29/04/09

Pemenang Bukan Juara Dua



Solar Car Competition. Disebabkan aku diserap masuk last minute, berapa hari je nak compt, so aku tak harap sangat yang team kitorang boleh menendang satu goal yang mutlak, MEMBANGGAKAN NAMA SEKOLAH.(Puan Z dengar mesti menangis terharu)

Cukuplah aku kata kitorang sebagai pelapis kuih lapis sahaja pasal mostly yang take part comp tu semua form5. Ya dan sekolah sebelah hantar wakil form1 dan form2. Tak sangka kitorang kalah ditangan diorang. “hancur hatiku..”, kata Once Dewa19.

Masa presentation powerpoint serius hancur gile. Dengan tah pape lah kitorang explain, bagi jawapan macam tak bagi jawapan, hakim tu pun dah penat layan. Masa race lagilah, boleh pulak kereta tu buat hal. Bila angkat , laju. Bila letak kat landasan gila degil taknak pulak melaju. Tapi takpe, kitorang hanya pelapis kuih lapis je. Dan ada dua sekolah tarik diri time tu, SMK Teknik aku-tak-ingat dan SMK Darul Ehsan tak-silap-aku. so kitorang bukan terakhir dan kalah dengan cemerlang gemilang terbilangnya. Haha!



sekuacikata: Bagaimana kalau aku kata Solar Car Competition kalini aku kalah atas sebab tergoda dengan perwira2 GS? Gilalah. Mesti dah lama Amir dan Hafez cekik2 aku. Haha. Tapi serius ow perwira2 tu gila cool cool siot! Nasib iman aku masih teguh. :DD
“once a gatal, always a gatal!”, kata mak. Haha.
Tapi lawak ow dengan satu perwira GS ni, dia entah lah pendiam gila, sorang2 je, pastu kena bahan pulak dengan panggilan paling gedik dari Hafez, "BOBBY". Bobby Bobby Bobby. macam panggilan keling pun ade gak haha.

26/04/09

Mungkin Ini Masalahnya


Dalam hidup aku ada satu prinsip. Jangan lebih-lebih kerana benda tu langsung tak cool. Tapi aku tak nafikan, aku banyak kali terperangkap dalam kotak lebih-lebih itu dimana aku rasa aku memang tak cool pun. Apa aku buat pun macam nak gapai perhatian orang yang aku suka je. Samalah macam gedik, tak lari dari undang-undang lebih-lebih.

Tapi Aisyah kata aku tak gedik pun.

Aku bagi contoh, aku suka dengan seseorang ni. dan suka aku tu lebih-lebih. Lebih dari orang tu suka aku. Untuk jangka masa yang lama aku melebih-lebih suka dia, akhirnya aku yang terluka. Serius luka dia dalam beb! Aku tak salahkan orang tu pun pasal aku yang suka dia. Bukan dia suka aku kan? Jadi pokok punca sakit itu semua dari aku.

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Aku bagi contoh lagi, A tak suka bekerja dalam company B. Company B bullshit lah, cowshit lah, elephantshit lah, apelah. Hari2 A maki hamun company B. Orang lain pun tak suka juga. Tapi A ni lebih-lebih tak suka dia. Makin tak suka, makin dia nak tahu perkembangan company B dan mula persoalkan macam2. Last2 A mengalami tekanan jiwa pasal sikap lebih-lebih dia tu. – Based on true story.

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Makcik C sedang memasak. Dia nak letak secubit garam. Tapi dia terlebih-lebih letak semangguk garam. Apa rasanya? Teruk kan pasal terlebih-lebih rasa dia. Sebab tu dalam buku resepi dia tulis secukup rasa sahaja.

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Akak H, peserta AkademiFantasial ke78 sedang menyanyikan lagu Ramlah Ram. Dia feel lebih-lebih masa nyanyi kerana bak kata dia,”nyanyi kena feel adik.”. Tapi last2 orang menyampah tengok performance dia yang lebih-lebih tu. Samalah macam bila kita jumpa orang. Andaikan nama dia J. J bila cakap lebih-lebih, bila maki hamun lebih-lebih, bila sampaikan fakta lebih-lebih, bila bergaduh lebih-lebih. Agaknya orang suka ke perangai dia?

