua hari yang lepas masa aku dengan Aliah. Aku tak adalah gila rapat dengan dia, tapi aku tak pernah terfikir yang aku dengan dia akan duduk dekat kedai menanti berhentinya hujan sambil berkongsi teori masing-masing.

Aku seorang pemikir. Tapi apa aku fikir selalu merapu aja. Jadi aku bukan pemikir sejati lah kot. Sebab tu apa yang bermain di fikiran aku tu kadang-kala tergendala, tiada jawapan menanti. Kali ini, bila aku menyampaikan buah fikiran aku, ada yang mendengar, ada yang bagi jawapan. Seronok sebenarnya bila bebas menyampaikan apa yang di rasa. Tak kisah lah benda tu kecil sekalipun, kalau ada yang sudi mendengarnya, kau tetap akan rasa seronok.

Jadi, kalau kau mahu tahu hati budi seseorang, kau kena berdua aja dengan dia. Ya, aku tahu bosan mesti ada. Dan kadang kala kau ter spill the beans. Itu yang paling susah. Tapi kau tahu, bila berdua ini lah. Otak akan sentiasa nak melaju je fikir apa perlu buat, apa yang dia rasa. Aku tunggu satu jam, bukan lama. Jadi bayangkan berapa lajunya otak aku berfikir semata-mata nak buat suasana “menyelerakan” sikit.

Kau pernah terfikir kenapa hujan turun satu-satu air. Aku kalau jadi Superman, perkara pertama aku nak buat, aku nak check awan tu. Ada tak pores dekat surface awan tu. Tapi pasal aku tak ada ciri2 nak jadi calon superwoman, Aliah bagi jawapan, “Mungkin pasal awan tu turunkan hujan dari aras yang tinggi, jadi bila sampai sini air tu dah pecah-pecah.” Haha! Aku rasa lawak.

Masa aku pekena Teh’O panas masa hujan. Aku nampak benda lebih kurang silap mata lah dalam cawan tu. Ada “ombak angin” dekat surface teh tu. Aku heran juga. Entah2 dah makin bertambah ke tahap rabun aku. Aku tak sempat fikir apa-apa sebab benda pelik tu dah buat otak aku terhenti seketika.

Oh ya, aku baru buat konklusi aku sendiri. Tak tahu lah boleh percaya tak cakap Prof Azyan **haha. Air sejuk, wap air diluar. Air panas, wap air di dalam. Mungkin ada kena mengena pasal tekanan udara ke, hape ke. Kalau tak betul, bagitahu Prof balik ya, anak murid. Haha

Baiklah, aku dah terlewat 15minit masa hafaz sejarah. selamat berfikir semua.

24/05/09

Merah Mengancam

(Kau nampak tak mata idaman Malaya? :p)



Yihaa! Gambar pengatas tu dah bertukar. Gambar aku pun dah bertukar. Merah tandanya berani. Merah itu saga. Merah itu Ferrari. Merah itu spiderman. Merah itu superman. Merah itu cicakman. Merah itu bunga raya. Merah itu api. Power Ranger Merah paling hot. Merah itu lambang Diraja Permaisuri Azyan. Ahaha!

Tengok, merah betul betul sangat hebat kan?

Pada mulanya, aku nak tukar layout belog ni. Ya, tujuan asal lah konon biar selaras dengan cita2 aku yang tersangat2 nak berubah ni. Tapi, tulah. Macamana sukarnya aku untuk berubah, macamtu sukarlah aku nak dapat layout yang sebati dengan adunan rasa ini. Aku memang cerewet aku rasa.

Jadi aku fikir dari tak berubah langsung apa2, baik berubah secara sikit2. Mula2 tukar gambar, lepasni taruh glitter, taruh muka2 haiwan yang cute2 tu ke. Bak kata pepatah Melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit! (Kau tahu peribahasa ni gila old school kan? Dah berapa abad dah aku rasa. Tapi tetap tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Kadang2 aku gelak juga bila ada orang baca peribahasa ni dengan nada cute-cute. “Sikit-sikit, Lame-lame, Jadi bukiiit!”. AA janji dia bahagia. :) )

22/05/09

Akhirnya Aku Dapat Rasa Keseronokan Seorang-Seorang

Online seorang-seorang dekat Perfection memang syok! Walaupun ada internet 24jam dekat rumah, online dekat sini jugak paling syok. Aku dah tunggu benda ni selama empat bulan; online di Perfection seorang2 tanpa diganggu. Aku tatahu apasal aku macam teringin sangat. Bila dah dapat pc tu, aku bukak blogger dan aku tekan2 papan kunci macam orang tak pernah dapat pc. Aku memang jakun kan?

Ada benda bila kau buat seorang2 kau akan rasa seronok sangat2. Ada benda bila kau buat seorang2 kau rasa tak bes. Kau masih memerlukan seseorang jadi peneman.

Untuk tempoh beberapa tahun ni, aku banyak berlandaskan seorang2. Aku lebih suka buat kerja seorang2. Sampai satu masa tu, sembang pun boleh seorang2. Aku cakap betul, cakap seorang2 sangat bes. Kau pernah tengok orang gila? Kenapa tiada istilah bosan semasa dia bercakap? Jangan lihat dia sebagai orang gila. Istilah bosan tu tiada pasal segala perbualan itu menepati kemahuan dia. Kau boleh try sembang seorang2. Bagi aku dia buat otak kau bekerja. Kau tanya, kau jawab. Tapi kena control lah.

