30/01/09

empat hari. betul kamu tak rindu aku?


Dalam empat hari ni, aku dah terlepas macammacam.

Pertama, kasi wish gongxifacai. Aku cuma bajet ramai blogger akan post entri macam ni. untuk beberapa hari yang dah terlepas, wahai sekalian kaum cina dan sape2 yang perasan dia cina, happy belated CNY! This year, satu kotak limau pun takde singgah kat rumah aku. Adakah ini ada kena mengena dengan ekonomi meleset atau serangan pencinta limau baru2 ini?

Kedua, aku dah terlepas tengok wonderpets pukul 2:30 di tv9. Aku jarang tengok cerita ni garagara waktu dia sama dengan waktu cerita agnes monica tu. Jadi aku harap masa cuti sekolah ni lah aku boleh tengok balik cerita tu, tapi hampeh je. Abang aku suka tengok agnes monica! Kan lebih baik dia tengok adik dia, tang suara ni ada lah sikit2 cam agnes monica. HAHA

Ketiga, update blog. Aku dah terlepas banyak hari nak update blog. Aku terpaksa meninggalkan dunia ni sekejap masa parent aku ada. Mereka cuba membongkar blog aku. Maksud aku, mereka mahu tengok blog aku dan baca dan berkata pada aku, “nape tak cerita pasal kekacakan ayah kat blog?”(dialog rekaan sematamata). Bapak aku siap hafaz link aku lah.

Keempat, balik kampung. Memang sebelum cuti hari tu mak aku dah plan cuti ni nak balik kampung. Jumpa atok nenek semua. Aku pun dah excited lah apa lah semua macam adik aku yang teringin jumpa saudara tapi saudara tak ingin pun jumpa dia. HAHA dia tahu benda ni mesti dia kecewa. Tapi pasal manusia hanya merancang Allah menentukan, plan tu tak menjadi. Abang dengan adik aku demam. Adik aku tu aku rasa dia demam pasal rindu ‘sangat’ lah tu dengan saudara dia.

Kelima, kerjasekolah yang dah beberapa hari asyik tertunda. macam biasalah. Aku hanya merancang tahap kemalasan aku ni yang menentukan. Patutnya hari selasa tu, aku bangun je pagi, aku dah berazam, “bio mesti siap hari ni”. lepas tu tak menjadi. Hari esok dan esok aku berazam benda yang sama. Sampai la ni satu buku bio pun tiada sentuhan aku lagi. Bila tahap rajin aku ni nak naiknaik?

Keenam, solat hajat. Sebelum tengok result mrsm ni aku nak buatlah. Dah beberapa hari asyik tertunda. aku set alarm pukul 3 pun tak jaga2 mata aku ni. bes gila layan mimpi. Dalam banyak2 cuti sekolah, aku rasa cuti sekolah ni lah yang ada banyak mimpi. Hari2 tu!

Setakat ni, aku hanya ingat enam perkara yang aku terlepas. Aku kesibukan gila sekarang ni. dan macam kau tahu aku tak dapat update pun pasal aku sering diperhatikan oleh parent aku. Blog aku diwanted oleh mereka.

Actually, mak aku blogwalking since last year tak-silap-aku. Tapi pilihan blog beliau standart ah politik politik. Anak dia pulak benci politik. Kuasa kuasa kuasa. Boleh tak Malaysian mengamalkan sikap bersatu padu dan toleransi. Dah tahu kita bermasyarakat majmuk, semua nak rebut kuasa, semua rasa diri hebat. Dah aku benci lah cakap pasal ni.

Mak aku dah berapa kali tanya aku, “kau ada blog tak?”, kalau dulu aku hanya diam je. Tapi pasal mak aku dah tanya lebih kurang tak sampai sepuluh kali, aku dengan baik hatinya bagitahu juga. Then mak aku tengok blog aku sekali imbas pasal aku pegi naik-turun-naik-turun supaya mak aku tak dapat baca. HAHA bengong gila aku. Pastu aku cakap ‘ha dah habis dah’. Rupanya mak aku bukan baca blog aku, dia pegi baca url blog aku. Aku dah alamak! Tutup2 lah cover2 lah.

Malam tu aku bajet mak aku tak dapat hafaz lagi url blog aku, so aku biarkan jelah. Datang pula bapak aku dengan soalan yang sama. Then aku tanya lah macam mana dia tahu, dia kata, ‘adelah orang2 yang boleh dipercayai bagitahu’. Aku tahu tu mesti mak aku kasi tahu. Nak jadi cerita bapak aku diam2 tengok aku online. Mereka pula dapat hafaz url blog aku dengan cemerlang gemilangnya. Oke tahniah!

Aku pula yang dah gelabah tak tentu hala laju2 pegi tukar link aku. Masa tu aku tak tahu nak letak link apa. Bantai bantai dapatlah nama sitirahasia. ah nama perempuan mana ni?

