31/12/10

Sikit pun tak mahu menyesal

Kalau aku menyesal pun, aku tak fikir yang aku boleh patah balik selain kena melangkah satu kehadapan untuk ubah dunia aku.

Merujuk kepada sebulan yang aku lalui, aku agak menyesal untuk banyak perkara. Tapi oh ya, aku tak fikir ni satu keburukan untuk orang orang yang kurang berfikir dengan lebih matang dan bergaya untuk putus asa dengan kehidupan. Kalau tak menyesal, tak akan datang satu pengajaran berguna, mungkin.

Tadi aku buka page azim suhaili, dan aku tahu dia baru je selesai pergi RANTAI ART EVENT. I was envious. Terasa nak cakap, HEAVEN doh kalau aku dapat pergi sana macam tahun tahun lalu. Duh, padahal tahun tahun lalu yang aku pergi tu tak de lah fun tahap kapkek. ZZZ

26/12/10

SAG S/B


Ini benda normal kan, kalau kau dah 7 tahun tak jumpa kawan baik kau, bila jumpa balik kau macam tertunggu tunggu dia nak cakap apa, dan dia tertunggu tunggu kau nak cakap apa, padahal kawan baik tu. KAWAN BAIK TUU!
Ya, aku sedang bercakap tentang childhood friends yang aku jumpa di dalam ciptaan Mark Zuckerberg. Aku bengang mungkin atas dasar aku jadi janggal dan dia jadi janggal tak tentu pasal.

25/12/10

Saka butang translate

kalau ada butang translate, cepat cepat tekan, sebab kau akan nampak something yang kau patut nampak tapi tak nampak, dan kau akan gelak untuk sesuatu yang bersifat tersembunyi.

Kalau kau ada kawan, suruh dia cakap perihal engkau, sebab kau akan nampak something yang kau patut nampak tapi tak nampak, dan kau akan tersentap untuk sesuatu yang bersifat tersembunyi.

Jadi, aku andaikan sesuatu yang tersembunyi itu sangat unexpected dan well, jujur kan benda paling cool kalau kita dapat tahu dari orang yang kita mahu. :DD

Oh ya, tadi aku tekan butang translate english untuk blog aku, means dari segi konten nya pun ditukar english, ini apa yang aku dapat. Tak banyak beza, tapi sangat mempesonakan untuk baca belog kau sendiri tapi dengan cara lain dan lebih kepada nak gelak sebab translator jejaring ni bukan boleh pakai sangat. Tapi yelah dia dah try the best kan. :D

"Speak as a student: If someone tu is something, I think We Are all experimental reference kingdoms" Perhaps this feeling any medium Vomit. But, I write to komplasensi notes for majoriti WHO have an excess of expectations.Congratulations Entertaining Rumi.

Haha

23/12/10

Being an adult kadang kala tak cool

Kalau aku boleh jadi macamana aku yang dulu,
Aku akan gembira untuk semua perkara,

Cakaplah tentang 24/7 fikiran benda tak ada logika,
Cakaplah tentang halusinasi yang kompleks,
Cakaplah tentang rasa hati yang gila susun atur permainan gambar,
Cakaplah tentang imaginasi yang penuh tanda eksklamasi,

Mungkin aku tak akan rasa apa apa.

Atau benda ni normal ke untuk sesetangah dari aku yang sama menjejaki 18 tahun?

Betul betul terasa bodoh, bebal dan bbbbbb,

13/12/10

Benda Ni Normal Kan?



"Dengan adanya benda ni, tiada lagi masalah sesat naik train"

12/12/10

Satu Langkah Ke Hadapan



Mungkin kau tak percaya kalau aku cakap, orang Bagan Datoh pun boleh terbang Tokyo. Haa "Orang Kampung Boleh" wa cakap luu.