Aku dekat rumah memang senyap. Aku bercakap bila aku nak sesuatu atau aku nak poyo aku ada banyak fact menarik. Aku tak suka cakap dekat rumah. Aku jadi blur tatahu nak sembang apa. Kadang2 tu bila dah mula aku cakap, aku selalu jadi pembangkang. Jadi aku tak suka. Orang lain pun tak suka agaknya.

Contohnya, orang kata aku tak buat ni, tak buat tu. Aku dengan muka tak bersalah pergi balas balik,"kenapa semua orang suka pandang keburukan? kenapa tak pandang kebaikan yang ada. Semua orang pun macam tu." Lepastu aku senyap dan aku tunggu apa respon. Selalunya tiada respon, dan aku akan blah. Aku memang hampeh. Apa aku fikir selalu terlepas ikut mulut. Lantak kau mahu cakap aku apa.

Aku anak ke4. Aku tak delah rapat sangat dengan abang akak aku. Aku kategori biasa biasa aja. Jadi aku suka seorang2. Aku dah jadi lali denagn hidup seorang2 sampai bosan pun aku tak dapat rasa. Tapi aku tahu aku langsung tak mampu hidup seorang2 kalau untuk selamanya. Aku masih perlukan family, kawan dan semua. Cuma benda tu sedikit sebanyak mematangkan aku, mendidik aku berdikari, mengajar aku yang tak semua perkara orang mahu kekal bersama dengan kita. Patutlah ada orang kata,"kawan gelak ramai, kawan sedih hampeh takde."

Macam aku cakap tadi. Ada benda kita seronok lakukan seorang2. Kita mahukan persendirian itu. Nak rasa kepuasan betul2 tanpa kacau bilau ragam manusia. Ada benda kita rasa tak bes seorang2. Macam nak celebrate raya ke thaipusam ke, kau seronok ke buat seorang2? Mungkin akan ada rasa bosan. Bosan pula lahir dari rasa sunyi. Tapi kalau tak ada sunyi, tak ada lah kau nak perlukan kawan. Betul tak? Jadi benda tu sama2 penting, sama bekerjasama dalam mewarnai hidup.



s/k, aku rasa macam sikit berterabur entri ni. Dengan muka ala2 macam Siti Nurhaliza, aku nak buat gaya Amir Raja Lawak dan cakap "sorryyyy!" kat kau orang. Haha

21/05/09

Pil Baru



Sekarang musim exam. Jadi apa aku nak cerita semua bersangkut paut dengan exam hari ini yang langsung tak buat aku rasa aku bakal dapat A1. Oh gila! Aku dulu terer(la jugak) Sejarah, masuk form4 Sejarah aku tonggang langgang. Aku merapu dalam kertas dua. Benda tak wujud pun boleh wujud dalam kertas aku. Aku pelik betul.

Masuk jam ini, dah 6789.51 minit aku fikir pasal hari perjumpaan ibubapa dan guru. Aku harap tahun ni benda tu dimansuhkan. Tak bes. Langsung. Cikgu tahu bercerita pasal salah silap pelajar je. Ibu bapa datang, dah siap dah atas meja buku rekod disiplin. Tak ada ke buku rekod kebaikan? Perlu diwujudkan aku rasa. (Kau tahu kan tujuan asal aku memang aku taknak tunjuk slip exam dekat mak aku)

Orang lain ketagih rokok, aku ketagih tidur. Aku tak boleh baring, aku mesti nak tidur punya. Dah dua tiga menjak semenjak ni aku jadi macam ni. Aku rasa makin aku nak exam, makin aku gila tidur. Mata aku lagi sikit macam mata Silat Panda. Pagi atau lebih tepat lagi, 28957.76 saat sebelum exam baru gelabah nak belajar. Padan muka aku.

Orang lain sibuk jawab exam, aku tak tahu macam mana aku boleh sibuk lakar muka bakal suami aku. Haha

Ok.

Aku rasa aku perlukan transformasi ke anjakan paradigma ke. Tapi masuk kali ni, dah kali ke 6732 kali aku cakap aku nak berubah. Jadi, aku takkan cakap lagi aku nak berubah. Aku memang susah nak berubah, aku rasa. Maka dengan ini aku terpaksa guna cara lain yang boleh buat result aku hebat dengan perangai yang sedia ada.












Tapi apa cara dia?


s/k, ada sape2 jual pil yang berjudul anjaka paradigma ke, transformasi ke. Aku nak rasa satu.

19/05/09

Hari Cikgu Meliar

Kalau kau nak tengok perangai sebenar seorang guru, kau kena datang hari guru. Masa ada games ke, persembahan dari mereka ke. Lawak kan bila tengok seorang guru yang garang-garang dalam kelas, naik atas pentas boleh berjoget-joget? Ahahaha!

Oh, aku buat kapkek untuk cikgu-cikgu. Mungkin lepas makan, cikgu2 bagi aku A1 untuk setiap subjek ke. Haha. Tapi seriusli aku tak suka kapkek. Aku suka buat je. Dia macam satu kek yang orang beli, orang makan, orang teruja hanya kerana rupa. Rupa lebih penting dari rasa eh? Kalau macam tu aku letak gabus jelah lepasni. :p

17/05/09

Sangkaan Meleset



Aku semalam tengok acara kemuncak AF sipi sipi aje. Balik dari ambil ibu belajar buat kapkek, pergi makan dan balik rumah dan bukak Ria, masa itu Aril sedang dikritik.

