16/03/09

Bagaimana kalau kehidupan kita betul-betul macam dalam filem? #2

Aku baru balik Kuantan semalam. Kaki aku tak pernah jejak Kuantan before ni, so aku memang excited gile tahap ayam kampung masuk bandar! Aku tak tahu kenapa. Mungkin pasal dah batak sangat tak pernah tengok Kuantan secara live. Haha!

Oke dah dah tamat episod Kuantan. Apepun sila klik play untuk kesan yang lebih mendalam sambil baca entri kali ini. Haha!




Hari jumaat hari tu. Mungkin seperti dalam filem, mungkin seperti dalam drama RTM, mungkin sama seperti cerekarama setiap sabtu 10 malam, tapi berbeza dari segi watak. Keseluruhannya, aku rasa aku dah direct satu filem dalam hidup aku. aku lah director, aku lah pelakon, aku lah penulis skrip. Huhu.

13MAC2009, JUMAAT: Entah kenapa aku rasa hari ni susah betul aku nak dapat bas. Lebih satu jam gak lah aku tunggu gila gila punya nak dapat bas. Tapi hampeh je. Bengong punya orang bas tak nak hantar aku. Aku dah tension. Malu gila naik kemudian kena turun balik. Tak nampak aku pakai baju sekolah ke. Semailah rasa simpati sikit. Huh!

1. Berjumpa di suatu tempat. Disebabkan hari ni last day sekolah, next week dah start cuti, jadi ramailah manusia yang sempurna beruniform sekolah. Seronok tengok dorang. Tiba-tiba teringat diri aku yang tak dapat masuk asrama pulak. Huhu. Dalam ramai-ramai tu, aku terperasan seorang insan yang dari mula aku sampai stesen bas; pukul 6 sampai lah pukul 7 dia still ada lagi. Uh tak balik-balik lagi dia ni. ingat aku seorang je yang lambat.

2. Mungkin kerana kebetulan. Masa aku sampai sana. Aku duduk lah dekat kedai sebelah dia. Kadang-kadang aku singgah juga kedai dia duduk tu nak beli gula-gula. Seyes oh bosan gila duduk sorang-sorang dekat stesen bas tu. Nak jadi cerita tinggal aku dan dia je manusia pakai uniform sekolah. Ini betul-betul sangat kebetulan. Haha! Dah kata pukul 7 mesti lah kosong jugak stesen bas tu. muka aku dengan dia je.

3. Masing-masing malu nak berkata. Pasal dah bosan gila. Aku ada juga lah terfikir nak tegur dia. Tapi aku batalkan je niat tu. Yang aku tahu masa aku datang kedai dia, dia pergi lari kedai sebelah. Aku bajet dia malu kot. Aku msg Emin dia kata muka aku terlalu horror sampai laki tu pun takut. Ceh! Ahaha!

4. Pandang dan pandang. Dia pelik tengok aku, aku pun pelik tengok dia. Aku tengok dia macam orang ada masalah. Masalah takde transport nak balik macam aku ni. huhu. Tapi aku tunggu bapak aku ambil. Jadi aku rasa dia pun tengah tunggu bapak dia lah kot.

5. Si lelaki mulakan langkah pertama setelah berapa lama lihat si gadis. Kau tahu dah satu jam setengah baru lah dia mula nak tegur aku. hati aku dah berbunga-bunga dah ni. haha! Masa tu aku dah blank gila. Terlalu teruja sampai terdiam seribu bahasa. Macam kau harap tom cruise tegur kau, then jadi kenyataan. Wuyo! Gila lah!

6. Sesi berkenalan bermula. Macam tengah interview je. Tanya nama, umur dan macam2 lah. aku tak ingat soalan pertama dia tanya sebab terlalu teruja lah katakan. Hati aku dah tersenyum, tapi wajah aku malu2 tak terkata. Ini sangat siot ok! Ahaha! Aku nak sediakn dialog kitorang tapi apekan daya nanti aku tokok tambah pulak pasal memori aku dah kureng sikit lah. :)

7. Tercakap serentak. Gelak. Oh part ni paling best gila! Aku nak tanya dia, then dia pun nak tanya aku. dua-dua nak tahu pasal diri masing-masing. Aku dah tergelak gila. Aku pun bagilah dia cakap dulu. Masa ni aku guna kata ganti nama diri pertama, awak saya. Ceh! Mula2 nak guna aku kau tapi pasal tengok fenomena masa tu sangat indah, guna aku kau macam merosakkan susana je. Wakaka! Satu lagi kebetulan ialah umur kitorang sama oh! Aku betul2 dah rasa, “ni cerita arahan aku yang terbaik.” Huhu.

8. Dan berakhir dengan selamat tinggal. Belum sempat mintak contact no, alamat rumah, angka giliran PMR, no IC, tiba-tiba je dia datang kat aku lepas tu cakap bye. Ni betul-betul part sedih. Sila menangis dengan saya. Huhu

9. aku pun harap aku dapat jumpa lagi macam blogger lain rasa. Dan mintak-mintak masa jumpa tu dia still ingat aku lagi lah. Kalau jodoh takkan ke mana kan? Haha :)

Dalam kereta, parent aku tiba-tiba tanya aku soalan tiada penghujung. "dapat tak no dia?". "dia hensem tak?". "dia sekolah mana?". "dia duduk mana?". "dia balik bila?" Dah dah banyak gila soalan depa, tak tertulis aku. :)


FILEM PENDEK TAMMAT.