Aku tak tahu kenapa ada rasa semacam bila parent aku nak tahu pasal kewujudan blog aku. kalau kawan2 aku bercakap mengenai blog aku di sekolah pun aku rasa tak selesa, macam nak hentam2 je mereka. Bayangkan jelah, kawan kau panggil kau di sekolah, senyum2 mungkin, kau ingat dia nak kata kau berganda cantik hari ini, balik2 dia kata, ‘aku dah baca blog kau.’. ha okeee.

Aku lagsung takde masalah kalau kau sorang2, berdua duaan, cakap dengan aku pasal blog. Tapi kalau kau di depan khalayak ramai yang pastinya akan tanya kepada aku, ‘kau ada blog eh? ’, lebih baik kau batalkan niat murni kau tu. Terasa janggal kadang2.

Kenapa ha?

Ah udah udah lah tu,,


25/01/09

menjadi rajin

hari ni baru terasa rajin nak langsaikan hutang tag dari cik chopu. yo chopu, sorry lambat bayar. aku pemalas banyak akhir2 ni. :)

mari membayar tag dengan senyuman.

tag 1

Take a recent CUTE photo of yourself.
2. Don't change anything, edit or whatever.
3. Post that photo.
4. Post this instructions with the photo.
5. Tag 10 people to do this;


ni gambar masa last day sekolah hari tu. kenapa gambar ni? aku perasan cute er? oh tidak tidak. aku main tibai je pilih gambar. kucing kat rumah aku lagi cute. kalau chopu pilih sambil tutup mata. aku pilih sambil tutup hidung. huhu

10 people to tag,
1. siti nurhaliza(gambar termak datin)
2. erra fazira(gambar terayu)
3. linda onn(gambar iklan pantene)
4. fahrin ahmad(gambar bersama scha)
5. memey suhaiza(gambar kawen dgn norman)
6. mawi(gambar terbotak)
7. aku
8. dah
9. lupa
10. lah!


tag 2

hobi hobi atau tabiat yang melampau dan sebabnya

rules:
1. anda tidak boleh meng'tag' orang yang tag anda.
2. sila jawab dengan sejujurnya,dan no repeat answer dan tak boleh copy org len punya jawapan
3. dan sila tag sebanyak tiga orang yg anda ske dan letak di end of reason number 5.


gelak almost everytime - ha ye betul. apa yang lawak pun aku tak tahu.

makan - kalau tak disebabkan badan aku yang cikeding ditambah pulak dengan nafsu makan melampau2, tak mungkin aku letak makan sebagai hobi aku. pompuan gemok comel ow!

tidur dalam kelas - tahun 2009 tak pernah lagi.

betulkan tudung - betul ke tak, tudung aku tetap selekeh. aku rasa macam nak letak gam gajah je kat tudung aku tu.

goyang kaki - er agak lah. bila aku suka aku goyang lah.

3 people to tag,
1. cikgu rahim
2. cikgu maimunah
3. cikgu zakiah


ada sape2 lagi nak tag aku? sila ambil nombor giliran di kedai2 kopi terdekat.

24/01/09

aku rasa ada hikmah kot

aku tak dapat sbp. kita tunggu mrsm pula!

kalau ikut aku, pagi tadi aku malas gila nak kasi no giliran aku kat bapak aku. lagi pulak satu family aku dok menghadap pc sama2 dengan aku. semua nak tengok keputusan sbp aku. bila keluar je ayat,,

"Harap Maaf, Anda Tidak Mendapat Sebarang Tawaran. Sila Klik eRayuan Untuk Membuat rayuan"

ceh betul2 macam apa aku jangkakan. lepastu mula lah kerja aku melihat kawan2 aku punya keputusan. surpisingly, hanya kawan aku yang berjantina lelaki je yang diterima. even ada di antara mereka dapat 7as. di mana perempuan?

oke aku bukan envy ke apa. maybe markah aku tak sehebat mereka. maybe takde rezeki. or maybe like ayah said, ni mungkin apa yang terbaik buat aku.

tapi kau tak rasa ke, zaman sekarang ni, banyak peluang untuk kaum lelaki. cuma tak banyak je lelaki yang sedar dan mahu berubah maju.

aku teringat masa aku form1. patutnya kelas kedua untuk orang yang dapat 4a untuk upsr. tapi lain pula jadinya bila lelaki yang score 3a boleh masuk whereas kawan aku yang 4a kena masuk kelas ketiga. aku tanya apasal. dorang kata sebab LELAKI. oh oke!

kalau macam tu aku pon boleh dapat masuk kelas kedua masa form1 asalkan jantina aku adalah lelaki. sama seperti sbp. dan aku rasa mrsm pon macam tu juga. semua lelaki kena di dahulukan.

aku bukan nak kata lelaki tak pandai atau perempuan terlebih pandai. seriusli aku pun bukan dalam kalangan wanita bijak. cuma korang tengok lah. mana2 U pun perempuan mesti lagi banyak. dalam kelas pertama contohnya pun perempuan lagi banyak dari lelaki. jadi persoalannya mana lelaki?

