21/06/09

Kompilasi Hit Power Ranger

Kalau aku boleh minta sesuatu, aku mahu masa ini dihentikan, biar hari2 berlalu tanpa memikirkan aku bakal meninggalkan kamu semua atau kamu bakal meninggalkan aku. Kamu semua yang terbaik dalam hidup aku. Kalau aku boleh minta pelangi, aku mahu pelangi itu ialah kamu semua. Kamu warna terbaik pernah aku ada. Warna baru tak akan dapat gantikan warna lama dalam hidup aku. Serius ini dari hati aku. Jaga diri, jaga hati. Ada jodoh jumpa lagi. :)

Aku tak boleh cakap lebih, aku sedih gila bila fikir benda ni. Harap kau orang tak lupa kan aku. Teruskan perjuangan kamu semua. :)

Lagu ni buat kamu semua. Terima kasih untuk kenangan yang gila banyak, terima kasih untuk ucapan yang tidak mampu dibeli, terima kasih untuk nilai sebuah persahabatan, terima kasih untuk segalanya.

p/s, 4 Sejati, jangan peduli apa cikgu komen pasal kelas kita. Kita ada identiti tersendiri. HOHOHO. (Aku tak suka cikgu "terlalu" pandang kelas pertama sebagai satu kelas yang pandai, kelas pemenang, kelas yang dengar kata, kelas yang kerja rumah semua sempurna, kelas harapan, OH weh kita orang tak peduli semua itu lah. Kami bahagia menjadi kami. Expect the unexpected, teachers.)

From the bottom of my heart, Kompilasi Hit ini untuk kamu semua. :))

17/06/09

Expect The Unexpected

Hari ni 17 haribulan 6. Aku tak kisah berapa tarikh dia. Tujuh hari semacam akan berlalu juga. Tujuh hari? Eh sekejap jelah tujuh hari tu!

Aku tak tahu apa aku rasa sekarang. Semacam kosong. Kalau putih tu kosong, rasa aku lagi putih dari keadaan sekeliling. Kadang-kadang ada benda kau mahu dia jadi, sebab kawan kau melaluinya. Kau bersungguh2 nak benda yang serupa macam kawan kau tu terjadi pasal kau rasa benda tu macam best. Then, bila benda tu terjadi, kau gembira nak mampus tapi kau rasa semacam kosong.

Serius, aku bersyukur dengan apa yang terjadi cuma mungkin sedikit rasa sedih, sedikit rasa keliru, sedikit ini, sedikit itu. Aku tak pernah pergi asrama before ni, aku memang jakun gila nak masuk asrama. Aku dah dua kali sedih-sedih pasal tak dapat asrama. Aku dah banyak kali semacam nak pukul orang kerajaan pasal kurangkan kemasukan kaum hawa. Aku dah banyak kali tiap malam termimpi-mimpi nak masuk asrama. So, bila aku tak buat rayuan(sebab aku rasa A PMR aku cukup makan je kot), dan tiba-tiba aku dapat offer letter petang tadi, semacam kuasa magis pun ada. Serius, saraf aku bangkit. Ini apa yang aku impikan suatu masa dahulu lah konon.

Cuma sekarang,, ye aku takut apa yang aku excited gila tahap gaban dahulu dan kini, akan mengecewakan aku. Like my mom said,’asrama bukan macam yang disangkakan.’ . aku bukan independent sangat, aku bukan jenis rajin gila sangat, aku bukan jenis sekepala dengan orang sangat, lagipun everything is on ur shoulder, siapa pun tak akan tolong jadi bahu kau. Ada orang kata asrama best, ada orang sebaliknya. Dulu bila orang kata macam ini, aku selalu kata dalam hati,’Biar aku cuba dulu, mereka lain.’. tapi entah mengapa sekarang ini, aku fikir aku tiada kekuatan untuk berdiri dengan sendiri. Orang-orang kat sana yang aku dengar mostly plastic. Senior yang "bajet-hebat-sangat-mahu-buli-orang". EE serabut siot!

Susah bila dah bercampur aduk rasa.

Keliru jadi permainan atma. Alhamdulillah kerana kawan itu ada, mereka beri pendapat, mereka beri kata semangat, mereka beri dorongan padu kepada aku, terima kasih. Kalau memang asrama dapat mengubah aku jadi budak cepat sedar diri so aku boleh jadi budak cemerlang gemilang, aku suka hati, rela hati pergi asrama. (atuk wan aku excited gila bila dapat tahu aku dapat offer tu.)

