29/03/09

Berpandu dan Berputeri

Untuk tiga hari bergelar pandu puteri atau sekarang ni aku dah boleh dipanggil ranger pasal aku tingkatan empat. Kira dah ditahap puteri2 yang senior lah. :)

Dulu aku tunas puteri masa aku sekolah rendah. Aku jadi bridget disiplin. Kira setiap khamis aku kena pakai baju tunas puteri, berkawad macam askar tak cukup makan dan buat tugas biasa seorang pengawas yang baik. Masa aku masuk sekolah menengah. Semua macam tak konsisten. Setiap tahun bertukar-tukar. Sampai hari ni aku sendiri tak tahu apa unit beruniform aku. Aku lah KRS, akulah PBSM, aku lah Pandu Puteri. Hahaha. Gila tamak betul!

Ok ini ringkasan hari hari yang sudah.

2739
Macam biasaq ah dirikan khemah dan segalanya. Well apa yang aku terlalu excited sangat pasal kem ni ialah Wey ade! Ahaha dah mula dah penyakit miang keledek menyerang. Ok baik kita tinggalkan plot cerita tu. Aku tahu mesti ada yang rasa aku pergi kem ni semata-mata pasal dia ada. Dodol aku takde lah siot macam tu. Pergi untuk sijil yang utama. :)
Aku kumpulan Emerald. Ahli kumpulan aku semua tingkatan satu, aku dan Fairuz je tingkatan empat.
Oh hari pertama aku banyak belajar pasal lagu pandu puteri. Macam korang tahu pandu puteri terlampau banyak lagu. Lagu lagu pula jenis macam lagu tadika. Bukan maksud aku lagu kanak-kanak, lagu comel comel. Aku paling suka lagu “Yogi-Bear”. Macam kau tengah jadi kanak-kanak tadika balik. Serius macam budak comel. Ahaha!

2839
Permainan luas. Ni macam permainan treasure hunt lah. Tapi semua ikut gaya pandu puteri. Cuma aku rasa sedikit bosan dengan permainan luas ni. Mungkin pasal aku dah pergi lagi best dari ni, jadi mula lah ada rasa ingin mmebandingkan. Hem tak patut betul. Pandu puteri ada cara mereka sendiri.
Pertandingan kawad kaki antara sekolah2. boleh pulak masa tengah kem, ada pertandingan kawad kaki pandu puteri antara sekolah-sekolah daerah Gombak berlangsung. Bosan. Taman Melawati menang itu sahaja. Mereka bertuah kerana pesaing mereka langsung tak menarik untuk dijadikan Juara.
Masakan Rimba. Macam kem KRS masa aku tingkata dua dulu. Cuma ada penambahan resepi. Kalau dulu aku belajar masak telur dengan Roti Pintal. Kali ni telur dalam kentang dan roti pintal. Rasa dia biasa je. Tapi mungkin kalau kita tinggal di hutan, tu lah makanan yang paling sedap kot. :)
Malam Kebudayaan. Tak de apa yang menarik masa persembahan pasal kumpulan aku ada masalah dari segi kerjasama. Masing2 payah nak ada satu kata sepakat. Marah atau tidak kalau kita lontarkan idea tetapi dikomen dan dikritik secara terus oleh orang yang langsung tak menyumbang idea? Last2 aku dapat idea persembahan kali ni kumpulan aku akan membincangkan tentang malam kebudayaan atas pentas tu nanti. Jadi tak payah fikir apa2. Padan lah muka anda anda yang susah sangat nak bagi kerjasama tu. Alhamdulillah berjalan dengan agak menarik walaupun semua lupa dialog. Haih!
Aktiviti malam. Selalunya aktiviti ni yang aku nantikan dan memang dah lumrah aktiviti ni yang akan menjadi lambang sesuatu perkhemahan. Aku rasa aktiviti ni nama dia “rope trekking” kot pasal kena ikut jejak tali sambil mata ditutup. Serius memang kecoh gila paal terlalu banyak penipuan-kurang-asam disitu. Contohnya takde katak, tapi cakap ada katak. Aku dah berapa kali fesi2 tu suruh langkah besar2 padahal takde pape. Masa aku nak cari tali untuk perjalanan seterusnya, tangan aku macam gila aktif last2 terkena cikgu laki-pakai-spek-tak-tahu-nama tu punya muka. Lepastu dia kata, “nasib tak kena mata cikgu.”. aku dah gelabah malu gila pasal habis aktiviti tu baru aku tahu yang cikgu tu ialah cikgu yang “tu”. haha aku pun tak tahu apa aku nak cakap. Tapi memang malu gila. Aku rasa tangan aku ni dah makin buas kot? haha