untuk mengelakkan perempuan menjadi terlalu ramai, mereka terpaksa mengambil lelaki dan meminggirkan wanita sementara. benda ni terlalu unfair bagi aku. aku tak heran langsung kalau memang semua lelaki sedar benda ni, tapi apa yang aku yang bengang bila segelintir je sedar. seolah-olah mereka tak perasan yang peluang mereka sentiasa cerah.

dan bagi kaum perempuan pula, mereka terpaksa bersaing secara total bagi mendapat result yang terlalu superb supaya boleh melayakkan diri. kalau pun result diorang lagi hebat dari lelaki, dah jadi satu adat untuk mendahulukan kaum lelaki kan. lagipun rata2 kita guna adat temenggung kan bukan adat perpatih.

akhir kata dari aku, wahai sekalian kaum lelaki, korang patut bersyukur meh dengan segala kurniaan ini.

23/01/09

percubaan pertama


thanks kamukamu yg komen wajah baru blog aku. ramai kata layout dulu lagi comel ow! makin hari makin teruk taste aku. HUHU

tajuk entri dah macam tajuk album aizat je haha,,

hohoi semua, hari ni entah kenapa aku rasa lagi best dari hari2 biasa. lagi2 bila fikir esok dah start gong-xi gong-xi fa cai! HAHA nampaknya aku lagi excited nak raya dari budakbudak cina yang lain. aku baru nak mintak angpau kat mereka, tapi tu lah sorang budak cina pun tak kawen2 lagi. haih melepas!

tadi kat sekolah ada comp kaligrafi. kaligrafi tu macam tulis khat lah tapi ini tulisan cina ma. aku memang takde experience apa2 pasal kaligrafi ni. kalau khat adalah. tapi khat pun dah 6 tahun belajar pun still rasa susah nak tulis cantik2 ow.

masa dapat kertas merah beserta berus cat punyelah bangga. masa tu ada 3 orang je pelajar melayu yang masuk. aku, hidayu dan siti pai. tu pun punyelah payah nak pujuk dorang join masuk comp ni. for those yang bukan chinese, semua dalam kategori yang lain. tapi awat si foong pun join kitorang jugak. ni kes orang cina tak tahu cina lah ni. hoho. yang indian pun ada jugak macam thibba, sashela, banyak from kelas aku sendiri.

perkataan yang kitorang kena tulis pun 4 sahaja. aku pun tak faham apa tertulis, dan lepas tahu meaning dia pun aku still tak faham juga. haha. tapi yang pasti semua tu lebih kurang macam ucapan tahun baru cina lah kot.

memang lah sikit perkataan yang kena tulis, tapi kan nak tulis satu perkataan je dah ambil masa sejam. punye lah lama. last2 aku cincai2 je sebab masa dah habis. tapi hasilnya not bad ow. percubaan pertama meh. buruk2 pun aku akan cakap cantik jugak! hahaha

---------- tayangan gambargambar RAHSIA --------


semua manusia baru belajar. yep termasuk aku!


ini foong. aku rasa kalau ada anugerah peserta paling banyak guna kertas, mesti dia juara. dia guna nak dekat 6 helai kertas untuk buat kaligrafi ni. aiyo pembaziran pokok lu, leng chai. haha


dan pemenangnya ialah,, jeng jeng jeng. foong dan thibba! haha aku tipu je.


'dengan usaha yang tak seberapa ni, aku pasti menang', kata azyan. huhu


hasil cincai2 azyan dan hidayu. weh asal aku rasa macam lawa je kaligrafi aku? HAHAHA
maksud ayat tu,, lembu-menyanyi-dengan gembira-tahun. lebih kurang maksud dia macam tu lah. sila tanya guru bahasa cina untuk lebih detail.


ha pemenangnya korang kena lah tunggu entri terkini selepas sekolah dibuka. hey aku tak confident apa pun aku boleh menang. tapi kalau ada kategori untuk melayu sahaja mungkin label juara akan jatuh ke tangan aku kot! HAHA teruslah berangan. :DD




bintangkecik: aiseyman hari ni aku tak jumpa encik wey lagi oh. dah masuk hari kedua ni. haih risau risaunya aku. HAHA (dialog hanya rekaan semata-mata, dilarang percaya :D )

21/01/09

kenapa aku suka library




untuk tahun 2009 ni, aku lebih suka lepak dekat library. eh library sekolah aku bukan best sangat pun. dulu masa aku jadi librarian di sana, gila bosan. 2 tahun je aku bertahan. betapa tak best nya library sekolah aku tu. peraturan baru yang berjaya dicipta oleh mereka pun buat aku lagi tak suka library tu. ada ke bawak buku teks masuk library pun haram?

disebabkan kerja sekolah hanya akan aku buat kat sekolah, jadi aku banyak pergi library habiskan kerja sekolah aku. kat rumah pun aku buat. but usually tak pun pasal banyak sangat pengaruh. contohnya ini lah. lagi seronok tengok blog dari tengok buku sekolah kan?

