19/06/10

Gua Nak Alat Putar Masa Macam Doraemon Punya


Salam. Tadi gua rasa teringin nak check nama gua kat internet ni. Mana le tahu kot2 gua famous ke apa, ceh ceh. Apepun, tekaan gua tepat lagi definitif. Nama gua muncul tangga teratas. WALAWEH ini serius kata wonderpet. Serius cool gile.

Sekali bukak, dari Aisyah Munirah aka Yuna Jr.

Gua terpaku sebentar. Bukan lama perkara tu berlaku, kurang lebih setahun yang lepas. Gua cuba konfemkan rasa gua seketika. Tiba2 gua dapat firasat. Ceh gua rasa gua mula ada rasa rindu. Bukan sikit, banyak punye. Hesh. Hesh.

Gua dah agak. Duduk sekolah berkurung mesti punye jadi batu penghalang. Atau mungkin, susah balik lah nak dapat detik2 indah semula. Macamana gua dapat kawan baru berterusan, mereka tetap yang terbaik. Cuma, gua tak pasti ada ke lagi huha huha yang kite boleh share. Bile je nak huha huha, kite terbatas. Ada benda kite boleh share, ada benda nak share pun tak pasti boleh enjoy sama tak.

Ni fenomena biasa MUNGKIN. Gua mula percaya satu ayat,"time change us".

18/06/10

Becoming someone you enjoy to be

Helo. mission kali ni tak lari dengan apa yang gua baru belajar. Siang tu, suasana macam biasa. Alhamdulillah. Rasa-rasa kalau nak berjemur anatomi lu boleh le nampak transformation ahmoi jadi bangla. Sekurang-kurangnya lu pegi USA perempuan semua tergilakan. What they said, tall,dark and handsome. Ceh Ceh Ceh aku ambil ayat uzair.

Siang tu cereberum aku terima lagi satu doktrin. Paksu memang cool sebab dah sedarkan aku dari lamunan produk sendiri. Sekarang dah tak boleh guna pakai lagi ayat go with the flow. Aku bukan sampah yang tak bisa bergerak dan berharap pada aliran sungai membawa aku. Aku manusia yang completely tak ada cacat pergerakan. Sepatutnya aku ada kuasa untuk tentukan aliran aku, bukan somebody.

Tapi kalau aku cakap aku nak jadi graphic designer, aku orang yang dah tertinggal. Orang dah naik flight, aku still dengan rakit. Cuba kalau aku fikir benda ni masa aku tingkatan 3, mungkin aku boleh realisasikan impian aku ni. Tapi sekarang aku tingkatan 5, dan aku dalam aliran sains yang tak ada koneksi yang tuntas dengan graphic design ??

Pakcik kata aku belum terlewat sebenarnya. Tapi aku tak mungkin sia siakan subjek sains dengan jadi graphic desgner walaupun itu yang aku akan enjoy to be. Mungkin aku kena bercinta dengan karier doktor dan apa yang ada koneksi dengan medicine. Tu kira harapan terulung aku lepas kecewa dengan tak jadi graphic designer. Pheww aku betul betul disappointed dengan diri sendiri.

Pakcik kata lagi, mungkin aku boleh list down semua yang aku nak jadi. Setkan priority, so that senang nak realisasikan. Banyak tuu aku nak jadi kalau ikutkan dari kecik sampai sekarang. Tak setia gile apahal. Heii

1. Destist(Cosmetic)
2. Lecturer
3. Paediatrician
4. Consultant
5. Graphic desigher
6. Businesswoman
7. Editor
8. Marine apetah
9. Project manager
10. Wedding planner
11.
12.
13.
14.
15.

Tadi aku tengok eligibility mohon scholarship. Shit weh. Dia mintak first class punye eligibility. Dah punah dah sebenarnya. Aku rasa aku sangat lewat. Kondisi belajar yang tak sempurna mana. Ehh apa ni weh. Tibe2 aku ada inferior yang sangat kronik. Ahhh jangan jangan. Hari belum kiamat. Bangkit woi!

