11/05/09

Salah Tuan Rumah



Yang dinamakan Tuan Rumah ialah Melayu. Yang dimana Melayulah bangsa yang asli asal pendudukannya. Tapi kenapa yang bernama tuan rumah itu selalu kebelakang, membiarkan yang namanya orang luar melebihi kehebatan si Tuan Rumah?

Hang Tuah kata,”Takkan hilang Melayu di dunia”.

Melayu, InsyaAllah takkan hilang sampai kiamat pun. Tapi apa guna kalau Melayu yang ada merupakan Melayu-Melayu seperti sekarang ini?

Yang hobinya bertenggek melaju di jalan raya, yang cita-citanya menjadi artis semata-mata, yang bakatnya terkubur dalam kubur, yang kehidupannya sekadar mahu cukup makan, yang majoritinya hanya menjadi penonton kepada kejayaan, yang banyaknya tahu mengeluh tetapi tidak tahu menyelesaikan, yang selalunya menentang bangsanya sendiri, yang malunya selalu tiada.

Inikah Melayu yang kita mahu banggakan?

Buat malulah weh. Bangsa lain boleh gelak2 melihat begininya cara Melayu.

Sayogia yang menjadi Tuan Rumah haruslah menjadi lebih kuat dari isi-isi rumahnya. Menjadi pemimpin yang unggul di mata isi-isi rumahnya. Menjadi yang terhebat di dalam isi-isi rumahnya.

Bangun Melayu! Bangkit Melayu!

Kita semakin kebelakang.

Takkan lah nak tunggu sampai di halau di rumah sendiri baru atma jiwa ini mahu bangkit? Sudah terlambatlah kalau begitu.

“Eh apahal dia ni merapu pasal ini? Aku dah tahulah pasal ni. Poyo.”

Kerana Melayu itu banyaknya bersikap seperti ini. Dah tahu tapi tak mahu berubah. Dah tahu tapi lagi banyak buat silap. Dah tahu tapi lagi suka melarang. Dah tahu tapi satu perubahan pun tak nampak!

Macam orang hisap rokok lah. jangan kata mereka langsung tak tahu apa kesan rokok pada kesihatan mereka. Jangan kata mereka tak pernah diberi amaran, tak pernah diberi nasihat. Bukan sekali. Malah berjuta-juta kali. Tapi ada mereka berubah walau dah tahu kesan buruk?

Segelintir aja kan? Yang lain hanya berharap hari tua atau demi orang tersayang mengajar mereka untuk berhenti.

Kenapa mesti kita harapkan orang lain yang tolong mengubahnya. Kenapa mesti kita harapkan orang lain yang memajukan kita. Mengapa kita ni terlalu suka berharap?

Kita ni tak mampu ke? Kita ni cacat ke? Kita ni orang kurang upaya ke? Ironisnya orang seperti itu lagi cekal hati, lagi gigih untuk berubah, lagi berjaya dari kita. Kita yang sempurna akal fikiran dan fizikal sambil lewa tahu goyang kaki dan tibanya saat jatuhnya bangsa sendiri, tugasnya membebel menyalahkan orang lain.

Jadi tanya diri kita, ada ke kita buat sesuatu demi bangsa, negara dan agama?

“Tugas saya menjadi penonton”

Dan sampai bila mahu menonton, dan menonton dan terus menonton?

Eh peduli hape kalau orang ingat ini hanyalah percakapan tak serupa bikin dari penulis ini. Penulis ini macam ibu ketam ajar anak berdiri betul ke?

Aku pasti ada antara kita, di sekeliling kita ni, ada insan yang punya tanggapan seperti itu. Orang tu nasihat sikit, dakwah sikit, dia dah merendah2kan si penasihat yang tujuan si penasihat hanya mahukan satu transformasi dari jahat ke baik, dari kotor ke jernih.

Kalau insan tersebut merupakan kawan kamu, percayalah dia langsung bukan kawan kamu.

Dan aku berani kata yang Melayu satu bangsa yang takut bersuara, takut orang itu berkata poyo, takut orang berkata bajet hebat, takut orang bekata itu dan ini. Apa ada pada kata2 mereka sebenarnya? Mereka hanya tahu menilai tapi tak tahu tujuan.

Serlahkan diri kamu. Pedulikan mereka.


sekuacikata: aku tak kata semua Melayu begini. Dan bukan tujuan mengaibkan bangsa sendiri.