5/01/09

selamat pagi cikgu

ok sedar2 hari ni dah masuk 5 januari. hari pertama pembukaan sesi sekolah bagi tahun 2009.
hari pertama aku? oke oke sahaja. kamu punya best ke?

hari pertama je aku dah terlewat datang sekolah. aduh ku sangkakan cuti lagi. hilang rekod bersih aku sebagai pelajar terbaik sekolah. ceh macam ada je.

macam aku jangkakan ramai kawan2 aku dah menghilang. ada yang pindah sekolah, ada yang boleh ponteng[?]. siot je. ponteng tak ajak aku. tapi seronok tengok mereka2 yang dah lama tak jumpa.

1. siti pai dengan imej ala2 ugly betty. nasib kau takde spek beso woi!

2. azim dah berambut ala2 iklan pantene. tapi aku lebih berminat melihat uban yang tumbuh di kepalanya. tua sebelum umur. haha jahat aku.

3. emon yang dah tak bertudung. mahu tunjuk rambut cantik kah?

4. cikgu noriyani makin kurus. hoyeh program diet menjadi.

5. puan zakiah menjadi hajah zakiah.

6. acik2 kantin beruniform sudah. majulah!

7. harga makanan kat kantin dah mahal. SIOTGILAAAA!!

ha sudah lah. cukuplah tujuh. kalau ada lagi aku tambah lain kali.

aku dapat masuk 4 sc1. 4 sc1 kira aku bakal belajar pure sc lah. tiada adegan drop2 subjek. cuma aku maybe akan tambah geografi. sekadar minat.

kelas aku tak banyak melayu. macam dulu juga. belas belas sahaja. apa yang aku perasan mereka yang tak score bm A tak dapat masuk kelas aku. bagus bm semakin penting.

ha sudah lah. aku penat pegi balik sekolah. balik lewat pulak tu. hadoii!

pesanan terakhir, mari kita mulakan dengan ucapan selamat pagi cikgu di awal kelas.




p/s, bila mahu keluar result mrsm ni. tak sabar aku nak bla dari sekolah. hoho.