Blablabla muka dia gila suci dan aku rasa asset mahal dia tang mata kot. Mata dia sepet dan aku tak minat pun. Apasal semua orang tergila kan dia? Dia kacak kut, dan aku suka tengok perempuan tergilakan seorang lelaki. Kau kena baca forum2 yang berkenaan dengan Aril, lawak sangat sangat. Macam mengimbas kembali nostalgia lama aku, orang dok kutuk2 si dia pun, aku tetap macam orang gila dok habaq dia terbaik dan tah pape bagai lagi. Tergila-gila punya pasal. :)

Melalui firasat serba boleh aku ini(poyo haha), aku percaya, Aril jadi juara atau tidak, dia mesti laku punya pasal mungkin dia pandai mempromosikan diri dia. Mungkin dia jadi model mangga, mungkin dia jadi pelakon. Ok Yazid pula, aku-tak-faham-apa-dia-cuba-lakukan atas pentas. Bagi aku, kalau kau dah sampai satu tahap yang betul2 dia atas, kau patutnya ada satu tanggungjawab untuk buat yang terbaik dan terbaik. Tapi sayang, apa dia cuba lakukan tak buat aku rasa teruja nak menonton AF lagi. Ini Isma, kalau pun dia jadi juara, dia takkan se-gah si Aril dan Akim. Mungkin boleh bertahan sekejap sahaja kot. Dia tiada factor XYZ yang aku cari2 selama ini. Sorrylah aunty Isma, I baru batalkan kontrak nak jadi produser U. Hehe. Dan Hafiz pula, akan jadi macam Amylea AF3. Terbaik dan terbaik dan terbaik tapi macam kurang cerita tentang dia. Apepun, tahniah untuk dia kerana berjaya mengalahkan undian Tomok untuk kakak dia. Haha. Bedal sudah.

Sebetulnya, mereka ini yang kununnya dah pun bergelar bintang perlukan nilai berdikari itu sendiri jika mahu terus popular, terus dikenali, terus digilai, terus itu, terus ini. Lainlah kalau mereka itu Mawi. Suara tak sedap pun boleh menang gila gila. Apa aura sangat hebat dia pun aku tak tahu. Mungkin ini rezeki dia. Jadi aku tak mahu komen panjang.

Bila dah tujuh tahun aku tengok AF, makin lama, makin aku tak faham dengan AF. Aku rasa dulu rancangan ni gah lah juga. Masa yang kedua punya. Tapi sekarang macam hape tak best langsung dia punya final. Dan sejujurnya aku rasa mereka dah kehabisan idea. Masa AC Mizal mengacarakan AF semalam dah jadi macam satu adegan dalam cerita MMA. Bosan gila. Tah lah dirancang, macam takde unsur terkejut. Tapi sebagai penghargaan, aku akan cuba gelak juga. Ha-Ha-Ha. Eh korang dengar tak suara chipmunk yang bejet comel tapi tak comel itu. Dia pokpek2 takde tujuan, hanya tahu mencari publisiti orang lain. Bosan, gila.

Dan aku tak suka setiap kali AC Mizal macam salahkan mereka2 yang tak undi pelajar tu sehingga tersingkir. wadefak. Pakcik AC pun tahu kan kalau undi banyak2 ke undi sikit2 ke, kalau tulang2 belakang AF ni nak singkirkan, singkir tetap singkir. Tapi ada pulak dah makcik ni rasa bersalah bila ada orang ni tersingkir, pastu menangis. Gila-sedih! Haih “Jari menjadi juri” itu hanya statement untuk mengkayokan lagi Astro dan pihak2 yang lain. Sedar, semua reality show sama aje. Sudah-lah-aku-bosan.


Kan bagus kalau setiap kali aku undi, duit masuk balik kat aku. **Kalau jadi macam ni, jangan kata setiap hari, setiap detik pun aku sanggup pergi undi. :p

16/05/09

Promosi Bibir Menawan



Dah berminggu-minggu si Dawana suruh tolong vote kan dia dalam lipice contest, harini baru aku rajin pergi tengok website tu. Serius gila banyak gambar manusia mempromosikan lipstik jenama lipice tu. Dah berapa page aku bukak, nama denagn gambar dia tak muncul2 pun.

Muka2 yang mempromosikan pun gila lawak kot. Aku tak tahu kenapa. Kau kena tengok sendiri lah. Yang bertudung ke, tak bertudung ke, sama sahaja. Semua sibuk mempromosikan bibir anggun. Ada juga yang nak jadi macam Angelina Jolie, muncung nak 4 ke 5 inci. Yang aku-tak-faham-apa-dia-cuba-lakukan pun ada juga. Lantak kau lah labu. Aku rasa kalau kau buat dengan seikhlas hati, tanpa lebih2, tak fikir menang sangat, mesti ok je gambar kau walaupun tak segah yang bermuka cun atau yang berfotogenic.

Aku perasan yang berbintang besar(maksudnya undian dia banyak) selalunya yang cun-cun je. Tapi kalian semua kena ingat, ini peraduan bibir menawan. Jadi undilah berdasarkan bibir siapa paling OH-OH-HOT, paling besar, paling panjang muncungnya. Haha!