Aku fikir sayang oh kalau zaman sekolah tak ada pengalaman stay asrama, walaupun pahit(aku harapkan manis), mesti itu yang akan diingati kan kan? Macam kau jadi pengawas lah, kalau boleh kau kumpul lah sekali 3-3 pengawas, mesti bangga gila ada 3 nametag. Haha!

Doakan aku pilih yang terbaik ya, kawan. :]


s/k, pengetua tu mesti terkezut gila tengok result mid-year exam aku, Haha!

16/06/09

Promosi Hebat

Boleh percaya tak, kelas aku zero lelaki Melayu sekarang?

HAHAHAHAHAHAHAHA lawak lawak.

Siapa2 rasa lelaki Melayu sila masukkan diri anda ke dalam kelas aku. (Bukan wa gatal lah. Aku tak tahu kalau engkau bangsa Melayu tapi kau tak ada rasa malu bila orang tanya ke mana lelaki Melayu pergi.)


" Amir, semoga berjaya di sekolah-aku-kurang-ingat. " :]

15/06/09

Jangan Salah Menuding Jari



Aku selalu berada di tempat yang selalu terjadi perkara seperti ini. Dan aku mula menyampah. Serius, aku sedang menyampah.

Aku tak mengerti bagaimana orang menilai seseorang pesalah. Ada pesalah memang harus kau angkat sebagai pesalah, mungkin kerana dia memang orang yang melakukan salah. Tapi bagaimana pula dengan orang yang tidak mahu melakukan kesalahan tapi dijulang sebagai pesalah?(Ayat wa kurang jelas. Nasib wa dah sediakan contoh tidak bergambar.)

Abu sedang syok layan TV, tiba2 TV dia meletup kebabom. Dalam hatinya,”weh mampos aku kena belasah dengan bapak”. Tengok2 betul2 dia kena belasah dengan bapak dia. Sambil mengganas, bapak dia kata,”kau ni tak rosakkan barang aku, tak boleh ke?”.Lagu Sudirman berkumandang, Abu menangis. (cerita sedih, kau orang mesti menangis Isk Isk)

Ok dalam drama tak bersiri ini, mungkin semua pun fikir Abu yang salah kerana merosakkan TV. Tapi antara sedar atau kurang sedar, sebenarnya seorang pun tak salah. Adakah kau fikir Abu memang saja2 nak rosakkan TV? Dia pun tak jangka TV gelong tu akan rosak. Tapi si Abu kena tanggung beban kesalahan yang tidak dia lakukan.

Kalau aku jadi Abu pun aku akan nangis dengan amukan yang dasyat. Sakit hati wo,,

Aku percaya bukan semua pesalah ialah pesalah. Kadangnya ada benda yang buat orang tak bersalah menjadi pesalah tanpa disedari. Selalunya berkaitan kemalangan dan benda2 yang kau tak jangka akan berlaku. Tapi mengapa eh kurang yang memahami keadaan ini dan mana keadilannya kalau semua orang pun suka menuding yang salah?

Bukan sikit orang seperti ini. Aku perasan banyak sangat orang seperti ini; orang yang salah menuding jari. Mereka selalu percaya dengan apa yang dilihat sahaja. Aku tak pasti, dalam hati mereka ini ada terdetik atau tidak rasa ingin tanya kejadian sebenar. Bukan segalanya diri ini mampu berfikiran betul. Kadangnya kita ini silap juga.

Mungkin jugalah benar apa kata orang, kalau marah mengusai fikiran, perkara benar pun dikaburkan. Contohnya kalau accident, kalau kau ialah pemandu yang TERlanggar seorang budak, dan budak itu cedera, mak bapak budak tu mesti salahkan kau selain memaki kau depan orang ramai. Kenapa tak ditanya macam mana budak itu boleh ada depan kereta kau yang buat kereta kau TERlanggar dia? Apa dia orang fikir kau saja2 nak langgar budak tu ke? Gila.


Haih, makin dikatakan maju, makin rumit perjalanan hidup.

12/06/09

6/06/09

Hey Walley Walley Heyyy!!

Ini apa yang aku impikan. Kehidupan yang aman damai tenteram makmur(dan apa lagi?)tanpa sebarang tekanan. Bangun pagi tengok pantai, bangun pagi tengok pantai, pangun pagi tengok pantai, bangun pagi tengok pantai, bangun pagi tengok pantai. Lima kali bermaksud lima hari. InsyaAllah aku tak bosan.