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Artis tercorot 2080 telah berkahwin dengan artis terhodoh 2060. Dalam majlis perkahwinan dia, dia buat dengan gila melebih-lebih kekayo-an dia. Siap ada pelamin atas langit bersama dayang-dayang dan 45 hantaran gundik kepada bakal suami. Denagn penuh bangga dia berkata,”kahwin hanya sekali je. Saya percaya ini jodoh saya.” . Tapi kenapa tak sampai sebulan dah cerai?

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Bukannya lebih-lebih yang kita perlukan untuk menggapai apa yang kita mahukan. Kita lebih selesa atau lebih merasai manisnya bila kita buat hanya dengan secukup rasa sahaja. Mungkin kamu semua ada contoh yang lebih bagus, lebih hebat jalan kisahnya dari aku punya. Tak kisah lah. Konsepnya tetap tidak berubah kan? Aku memang nak keluar dari penjara lebih-lebih ni, tapi aku perlukan kunci dahulu.

Ok, calu. Aku nak pergi cari kunci.

25/04/09

Cemerlang Gemilang Terbilang

Hari Anugerah Cemerlang SMKTD 2008 = “GOREAAAATT!” bak kata Aisyah M. :)
Jumpa kawan lama ternyata gila bes! Aku terlampau gembira. Mahu gelak je ni! HAHAHAHAHAHAHHAHA!




sekuacikata: mak berfacebook! Ahh sudah! Anak dia pun takde facebook hahaha

23/04/09

Azren Monang Laie


Science Fair 2009 kan? Aku bukan Juara. Team Azren monang laie. Team dia antara 4 yang akan present this Saturday. Bukan salah experiment, experiment menarik ow. Siap sape datang booth dapat pamphlet lagi. Tapi penyampaian fail lah weh. Aku dah glabah siot masa budak tu tanya aku pasal kayu balak. Aku malu ow dengan budak tu. Aku kelas 1st, tapi dikenakan dengan budak kelas ke berapa tah. Aku lupa pasal konsep density aku. Adush!

Masa Puan Nuritun judge presentation kitorang dia buat2 macam lah bosan sangat experiment kitorang. Sakit hati ow. Kita dah buat sungguh2 tapi dia macam eee. . . kau tahu kan apa rasanya?

Biology Experiment tak semeriah Chemistry Experiment. Dekat Chemistry Lab serius oh penuh gila orang. Dalam Bio Lab, alahai boleh dibilang bilang je. Mungkin pasal Bio banyak teori je. Chemistry ade action. Terbakar sana sini. Dan best gila ow! Tapi tu lah, kalau nak compare explanation sape lagi clear, Team Bio dah lama dapat sambutan. Team Chemistry punya lah short explanation dia. Kalau tanya apa yang sebenarnya dorang buat, dorang just tahu cakap chemical campur chemical, diorang tak tahu apa aplikasi dari apa yang diorang lakukan, apa benefit dalam kehidupan kita. Bukan nak pertikaikan. Tapi ini realiti. Aku sikit pun tak jeles.

Disebabkan manusia ni suka sesuatu yang bergerak2 dan superb lah, so diorang lagi enjoy datang Chemistry Lab. Bio Experiment tak banyak action. Kitorang boleh tunjuk je, pasal action dia tuh kita tak boleh nak nampak sangat. Resultnya boleh lah. Hm.

Apepepun, aku enjoy gila dengan Science Fair ni. Sokong lah Bio mulai sekarang oi oi. Korang suka chapter 4 je kan? Haih! :D











20/04/09

Laluan Laluan Jahanam

Pendek: Akak, Akak, Akak tahu tak Nabil da ade awek da?

Aku: Oh yeke. Tak kisah pun.

Pendek: Akak, Akak, Akak tahu tak awek Nabil cun siot.

* Tengok-tengok muka tak cun Irma Hasmie

  1. Mungkin Irma Hasmie sedang cuba menggoyahkan iman Nabil.
  2. Mungkin Irma Hasmie sedang menarik perhatian pakcik2 kat warong kopi.
  3. Mungkin Irma Hasmie mengharapkan tahun hadapan ada anugerah Bintang Paling Seksi


    Aku: Huh. Tak cun pun. Tipu aku.

    Pendek: Akak, Akak, Abang semua kata dia lawa, untung Nabil kan Kak?

    Aku: EE sibuk lah kau. Aku lagi lawa!

    Pendek: Akak, Akak, Akak jeles lah tu.

    GEDEBUSHH!

Lawa ke?