to be honest, aku masuk keluar library pun nak tengok encik wey. ha GATAL? suka aku lah. aku pun ada nafsu jugak. hahahaha tapi lepas aku gelak gelak bila jumpa dia, dia dah tak pegi library dah. takut jugak encik wey tu kat aku eh? hoho

aku selalu terfikir, betul ke seorang pelajar boleh tersuka seorang cikgu? aku cuma lihat cerita2 entah-betul-entah-tak ni kat dalam tv je. tak silap aku cite bicara hati yang fazura berlakon tu. tu pun cam hampeh ending dia. mati2 aku ingat fazura kawen dengan cikgu dia, last2 cikgu dia pi gatal kawen dengan minah saleh. haih!

ha berbalik persoalan aku tadi, aku bukan nak kata aku tersuka cikgu aku. oh tidak tidak. cikgu aku semua dah dilabel sebagai suami orang. aku cuma heran macam mana perasaan 'cinta' tu boleh muncul dalam diri seorang pelajar terhadap seorang cikgu.

aku selalu rasa cikgu muda tak boleh ada dalam sekolah menengah. nanti banyak cerita akan muncul. contohnya, hari2 akan dengar sekumpulan perempuan cakap pasal cikgu tu. cikgu tu handsome cikgu tu "jambu" cikgu tu macam bakal suami mereka. im no different. tapi aku takde lah cakap cikgu tu macam bakal laki aku!

gosip gosip tu mungkin ada kot. atas tujuan sukasuka ke. tapi kau jangan main2 sama suka2 tau. macam sukasuka cakap kau suka cikgu tu. kadang2 benda yang kau lakukan sukasuka tu boleh jadi reality. serius ow aku tak tipu pasal aku mangsa keadaan.

since sekolah aku dah jadi sarang bagi cikgu2 practical yang muda dan berjantina lelaki masuk, boleh kata hari2 aku dengar kawan aku atau aku sendiri cakap pasal cikgu tu. at first aku takde lah kesah mana, aku pun antara orang terakhir yang tahu kemunculan cikgu2 baru tu. betapa lembapnya informasi tu sampai kat aku. but since ada seorang cikgu(dialah encik wey, takkan nak aku panggil abang wey kot HAHA), kawan aku kata muka dia macam muka 'wey'(kawan aku), terus sukahati kitorang je bagi nama cikgu tu 'wey'.

tapi yang peliknya kan, sampai sekarang aku tak rasa muka cikgu tu macam muka wey pun. oh mungkin wey versi kurus kot. hoho

aku rasa aku tak boleh pandang cikgu tu oh, setiap kali pandang pun aku rasa nak gelak. dan setiap kali tu jugak aku terasa nak jumpa dia supaya aku boleh gelak. apa pasai aku gelak gilagila pun aku tak tahu. mungkin muka dia cam mr bean kot. haha takdelah.

tadi siang kawan aku tanya aku, 'kau suka cikgu tu eh?'. aku dah pelik pelikan. apa pasal lak aku nak suka cikgu tu? memang nampak muka aku merah atau lidah aku terkelu ke bila jumpa cikgu tu? hoho.

tu yang aku tanya ni, boleh ke perasaan suka akan cikgu tu betul2 boleh terjadi? ke aku yang tertipu dengan cerita fazura berlakon tu ?? tipah tertipu tertipah**

16/01/09

sehari sekolah siri 001


aku nak post entri ni semalam tapi pasal aku memang pemalas, aku buat lah hari ini.


agaknya lagu ni sesuai ke jadi latar untuk entri kali ini? macam jiwang saja. ke takde kena mengena langsung dengan topic hari ini. haha pedulik jelah. :o


semalam aku baru dapat tahu hari sabtu ada sekolah ganti. kalau ikut tradisi tahun2 lepas kedatangan aku memang kosong untuk sekolah ganti. tapi masuk tingkatan empat ni bak kata arisha, nak ponteng pun kena fikir banyak kali. sekali miss satu kelas, satu subjek tu kau akan rasa tak best. ini apa yang cikgu addmath aku kata.

jadi dengan berat hati aku akan datang jugalah. mana tahu tahun ni punya anugerah pelajar tak pernah ponteng akan disandang oleh aku. amin ramai2. haha

semalam masa english, masa sir utahya dok cotcet2 kat depan, lepastu mungkin bengang kot tengok satu kelas buat bodoh je dia cakap. masing2 sibuk buat fizik, beliau pun suruh satu kelas buat essay. aku ingat lagi masa tu jam 12:30 ada lagi satu jam sepuluh minit nak balik.

aku dah tension gila. dalam satu hari tu, belambak cikgu bagi kerja. fizik nak kena hantar sebelum pukul 1. bio nak kena buat amali, nota, latihan. bm nak kena buat karangan panjang2. esok pula, maksudnya hari inilah nak kena baca sejarah. addmath nak kena hantar esok. tension tension.

