31/12/10

Sikit pun tak mahu menyesal

Kalau aku menyesal pun, aku tak fikir yang aku boleh patah balik selain kena melangkah satu kehadapan untuk ubah dunia aku.

Merujuk kepada sebulan yang aku lalui, aku agak menyesal untuk banyak perkara. Tapi oh ya, aku tak fikir ni satu keburukan untuk orang orang yang kurang berfikir dengan lebih matang dan bergaya untuk putus asa dengan kehidupan. Kalau tak menyesal, tak akan datang satu pengajaran berguna, mungkin.

Tadi aku buka page azim suhaili, dan aku tahu dia baru je selesai pergi RANTAI ART EVENT. I was envious. Terasa nak cakap, HEAVEN doh kalau aku dapat pergi sana macam tahun tahun lalu. Duh, padahal tahun tahun lalu yang aku pergi tu tak de lah fun tahap kapkek. ZZZ