Sebentar tadi, Fida dengan girlfriend dia datang hantar aku kat airport. COOL kan? Oh ya, aku terharu sebenarnya. :D

11/12/10

FEWEL







Gathering dengan dua puak yang berbeza sifat sangat cool. At least aku berjaya suit myself dengan dua situation yang berlainan. Kadang kala kita kena admit yang kawan sekeliling ialah imej diri sendiri. Bukan untuk kata menjadi orang lain, tapi lebih kepada kondisi sesuatu. Mungkin.

Well, speaking about farewell, aku kena cakap benda ni yang aku suka bila ada farewell. Sebab bila ada farewell akan ada gathering, dan kan susah tu nak gathering kalau dah jauh jauh jauh dan masa masa masa. Dan mungkin bila masa ini diulang tayang kembali(sebagai contoh bila kau tengok gambar) kau sendiri tak tahu bila kau berkawan dengan mereka, dan mungkin kau dah ada pengganti untuk yang lama atau mungkin kau tak tahu nak perilaku macam kau biasa lakukan dulu.

Yelah, masa betul betul ubah kita kan?

Untuk Pengetahuan Orang Orang Yang Sempurna Fizikal

"Terima kasih untuk hari yang bakal mendatang, sekurang kurangnya aku tahu apa itu yang dinamakan kebenaran"

Aku pernah dengar kalau apa yang kita lalui kalau tiada penghujungnya, kita tak akan tahu apa yang terselih dalam celah celah kehidupan kita. Penuh rahsia. Sama macam kalau habis sekolah, baru kita dapat tahu macam macam termasuk lah cerita yang hutang yang tak berbayar, salah yang tak pernah diungkit, kenangan yang tak pernah dikenang dan termasuklah cerita peminat rahsia.

Pelik kan?

Kenapa tak pernah terfikir untuk lakukan pada permulaan. Sebab kita mungkin akan terlewat. Em itu kan rugi

8/12/10

Tray Besi




Betulke benda ni macam ni susah nak tinggalkan tapi senang nak lupakan? Ya, benda macam ni lah. Benda benda pasal sesuatu yang dah lama bersama then terpaksa tinggalkan?

Musykil tak sudah sudah :?

SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH: 22062009 - 08122010


7/12/10

Nescaffe





Takkan nak aku beritahu info pasal layang layang pulak? :PP

23/11/10

SPM's ticks, kalau kau dengar

Ini apa yang selama 17 tahun aku tunggu, macam tak percaya. Aku dah 17, dan aku akan pergi duduk dalam dewan, tunggu kena hulur kertas dan jawab dengan penuh kelajuan sistolik dan distolik jantung selama 3 minggu. Aku rasa ni lah feel yang orang cakap tu. Feel tak percaya tahap gaban sampai rasa nak tanya orang esok hari apa banyak kali.

Sebenarnya bila fikir balik, 17 tahun bukan lama. 17 tahun nak tunggu SPM ni berlaku, serius macam in the blink of an eye. Pelik kan? Masa yang laju atau aku memang tak perasan benda tu berlaku. Atau sebenarnya aku dah lama tak cakap pasal SPM, then bila satu hari tersedar nak SPM, baru excited tahap gaban.

Jadi, apa kau rasa pula?

31/10/10

I will always miss BP16












The thing is, selagi kita tak jauh dari benda tu, kita tak akan rasa rindu dengan benda tu. Apalah labu sayur betul.

4/07/10

This is Confession From Orang Siuman

Apa yang aku lalui 2 3 hari ini semacam benda yang malang yang patutnya aku tak perlu tahu. Bercerita pasal pereparation Sultan datang yang membabitkan pihak awangan yang memang terawang awang, kesadisan berada di satu legasi sampah yang hanya sweet talking sepenuh saat, amaran serta aturan tak guna otak dan akhir sekali pencarian kawan selepas dilupakan.

Awesome kerana sukses memerhati seberapa ramai hipokrit yang lebih kepada munafik!

Baik, soalannya sekarang, boleh ke jilat ludah sendiri. And the anwer is yes. Kau boleh kalau kau ada bekalan defender yang mantap. Dapat grasp?