Yang pasti, galeri tu dah boleh jadi tempat cari jodoh. Haha

Aku dah jumpa cik Dawana punya. tapi haduh, aku rasa kalau dia posing macam gambar dalam myspace dia mesti dia lagi cambez. Kan Dawana kan? Tapi ok lah. Aku lagi suka lihat dia depan depan. Sila buka page24 dalam galeri lipice untuk melihat dia//

Eh Sempena Guru’s Day harini. Sebakul terima kasih kepada yang mengajar aku secara langsung atau tidak langsung. Guru bukan sekadar orang yang ajar kau kat sekolah, tadika, universiti, tusyen atau apa jua pusat pengajian. Bibik yang ajar kau masak tu pun boleh dikira sebagai guru juga. Ibu bapa, kawan-kawan dan orang sekeliling kau pun sama. Tapi tulah, kita tak sedar kan yang mereka semua tu pun guru juga?

Aku rasa masuk je sekolah menengah semangat nak menyambut Hari Guru semakin lama semakin pudar. Dulu masa sekolah rendah, semangat dia lain macam. Kalau boleh semua cikgu dalam sekolah pun nak bagi hadiah, nak ucap terima kasih, nak buat apebenda lagi tah. Semangat punya pasal. Masuk je sekolah menengah, jangan kata Hari Guru, Hari Merdeka ke Hari Raya ke, semua pun tak de semangat nak merayaikan kan? Apasal eh.

Aku ingat lagi masa tingkatan 3. Agaknya sibuk sesangat dengan belajar nak PMR, masa hari guru satu kelas pun buat bodo je. Tengok-tengok baru sedar semua orang pun tak kasi hadiah terima kasih kat cikgu kelas. Gila hape, mesti sedih gile oh cikgu tu. Mana tak nya, cikgu kelas lain dapat je hadiah.

Bila dah besar sikit ni, selepas setengah tahun menjadi tingkatan empat, aku fikir-fikir balik. Payah juga jadi cikgu ni. Marah budak, mak bapak serang. Tak marah, pengetua pulak serang. Segala masalah disiplin, guru jadi punca. Jadi, bila dah hari guru ni, sepatutnya orang ramai dapat melihat tugas mulia seorang guru. Bukan hanya tahu meletakkan beban kepada guru. Andaikan guru tiada, maka sekolah pun tidak dapat dibangunkan, begitu juga dengan generasi yang akan menerajui tampuk kepemipinan negara. Kita kena fikirkan dari satu sudut tentang perasaan guru itu sendiri.

Tapi aku tahu, tak semua guru ialah “guru” kan?


sekuacikata: Biar aku beritahu, Johan AF musim ni mesti seorang perempuan. "Dengan duit satu juta saya dah undi akak saya", kata Tomok. Aku tak peduli apapun. Janji Astro kayo! Apepun, Selamat Bertambah Digit Pakcik Nur!

14/05/09

Pemenang Bukan Juara Tiga




Ini pertandingan kali kelima dalam tahun ini, dan lima lima pun bukan meletakkan aku Juara. Mungkin Forum sajalah. Tapi aku still tak berapa puas hati sangat dengan forum. Macam orang lain yang tolong juarakan, kau hanya menjadi sebahagian tapi kau dapat title juara. Usaha aku masa forum itu kureng. Aku cuma rasa si Azren yang jadi ayam tambatan untuk kumpulan forum itu. Macam kalau dia tak ada kitorang kalah. Dan aku memang tak rasa kepuasan sebagai seorang juara pada masa itu.

SMK Sungai Pusu, Pertandingan Roket kali ini. Kumpulan aku di tempat yang ke7 dari 18 yang bertanding. Aku tak letak harapan yang tinggi sangat untuk menang lagi2 nak jadi juara. Aku Cuma harap kumpulan aku dapat yang terbaik untuk paracut atau sasaran sahaja.

Sasaran, kumpulan aku dapat tempat ke15. Memang hampeh. Aku bajet ketiga ke, keempat ke pasal masa trial dah oke dah. Tiba je saat transformasi, semua jadi kureng. Bila fikirkan balik, bila dah namanya transformasi ada perubahan yang baik bakal berlaku. Tapi takde rezeki mungkin.

Paracut pun sama. Bila berlakunya transformasi untuk kali kedua. Gagal dan gagal. Kali pertama, meletakkan kumpulan aku paracut kedua terbaik. Tiba je kali kedua, haraaam tak terbuka paracut tu! Tinggi memang tingggiiii tapi sayang tak terbuka. Dan aku gila kecewa kot. Aku tak salahkan Amir, tapi aku salahkan cikgu yang suruh kitorang buat transformasi. I know he means well. Tapi aku dah boleh jangka yang transformasi tu tak berguna pun dan mungkin boleh beri kesan macam pertandingan sasaran tu. Tapi si Amir tetap dengan transformasi konon jadi lebih baik itu.

Ok tak boleh salahkan sesiapa pasal aku sendiri membantu dalam proses transformasi itu. Nombor 3 paracut terbaik bukan teruk sangat kan? Setidaknya kumpulan aku bukan terakhir.

1. SMK Taman Ehsan
2. SMK Lembah Keramat
3. SMK Taman Keramat

Paracut Terbaik, SMK Taman Ehsan
Sasaran Terbaik, SBPI Rawang

Aku sempat kenal dengan beberapa orang dan aku berjaya dengan cemerlang kalahkan sekolah sekolah yang kalahkan aku dalam solar car hari tu. weehoo!