Entah siapa siapa yang buat hamba begini

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku galak benar kalau nampak seorang lelaki ni. Hidung mancung, leher jenjang, pinggang ramping, kulit mat saleh. Eh dia specky. Ah Mulelah kaki terbang-terbang, badan jadi rigan semacam. Nak jatuh, tapi entah dia mampu tak angkat aku. Berat aku dah naik ni. Betul, dah naik. Kalau ada Dr. Rozmey sekarang, aku nak suruh dia kecilkan apa yang patut dekat anatomi aku, lagi-lagi cheeck wall aku. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku jadi stalker percuma dia. Di mana dia berada aku berada juga. Dengan siapa dia text, style rambut terbaru dia, muka surat buku undang-undang yang dia suka, semua aku berjaya selongkar. Punya gila aku satisfied masa tu, hanya Allah yang tahu. Sipi-sipi aku rasa kalau dia buat contest memenangi hati dia, mungkin aku boleh jadi juara. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku ada terbayang dia dalam mimpi aku. Cuba kalau dia jadi milik aku, Mungkin aku akan suruh dia mendeklamasikan sajak setiap bangkitnya aku dari tidur. Atau mungkin dia boleh buat secawan happiness dan penkek cinta. Masa itu kalau Nasi Kandar Beratur ada pun macam angin lalu je. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku ada terfikir kalau ada orang yang mulut murai tak henti henti bercakap, aku mahu dia seorang sahaja. Tak lebih tak kurang. Sebab setiap apa dia kata ada intipati yang boleh membina kehidupan. Bukan nakcakap apa, aku rasa doktrin daripada dia berjaya serap dalam anatomi aku. Atau mungkin betul sangat kita memang ditakdirkan bersama atau simply said kita ada chemistry. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Jangan tipu kau tak tahu, cikgu aku kata kalau kita suka orang tu, orang tu mesti dapat detect jugak. Jadi kau tahu kenapa kan?

Ah apala bosan cakap dengan orang tak faham.

17/06/10

Agak-agak ini ke yang Kak Milah rasa

Kak Milah pernah cakap kat aku. 17 ialah usia kehilangan. Masa tu aku 12 tahun, aku tak berapa faham. Kak Milah cuba terangkan. kak Milah memang baik. 17 tu masanya ada benda yang sepatutnya begitu tak jadi begitu. Aku fikir mungkin sekarang ni aku pendek, bila usia aku 17 pendek aku hilang. Atau mungkin sekarang aku ada perasaan dengan Jonet Dusun, bila usia aku 17 rasa tu akan hilang. Eh seronok, seronok tu. Si Jonet tu bukan kacak bergaya sangat macam Megat Mentol.

Tup tup tup tup

Tahun ni aku dah 17. Megat Mentol dah jadi milik aku. Tinggi aku dah boleh kalahkan sikit Norin Ketot. Sampaikan si Norin Ketot tu terpaksa tukar kasut tumit tinggi setiap kali jalan sebelah aku. Tapi aku perasan, aku mula hilang perasaan nak berfoya-foya secara ekses. Entah lah kenapa. Cuti 2 minggu ni pun terasa sehari je aku berhuha huha. Entahlah......

kak Milah kata tu memang natural feeling kalau nak SPM. hehh?

11/06/10

Menu Utama Dari Wilmington

Aku tak pernah tahu kalau lagu oleh The Spinto Band berpuaka. Tapi ada satu masa, aku perlukan pagi yang Spinto dan malam yang Spinto. Analoginya begini. Aku ibarat pokok yang menyerap CarbonSpinto(CS₂) dan menghembus Oxygensmile(O₄S⁻) yang indah. Jadi(konon-konon make non) bilanya mahu lihat aku tersenyum seorang bila telinga aku disaji lagu buatan Spinto yang sumpah cool.



Dan pstt, aku mahu superhiro aku jadi Nick Krill yang bisa alunkan aku sejuta lagu Spinto tanpa bosan. Ah nak jugak nak jugak. Magis cinta mesti bisa bukan? Tu pun kalau aku dapat Nick Krill. Cuba kalau aku dapat Nick Kering, ceh ceh ceh

10/06/10

Sesipi Introduksi

Aku rasa aku orang yang suka bikin introduksi dan matikan tengah tengahnya supaya aku tak perlu tahu apa endingnya.

Atau, aku ini orang yang buat sesuatu untuk visual semua.

Atau, aku ini orang yang sesuka hati mematikan apa yang pernah aku usahakan.

Atau, aku punya inferior yang kronik lalu aku mematikan apa yang pernah aku usahakan.

Atau, aku selama ini buat sesuatu untuk kepuasan orang lain.

Atau, sekolah berkurung buat aku malas hapdet blog segala.

Ah aku rasa dah cukup bukti kenapa aku matikan dan hidupkan semula blog ini. Aku kata ini namanya complacency work. Hehhhh. Apa-apa je lah. Aku takkan kata aku tinggalkan blog hanya untuk SPM. Gila lame reason weh. Aku rasa takkan aku perlu menulis dalam kondisi plastik for others satisfied. Baik matikan dan hidupkan bila perlu. Itu lebih baik dari aku menulis macam kambing meneran. Teran gila gila, keluar sipi sipi. Zzz

I AM BACK WITH NEW BATTERY [+ -]