Hey Walley Walley, aku tak sabar oh! Sekian. (Eh ni lagu india rambut ketak2 tu kan? Hey Walley Walley Heyyyy!! Siapa tahu nama dia?)



Langkavii Here Ai Come Bebehh!

Kalau Silap Itu Satu Kebanggaan

Aku sakit kepala, semalam supremely horrible day bagi aku. Aku pernah post entri pasal kita kena bangga dengan silap kita pasal silap ialah guru terbaik kita. Tapi kali ini, aku tak rasa nak bangga dengan silap aku. Ni tak macam silap biasa, lebih kepada "bukan semua benda boleh dibuat main2".

Aku tak nafikan dulu aku memang suka buat buat salah send message, ya boring punya pasal. Sometimes kerana terlalu bosan dan mungkin atas dasar nak enjoy belebeh2, benda yang bukan bahan permainan pun diannggap permainan. Mungkin seronok bila kau dapat buat apa yang kau tak rasa kau akan buat. Contohnya bagi message,”Power Ranger cepat datang! Helo 123, Power Ranger serangan ke atas bumi gagal, gagal!”. Merapek gila, lepastu kau gelak bila orang tu kasi respon. Ok memang fun gila. Bukan nak permainkan orang, kadang kala orang pun suka dapat message salah. Dan benda tu boleh jadi topik pembukaan kalau kau dah blank sangat tak tahu nak message apa, tapi gila ada rasa nak message.

Ok itu dulu lah. Kali terakhir aku buat2 salah message pun masa aku nak kenal dengan Fahrin Ahmad.**wa bukan punca Linda Off putus cinta ok.

Tapi semalam, aku tak main2 salah send, aku dah berhenti dari buat kerja2 tak bermanfaat ini. Dia tersalah send dengan sendiri. Dan aku rasa teruk gila hidup aku bila aku sedar pada masa2 message tu sedang diproses ke orang yang salah.

Kalau bukan inti message itu berkenaan orang yang aku tersalah send message itu, tak mungkinlah risau aku di tahap gaban. Masa itu aku harap connection tu mati tiba2 atau ada perlanggaran antara message aku denagn message orang lain. Tapi tak mungkin lah. Teknologi semacam laju, dan padan muka aku, orang itu bagi respon. **maaf wa terpaksa tipu lu yang semua tu adik wa punya kerja.

Tapi aku dapat rasa dia hanya berpura mempercayai kata kata orang gelabah macam aku. Yalah, im not a professional liar kan? Mungkin jahil lagi bab menipu ini. Dan akhirnya mungkin akan mengeruhkan lagi air yang sudah keruh.

Sampai sekarang aku belum tenang lagi, aku tidur dalam keadaan tidak aman malam tadi.

Memalukan right bila kau terbagi tahu rahsia hati kau kepada orang itu tanpa kau sedari. Dan kau siap tulis harapan kau lagi kat dia macam kau harap dia akan jadi boyfriend kau. Weh this is insane kan? Tambahan pula ini ialah message yang bukan sepatutnya orang itu baca dan dia memang tak patut tahu kalau kau suka dia pun. bagi aku lah.

Heh aku rasa lawak jugak bila fikir benda ni balik. Kalau dulu boleh gelak2 dengan kekhilafan message, kali ini boleh terbangkit saraf2 gelabah cuak aku. Ahh aku memang perlukan pertolongan sekarang.

Do I need to tell him the truth?

3/06/09

Hero Malaya


Semalam habis tusyen aku jalan2 dekat kedai buku. Aku nak beli buku, tapi aku tak tahu nak beli buku apa. Kalau dulu, aku selalu habiskan duit dengan komik. Tapi sekarang, aku tengok kartunis Malaysia dah macam tak buat komik dah, jadi aku berhenti beli komik dan layan novel Truth Or Dare. Aku gila buku tu. Setiap kali aku pergi kedai, aku cari buku tu. Sampai lah akhir tahun 2008, aku berhenti beli buku tu, konon mahu cari nafas baru. Haha.

Tak habis disitu lagi, dulu aku layan novel Alaf 21.**wa cakap lu, wa memang gadis jiwang dulu, kini dan selamanya. Haha. Novel Alaf 21 serius macam novel bodoh. Cerita dia sama aja. Konflik tak habis habis. Macam mana aku boleh terjerat pun aku tak tahu. Budak budak lah dahulu. Haha

Kemudian, mak aku perkenalkan aku dengan buku dari Cecelia Ahern. So aku baca aja, kejap rasa bes, kejap rasa tak bes. So-So lah. Macamana boleh dapat bestselling pun aku bingung. Buku tak faymes Truth Or Dare tu lagi bes tahap gaban.