Selamat Tinggal Gombak Setia!



sekuacikata: Cikgu tu punya idea transformasi tu tak boleh pakai langsung bila aku cuba lagi sekali. Serius. Aku buruk sangka ke kalau aku kata aku rasa macam dianiaya?

11/05/09

Salah Tuan Rumah



Yang dinamakan Tuan Rumah ialah Melayu. Yang dimana Melayulah bangsa yang asli asal pendudukannya. Tapi kenapa yang bernama tuan rumah itu selalu kebelakang, membiarkan yang namanya orang luar melebihi kehebatan si Tuan Rumah?

Hang Tuah kata,”Takkan hilang Melayu di dunia”.

Melayu, InsyaAllah takkan hilang sampai kiamat pun. Tapi apa guna kalau Melayu yang ada merupakan Melayu-Melayu seperti sekarang ini?

Yang hobinya bertenggek melaju di jalan raya, yang cita-citanya menjadi artis semata-mata, yang bakatnya terkubur dalam kubur, yang kehidupannya sekadar mahu cukup makan, yang majoritinya hanya menjadi penonton kepada kejayaan, yang banyaknya tahu mengeluh tetapi tidak tahu menyelesaikan, yang selalunya menentang bangsanya sendiri, yang malunya selalu tiada.

Inikah Melayu yang kita mahu banggakan?

Buat malulah weh. Bangsa lain boleh gelak2 melihat begininya cara Melayu.

Sayogia yang menjadi Tuan Rumah haruslah menjadi lebih kuat dari isi-isi rumahnya. Menjadi pemimpin yang unggul di mata isi-isi rumahnya. Menjadi yang terhebat di dalam isi-isi rumahnya.

Bangun Melayu! Bangkit Melayu!

Kita semakin kebelakang.

Takkan lah nak tunggu sampai di halau di rumah sendiri baru atma jiwa ini mahu bangkit? Sudah terlambatlah kalau begitu.

“Eh apahal dia ni merapu pasal ini? Aku dah tahulah pasal ni. Poyo.”

Kerana Melayu itu banyaknya bersikap seperti ini. Dah tahu tapi tak mahu berubah. Dah tahu tapi lagi banyak buat silap. Dah tahu tapi lagi suka melarang. Dah tahu tapi satu perubahan pun tak nampak!

Macam orang hisap rokok lah. jangan kata mereka langsung tak tahu apa kesan rokok pada kesihatan mereka. Jangan kata mereka tak pernah diberi amaran, tak pernah diberi nasihat. Bukan sekali. Malah berjuta-juta kali. Tapi ada mereka berubah walau dah tahu kesan buruk?

Segelintir aja kan? Yang lain hanya berharap hari tua atau demi orang tersayang mengajar mereka untuk berhenti.

Kenapa mesti kita harapkan orang lain yang tolong mengubahnya. Kenapa mesti kita harapkan orang lain yang memajukan kita. Mengapa kita ni terlalu suka berharap?

Kita ni tak mampu ke? Kita ni cacat ke? Kita ni orang kurang upaya ke? Ironisnya orang seperti itu lagi cekal hati, lagi gigih untuk berubah, lagi berjaya dari kita. Kita yang sempurna akal fikiran dan fizikal sambil lewa tahu goyang kaki dan tibanya saat jatuhnya bangsa sendiri, tugasnya membebel menyalahkan orang lain.

Jadi tanya diri kita, ada ke kita buat sesuatu demi bangsa, negara dan agama?

“Tugas saya menjadi penonton”

Dan sampai bila mahu menonton, dan menonton dan terus menonton?

Eh peduli hape kalau orang ingat ini hanyalah percakapan tak serupa bikin dari penulis ini. Penulis ini macam ibu ketam ajar anak berdiri betul ke?

Aku pasti ada antara kita, di sekeliling kita ni, ada insan yang punya tanggapan seperti itu. Orang tu nasihat sikit, dakwah sikit, dia dah merendah2kan si penasihat yang tujuan si penasihat hanya mahukan satu transformasi dari jahat ke baik, dari kotor ke jernih.

Kalau insan tersebut merupakan kawan kamu, percayalah dia langsung bukan kawan kamu.

Dan aku berani kata yang Melayu satu bangsa yang takut bersuara, takut orang itu berkata poyo, takut orang berkata bajet hebat, takut orang bekata itu dan ini. Apa ada pada kata2 mereka sebenarnya? Mereka hanya tahu menilai tapi tak tahu tujuan.

Serlahkan diri kamu. Pedulikan mereka.


sekuacikata: aku tak kata semua Melayu begini. Dan bukan tujuan mengaibkan bangsa sendiri.

9/05/09

Kenyang Perut Suka Hati





MIHAS 2009. Terima kasih kerana menjemput aku yang lapar gila badak ni.
Sedap sioott sarang lebah!!

Sebenarnya ni cerita semalam. Tak sempat post sekali.

Aku sekarang sedang menjalani kursus penyambungan fius-fius yang terputus sejak sekian lama dalam kobis kepala ini. Tiga jam di sana, aku rasa kosong. Empat jam di sana, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku tak faham kenapa. Seolah-olah semuanya hilang. Niat aku masih di awang-awangan lagi ke?

Aku cuba ikhlaskan diri ini sepenuhnya.