2939
Macam biasa punya hari terakhir lah. ada majlis penutup, bersih-bersih. itu sahaja kot. Yang banyak ialah akitiviti sembang-sembang. Haha.
Gambar berdrama
Ok keseluruhannya aku rasa ni lah camp paling relax aku pernah hadir. Serius aku tak tipu. Tak tegas mana pun dan aku enjoy gila. macam bercuti melancong tiga hari di sekolah aje. Hoho.
SekuaciKata: Satu hari Mahatma Gandhi naik keretapi. kearah mana rambut Mahatma Gandhi terbang apabila menaiki keretapi yang laju? Jawab Jawab :)

25/03/09

Bila Bila Cik Senang Hadir



Tajuk post kali ini lebih berbunyi “Bila kehilangan yang kembali, Kegembiraan itu hadir”. Lebih fokus cerita semalam dari cerita hari ini. Maaflah. Hari ini kurang cool. Hari ini hari apa? Rabu. Ah patutlah. :?

Oh sebenarnya takde kena mengena dengan hari apa pun. Aku rasa semua hari pun lebih kurang aja. Aku tiba2 terfikir kenapa dulu kalau tulis biodata ada soalan “what is your favourite day?”. Aku terlalu taksub dengan hari selasa satu masa dulu pasal dulu aku tolak campur kuasa dua kuasa tiga, hari lahir aku jatuh hari selasa. Jadi aku ingat apa pun selasa mesti jadi benda best.

Dulu ada permainan aku tak tahu apa namanya, tapi lebih kurang macam permainan yang tiada noktah soalan. Kalau korang ingat dia punya ayat mula2,”nak makan, dua jenis, iaitu…” Dia tanya apa favourite food, favourite boyfriend, favourite teacher, favourite actor etc etc. Dulu masa game tu famous suka gila aku main sampai satu saat baru aku tahu aku addicted tahap gaban. Hahaha. Dah dah sekarang mana ada aku ketagih dah. Aku tak boleh bayangkan satu hari nanti wujudnya satu rehab atau rumah Pengasih untuk budak2 macam aku yang addicted dengan game ni. haha

Balik semula cerita semalam. Masa on the way nak pergi tusyen aku jumpa si hilang datang kembali. Bagai mimpi. Aku toleh dua kali. Dia tegur aku, “apa pandang-pandang? Macam pernah nampak ke?”. Aku rasa masa tu aku hanya mampu tersenyum je. Tergamam, teruja, ter ter ter. Mimpi jadi realiti oh! Siapa tak ter ter ter. Dan sepanjang perjalanan ke tusyen macam jalan atas langit aje. Haha.

Hari ini ke tempat yang sama lagi. Berharap dia ada di sana. Berharap senyumnya untuk aku. Berharap matanya melihat aku. berharap tawanya kegembiraan aku. Ahaha maaf si geli yang geli dengan kata aku. Saya sedang menghayati situasi sebenar. Haha :DD

23/03/09

Markah Untuk Penilaian 3



Aku rasa monthly test kali ni betul-betul meghodohkan rekod ujian aku yang dulu comel-comel je. Haha takdelah. Dulu pun hodoh jugak, tapi ada jugak cantiknya. Kali ni hodoh buruk secara total. Addmath aku 47. 47 gila teruk oh bagi aku. And I’m the lowest among my friends. Tahi betul ah. Malu tak payah cakap lah. baru 4 subjek je ni dapat, tapi penangan rasa kecewa dia fuh! susah nak cakap.

58 untuk fizik. Bukan A1 jadi teruk juga pasal hidayu boleh dapat 75 without tuition. Dan aku pula tuition tapi dapat the lowest. Macam apetah. Kalau kau ditempat aku, kau akan rasa malu gila dengan orang seperti tu. Macam mana dia tak tuition tapi lagi hebat dari aku?