Bagi aku, kalau seseorang itu lawa, cantik, menarik, dia takkan pakai baju seksi-seksi sebab dia dah tahu dia lawa. Contohnya Erra Fazira, Eja. Tu baru contoh orang lawa. Mereka pakai biasa je pun dah lawa.

Dan Irma Hasmie? Aku still rasa dia tak lawa. Nak perhatian lebih. Yelah2 aku tengok kau, aku frame kan gambar kau dalam bilik aku ye Irma Hasmie! blablabla

Peduli hape, aku tak jeles pun.

Terbang Pipit Ke Petak Masa

Pipit Wonderful Market.

Date: 3rd May 2009, Sun

Venue: Berjaya Times Square

Time: 11am - 8pm

Info lebih sila klik,Pasar Indah Pipit

Ya aku akan berada di sini.Yok berdating yok! :D

18/04/09

Power Ranger




Power Ranger Hijau


Aku rasa Karnival ni di tahap “boleh-lah”. Nak kata best pun tak sangat. Kalau nak dapat pengalaman sebagai penjual kebab oke lah. Aku enjoy habis jual kebab ow!
1. Aku sebagi anggota panji-panji. Kali kedua, tapi still di tahap kauhampeh. Haha
2. Aku mintak clown tu bagi aku belon, dia tak nak kasi. Kedek gila.
3. Gerai dia macam gerai khas untuk orang berumur. Aku masih muda. Haha
4. Makanan dia ya Allah. Gila mahal siot. Kau pergi pasar malam pun lagi berbaloi. Aku bukan apa, selalunya kan karnival murah je makanan. Ni haih!
5. Tak banyak aktiviti yang best. Biasa je.

Apa yang best gila mungkin dapat face to face dengan Sultan Selangor. Ampun Tuanku!

Power Ranger Biru

(muka aku gila suci kan? HAha!)

Hi-Tea Perfection! GILA BEST! Aku pergi satu jam nak dekat habis. Jadi aku dapat rasa bosan sekejap je. Aku sampai sana, tak sampai berapa minit, nama dah kena panggil ambil hadiah. Wo seronok sakan lah!

Aku orang terakhir datng dan aku orang terakhir balik. Duduk dengan Kak Widya dan Kak Fadilah je lah. Perut aku dah jadi pusat pembuangan makanan berlebihan. Selamat makanan sedap walaupun ada lah sikit makanan yang rasa dia macam seksa jiwa raga. Sifu Perfection tu ada buat kek buah. Ok lah. Mak aku buat lagi sedap. Haha!

16/04/09

Ubah Persepsi Seorang


Diskusi bersama cikgu cikgu muda yang bergetah dan masih berstatus bujang bukan atas dasar perempuan gatal. Dan Hang Jebat? OH gila hape aku nak menggedik dengan dia. Rendah sungguh maruah aku. Aku berdiskusi bersama Hang Tuah. OH pergi mati lah dengan insan konon kesayangan kamu itu. Aku tak rasa dia kacak dan OH cute atau comel, haih suka hati mu lah weh!

** tenang jiwa ragaku. Seorang hanya bergurau.

Aku andaikan dia hanya bergurau saja di belakang aku. Tak perlu dipanjangkan cerita. Tali persahabatan kita masih kukuh. Tenang :)


Aku kadang-kadang keliru dengan sesetengah orang. Mereka kata mereka minat seseorang, tapi mereka marah bila kita dekati orang yang mereka minat. Mereka sampai sanggup memebenci hanya kerana orang-yang-diminati. Sebentar, bukan dekati atas motif aku mahu menggatal, hanya berlandaskan perbincangan bebas. Itu namanya minat ke? Dan jika dia minat dengan seseorang adalah dilarang sekali bagi kita untuk mendekati orang tu? Setahu aku, kalau minat hukumnya hanya sekadar minat sahaja dan jangan lebih-lebih. Kau dah masuk frasa yang lain.

Jadi apabila ada diantara aku yang terlalu bersikap seperti kanak-kanak yang baru mula mendapat mainan, sikap taksubnya terhadap sesuatu itu sampaikan tidur dengan mainan, hanya dapat dipujuk menggunakan mainan itu. Bila disentuh mainannya, marahnya terserlah. Apa ini dipanggil minat juga ke?

Bukan itu namanya fanatik?

Cukuplah.