ok habis topik kerjasekolah aku. aku cuma nak bagitahu topik essay yang sir bagi gila lawak. aku ingat dia main2. rupanya dia serius mahu kitorang tulis essay itu. dia kata lagi itu topic masa spm last year. dia yang kata bukan aku. 'your future husband and wife'.

benda ni buat aku teringat masa aku form1, masa cikgu normah(dia suka senyum walaupun tengah marah, aku tak tahu kemana dia menghilang sekarang ni), masa science, masa itu jugalah aku dengan amalina dan roza sibuk cakap pasal future husband kitorang. nak yang ini lah, yang itu lah. pendek kata, aku mahukan seorang yang sempurna.

masa aku form2, aku bercakap hal yang sama juga tapi dengan aimy, fairuz dan lainlain. rasanya sifat 'baik' tak pernah ketinggalan dalam pemilihan future husband aku haha. padahal mungkin orang tu baik dengan aku je, dengan orang lain dia jahat. hoho aku main agak je. sebenarnya topic ni dah macam satu topic yang penuh dengan fantasi. yang hanya wujud dalam satu alam lain, hakikatnya realiti wujud ke orang yang aku gilagila kan tu? dan kalau ada pun macam boleh je aku dapat.

masa aku form3, aliah tiba2 buat andaian bakal future husband aku dengan kawan2 aku. oh ya dia bukan peramal ye. cuma mungkin mahu aku terus hidup dengan khayalan palsu aku tu. haha ye kot. for sure aku suka segala yang dia andaikan pasal future husband aku tu. tapi 50-50 sahaja kalau aku nak percaya.

dah habis topik gatal-nak-kawin, aku nampak satu ayat atas meja aku. meja aku tahun lepas dah macam meja khas terlebih2 special untuk orang frust bercinta. macam2 lah budak cina tu tulis, dari dia bercinta sampai la lelaki tu mahu meninggalkan dia. haih aku pula menjadi pembaca setia. tiba satu ayat yang aku faham, yang lain punya ayat dia tulis bahasa cina, mana aku nak faham. 'love is not finding a perfect person, but seeing an imperfect person perfectly'.

aha baru aku sedar. patutlah setiap kali aku couple mesti gagal mungkin pasal aku tak pernah tengok ex aku perfectly. atau mungkin aku memang malas nak couple lama2. aku lagi suka kawin kot. haha

eih itu semua cerita dulu, cerita sekarang? aku mahu yang boleh kasi aku selautan rasa bahagia. tak cukup jiwang ke ayat aku ni? haha






bintang kecik: nasib sir uthaya punya sifat belas kasihan, dia suruh hantar next week. tapi aku masih tak dapat idea nak tulis essay lagi.aiseymann.

11/01/09

semalam di manamana



aktiviti memboros. ni satu sifat yang aku benci dari dulu. aku boros orangnya. tapi bile aku kedekut. aku akan kedekut nak mampos. kalah haji bakhil.

pwtc, low yat. agak2 jelah aku "borong barang dunia" apa.

aku rasa tak perlu siar apa aku dapat untuk kepayahan usaha aku dalam tempoh tiga tahun. tak penting. kerana apa yang aku dapat tanpa mengeluarkan kertas berwarnawarni yang ditandatangani zeti aziz jauh lebih bermakna. aku baru tersedar benda ni selepas duit aku habis. cilakak!

satu, kelas yang bagus sudah memadai.

kedua, buat ibu bapa aku bangga mungkin cukup untuk membalas 1/3 jasa mereka.

ketiga, kejayaan sendiri.


tam-mat




:: apa cerita lomo? oh aku terpaksa postpone hajat aku tu ke tahun hadapan atau bilabila jelah walaupun dah direstui oleh ibubapa aku.


::: ambil masa sekejap, sila baca.


Pemimpin hizbullah,libanon syed hasan nasrallah meminta seluruh MUSLIM untuk melafazkan atau membaca alquran iaini surah al-FATH ayat 26-27,surah yunus ayat 85,86,88..MALAM NI!!TOLONG SEBARKAN SEBANYAK YANG MUNGKIN AGAR ISRAEL HANCUR!!tolong forward kepada seluruh umat islam!!
DI sana SAUDARA SEAGAMA kita telah dikepong dan menunggu masa untuk disembelih!!keadaan yang amat dasyat dan itu sahaja jihad kita!!

-mintak tolong sangat2 sebarkanlah sebanyak dan seramai yang mungkin!!!!
cepat!!!saudara kita dalam bahaya!!!ALLAHUAKBAR!!!

Semoga Allah turunkan bantuan & beri semangat kepada saudara-saudara kita di Palestin sana.. Amin..