Ok mesti orang akan cakap,"ni 1st exam biaselah dapat macam tu. Ape nak terkejut2. bajet gila perempuan ni." Ha memanglah aku bajet. aku bajet 1st test ni aku dapat semua A1 la kononnya. Kononnya lah. Hahaha. Bila dah terallu yakin macam ni lah akhirnya keyakinan tu yang makan diri kita.

Bila fikir balik. Mungkin aku terlalu depends on tuition aku. pergi tuition lepastu balik rumah tengok tv, layan internet, tido. Kira bila aku mula jejak kaki ke rumah, satu buku pun nak sentuh payah gila. Macam banyak sangat halangan disamping nafsu yang susah nak kawal ni. serius sekarang nak menyesal pun tak guna. Aku cuma taknak mereka di kelas kedua ketiga potong markah aku je. Aku harap lepasni aku tak menghangat-hangatkan tahi ayam lagi. Panas punggung ayam tu asyik hangatkan tahi je. Haha.

Aku tertanya kenapa ada orang tu tuition gila banyak tempat tapi result biasa aja. Kira kalau orang yang tuition banyak tu dapat result bagus pun aku tak teruja nak bangga dan rasa dia tak gempak mana pun pasal dah boleh agak dia cemerlang gemilang pasal banyak pergi tuition. Aku lagi rasa kalau orang tu tak tuition, relax je memanjang tapi dapat result gila punye hebat. Aku rasa dia hebat gile.

I wish I could be like HIM. Tak payah tuition lagi, tido aja. Tapi result fuyooh! Kalaulah setiap apa kita cakap jadi realiti. :D

20/03/09

kebetulan

situasi nombor satu
Limah dan Siti pergi kenduri kahwin. Kemudian ada seorang perempuan lalu di depan mereka sambil tengok-tengok mereka. Limah tanya,’akak kenapa pandang2. Muka saya ada macam Maya Karin ke?’. Perempuan itu diam. Kemudian dia berkata,’cuba awak tengok tu,(sambil menunjuk seorang nenek) baju dia serupa macam awak kan?’

situasi nombor dua
2. Joned bukak myspace. Selang berapa ratus minit dia check kawan myspace dia punye gambar terbaru. Dah puas tengok. Dia bukak kawan myspace dia yang lain punye gambar. Dia terkejut dan buat-buat muka pelik. Kenapa gambar dua orang tu sama?,kata hati Joned. Maksud di sini sama ialah cara dia menyampaikan sesuatu gambar. Contoh gambar myspace A cat muka kaler hijau, gambar myspace B pun cat muka kaler hijau.

Betul ke dua-dua sekadar senario kebetulan?

Jadi kalau betul, aku langsung tak ada masalah kerana kebetulan ialah sesuatu yang tidak dirancang. Aku pun pernah terpakai baju warna sama masa hang out dengan kawan aku. Pernah terpakai bag sama dekat sekolah. Yang jadi masalah bila aku rasa betul lah orang tu tiru orang tu, orang tu tiru orang ni. Bukan tidak boleh tiru. Aku rasa tiru satu benda yang baik jika kau boleh jadikan sesuatu yang kau tiru tu lebih bagus atau berlainan walau 0.0001% dari yang sedia ada kan? sekarang kalau orang nak cakap kau tiru pun tak boleh pasal kau dah ubahsuai sikit. Tapi kalau dah bulat-bulat kau tiru, aku rasa baik kau ambil je gambar penghuni sebenar dan kau letak dalam myspace kau. Dan dengan poyonye kau kata gambar tu ialah kau.

Hee mungkin kebetulan kot idea dia sama dengan pemilik gambar tu.


Aku rasa dulu aku ada post satu entri ni yang mana orang tu punya gambar sebijik macam orang tu punya gambar. Tapi aku terpaksa delete pasal aku rasa berdosa pulak tayang-tayang gambar orang. :)

17/03/09

Orang Sibuk Cakap Pasal AF. Aku Pun Nak Cakap Jugalah!