Perkara yang lebih-lebih langsung tak cool.



sekuacikata: Aku dapat wakil sekolah untuk pertandingan roket air! Ini sangat tehape hape. Aku langsung tiada asas untuk pertandingan ini. Someone, H E L P M E ! Aku betul betul jahil pasal benda ni. Jangan cuba persoalkan kenapa aku dipilih.
Aku tiada rasa untuk hari kedua bersama Hang Tuah. Pelik. Bukan ke ini impian yang aku tunggu tunggu terkabul? Dan bila masanya hadir, sayang, nafsu teruja aku sudah lupus. HAHA
jangan peduli aku.

15/04/09

The Coolness Of Rabu




Mungkin keberanian itu berjaya memboloskan aku dalam kekalutan. Rabu yang cool bukan lagi hari yang uncool. Hari yang serabai. Tapi kemas jalan kisahnya. Kasihan Hidayu dia tidak menyaksikan perwiranya aku di depan Hang Tuah. Kasihan Azren dia masih lagi mengimpikan Hang Jebat tersenyum manis di depannya, pastinya baju putih jadi kegemaran.

Basahnya bumi di pagi hari ialah rahmat Ilahi. Berdiri aku di depan Hang Tuah bukan lagi ilusi, bukan lah fantasi, bukan lagi mainan mimpi, aku bersama realiti yang hakiki. Rumi-rumi pertama berbicara bersaksikan jam7:30. Pertanyaan dan persoalan. Aku cair perlahan lahan dalam zon tundra sendiri. Bisunya rumi rumi Melayu yang petah berbicara. Hanya kerana aku sedang berada di puncak awan ke sembilan.


Aku tersenyum puas. Matahari bangkit dan aku masih lagi bersama dia-dalam sesi soal dan soal.


sekuacikata: Bahasa biasa akan melihat aku sebagai seorang yang baru sesaat jatuh cinta. Aku terpaksa tukar gaya bahasa. :DD

14/04/09

Mari berdating Sabtu ini :)

Hari Sabtu tu aku baca Star, ada artikel pasal Karnival Bazar 2009 tu. Dalam hati aku, gila grand carnival ni sampai berpublisiti di dada akhbar.

Hari Selasa aku tengok website Hot Fm, ada artikel pasal benda ni juga. Wo aku dah rasa carnival ni grand gila. Mesti Hot Fm ada datang. TV3 datang juga. Ambil gambar aku pakai baju Power Ranger Hijau letak dalam Melodi. Aku pun famous macam Famous Amous. HaHa

Aku terpaksa cancel pertandingan Sajak dan Hi-Tea Perfection. Kalaulah aku ada kuasa dalam cerita Jumper hari Sabtu ni. :D

untuk informasi lebih, KARNIVAL PANDU PUTERI

11/04/09

Aku Di Sepuluh Dan Sebelas Empat

Sepuluh Empat bersama hujahan Inggeris

sekuacikata: Aku tak suka topik dia. tehape hape. "Todays Woman Are Getting Smarter Than Man". Heh? It doesnt mean aku tak sokong statement tu. Cuma bosan oh. Dah berapa ribu kali orang cakap pasal ni. Macam dah takde topik lain. Dan maaf pasukan perempuan, aku bosan hujah korang yang menampilkan berjuta-juta tokoh perempuan(aku lagi suka kalau mereka tnjolkan diri mereka hebat. Oprah dan J.K Rowling tidak diperlukan) dan aku bosan ketiadaan semangat pasukan lelaki. Kenapa mesti tunggu speaker ketiga baru ada rasa bahangnya? Perlahan. Lambat. SKRIP!

Debate semalam bagi aku tak mengena sasaran. Tapi ok lah. At least bahangnya masih ada cuma tidak bermula dari awal. Layakkah aku untuk bersuara sedangkan aku di kerusi yang berlainan?





Sebelas Empat bersama Power Rangers

sekuacikata: Alhamdulillah. aku seronok bergelar Power Ranger! haha.
Masa pembentangan mengenai langkah2 bagaimana kita boleh stop the spread of AIDS/HIV, ada kumpulan ni bagi cadangan yang buat aku tergelak.
** Pakai kondom
** Jangan bertukar pasangan(bila buat seks)
** Bagi jarum percuma dekat penagih
Jadi apa motif sebenar cadangan ni jika kau nak sebar dekat remaja dan pelajar sekolah? Menggalakkan lagi pelajar buat seks HARAM tapi dengan cara pakai kondom, dan mereka akan selamat sejahtera dari HIV/AIDS. Dan bagi penagih, mestilah mereka lagi suka kan? Orang dah bagi galakan moral dengan bagi jarum percuma tuu. Haih.

