30/01/09

empat hari. betul kamu tak rindu aku?


Dalam empat hari ni, aku dah terlepas macammacam.

Pertama, kasi wish gongxifacai. Aku cuma bajet ramai blogger akan post entri macam ni. untuk beberapa hari yang dah terlepas, wahai sekalian kaum cina dan sape2 yang perasan dia cina, happy belated CNY! This year, satu kotak limau pun takde singgah kat rumah aku. Adakah ini ada kena mengena dengan ekonomi meleset atau serangan pencinta limau baru2 ini?

Kedua, aku dah terlepas tengok wonderpets pukul 2:30 di tv9. Aku jarang tengok cerita ni garagara waktu dia sama dengan waktu cerita agnes monica tu. Jadi aku harap masa cuti sekolah ni lah aku boleh tengok balik cerita tu, tapi hampeh je. Abang aku suka tengok agnes monica! Kan lebih baik dia tengok adik dia, tang suara ni ada lah sikit2 cam agnes monica. HAHA

Ketiga, update blog. Aku dah terlepas banyak hari nak update blog. Aku terpaksa meninggalkan dunia ni sekejap masa parent aku ada. Mereka cuba membongkar blog aku. Maksud aku, mereka mahu tengok blog aku dan baca dan berkata pada aku, “nape tak cerita pasal kekacakan ayah kat blog?”(dialog rekaan sematamata). Bapak aku siap hafaz link aku lah.

Keempat, balik kampung. Memang sebelum cuti hari tu mak aku dah plan cuti ni nak balik kampung. Jumpa atok nenek semua. Aku pun dah excited lah apa lah semua macam adik aku yang teringin jumpa saudara tapi saudara tak ingin pun jumpa dia. HAHA dia tahu benda ni mesti dia kecewa. Tapi pasal manusia hanya merancang Allah menentukan, plan tu tak menjadi. Abang dengan adik aku demam. Adik aku tu aku rasa dia demam pasal rindu ‘sangat’ lah tu dengan saudara dia.

Kelima, kerjasekolah yang dah beberapa hari asyik tertunda. macam biasalah. Aku hanya merancang tahap kemalasan aku ni yang menentukan. Patutnya hari selasa tu, aku bangun je pagi, aku dah berazam, “bio mesti siap hari ni”. lepas tu tak menjadi. Hari esok dan esok aku berazam benda yang sama. Sampai la ni satu buku bio pun tiada sentuhan aku lagi. Bila tahap rajin aku ni nak naiknaik?

Keenam, solat hajat. Sebelum tengok result mrsm ni aku nak buatlah. Dah beberapa hari asyik tertunda. aku set alarm pukul 3 pun tak jaga2 mata aku ni. bes gila layan mimpi. Dalam banyak2 cuti sekolah, aku rasa cuti sekolah ni lah yang ada banyak mimpi. Hari2 tu!

Setakat ni, aku hanya ingat enam perkara yang aku terlepas. Aku kesibukan gila sekarang ni. dan macam kau tahu aku tak dapat update pun pasal aku sering diperhatikan oleh parent aku. Blog aku diwanted oleh mereka.

Actually, mak aku blogwalking since last year tak-silap-aku. Tapi pilihan blog beliau standart ah politik politik. Anak dia pulak benci politik. Kuasa kuasa kuasa. Boleh tak Malaysian mengamalkan sikap bersatu padu dan toleransi. Dah tahu kita bermasyarakat majmuk, semua nak rebut kuasa, semua rasa diri hebat. Dah aku benci lah cakap pasal ni.

Mak aku dah berapa kali tanya aku, “kau ada blog tak?”, kalau dulu aku hanya diam je. Tapi pasal mak aku dah tanya lebih kurang tak sampai sepuluh kali, aku dengan baik hatinya bagitahu juga. Then mak aku tengok blog aku sekali imbas pasal aku pegi naik-turun-naik-turun supaya mak aku tak dapat baca. HAHA bengong gila aku. Pastu aku cakap ‘ha dah habis dah’. Rupanya mak aku bukan baca blog aku, dia pegi baca url blog aku. Aku dah alamak! Tutup2 lah cover2 lah.

Malam tu aku bajet mak aku tak dapat hafaz lagi url blog aku, so aku biarkan jelah. Datang pula bapak aku dengan soalan yang sama. Then aku tanya lah macam mana dia tahu, dia kata, ‘adelah orang2 yang boleh dipercayai bagitahu’. Aku tahu tu mesti mak aku kasi tahu. Nak jadi cerita bapak aku diam2 tengok aku online. Mereka pula dapat hafaz url blog aku dengan cemerlang gemilangnya. Oke tahniah!

Aku pula yang dah gelabah tak tentu hala laju2 pegi tukar link aku. Masa tu aku tak tahu nak letak link apa. Bantai bantai dapatlah nama sitirahasia. ah nama perempuan mana ni?

Aku tak tahu kenapa ada rasa semacam bila parent aku nak tahu pasal kewujudan blog aku. kalau kawan2 aku bercakap mengenai blog aku di sekolah pun aku rasa tak selesa, macam nak hentam2 je mereka. Bayangkan jelah, kawan kau panggil kau di sekolah, senyum2 mungkin, kau ingat dia nak kata kau berganda cantik hari ini, balik2 dia kata, ‘aku dah baca blog kau.’. ha okeee.

Aku lagsung takde masalah kalau kau sorang2, berdua duaan, cakap dengan aku pasal blog. Tapi kalau kau di depan khalayak ramai yang pastinya akan tanya kepada aku, ‘kau ada blog eh? ’, lebih baik kau batalkan niat murni kau tu. Terasa janggal kadang2.

Kenapa ha?

Ah udah udah lah tu,,