Shit Ini Yang Aku Kena Dengar Dari Sampah

Benda sampah paling sampah is bila datangnya dari orang yang kau benci. Tapi, aku tak sebenci mana dia ni sampai aku transform kan suka jadi benci.

So, ini ceritanya.

Semalam suppose to be hari paling busy aku. Hari kena bergerak jadi robotik oleh pihak2 pemerintah. Ada sultan mahu ziarah katanya. Dan aku patut bangga dapat berjumpa dengan orang tertinggi negeri. Ceh. Dan ini second time actually selepas pertama aku lihat di karnival Pandu Puteri. Tapi masa itu sultan negeri lain.

Ok. Back to the story, aku kurang prihatin dengan apa yang bernama opinion. Suppose to be apa yang datang dari dalam hati, bukan berlandaskan resepi makhluk asasi. Setuju?

Kurang lebih, pendapat aku dibangkang secara total oleh orang yang selama ni aku respect. Aku hilang respect pada dia. Dia tak boleh terima pandangan aku or kau patut lihat sebenarnya dia tak nak dengar sepatah haram apa aku cuba explain. Unfortunately, pendapat aku bukan je disampahkan malah disembur dengan hujahan celaka dari dia. SHIT!

Aku tak tahu mahu cerita bagaimana. Dia orang atasan. Orang yang aku tahu aku kena respect. Aku tak kisah dia reject opinion aku. Tapi tak perlu maki aku depan public. Kau tak profesional weh. Aku cuba habis baik berbaik dengan dia, tapi kalau satu side je main peranan, ok FINE. Kau tak pernah mahu tunjuk aku kau dah puas main dendam dengan aku.

Ok Ok Ok Ok Ok kalau aku buang marah kat sini lagi bertambah saka ruang aku ini. Jadi, baik aku guna pepatah paling chaiya untuk situation ini, let time changes us. ZZZZZZZ tido lagi syok.

19/06/10

Gua Nak Alat Putar Masa Macam Doraemon Punya


Salam. Tadi gua rasa teringin nak check nama gua kat internet ni. Mana le tahu kot2 gua famous ke apa, ceh ceh. Apepun, tekaan gua tepat lagi definitif. Nama gua muncul tangga teratas. WALAWEH ini serius kata wonderpet. Serius cool gile.

Sekali bukak, dari Aisyah Munirah aka Yuna Jr.

Gua terpaku sebentar. Bukan lama perkara tu berlaku, kurang lebih setahun yang lepas. Gua cuba konfemkan rasa gua seketika. Tiba2 gua dapat firasat. Ceh gua rasa gua mula ada rasa rindu. Bukan sikit, banyak punye. Hesh. Hesh.

Gua dah agak. Duduk sekolah berkurung mesti punye jadi batu penghalang. Atau mungkin, susah balik lah nak dapat detik2 indah semula. Macamana gua dapat kawan baru berterusan, mereka tetap yang terbaik. Cuma, gua tak pasti ada ke lagi huha huha yang kite boleh share. Bile je nak huha huha, kite terbatas. Ada benda kite boleh share, ada benda nak share pun tak pasti boleh enjoy sama tak.

Ni fenomena biasa MUNGKIN. Gua mula percaya satu ayat,"time change us".

18/06/10

Becoming someone you enjoy to be

Helo. mission kali ni tak lari dengan apa yang gua baru belajar. Siang tu, suasana macam biasa. Alhamdulillah. Rasa-rasa kalau nak berjemur anatomi lu boleh le nampak transformation ahmoi jadi bangla. Sekurang-kurangnya lu pegi USA perempuan semua tergilakan. What they said, tall,dark and handsome. Ceh Ceh Ceh aku ambil ayat uzair.