Ok itu cerita dulu. Sekarang aku dah jumpa buku yang aku nanti2kan sejak kecik lagi. Mungkin lepas ni aku akan beralih arah dari tergila-gilakan Power ranger ke seorang heroin yang lebih bersifat ketimuran, keayuan, kesopan-santunan, kejelitaan. Aww!

Aku perkenalkan kamu orang, Ini dia Matahara dan Rettira. Heroin Malaysia muslimah yang perlu budak2 jadikan contoh sekarang. Aku tak faham kenapa budak2 suka pilih hero yang seksi seksa, Superman dan spendernya, Spiderman dan baju menampak susuk badan(haha!), Sailormoon dan pertukaran telanjangnya(aku rasa kena censored ah cerita ni), catwoman yang tak perlu aku huraikan lagi, cicakman yang lebih kepada lipasman.


s/k, Rettira mungkin bini keluangman. (weh lagu keluangman bes gila kan?)

2/06/09

Sambungan Mr Jay Bee




Kau terasa tak bila budak kecik menegur perbuatan kau? ok mereka masih mentah, tapi tak sangka mereka berjaya memalukan kau depan orang ramai. Ini sangat memalukan kan? Aku percaya majoriti orang Malaysia akan rasa malu bila ditegur budak kecik. Teguran oleh budak kecik selalunya berbentuk persoalan. Ini yang aku selalu jumpa lah.

Kalau orang tua tegur tak ada kesan apa sangat, dan mungkin jawapan yang boleh diberikan ialah orang tua tak tahu perkembangan semasa lah kononnya. Tapi bila budak kecik tegur, mak aihh. Terasa tercabar lah juga kan. Kalau dia tegur depan orang ramai lagi lah rasa malu menebal. Kita tak akan pernah terfikir budak kecik yang berumur lima tujuh tahun tu punya pemikiran yang kadang kala lagi tinggi dari kita, lagi matang bila berhujah. Kita cuma terikat dengan pemikiran bahawa budak kecik kehidupan dia adalah gula dan mainan. Sangat bertentangan dengan apa yang aku nak cerita ini.

Masa kenduri hari itu, biasalah ada yang pakai tudung, ada yang pakai tudung labuh, ada yang atas tutup bawah berbelah belah, ada yang pakai macam tak pernah pergi kenduri kahwin, ada yang hanya berjeans sahaja, si pengantin pula kalau diluar pakai tudung masa hari itu buka tudung. Secara tuntasnya, kita dapat lihat perbezaan dari segi pemakaian tetapi mempunyai persamaan dari segi bangsa dan agama.

Bila dah jadi macam itu, ada sepupu aku ini tanya aku(masa itu pengantin sedang lalu),”Kak $%#, tadi bukan dia pakai tudung ke?”. Aku nak je tambah, “labuh pulak tuu”. Tapi tak tertambah pun. Masa soalan itu diajukan, aku pun tak tahu apa nak jawab. Jadi aku pun katalah,”macam biasalah kan.” Sebenarnya aku dapat rasa pengantin tu dengar jadi aku tak berani cakap lebih2. Jaga hati raja sehari lah konon.

Itu situasi satu. Ini situasi dua.

Ada orang berpakaian agak seksi lalu depan budakbudak kecik ni. Boleh percaya tak budak budak ni pergi cakap macam suara orang dalam airport tu,”ZON TUTUP AURAT” kuat2. Ok nada menyindir kan. Kesian akak-akak seksi tu. Haha. Tapi serius lawak gila.

Sebenarnya bagi aku bukan budak kecik aja yang boleh buat orang besar malu. Kadang kala aku malu juga bila ada orang agama lain mempersoalkan tentang orang Islam. Contohnya, bila cina ni tanya kat aku,”hei kenapa awak tak buka tudung?”. Aku cakaplah ini perintah agama nanti dosa. Then dia sambung dengan nada pelik,”Itu Joyah kawan awak tak pakai tudung boleh kenapa?”. Aku diam. Lepastu dia sambung lagi,”Joyah tak takut dosa eh?” Aku diam lagi. Aku sendiri pun tak pernah tanya Joyah dia takut dosa atau tidak. Tapi kenapa cina tu mesti tanya aku, tanyalah kawan aku aja, tak pasal pasal aku pulak kena.