Akhirnya jiwa ini bukanlah kuat pun, hatinya sensetif. Menitis juga air emosi ini meminta pertolongan dari-Mu di masa tergelincirnya matahari, di masa aku rasa aku betul2 ingin menjadi orang yang baharu. Lenyapkan aku yang lama. Ghaibkan personaliti yang menjadi penghalang kejayaan aku.

Keliling aku ini. Belakang bergelak tawa di masa aku sibuk mencari sesuatu. Tak ada adab betul. Aku datang bukan nak dengar dia kecoh. Apa guna kau bayar mahal2 hanya nak bersembang atau nak cari pasangan hidup atau nak tunjuk cool? Kamonlah.

Aku menyampah bila orang sibuk kata budak tu cute, motivator ini itulah inilah.

Bukan aku kata selama ini aku tak pernah buat begitu. Aku pun kaalu nampak orang kacak sikit walau tak kenal,"uhh tergugat iman". Tapi berpada-pada lah juga.

Kalau setiap saat kau kata benda tu, aku di depan naik bosan.

Aku betul betul nak berubah walau mata hati ini belum dibuka sepenuhnya. Aku cuma harapkan satu transformasi bakal berlaku waima hanya seketul jantung kuman tetapi kesannya untuk selama aku berdiri di muka bumi Allah ini. Bukan sekadar dua tiga atau duapuluhempatjam sahaja.

Jadi jangan rosakkan suasana aku.

8/05/09

Saudara Montana Beraksi

Farish Aziz sebagai Abang Hannah dan Shila sebagai Akak Montana. Dan satu lagi si baju biru merupakan Adik Montana. Merekalah saudara Montana! sukehati aku je :p


aku tiada komen-

7/05/09

Abang Hannah Beraksi



Aku baca balik apa aku tulis semalam. Rasa nak padam. Aku tulis dalam keadaan penuh marah, marah dan marah. Penulisannya seperti ikut hati tanpa berfikir panjang. Lama aku fikir pasal ni. Last2 aku tertidur dan bangun dan kembali bertemu dia di sekolah.

Aku mula sedar dalam semua perkara bukan sepenuhnya pesalah itu ialah pesalah. Mungkin 70peratus dia salah lagi 30peratus orang lain punya salah.

Aku seorang yang gila curious pasal orang yang aku tak suka. Sebetulnya lagi tak suka, lagi aku curious pasal dia. Lagi aku mahu cari sifat sebenar dia. Dan kenapa aku tak suka dia. Dan aku nak tahu satu benda yang boleh buat aku ngam dengan dia. Dan tak mungkinlah dia hanya punya evil-side dalam diri dia. Mesti ada baiknya.

Macam kau tengok mat rempit. Luaran mereka macam jahat lah, nakal lah. Tapi mak aih, jiwang rupanya. Hatinya bila bercinta sesuci minyak masak murni. Dan sifat berdaya saing dia, semangat dia nak menang masa race hebat. Kira ada juga lah postive value dalam dirinya cuma tak kena tempat lah kot.

Sampai bila kita nak lihat sesuatu itu dalam keadaan jahat sahaja.

Dan aku sedang mencari nilai itu.

Sebab tu aku selalu tersangkut dengan orang aku tak suka. Orang kata ni lumrah. Kau tak suka orang tu, akhir sekali kau akan suka dia juga.

Tapi bukan semua lah.


sekuacikata: Macam keling dah aku ni. :o Aku tersasar lagi dari topik asal nak cerita pasal Hannah Montana. haih sekali lagi!

6/05/09

Akak Montana Beraksi

Bila semua orang pun rasa kau keji gila, kau hina gila, hodoh gila, bodoh gila, satu perkara baik tentang kau pun orang cuba tak mahu pandang. Seteru di sekeliling bertambah. Dia tertekan katanya semalam. Dan aku kata,”Ohh memang lah kau tension, dah kau buat orang sekeliling kau tension juga”. Dia heran melihat lajunya perubahan sikap orang dan terima kasih kerana buat pengakuan yang aku nantikan,“aku memang nak attack kau and the gang masa spotcheck semalam.” Apa boleh buat. Itu manusia sikit pun takde nilai persahabatan. Mungkin dia perlu tahu. Hati ni sakit gila dengar statement dari dia. Jadi, mengapa tak berjumpa aku muka ke muka dan berkata,”mana handphone kau?”. kenapa perlu melibatkan orang lain dengan buat spotcheck untuk kali kedua? Ah aku tahu alasannya dia ingin menjalankan tanggungjawab yang sebenar.

Tahukah kamu, kalau aku ada mak cikgu kata sana pun, dah lama aku suruh mak aku simpankan handphone aku seperti apa yang dia lakukan.

Aku tahu tanggungjawab ialah tanggungjawab. Aku tahu bawa handphone tu salah. Aku tahu itu dan aku bawa juga. Aku lah salah kan? Tapi, sila kemaskini otak kamu dan baca kepentingan telefon bimbit di sekolah dalam akhbar Metro, Selasa 5Mei2009. OK tak payah lah. Undang undang tetap undang undang. Jadi dengar sahaja penjelasan aku.

1. Aku dengan rela hati dan suka hati bagi kamu rampas kalau aku menggunakan handphone masa pembelajaran.
2. Aku dengan rela hati dan suka hati bagi kamu rampas kalau handphone aku dijadikan kamera penangkap gambar orang tengah buang hajat.
3. aku dengan rela hati dan suka hati bagi kamu rampas kalau handphone aku punya koleksi orang syok layan maksiat.