Siang tu cereberum aku terima lagi satu doktrin. Paksu memang cool sebab dah sedarkan aku dari lamunan produk sendiri. Sekarang dah tak boleh guna pakai lagi ayat go with the flow. Aku bukan sampah yang tak bisa bergerak dan berharap pada aliran sungai membawa aku. Aku manusia yang completely tak ada cacat pergerakan. Sepatutnya aku ada kuasa untuk tentukan aliran aku, bukan somebody.

Tapi kalau aku cakap aku nak jadi graphic designer, aku orang yang dah tertinggal. Orang dah naik flight, aku still dengan rakit. Cuba kalau aku fikir benda ni masa aku tingkatan 3, mungkin aku boleh realisasikan impian aku ni. Tapi sekarang aku tingkatan 5, dan aku dalam aliran sains yang tak ada koneksi yang tuntas dengan graphic design ??

Pakcik kata aku belum terlewat sebenarnya. Tapi aku tak mungkin sia siakan subjek sains dengan jadi graphic desgner walaupun itu yang aku akan enjoy to be. Mungkin aku kena bercinta dengan karier doktor dan apa yang ada koneksi dengan medicine. Tu kira harapan terulung aku lepas kecewa dengan tak jadi graphic designer. Pheww aku betul betul disappointed dengan diri sendiri.

Pakcik kata lagi, mungkin aku boleh list down semua yang aku nak jadi. Setkan priority, so that senang nak realisasikan. Banyak tuu aku nak jadi kalau ikutkan dari kecik sampai sekarang. Tak setia gile apahal. Heii

1. Destist(Cosmetic)
2. Lecturer
3. Paediatrician
4. Consultant
5. Graphic desigher
6. Businesswoman
7. Editor
8. Marine apetah
9. Project manager
10. Wedding planner
11.
12.
13.
14.
15.

Tadi aku tengok eligibility mohon scholarship. Shit weh. Dia mintak first class punye eligibility. Dah punah dah sebenarnya. Aku rasa aku sangat lewat. Kondisi belajar yang tak sempurna mana. Ehh apa ni weh. Tibe2 aku ada inferior yang sangat kronik. Ahhh jangan jangan. Hari belum kiamat. Bangkit woi!

Entah siapa siapa yang buat hamba begini

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku galak benar kalau nampak seorang lelaki ni. Hidung mancung, leher jenjang, pinggang ramping, kulit mat saleh. Eh dia specky. Ah Mulelah kaki terbang-terbang, badan jadi rigan semacam. Nak jatuh, tapi entah dia mampu tak angkat aku. Berat aku dah naik ni. Betul, dah naik. Kalau ada Dr. Rozmey sekarang, aku nak suruh dia kecilkan apa yang patut dekat anatomi aku, lagi-lagi cheeck wall aku. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku jadi stalker percuma dia. Di mana dia berada aku berada juga. Dengan siapa dia text, style rambut terbaru dia, muka surat buku undang-undang yang dia suka, semua aku berjaya selongkar. Punya gila aku satisfied masa tu, hanya Allah yang tahu. Sipi-sipi aku rasa kalau dia buat contest memenangi hati dia, mungkin aku boleh jadi juara. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku ada terbayang dia dalam mimpi aku. Cuba kalau dia jadi milik aku, Mungkin aku akan suruh dia mendeklamasikan sajak setiap bangkitnya aku dari tidur. Atau mungkin dia boleh buat secawan happiness dan penkek cinta. Masa itu kalau Nasi Kandar Beratur ada pun macam angin lalu je. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku ada terfikir kalau ada orang yang mulut murai tak henti henti bercakap, aku mahu dia seorang sahaja. Tak lebih tak kurang. Sebab setiap apa dia kata ada intipati yang boleh membina kehidupan. Bukan nakcakap apa, aku rasa doktrin daripada dia berjaya serap dalam anatomi aku. Atau mungkin betul sangat kita memang ditakdirkan bersama atau simply said kita ada chemistry. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Jangan tipu kau tak tahu, cikgu aku kata kalau kita suka orang tu, orang tu mesti dapat detect jugak. Jadi kau tahu kenapa kan?

