9/01/09

hari ini hari terakhir

cik aimy dan cik siti pai - 9 Jan 2009


hari ni hari terakhir aku dengan aimyzafirah. seorang teman, sahabat dan kawan. aku sendiri tak sangka aku bakal kehilangan dia untuk jangka masa yang tak pasti. dan untuk hari ini, aku benci bila tahu ia mungkin hari terakhir aku dan dia bergelak bersama, berpegangan tangan bersama, dan face to face. dia akan berpindah. aku agak emo sebenarnya sekarang ni, tapi tengok lah kalau aku dapat kawal ke tak. :OO

aku kenal dia bukan lama. 2 tahun sahaja. tapi dalam 2 tahun tu jugalah aku belajar menilai seorang sahabat sejati. menilai sebuah persahabatan yang sempurna. dan setiap saat bersama dia amat bermakna. kawan sejati bukan diukur dari berapa lama kau kenal dia, tapi berapa lama kau bersatu dengannya.

masa mula2 aku dapat berita dia nak pindah. mood aku berubah. aku bengang kenapa dia tak bagi tahu awal2. masa jumpa dia aku cuba taknak rapat dengan dia. sebab aku tahu aku akan sedih suatu hari nanti. lagi pulak aku asyik fikir macam mana lah hidup aku tanpa dia. jauh betul fikiran aku melayang. akhirnya aku kalah dengan peraturan yang aku buat sendiri. aku menjadi normal kembali. dan setiap saat bersama dia aku amat hargai. Alhamdulillah kerana memberi seminggu yang indah.

benda ni buat aku teringat kembali zaman masa aku mula pindah dulu.
aku tak kasi tahu aku pindah pun kat kawankawan aku. yang tahu pun ciput jelah. aku pindah pun senyap2 takde buat ucapan perpisahan pun atas stage. tengok2 nama aku dah takde dalam list pelajar2 sekolah. kelibat aku pun tak muncul2.

persoalan yang aku beri kepada aimy akan aku jawab ikut opinion aku sendiri.

'kenapa tak inform awal2 kalau pindah?'

1. kawan sedih. ni sape2 yang suka jaga perasaan kawan lah. atau dapat kawan suka emo cam aku ni. haha. kalau nak cakap pasal kawan aku sedih ke tak masa aku blah, aku pun tak tahu. kurang perasan lah weh. harap mereka sedih lah . betul ke encik fidak dan makcik hazimah? haha

2. malas nak jawab soalan selanjutnya daripada kawan. benda ni biasalah. bila kita kata nak pindah, soalan pertama kita terima 'kenapa?'. lepastu entah berapa ribu lagi soalan yang muncul.

3. tak sedar lagi nak pindah. itu aku. aku benci masa mak aku kata nak pindah. jadi aku buat2 lupa apa mak aku sebut pindah tu. last2 betul2 lupa. ha sampai masa nak pindah baru teringat. tak sempatlah nak inform member.

4. rasa bersalah. yelah nak tinggalkan kawan2 semua, mesti rasa bersalah nak cakap kat kawan2. lagi pulak bukan kehendak kita nak pindah. semua angkara rancangan ibu bapa. hey kenapa ya ibu bapa selalu pindah ikut suka hati dorang. tak pernah tanya anak2. eish!

5. nak kasi surprise lah inform last2 minute camni. baru terasa sikit electric shock. aku rasa lah. haha


6. tiada sebab. saja2 bagitahu lewat2 sebab rasa tak penting pun bagi tahu orang. ya kadang2 ada benda yang kita terasa takde guna bagitahu orang. tapi kalau soal pindah ni aku pun tak tahu. hukum dia wajib ke sunat ha?


tapi kan, aku rasa better bagitahu lah. pasal kemungkinan besar kau dapat hadiah perpisahan ke macam apa cik aimyzafirah dapat. haha gila benda betul aku ni. tapi sebab utama, jangan buat orang tertanya2 kemana kita menghilang. buat orang bengang je nanti kan kan.


nway kira aku dah mula percaya satu ayat yang selalu aku dengar. dan dah terkena kat aku dah pun. redha jelah. hikmah pasti ada.
' setiap pertemuan pasti ada perpisahan '

dan kau tahu, setiap perpisahan yang terjadi pasti akan buat kita lebih menghargai seseorang tu. lagi singkat masa kita bersama orang tu, lagi kita lebih menghargai mereka. dan aku tiba2 teringat dialog dalam cerita orang minyak naik minyak, dia kata mungkin kita patut mati dulu kalau nak orang menghargai kita. macam tu lah lebih kurang bunyi dia.

kesimpulan yang boleh kita dapat untuk matapelajaran hari ini ialah hargailah setiap insan di sekeliling kamu kerana kita tak tahu bila kita akan kehilangan mereka pun. maksud kehilangan di sini banyak. bukan mati sahaja oi.





bintang kecik: aku harap dapat jumpa dia kembali. :DDDD