Semalam petang aku tengok konsert AF ulangan punya. Ini perkara biasa bagi pelajar2 macam aku yang akan tengok AF setiap sabtu jam 9 malam. Tapi aku takde lah macam tehape-hape bila ade yang tersingkir ke punya gila nangis ah(dorang palestin kena bom pun dorang tak nangis teruk haih!), lepastu pegi undi undi lah. Undi pakai duit ow. Tak kesah pula duit habis, ni nak sedekah 50sen dalam masjid pun rasa berat. Mari lah sama-sama termasuk aku renung-renungkan. :)

Hey jangan tipu korang tak penah tengok AF. Mesti penah tengok punya walau sekali. Tengok tak bermakna kau minat dengan rancangan tu. Mungkin sekadar konon konon tersalah tekan saluran tv atau saje nak habiskan masa. Contoh kau tengok Amboi Amboi, kau bukan minat rancangan tu pun cuma nak tahu kenapa orang boleh minat rancangan suka-jaga-tepi-seluar-dalam-orang tu. At least kalau ada kumpulan kat sekolah kau yang ketagih dengan AF, kau tahu lah juga satu dua perkara. Ada yang kutuk gila gila AF tapi masa tv bukak seronok pula dia layan. Wahaha. Mana ada aku sindir kau?

Sekarang aku nak jadi peramal JUARA AF ke 7. Dan calon-calonnya.



Dan Finalisnya. JENG JENG JENG.



Haha ade sape2 tak puas hati? Kau kena tahu yang layan AF adalah kaum hawa kebanyakannya. Dan ditambah pula mereka akan menyokong kaum Adam bukan kaum Hawa sendiri dek terpikat dengan kejambuan, kedurianan, kepetaian, kebelacanan kaum Adam. Sebab tu lah AF yang jadi JUARA banyak lelaki. Kaum Hawa semua dah gila. Jadi tu yang finalis aku letak dua je perempuan. kaum Hawa sokong lah sesama kaum anda. Wanita Boleh OH! Ahaha

16/03/09

Bagaimana kalau kehidupan kita betul-betul macam dalam filem? #2

Aku baru balik Kuantan semalam. Kaki aku tak pernah jejak Kuantan before ni, so aku memang excited gile tahap ayam kampung masuk bandar! Aku tak tahu kenapa. Mungkin pasal dah batak sangat tak pernah tengok Kuantan secara live. Haha!

Oke dah dah tamat episod Kuantan. Apepun sila klik play untuk kesan yang lebih mendalam sambil baca entri kali ini. Haha!




Hari jumaat hari tu. Mungkin seperti dalam filem, mungkin seperti dalam drama RTM, mungkin sama seperti cerekarama setiap sabtu 10 malam, tapi berbeza dari segi watak. Keseluruhannya, aku rasa aku dah direct satu filem dalam hidup aku. aku lah director, aku lah pelakon, aku lah penulis skrip. Huhu.

13MAC2009, JUMAAT: Entah kenapa aku rasa hari ni susah betul aku nak dapat bas. Lebih satu jam gak lah aku tunggu gila gila punya nak dapat bas. Tapi hampeh je. Bengong punya orang bas tak nak hantar aku. Aku dah tension. Malu gila naik kemudian kena turun balik. Tak nampak aku pakai baju sekolah ke. Semailah rasa simpati sikit. Huh!

1. Berjumpa di suatu tempat. Disebabkan hari ni last day sekolah, next week dah start cuti, jadi ramailah manusia yang sempurna beruniform sekolah. Seronok tengok dorang. Tiba-tiba teringat diri aku yang tak dapat masuk asrama pulak. Huhu. Dalam ramai-ramai tu, aku terperasan seorang insan yang dari mula aku sampai stesen bas; pukul 6 sampai lah pukul 7 dia still ada lagi. Uh tak balik-balik lagi dia ni. ingat aku seorang je yang lambat.

2. Mungkin kerana kebetulan. Masa aku sampai sana. Aku duduk lah dekat kedai sebelah dia. Kadang-kadang aku singgah juga kedai dia duduk tu nak beli gula-gula. Seyes oh bosan gila duduk sorang-sorang dekat stesen bas tu. Nak jadi cerita tinggal aku dan dia je manusia pakai uniform sekolah. Ini betul-betul sangat kebetulan. Haha! Dah kata pukul 7 mesti lah kosong jugak stesen bas tu. muka aku dengan dia je.

3. Masing-masing malu nak berkata. Pasal dah bosan gila. Aku ada juga lah terfikir nak tegur dia. Tapi aku batalkan je niat tu. Yang aku tahu masa aku datang kedai dia, dia pergi lari kedai sebelah. Aku bajet dia malu kot. Aku msg Emin dia kata muka aku terlalu horror sampai laki tu pun takut. Ceh! Ahaha!