Ah apala bosan cakap dengan orang tak faham.

17/06/10

Agak-agak ini ke yang Kak Milah rasa

Kak Milah pernah cakap kat aku. 17 ialah usia kehilangan. Masa tu aku 12 tahun, aku tak berapa faham. Kak Milah cuba terangkan. kak Milah memang baik. 17 tu masanya ada benda yang sepatutnya begitu tak jadi begitu. Aku fikir mungkin sekarang ni aku pendek, bila usia aku 17 pendek aku hilang. Atau mungkin sekarang aku ada perasaan dengan Jonet Dusun, bila usia aku 17 rasa tu akan hilang. Eh seronok, seronok tu. Si Jonet tu bukan kacak bergaya sangat macam Megat Mentol.

Tup tup tup tup

Tahun ni aku dah 17. Megat Mentol dah jadi milik aku. Tinggi aku dah boleh kalahkan sikit Norin Ketot. Sampaikan si Norin Ketot tu terpaksa tukar kasut tumit tinggi setiap kali jalan sebelah aku. Tapi aku perasan, aku mula hilang perasaan nak berfoya-foya secara ekses. Entah lah kenapa. Cuti 2 minggu ni pun terasa sehari je aku berhuha huha. Entahlah......

kak Milah kata tu memang natural feeling kalau nak SPM. hehh?

11/06/10

Menu Utama Dari Wilmington

Aku tak pernah tahu kalau lagu oleh The Spinto Band berpuaka. Tapi ada satu masa, aku perlukan pagi yang Spinto dan malam yang Spinto. Analoginya begini. Aku ibarat pokok yang menyerap CarbonSpinto(CS₂) dan menghembus Oxygensmile(O₄S⁻) yang indah. Jadi(konon-konon make non) bilanya mahu lihat aku tersenyum seorang bila telinga aku disaji lagu buatan Spinto yang sumpah cool.



Dan pstt, aku mahu superhiro aku jadi Nick Krill yang bisa alunkan aku sejuta lagu Spinto tanpa bosan. Ah nak jugak nak jugak. Magis cinta mesti bisa bukan? Tu pun kalau aku dapat Nick Krill. Cuba kalau aku dapat Nick Kering, ceh ceh ceh

10/06/10

Sesipi Introduksi

Aku rasa aku orang yang suka bikin introduksi dan matikan tengah tengahnya supaya aku tak perlu tahu apa endingnya.

Atau, aku ini orang yang buat sesuatu untuk visual semua.

Atau, aku ini orang yang sesuka hati mematikan apa yang pernah aku usahakan.

Atau, aku punya inferior yang kronik lalu aku mematikan apa yang pernah aku usahakan.

Atau, aku selama ini buat sesuatu untuk kepuasan orang lain.

Atau, sekolah berkurung buat aku malas hapdet blog segala.

Ah aku rasa dah cukup bukti kenapa aku matikan dan hidupkan semula blog ini. Aku kata ini namanya complacency work. Hehhhh. Apa-apa je lah. Aku takkan kata aku tinggalkan blog hanya untuk SPM. Gila lame reason weh. Aku rasa takkan aku perlu menulis dalam kondisi plastik for others satisfied. Baik matikan dan hidupkan bila perlu. Itu lebih baik dari aku menulis macam kambing meneran. Teran gila gila, keluar sipi sipi. Zzz

I AM BACK WITH NEW BATTERY [+ -]

27/05/10

Rambut Sama Hitam Hati Lain Lain


Aku tak pernah tahu kalau apa ada pada mereka akan jadi apa ada pada aku,
Tapi aku tahu kalau apa ada pada aku tak akan jadi apa ada pada mereka.

Be Yourself, kerana kita ini lebih berharga daripada fikiran mereka.


1458,
Pinggiran musolla sambil menunggu gerabak bawaku pulang