9/01/09

hari ini hari terakhir

cik aimy dan cik siti pai - 9 Jan 2009


hari ni hari terakhir aku dengan aimyzafirah. seorang teman, sahabat dan kawan. aku sendiri tak sangka aku bakal kehilangan dia untuk jangka masa yang tak pasti. dan untuk hari ini, aku benci bila tahu ia mungkin hari terakhir aku dan dia bergelak bersama, berpegangan tangan bersama, dan face to face. dia akan berpindah. aku agak emo sebenarnya sekarang ni, tapi tengok lah kalau aku dapat kawal ke tak. :OO

aku kenal dia bukan lama. 2 tahun sahaja. tapi dalam 2 tahun tu jugalah aku belajar menilai seorang sahabat sejati. menilai sebuah persahabatan yang sempurna. dan setiap saat bersama dia amat bermakna. kawan sejati bukan diukur dari berapa lama kau kenal dia, tapi berapa lama kau bersatu dengannya.

masa mula2 aku dapat berita dia nak pindah. mood aku berubah. aku bengang kenapa dia tak bagi tahu awal2. masa jumpa dia aku cuba taknak rapat dengan dia. sebab aku tahu aku akan sedih suatu hari nanti. lagi pulak aku asyik fikir macam mana lah hidup aku tanpa dia. jauh betul fikiran aku melayang. akhirnya aku kalah dengan peraturan yang aku buat sendiri. aku menjadi normal kembali. dan setiap saat bersama dia aku amat hargai. Alhamdulillah kerana memberi seminggu yang indah.

benda ni buat aku teringat kembali zaman masa aku mula pindah dulu.
aku tak kasi tahu aku pindah pun kat kawankawan aku. yang tahu pun ciput jelah. aku pindah pun senyap2 takde buat ucapan perpisahan pun atas stage. tengok2 nama aku dah takde dalam list pelajar2 sekolah. kelibat aku pun tak muncul2.

persoalan yang aku beri kepada aimy akan aku jawab ikut opinion aku sendiri.

'kenapa tak inform awal2 kalau pindah?'

1. kawan sedih. ni sape2 yang suka jaga perasaan kawan lah. atau dapat kawan suka emo cam aku ni. haha. kalau nak cakap pasal kawan aku sedih ke tak masa aku blah, aku pun tak tahu. kurang perasan lah weh. harap mereka sedih lah . betul ke encik fidak dan makcik hazimah? haha

2. malas nak jawab soalan selanjutnya daripada kawan. benda ni biasalah. bila kita kata nak pindah, soalan pertama kita terima 'kenapa?'. lepastu entah berapa ribu lagi soalan yang muncul.

3. tak sedar lagi nak pindah. itu aku. aku benci masa mak aku kata nak pindah. jadi aku buat2 lupa apa mak aku sebut pindah tu. last2 betul2 lupa. ha sampai masa nak pindah baru teringat. tak sempatlah nak inform member.

4. rasa bersalah. yelah nak tinggalkan kawan2 semua, mesti rasa bersalah nak cakap kat kawan2. lagi pulak bukan kehendak kita nak pindah. semua angkara rancangan ibu bapa. hey kenapa ya ibu bapa selalu pindah ikut suka hati dorang. tak pernah tanya anak2. eish!

5. nak kasi surprise lah inform last2 minute camni. baru terasa sikit electric shock. aku rasa lah. haha


6. tiada sebab. saja2 bagitahu lewat2 sebab rasa tak penting pun bagi tahu orang. ya kadang2 ada benda yang kita terasa takde guna bagitahu orang. tapi kalau soal pindah ni aku pun tak tahu. hukum dia wajib ke sunat ha?


tapi kan, aku rasa better bagitahu lah. pasal kemungkinan besar kau dapat hadiah perpisahan ke macam apa cik aimyzafirah dapat. haha gila benda betul aku ni. tapi sebab utama, jangan buat orang tertanya2 kemana kita menghilang. buat orang bengang je nanti kan kan.


nway kira aku dah mula percaya satu ayat yang selalu aku dengar. dan dah terkena kat aku dah pun. redha jelah. hikmah pasti ada.
' setiap pertemuan pasti ada perpisahan '

dan kau tahu, setiap perpisahan yang terjadi pasti akan buat kita lebih menghargai seseorang tu. lagi singkat masa kita bersama orang tu, lagi kita lebih menghargai mereka. dan aku tiba2 teringat dialog dalam cerita orang minyak naik minyak, dia kata mungkin kita patut mati dulu kalau nak orang menghargai kita. macam tu lah lebih kurang bunyi dia.

kesimpulan yang boleh kita dapat untuk matapelajaran hari ini ialah hargailah setiap insan di sekeliling kamu kerana kita tak tahu bila kita akan kehilangan mereka pun. maksud kehilangan di sini banyak. bukan mati sahaja oi.





bintang kecik: aku harap dapat jumpa dia kembali. :DDDD

7/01/09

jawapan kepada soalan

kadang2 aku heran kenapa keprihatinan manusia ni selalu melebih sangat. like 'kau dapat apa for pmr?'. prihatin gile nak tahu apa aku dapat untuk pmr. aku tak marah cuma aku rasa benda tu tak perlu tahu lah.

apa motif? kalau nak bagitahu korang dapat apa, cakap je lah. tak perlu suruh aku jawab soalan tu dulu. tapi selalunya aku takkan tanya balik pun apa mereka dapat.