4. Pandang dan pandang. Dia pelik tengok aku, aku pun pelik tengok dia. Aku tengok dia macam orang ada masalah. Masalah takde transport nak balik macam aku ni. huhu. Tapi aku tunggu bapak aku ambil. Jadi aku rasa dia pun tengah tunggu bapak dia lah kot.

5. Si lelaki mulakan langkah pertama setelah berapa lama lihat si gadis. Kau tahu dah satu jam setengah baru lah dia mula nak tegur aku. hati aku dah berbunga-bunga dah ni. haha! Masa tu aku dah blank gila. Terlalu teruja sampai terdiam seribu bahasa. Macam kau harap tom cruise tegur kau, then jadi kenyataan. Wuyo! Gila lah!

6. Sesi berkenalan bermula. Macam tengah interview je. Tanya nama, umur dan macam2 lah. aku tak ingat soalan pertama dia tanya sebab terlalu teruja lah katakan. Hati aku dah tersenyum, tapi wajah aku malu2 tak terkata. Ini sangat siot ok! Ahaha! Aku nak sediakn dialog kitorang tapi apekan daya nanti aku tokok tambah pulak pasal memori aku dah kureng sikit lah. :)

7. Tercakap serentak. Gelak. Oh part ni paling best gila! Aku nak tanya dia, then dia pun nak tanya aku. dua-dua nak tahu pasal diri masing-masing. Aku dah tergelak gila. Aku pun bagilah dia cakap dulu. Masa ni aku guna kata ganti nama diri pertama, awak saya. Ceh! Mula2 nak guna aku kau tapi pasal tengok fenomena masa tu sangat indah, guna aku kau macam merosakkan susana je. Wakaka! Satu lagi kebetulan ialah umur kitorang sama oh! Aku betul2 dah rasa, “ni cerita arahan aku yang terbaik.” Huhu.

8. Dan berakhir dengan selamat tinggal. Belum sempat mintak contact no, alamat rumah, angka giliran PMR, no IC, tiba-tiba je dia datang kat aku lepas tu cakap bye. Ni betul-betul part sedih. Sila menangis dengan saya. Huhu

9. aku pun harap aku dapat jumpa lagi macam blogger lain rasa. Dan mintak-mintak masa jumpa tu dia still ingat aku lagi lah. Kalau jodoh takkan ke mana kan? Haha :)

Dalam kereta, parent aku tiba-tiba tanya aku soalan tiada penghujung. "dapat tak no dia?". "dia hensem tak?". "dia sekolah mana?". "dia duduk mana?". "dia balik bila?" Dah dah banyak gila soalan depa, tak tertulis aku. :)


FILEM PENDEK TAMMAT.

14/03/09

Bagaimana kalau kehidupan kita betul-betul macam dalam filem? #1



1. Berjumpa di suatu tempat.

2. Mungkin kerana kebetulan.

3. Masing-masing malu nak berkata.

4. Pandang dan pandang.

5. Si lelaki mulakan langkah pertama setelah berapa lama lihat si gadis.

6. Sesi berkenalan bermula.

7. Tercakap serentak. Gelak.

8. Dan berakhir dengan selamat tinggal.

9. ?

Kau rasa apa yang patut aku isikan dengan no 9 tu?

Akan berjumpa lagi ke tak lelaki dan perempuan tu eh?

11/03/09

Oh Nenek Digit Bertambah

Abaikan muka aku. Lihat wanita tudung purple dengan mata kiri kamu :)

Aku: “Atok selamat hari jadi!”

Atok: “Terimakasih mana kek?”

Aku: "atuk datang KL baru lah kite bagi."

Atok: "Tahun depan kalau panjang umur. haha."


Ade sambungan dialog di atas tapi semua ucapan untuk abang aku yang nak ambil result esok. Pasal takde kena mengena aku malas nak letak. Haha. Ada sambungan dialog tu boleh membanggakan aku, jadi aku tak tulis juga pasal takut makin bertambah inci lubang hidung aku ni. Kalah Ahmad Nispu karang. haha

Atuk pempuan, semoga sihat sejahtera.
Atuk pempuan, semoga panjang umur.
Atuk pempuan, semoga sentiasa berbangga dapat cucu macam kite. Haha.
Atuk pempuan, semoga dirahmati Allah selalu.
Atuk pempuan, semoga bahagia bahagia dan bahagia.
Atuk pempuan, semoga awet muda.