Dan aku nak kamu tahu yang aku bukan melakukan perkara di atas. Tolong bagi aku satu alasan yang munasabah mengapa lamanya perkara ini menjadi satu beban dalam badan disiplin sekolah?

Undang-undang kan?

Apo-apo jelah labu..

2 bulan yang lepas, Cikgu Ravi kata,”boleh bawa, tapi tak boleh guna.”. aku tak tahu berkuat kuasa lagi ke statement tu. Dan jangan ingat semua pelajar pun macam ketagih gila nak mesej2 masa belajar.

Dan mengenai tanggungjawab, betulkah semata2 atau kononnya dia lakukan semua ini demi tanggungjawab, bukan untuk memperlihatkan dirinya sebagai pengawas yang kononnya berkaliber di mata cikgu2. Ah sudah lah kalau dia mahu kata dia tensi atau sebagainya. Bukan ini satu kejayaan buat kau ke? Dalam masa 2 hari sebagai pemangku, dia dah dapat satu tanggapan yang paling hebat. Orang nak dapat pun kena makan masa. Hang dua hari je. I terharu lah!


Kita sendiri tahu apa yang kita buat semua ada baik dan buruk, semua ada kesan sampingan. Pandai2 lah terima hakikat. Dan tak semestinya bila kita tak suka seseorang, kita kena tunjuk rasa benci depan dia. Apa pun kau nak buat kat aku lepasni, aku tetap anggap kau kawan aku. Dan kalau kau ingat aku talam dua muka, tidak. Kau pun tahu aku tak suka kau. Tapi tak bermakna kita tak boleh kawan kan?


Calu.


Sekuacikata: adakalanya musuh itu sangat penting. dan aku dah lupa niat awal aku nak post pasal Shila dan Farish Aziz berHannah Montana di sekolah aku harini. haih!

4/05/09

Sengal



Semalam agenda aku ke Times Square bergerak ke Pipit wonderful Market menjadi. Ok Alhamdulillah. Aku pergi dengan Harry, Aimy. Event tu tak berapa menarik sangat, ok biasa je. Aku sempat beli beg, button dengan lantern. Masuk wayang tengok si Wolverine pun 30 minit dah berlepas. Tu pun gara2 seorang lelaki menjamu selera dengan penuh gaya seorang puteri. Serius lembap!

Pasal aku menulis untuk hari ini dan semalam, Gabungan kisah dia semacam tak ada kimia. Macam nak buat jus belacan campur Sunkist campur sikit kuning telur campur sikit itu dan ini. Jadi aku kena buat angka-digit-nombor untuk penulisan kali ini.

1. Aku perasan sesuatu, kenapa setiap filem tak pernah terlepas pun satu babak percintaan? Walau ganas mana cerita tu, walau kejam mana pun, walau sepontianak mana pun, mesti ada babak cinta yang terselit kat celah-celah cerita tu. macam dah jadi satu kewajipan. Memang takde cerita yang bebas dari babak cinta ke? Aku nak tahu, sila beritahu.

2. Macam mana pengkid boleh menimbulkan rasa nafsu dengan seorang perempuan? Aku geli tengok diorang berasmara sebelah aku semalam dalam KTM. Peluk, cium, usik2 manja, gedik2. Apa yang dorang nak tunjuk kat aku? Sikit pun aku tak jeles lah wahai kaum sejenis yang merangkul pinggang dan aku tak tahu apasal macam muka orang tengah layan maksiat je korang duduk sebelah aku tu. Tolonglah. Nak buat pergi buat jauh2 lah, pergi buat dekat rumah gelap ke. Kalau bukan depan public, kalau bukan aku ada kesabaran yang tinggi, Kalau bukan aku taknak kau malu, dah lama aku maki hamun kerja terkutuk korang. Tak guna kau wanita berbaju hitam, sorang bajet hensem bajet gentleman, sorang bajet perempuan tulen. Matilah kau nak jadi macam kaum Lut. Aku perasan KTM dah jadi sarang maksiat. Astaghfirullahalazim. Baik naik bas.

3. Mana keistimewaan untuk orang lama? Aku percaya kalau kau dah lama berkhidmat dalam satu organisasi, kau akan dapat keistimewaan yang lebih. Contohnya antara orang yang baharu bekerja selama sebulan, dan engkau yang dah bekerja selama 4 tahun, kau lebih layak memegang jawatan sebagai ketua. Bukan orang yang baharu itu. tak kisah lah samada orang tu dah pegang jawatan penolong ketua sekalipun dalam organisasi lama dia ataupun dia anak kepada majikan, bila dia masuk tempat yang baharu, tolong hormat hak orang yang lama. Siapa peduli pun kalau kau nak cerita yang kau ada jawatan ini jawatan itu DAHULU, adakah sekarang kau masih ada jawatan yang kau agung2kan tu? Tolonglah jangan suka suka ambil hak orang lain, hormat orang yang selayaknya. Fikirlah apa yang mereka rasa. Sakit tahu tak! Dan kalaulah kamu si perampas dapat merasainya. Di mana keadilannya kalau semua orang pun begini? HAH BERGEMBIRALAH DENGAN RAMPASAN KAMU! Aku tahu hati dan perasaan kamu masih kosong.
- Aku cuma kesian kat kawan aku yang setia dengan organisasi yang bagai buta hati tu.





sekuacikata: Doktor, saya perlukan ubat bagi amuk di hati.

