7/01/09

jawapan kepada soalan

kadang2 aku heran kenapa keprihatinan manusia ni selalu melebih sangat. like 'kau dapat apa for pmr?'. prihatin gile nak tahu apa aku dapat untuk pmr. aku tak marah cuma aku rasa benda tu tak perlu tahu lah.

apa motif? kalau nak bagitahu korang dapat apa, cakap je lah. tak perlu suruh aku jawab soalan tu dulu. tapi selalunya aku takkan tanya balik pun apa mereka dapat.

ada sebab aku tak suka soalan tu. bukan pasal aku malu nak bagitahu apa aku dapat. tapi yang betulnya aku tak dapek lagi apa2. semua gara2 permintaan aku di reject hampir 80% oleh parent aku. aku cuma mintak lomo je. sila klik lomo untuk keterangan lanjut. pastu dorang kata worthless. nak cuci semua. nak pakai film lah. out of date gila la kononnya. ee ee tension gila aku dengar ayat tu. pastu nanti dah bape hengget aku pi kayakan orang kedai. better aku beli digital camera. mak aku siap suruh aku solat istikarah lah.


digital camera, aku dah bosan gila lah. ayahanda aku pakai standart punya digital camera lah. aku main pinjam2 je dengan dia. yelah pembaziran kalao kau beli benda yang sama 2 kali kan kan. hanya beza dari segi nama lah.

uncle aku pakai yang aku pernah minat dulu dan kini. camera tahap besar2 gajah kaler hitam. kewl gila badak. bila tembak even gambar biji cili pun dah boleh bangga2. bawak jalan even tak guna pun boleh bangga2. at least boleh cakap, 'aku ada kau takde. hahahaha(pontianak punya ketawa)', tapi hakikatnya.. 'aku takde kau pun takde!! hahaha langsuir betul'.

berbalik cerita lomo tadi, aku rasa kalau kau minat someting adakah kau akan fikir pasal sekeping kertas yang berwarna hijau, merah mahupun biru? aku tak rasa pun. jadi buat apa kalau ada orang tu sanggup pegi malaysia just nak makan durian? sebab satu, dia minat. dan aku rasa tak salah kalau kita kayakan orang kedai sekalipun hanya kerana minat. hey kamonlah jangan jadi kedekut sangat boleh tak?

dan kenapa lomo? benda ni macam kenapa kau pergi big apple hanya untuk makan donut sedangkan kedai bakery pun ada jual. satu sebab, semua benda ada keistimewaan sendiri. dan aku rasa lomo satu benda yang special dan aku minat dengan gambar2 yang dihasilkan olehnya.

mungkin mak aku cuma mahu mengingatkan aku. tapi aku tak suka minat aku hanya jadi MINAT.

tapi apa aku belajar untuk situasi ini, tak semua kita harapkan boleh dapat. dan aku jenis tak suka buat something tanpa restu parent aku. anak dengar kata aku ni tau. haha




bintang kecik, bila bonda nak restu ni bonda ? :))