ada sebab aku tak suka soalan tu. bukan pasal aku malu nak bagitahu apa aku dapat. tapi yang betulnya aku tak dapek lagi apa2. semua gara2 permintaan aku di reject hampir 80% oleh parent aku. aku cuma mintak lomo je. sila klik lomo untuk keterangan lanjut. pastu dorang kata worthless. nak cuci semua. nak pakai film lah. out of date gila la kononnya. ee ee tension gila aku dengar ayat tu. pastu nanti dah bape hengget aku pi kayakan orang kedai. better aku beli digital camera. mak aku siap suruh aku solat istikarah lah.


digital camera, aku dah bosan gila lah. ayahanda aku pakai standart punya digital camera lah. aku main pinjam2 je dengan dia. yelah pembaziran kalao kau beli benda yang sama 2 kali kan kan. hanya beza dari segi nama lah.

uncle aku pakai yang aku pernah minat dulu dan kini. camera tahap besar2 gajah kaler hitam. kewl gila badak. bila tembak even gambar biji cili pun dah boleh bangga2. bawak jalan even tak guna pun boleh bangga2. at least boleh cakap, 'aku ada kau takde. hahahaha(pontianak punya ketawa)', tapi hakikatnya.. 'aku takde kau pun takde!! hahaha langsuir betul'.

berbalik cerita lomo tadi, aku rasa kalau kau minat someting adakah kau akan fikir pasal sekeping kertas yang berwarna hijau, merah mahupun biru? aku tak rasa pun. jadi buat apa kalau ada orang tu sanggup pegi malaysia just nak makan durian? sebab satu, dia minat. dan aku rasa tak salah kalau kita kayakan orang kedai sekalipun hanya kerana minat. hey kamonlah jangan jadi kedekut sangat boleh tak?

dan kenapa lomo? benda ni macam kenapa kau pergi big apple hanya untuk makan donut sedangkan kedai bakery pun ada jual. satu sebab, semua benda ada keistimewaan sendiri. dan aku rasa lomo satu benda yang special dan aku minat dengan gambar2 yang dihasilkan olehnya.

mungkin mak aku cuma mahu mengingatkan aku. tapi aku tak suka minat aku hanya jadi MINAT.

tapi apa aku belajar untuk situasi ini, tak semua kita harapkan boleh dapat. dan aku jenis tak suka buat something tanpa restu parent aku. anak dengar kata aku ni tau. haha




bintang kecik, bila bonda nak restu ni bonda ? :))

5/01/09

selamat pagi cikgu

ok sedar2 hari ni dah masuk 5 januari. hari pertama pembukaan sesi sekolah bagi tahun 2009.
hari pertama aku? oke oke sahaja. kamu punya best ke?

hari pertama je aku dah terlewat datang sekolah. aduh ku sangkakan cuti lagi. hilang rekod bersih aku sebagai pelajar terbaik sekolah. ceh macam ada je.

macam aku jangkakan ramai kawan2 aku dah menghilang. ada yang pindah sekolah, ada yang boleh ponteng[?]. siot je. ponteng tak ajak aku. tapi seronok tengok mereka2 yang dah lama tak jumpa.

1. siti pai dengan imej ala2 ugly betty. nasib kau takde spek beso woi!

2. azim dah berambut ala2 iklan pantene. tapi aku lebih berminat melihat uban yang tumbuh di kepalanya. tua sebelum umur. haha jahat aku.

3. emon yang dah tak bertudung. mahu tunjuk rambut cantik kah?

4. cikgu noriyani makin kurus. hoyeh program diet menjadi.

5. puan zakiah menjadi hajah zakiah.

6. acik2 kantin beruniform sudah. majulah!

7. harga makanan kat kantin dah mahal. SIOTGILAAAA!!

ha sudah lah. cukuplah tujuh. kalau ada lagi aku tambah lain kali.

aku dapat masuk 4 sc1. 4 sc1 kira aku bakal belajar pure sc lah. tiada adegan drop2 subjek. cuma aku maybe akan tambah geografi. sekadar minat.

kelas aku tak banyak melayu. macam dulu juga. belas belas sahaja. apa yang aku perasan mereka yang tak score bm A tak dapat masuk kelas aku. bagus bm semakin penting.

ha sudah lah. aku penat pegi balik sekolah. balik lewat pulak tu. hadoii!

pesanan terakhir, mari kita mulakan dengan ucapan selamat pagi cikgu di awal kelas.




p/s, bila mahu keluar result mrsm ni. tak sabar aku nak bla dari sekolah. hoho.