2/05/09

Kepak-Kepak-Kepung-Kepung

Hari ni aku pergi 2 kenduri kahwin. Dua-dua takde bunyik kepak-kepak-kepung-kepung. Dulu aku pergi satu kenduri ni dekat Kuantan, ada bunyik kepak-kepak-kepung-kepung, tapi versi kaset punya. Aku nak live. Macamane aku nak kahwin nanti kalo lagu paling hot and cold tu dah lenyap?

Tolong ah beb! Aku nak kahwin lagi seploh tahun. Selamatkan muzik itu. :p

Hari ni aku pergi kenduri kahwin, aku jumpa dua perempuan ni. sorang ex jiran aku, Elin sorang kawan gila aku, Fitrah. Akak Elin nilah yang kahwin. Dah besar dah dua perempuan ni. Dulu aku rasa pendek je. Sekarang dah sama tinggi atau aku terpendek dan si Fitrah seinci tinggi dari aku. Aku ke yang sebenarnya terbantut? Haha!

Dulu si Fitrah ni gila-gila, mungkin sejak pakai spec neuron-neuron gila dia dah berkurang kot. Tapi aku tak sangka oh bapak dia ingat aku lagi. Ingatan pakcik memang berdaya maju lah! makcik Noraini dan Pakcik najib(parent Elin) dua dua memang cool cool dari dulu. Dulu dorang yang jaga aku dari kecik. 16 tahun bersama dah macam satu family.

Aku teringat masa aku darjah satu, masa aku buat Elin nangis kat sekolah. Masa aku buat Elin pindah kelas sebab aku yang sengal. Aku tak tahu lah Elin ingat ke tak. :o Aku bajet datang sini boleh jupe si Afnan, Lutfi, Lubna, Eton dan banyak lagilah. Tinggi betul cita-cita aku., Tapi dapat jumpe family dorang je. Dorang entah hilang kemana. Aku pun dah lupa muke dorang cemane. Anyway, Tahniah untuk yang dah dapat menantu dan ibu bapa mertua.


Bonda dan cik Noraini

Aku tak percaya! "pendek-pendek-tinggi"?


sekuacikata, KENAPA TOMOK MENANG? Aku nak Aweera oh menang. Aku tahu Tomok yang baharu ni dah beranjakan paradigma. Tapi aku still rasa Aweera lagi layak. Aku dengar cerita Isma AF tu akak si Tomok. Kalau betul. Aku tak terkejut langsung kalau lepasni Isma tu jadi Johan AF. Fikirlah kenapa?

1/05/09

Manusia Kurang Sempurna Dua


Aku cuba terima dari aspek mana kamu menilai siapa aku. Mungkin dari sudut cara aku berbicara, buat pancaindera kamu penat lelah. Mungkin dari sudut aku bergelak tawa, buat kamu rasa aku baharu terlepas dari kandang Pusat Mental. Mungkin dari sudut aku berpolitik, buat kamu rasa jengkel. Mungkin dari sudut aku menilai sesuatu, buat kamu rasa aku ni bajet bagus. Aku akan cuba terima walau sejauh mana kamu menilai dan menghakimi aku kerana aku bukan orang yang layak untuk menyuruh kamu diam, jangan bersuara.

Lagipun, dihakimi buat kita tahu di mana silap kita. Dan kadang kala membina juga. Jadi, terima kasih.

Aku dahulu pantang dikritik. Dahi ini berkerut, telinga ini panas mendengar patah patah kata, hasutan demi hasutan cuba merajai seluruh jiwa. Mungkin neuron neuron pemberontak aku laju pada masa itu. sampai satu masa orang tua aku malas mengkritik aku. Dan aku rasa lain macam. Perkara yang biasa dilakukan oleh orang tua aku di masa aku dengan khilaf aku, tiada! Masa itu, mungkin rasa gembira, rasa bebas sedikit. Tapi siapa tahu, ku sangka panas sampai ke petang, hujan di tengah hari. Kegembiraan sementara aku rasa.

Tiada apa yang membina aku kerana aku rasa aku yang betul, aku yang sempurna akal fikiran. Aku hanyut dengan kehendak hati.

Aku ni apalah sangat. Asyik berpegang teguh dengan ‘aku lebih arif mengenai diri aku sendiri’. Padahal, sejauh mana kebenarannya aku pun bingung. Mungkin 50% aku tahu, dan baki 50% aku masih lagi memerlukan pandangan orang lain untuk membaiki diri aku ini.

Sekarang ni kalau terima kritikan balik pun, ada neuron2 yang cuba menghasut untuk memberontak. Jadi, kalau boleh diam, aku akan diam. Lepastu mungkin aku akan cuba senyum walau tak semanis lidah semut dekat pengkritik tu. haha! Walau sekelat mana pun, kalau telan tak smestinya ia tak manis. Macam ubat. Lidah rasa pahit, mungkin perut rasa manis. Haha aku pun tak tahu, nanti korang try tanya cik perut eh? :)

Lagipun, kita tak semestinya betul dalam semua aspek kan? Macam orang minta kita makan ubat, tapi kita tak mahu pasal kita rasa kita dah cukup sihat. Tapi pada pandangan orang di sekeliling kita masih belum sihat sepenuhnya. Dan siapa tahu, mungkin mereka lebih arif mengenai diri kita.



sekuacikata, kritik bukan caci maki.