Kadang kadang kita tak boleh salahkan mereka seratus peratus juga bila dia offer arak ke, dia tak bagi kita pakai tudung masa kerja ke, semua tu salah umat Islam juga. Umat Islam yang tak serupa macam Islam. Jadi bila kita kata kat mereka kita haram melakukan itu dan ini, mereka jadi keliru. “Orang Islam tu pun minum arak, Orang Islam tu pun tak pakai tudung, Orang Islam tu pun makan kari babi, Orang Islam tu pun berjudi”. Jadi mereka tak faham. Jadi cara terbaik untuk tolak offer durjana mereka, kau tolak lah secara tipu. Cakaplah kau diharamkan minum arak pada hari sekian sekian, kau tak boleh berjudi sebab kau dah janji dengan arwah nenek kau, kau kena pakai tudung sebab kau ada kutu ganas dekat rambut kau. Then baru diaorang faham. (Sebenarnya cara ni datang dari kawan bapak aku yang hadir masa meeting di Korea, orang Korea tu hidang babi lah, arak lah. Jadi dia terpaksa tolak dengan cara macam ni dan Alhamdulillah orang Korea tu faham)

Susah kan bila dah jadi macam ni?


s/k, ada satu hadis Nabi yang mengatakan bahawasanya pada akhir zaman nanti, umat Islam terpaksa makan akar kayu untuk hidup// mungkin kerana ketiadaan makanan yang halal.

1/06/09

Hey Hey Mr Jay Bee

Aku baru tahu aku ada ramai saudara. Yah, semua banyaknya dari JB pasal both grandparents aku asal JB. Nenek aku cina Singaporean. Kau mesti tak percaya pasal aku bukan putih pun. Mata bukan sepet pun. Dan aku tahu cakap wo ai ni je. Haha. (Bukan aku yang mix pun, memang lah tak ada. Perasan.)

Aku bukan jenis yang curious pasal sejarah family aku. Aku cuma tahu itu, ini esok hari aku dah lupa muka lah, nama lah. So aku dah macam orang sesat, tahu2 je orang ni ialah pakcik aku lah, atuk aku lah, nenek long aku lah. Terkejut terkejut aku masa tu. nasib tak ada heart attack. Surprisingly, aku ada atuk angkat lagi tu, moyang angkat lah. Haha! Besar jugak family aku ni.

Ok cakap pasal kahwin, aku bosan gila masakan kahwin. Mana2 pergi pun lauk sama je either kenduri dekat rumah or kenduri dalam hotel. Tak payah lah nak impikan sesuatu yang berlainan like nasi ayam ke, dodol ke, pizza ke, atau paling kureng pun cekodok aatu pisang goreng lah. Lauk yang wajib mesti ayam, ayam, ayam. Dan ayam pula, paling famous mesti ayam masak merah, ayam goreng, ayam berempah. Tak ayam, daging. Daging paling hot pun masak kelabu2 tu. Apa tah nama dia. Sayur mesti sayur yang macam kari, macam dal tu. Aku tak tahu apa nama dia(aku memang fail bab2 bagi nama makanan). Sayur campur berkuah oren ke nama dia? Air, air paling wajib air sirap. Makanan pengantin yang menjadi rebutan pula mesti ada lauk udang cucuk cucuk lidi tu. Pergh kalau lauk itu setiap kali kahwin, malas aku nak berebut dah. Kecik kecik dulu suka lah. Aku pun tak tahu kenapa dan apasal citarasa orang kahwin selalu sama. Serius bosan gila lauk kahwin.

Aku pernah pergi tiga kenduri kahwin berturut-turut tak silap aku. Kau bayangkanlah betapa aku kena melahap lauk yang sama. OK maybe yang lainnya dari segi rasa. Orang ini punya sedap, orang itu punya kureng. But still lauk yang sama. Aku tak boleh terima lah. **yelah azyan, do ur own wedding’s food lah.

Aku kalau kahwin nanti, serius ni aku nak hidangkan favourite foods aku. Choki2, gula gambar udang tu, roti gemuk, ais krim matkool yang warna purple tu, pretzel, famous amous cookie, junk food an apa bagai lagi. Tapi confirm orang tak tahu nak maka apa,pasal yang datang kenduri kahwin selalu orang tua. Orang tua pulak banyak pantang larang Tak boleh makan junk food banyak2 nanti kena heart attack lah, darah tinggi lah, kencing manis lah. Oh susah susah. Nanti lah aku fikirkan apa aku nak bagi pengunjung2 aku makan.


s/k, ada cerita selanjutnya masa aku kat Jb, tapi tergendala sebentar. nanti aku cerita.