23/01/09

percubaan pertama


thanks kamukamu yg komen wajah baru blog aku. ramai kata layout dulu lagi comel ow! makin hari makin teruk taste aku. HUHU

tajuk entri dah macam tajuk album aizat je haha,,

hohoi semua, hari ni entah kenapa aku rasa lagi best dari hari2 biasa. lagi2 bila fikir esok dah start gong-xi gong-xi fa cai! HAHA nampaknya aku lagi excited nak raya dari budakbudak cina yang lain. aku baru nak mintak angpau kat mereka, tapi tu lah sorang budak cina pun tak kawen2 lagi. haih melepas!

tadi kat sekolah ada comp kaligrafi. kaligrafi tu macam tulis khat lah tapi ini tulisan cina ma. aku memang takde experience apa2 pasal kaligrafi ni. kalau khat adalah. tapi khat pun dah 6 tahun belajar pun still rasa susah nak tulis cantik2 ow.

masa dapat kertas merah beserta berus cat punyelah bangga. masa tu ada 3 orang je pelajar melayu yang masuk. aku, hidayu dan siti pai. tu pun punyelah payah nak pujuk dorang join masuk comp ni. for those yang bukan chinese, semua dalam kategori yang lain. tapi awat si foong pun join kitorang jugak. ni kes orang cina tak tahu cina lah ni. hoho. yang indian pun ada jugak macam thibba, sashela, banyak from kelas aku sendiri.

perkataan yang kitorang kena tulis pun 4 sahaja. aku pun tak faham apa tertulis, dan lepas tahu meaning dia pun aku still tak faham juga. haha. tapi yang pasti semua tu lebih kurang macam ucapan tahun baru cina lah kot.

memang lah sikit perkataan yang kena tulis, tapi kan nak tulis satu perkataan je dah ambil masa sejam. punye lah lama. last2 aku cincai2 je sebab masa dah habis. tapi hasilnya not bad ow. percubaan pertama meh. buruk2 pun aku akan cakap cantik jugak! hahaha

---------- tayangan gambargambar RAHSIA --------


semua manusia baru belajar. yep termasuk aku!


ini foong. aku rasa kalau ada anugerah peserta paling banyak guna kertas, mesti dia juara. dia guna nak dekat 6 helai kertas untuk buat kaligrafi ni. aiyo pembaziran pokok lu, leng chai. haha


dan pemenangnya ialah,, jeng jeng jeng. foong dan thibba! haha aku tipu je.


'dengan usaha yang tak seberapa ni, aku pasti menang', kata azyan. huhu


hasil cincai2 azyan dan hidayu. weh asal aku rasa macam lawa je kaligrafi aku? HAHAHA
maksud ayat tu,, lembu-menyanyi-dengan gembira-tahun. lebih kurang maksud dia macam tu lah. sila tanya guru bahasa cina untuk lebih detail.


ha pemenangnya korang kena lah tunggu entri terkini selepas sekolah dibuka. hey aku tak confident apa pun aku boleh menang. tapi kalau ada kategori untuk melayu sahaja mungkin label juara akan jatuh ke tangan aku kot! HAHA teruslah berangan. :DD




bintangkecik: aiseyman hari ni aku tak jumpa encik wey lagi oh. dah masuk hari kedua ni. haih risau risaunya aku. HAHA (dialog hanya rekaan semata-mata, dilarang percaya :D )