3/01/09

untuk dua hari lagi

korang akan mengalami ini bila ke kedai bata, kamdar etc. sesak dengan mak bapak sekali anak dorang. masing2 sibuk try baju putih berkasut putih. pekerja2 kat situ pun tak menang tangan layan karenah mak bapak. bukan karenah budakbudak.

kadang2 aku rasa, sebenarnya mak bapak lagi excited bila nak buka sekolah ni.

aku akan guna ayat standart; pejam celik pejam celik dah nak sekolah balik. rasanya macam baru semalam aku dapat surat dari sekolah tertulis ayat 'pemberitahuan cuti sekolah tahun 2008'. tak sangka lagi dua hari sekolah mahu beroperasi kembali.

aku rasa masuk sekolah tahun ni macam suram. tak menarik. semakin terasa kehilangan kawankawan.

aku tak prepare apa pun untuk tahun ni. baju, kasut segala aku tak beli lagi. hanya menyaksikan adik aku bersepatu dan berbaju baru. aku pasti dia akan nampak kemas smart di pagi pertama sekolah.

aku bajet habis pmr macam habis spm. merdeka gila dah tak sekolah. ya aku harap itu semua. tapi ada dua tahun lagi aku nak habiskan sisa2 sekolah ni. dua tahun bukan lama kan? dan kata cikgu sekolah bukan sesuatu yang membosankan.

aku ada cakap kat mak aku, baju tahun ni beli sepasang je pasal aku tengok tahap ketinggian aku macam dah terbantut je ni. baju last year mesti boleh pakai lagi kot. cuma aku benci gila baju last year, made in kamdar. baju kamdar selalu terlebih size dengan aku ni. lebih kurang seperti cicak berbadan gajah. dan bapak aku pernah kata,'kamdar untuk orang besar'. plus i'll be going to MRSM insyaAllah. jadi tak guna beli baju banyak2.

kalau sampai raya cina aku tak dapat keputusan yang sahih. ok baru masa shopping baju sekolah aku bermula.

masuk form4 nanti aku akan ke kelas science stream. aku ada study sikit2 subject form4 nanti. tak mahulah kelihatan pelik2 kat kelas nanti. pakcik bio, makcik kimia, abang fizik. satu family subject sc stream tu aku dah kaji. oh aku rasa makcik kimia saja yang aku kamceng. yang lain susah nak kamceng. lain jantina deh. er aku letakkan setiap subjek ada jantina.

kau nak tahu jantina subjek bio ape? dua2. dia khunsa sebab tu kau boleh tahu pasal laki or perempuan dalam subjek tu.

aku pernah dengar ayat ini; bercinta dengan buku, berkahwin dengan kejayaan blablabla boring! selalunya akan diselitkan dalam ruangan ucapan dalam buku khas, biodata kawankawan. sebenarnya kalau kau tengok pada ruangan ucapan, mereka selalu berkata benda yang sama; good luck. aku bosan. sebab tu aku malas nak miliki buku biodata lagi.

bebalik kepada ayat tadi, aku langsung tak faham hingga kini. aku rasa kalau kau ada kesedaran kau tak perlukan ucapan berbaur kecik2 dah gatal nak kawen. aku pernah try setiap inci perkataan dalam ayat tu. aku still tak boleh bercinta dengan buku. hati aku tetap terpaut pada manusia.

aku rasa janggal cakap i luv u dekat buku.


aku rasa entri kali ni dah macam belacan gila. berterabo. semua gaul macam rojak. kalau korang tak faham apa inti dalam karangan aku, cuba fahamkan ayat di bawah ini sahaja.




happy kembali ke sekolah

2/01/09

sawadikap 09

assalamualaikum dan selamat sejahtera. hari ini bermula lagi satu tahun untuk kita semua. selamat tinggal kosong lapan. kita buka buku baru dengan dua digit terakhir kosong sembilan. semoga tahun ini lebih bermakna buat kita semua. insyaAllah. dan soalan paling popular, apa azam kamu?

p/s, aku tak reti buat speech lah! maaf.


semalam aku tak tengok konsert. apa cerita ya? meriah ke. pagi2 tengok gambar2 'fire flower' gila lawa dekat star. aku dah tido pukul 11 dah. ngantuk punye pasal. main mercun, bom, bazuka dalam mimpi aku lagi best.

since cuti ni, aku rasa aku banyak tido. tapi tulah. harini dah masuk new year kan, aku dah berazam akan mengurangkan tido. mungkin dari 8 jam sehari akan bertuka ke 7 jam 59 minit sehari. insyaAllah.

aku tak sempat list semua azam aku. malas punya pasal. aku kan suka hangat hangat tahi kobao je ni. entah betul2 bersemangat nak menunaikan segala azam aku ni ke tak. tapi pedulik apa. kita kena berazam untuk berjaya betul tak?

* menjadi anak kebanggaan ibu bapa. woyeh!!

* menjadi insan berguna kpd agama, negara dan masyarakat
* aku nak cipta record this year taknak kena marah dengan parent aku. insyaAllah :D
* pangkah gagal untuk semua subjek. aku A1! haha bersemangat gila.
* aku mahu fulus lebih. ekonomi merosot deh.
* menjadi muslim yang lebih muslim.

* siap homework. selama ni aku hanya siap homework mrs kanniga je.

'dengan berkat dan usaha pasti boleh ! ho yeh!'

happy new year !


p/s, yo cik sara atikah, happy birthday! ada sapa2 lagi lahir hari ini.