Atuk pempuan, selamat bertambah digit! :)

9/03/09

hari ini kita sambut lagi

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430 Hijrah.


Tahun ni betul-betul ikut tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar. Hari isnin dan bertarikh 12 Rabiul Awal kan? Cuma bukan tahun gajah lah. Tahun ni tahun apa? Tahun ekononomi nazak kot? Innalillahh. :)


Aku dah kehabisan gambar. Jadi terpulang kepada anda untuk menilai sejauh manakah gambar ini memberi kesan mendalam kepada anda apabila anda menatapnya. ceyy! Haha

Sebenarnya tadi pagi aku bangun, tapi aku pelik apesal macam tiada apa-apa. Mungkin aku seorang je kot yang rasa. Tapi serius oh aku heran kenapa tak meriah pagi ini. Hujan rahmat dah mula turun. Aku sampai lupa hari ini maulidur Rasul. Kalau dulu masa kecil, meriah lah jugak. Sekurang-kurangnya terasa lah juga sambutan tu. Kali ni sepi aja. Orang berarak pun tak kelihatan. Aku tengok tv pun macam tiada apa-apa. Macam hari biasa juga. Mungkin semua dok sibuk lagi pasal PPSMI tu kot? :)

6/03/09

Pemenang Bukan Juara

Well, yang kalah tetap pemenang juga kan?

Semalam ada pertandingan pantun peringkat daerah. Aku rasa semua sekolah pun ada turut serta pertandingan ini kan? Ha pertandingan pantun tu berlangsung dekat sekolah Sri Kundang. Sekolah tu punya assembly hall buat aku jeles uh. Gila besar kalah sekolah aku punya. Sekolah aku punya kecik tahi gigi aja kalau nak compare. Eh tapi jangan bangga sangat wahai warga Sri Kundang, kamu punya sekolah gila menakutkan. Especially masa lalu kelas. Aduh gila pening oh. Lalu aja dengar bunyik feewit kecoh kecoh. dengan ada orang sepak2 botol. Maaf cakap tapi macam dalam sangkar yang dipenuhi budak-budak nakal. Tandas nak masuk kena bayar. 5sen aja. Tapi aku dengan kak Razan tak payah pasal orang luar mungkin.

Aku patutnya dipilih jadi pemantun ketiga. Tapi entah kenapa aku tolak. Aku nak jadi pelapis dan pemain simpanan aja. Lagipun kalau ikut undang-undang, next year memang aku sah sah akan masuk. Jadi aku biar Amira aja masuk pasal dia lagi bagus dari aku. kan Amira kan?

Tahun ni sekolah aku dipilih lagi jadi pembuka pantun. Siot betul. Kalau jadi pembuka pantun maksudnya kena menang dulu pusingan ni baru boleh masuk pusingan yang sebenar. Betul-betul tehape2 oh pasal kalau kalah, memang kalah lah. oh kitaorang lawan dengan sekolah SBPI Rawang, senyum senyum aja mereka tu. Nasib iman aku kuat lagi. Haha. Malang untuk hari ini, sekolah aku kalah di pusingan awal. Aku dah kecewa habis pasal dah tiba masa nak balik sekolah. Aduh! Kalau balik sekolah kena ambil periksa. Aku pulak satu buku sejarah pun tak sentuh lagi. Nak balik rumah nanti kena patah balik pergi tusyen. Haih!

Cakap pasal pantun, bukan team aku tidak bagus. Bagus weh sengit aja pertandingan tu. Cuma pihak lawan lagi bagus. SBPI Rawang mereka memang bagus. Mereka memang pandai curi hati juri termasuk aku. hoho. Jadi tiada apa pun kalau nak kata tak puas hati ke dengan mereka. Kalah menang tu adat istiadat lah kan? Cuma aku nak komplen pasal juru pantun dan penjaga masa. Jalankan tanggungjawab anda dengan betul lepas ni oke. :)

Tahun hadapan ada lagi. Tahun hadapan jumpa aku pula di gelanggang. Wehuu!!

Gambar dalam proses ya kalian :)

3/03/09

Bahasa M nombor dua

Ada sedikit kontradiksi dari segi persoalan yang dimainkan dalam pantun dibawah.

Oke sebenarnya begini. Aku cuma tertanya-tanya bahasa Malaysia, bahasa Melayu adakah merupakan satu bahasa yang sama.

Di sebalik tabir: atuk aku cakap dekat abang aku, “bahasa Melayu sekarang dah rosak.”. aku diam saja pasal ala jawapan dia mesti pasal bahasa inggeris punye! Takde jawapan lain lah. Tiba-tiba ada sambungan dalam dialog atuk aku, “bahasa Malaysia tak sama dengan bahasa Melayu.”. dan seterusnya aku tak ingat :)
** sebenarnya dialog dia tak macam ni. tapi lebih kurang ajalah. Gila apa aku nak hafal setiap dialog orang. :)

Dah tahu benda tu aku jadi manusia non-stop thinking pasal bahasa. Kalau selama ni aku ingat bahasa Melayu dan bahasa Malaysia satu bahasa yang sama, dan rata2 aku tanya orang pun, orang akan jawab apa aku dah jangka. Dan macam kau semua tahu, akan ada orang kata, apa aku karut memikir ini salah. Malaysia untuk bahasa, Melayu itu kaum. Ok baiklah. Peduli apa aku kan? Hoho. Jadi setelah berapa kali perah otak, aku rasa betul lah memang ada beza bahasa Malaysia dan bahasa Melayu.

Begini murid-murid yang cikgu kasihi sekalian. Cuba kita fikirkan kenapa kita boleh lah sikit-sikit faham apa orang Indonesia cakap. Sebab dia cakap bahasa Melayu. kalau dia cakap bahasa tamil, kau faham ke? ha samalah juga. Bahasa Malaysia kalau kita lihat sekarang punya lah canggih gila. Kalau kau tanya atuk kau apa itu kontradiksi dan segala macam lah bahasa Malaysia, agak2 dorang dapat tangkap tak maksudnya. Kau yelah dapat tangkap. Mereka mungkin tidak. Dan sekarang mari kita buat-buat pelik kenapa orang Malaysia tak faham bahasa Malaysia? Bahasa Melayu pula aku rasa ialah bahasa klasik, sastera lama. Bahasa yang terdapat dalam prosa klasik yang gila jarang nak dengar orang Melayu kita sekarang menyebutnya.
** gila pening aku buat statement ni. :)

Ini pendapat aku lah.

Bahasa Malaysia sebenarnya yang memupuskan bahasa Melayu ini. Kau lihat bahasa Malaysia sekarang, macam aku cakap tadi punya gilalah hebat. Kadang-kadang kau sendiri pun dipaksa buka kamus dewan cari maksudnya pasal pening gila nak bayangkan maksud bahasa-terlalu-moden ini. nak buat karangan sekarang ni pun kena guna bahasa moden gila ni. baru dapat markah bonus lah kononnya. Baru dirasa pengarang itu begitu hebat gila guna bahasa moden sampai pemeriksa kena khatam kamus dewan. Aku pun suka pakai bahasa moden, canggih-canggih sesuai dengan jenama baju sekolah aku; canggih. Ahaha. Cuba kalau guna bahasa Melayu tulen (saja bold kan perkataan tulen, supaya tiada salah faham nanti). tak pasal-pasal aje kena gelak. Ingat orang buat lawak ke panggil mak dengan panggilan “bonda”? :)

Aku tak faham betul kenapa bahasa Malaysia sering menukarkan bahasa Inggeris jadi bahasa Melayu. Kekurangan perkataan ke sampai kena ambil orang luar punya perkataan? Aku rasa setiap bahasa sepatutnya mempunyai identiti tersendiri. Contoh, bahasa arab. Mana ada bahasa kat dunia ni yang gila banyak imbuhan macam bahasa arab. Jadi bahasa Malaysia mengapa tidak dikekalkan sahaja kemelayuan di dalamnya? Nak juga jadi macam bahasa Indonesia, suka plagiat bahasa luar. Nak terbahak oh tengok cerita Indonesia masa akhir cerita, yo yo o’ je tulis “episode”, rupanya cerita fully melayu aje.


TAMMAT

1/03/09

Bahasa M

Pertama berpantun di belog rahsia,
Sempena bulan bahasa Melayu,
Moden sungguh bahasa Malaysia,
Jadi ke mana hilang bahasa Melayu?

Ayuh jawab jika sudi. :))