Maaf mana2 kumpulan yang mula benci aku, bukan suka2 aku hentam dengan soalan. Kumpulan aku pun tak sempurna. Selamat Hari Raya :)


9/04/09

Di April Yang Serabut

1. Kelas Hias Kek
2. Biology Fair 2009
3. Majlis RAINger haha
4. Pertandingan Sajak
5. Karnival Pandu Puteri
6. Perfection Hi-Tea 2009 (abaikan. aku bukan genius)
7. Hari Anugerah Kecemerlangan SMKTD (abaikan. aku bukan best student)
8. Sime Darby Children Award 2009(abaikan. aku bukan dapat 20A1)
9. Preparation for Mid-Year Exam(aku akan cuba suruh Najib tundakan exam ni ke tahun depan. InsyaAllah)



Waarggghhhhh!! Bila lah Nobita akan transform jadi Sizuka. haih!

8/04/09

Salahkan Kaki

Aku dah bosan dengan angan angan. Akhirnya kita kembali dalam dunia realiti juga. Aku tak nafikan yang angan angan tu satu benda yang seronok lagi mengkhayalkan. Macam dalam satu dunia lain. Mungkin ini satu dadah yang bersifat senyap-senyap. Menghancurkan kau juga kadang kadang.

Hari ini kaki aku tidak mampu menjadi perwira untuk ehem-ehem. Mungkin penyakit malu aku ni semakin kritikal. Aku hanya membiarkan orang lain untuk menjadi perwira dia. Arghh. Rugi oh!

Hari ini kaki aku beredar bila tahu ehem-ehem ada di belakang aku. Sedang memerhati kebangangan aku. Serius aku malu gila. Mesti dia ingat aku orang paling stupido dia pernah jumpa.

Jadi aku tahu, hari ini aku dah direct satu filem yang hancur di akhir cerita.

Masa ini lah kau perlukan angan-angan untuk menjadi penawar kekesalan kau. Angan-angan aku lagi menarik kisah dia dari hakikat realiti. Dan angan-angan tu akan buat benda yang sebaliknya. Dan kau jugalah pencipta ending kau. Ha seronok bukan?

Tapi sikit sikit dah lah. Nanti ketagih ow.

------------------------------------------------------------------------------
“ Kau berbaju hitam,
Aku berbaju putih,
Macam tahi cicak,
Tapi kita serasi kan? ”

HAHAHAHA!
(Pedulik hape aku suka dia. hoho)

6/04/09

Manusia Kurang Sempurna



Aku nak kena tulis laju ni. Ada cerita Matahari lepas ni. Bodoh gila cerita tu aku rasa. 7 lelaki dengan seorang wanita. Wow! Bagi la aku satu cik Matahari. Aku nak Fahrin Ahmad ok, lain semua U amik lah buat gundik. :D

Aku mempersoalkan kenapa kita sedih bila kita buat silap. Maksud aku kesilapan yang kita buat ni bukan suka suka. Ini secara tak sengaja. Yang sengja punya lain kali kita cerita :D

Kenapa kita marah diri kita kerana kesilapan yang kita buat. Kenapa kita benci diri kita kerana kesilapan yang kita buat. Kenapa kita rasa nak bunuh diri kerana kesilapan yang kita buat.

Bukan kah kerana kesilapan itu kita berubah? Kita mampu menjadi manusia yang matang bila bertindak. Kita mampu mendapat pengajaran yang berguna. Kita mampu menjadi manusia yang tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi walhal mereka di luar masih jahil melakukan kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu. Tapi syukur. Kerana kesilapan itu, kita tidak melakukan kesilapan itu.

Sedar atau tidak?

Semua kerana kesilapan itu.

Jadi mengapa perlu sedih atau bengang dan paling penting perlu ke suicide bila dah buat kesalahan. Bila kita lakukan kesilapan, kita lebih cepat belajar. Kesalahan tu secara tak langsung dah bawa kita ke satu jalan yang lurus. Bayangkan kalau kau tak pernah buat silap, mana warna warni hidup kau? Bila masanya kau nak belajar. Semua kelihatan sempurna aja. Tapi kesempurnaan itu yang perlu kita kejar. Macam orang Hindu kejar Mokhsya, kita kena kejar kesempurnaan.

Jadi berbanggalah anda kerana berjaya buat kesilapan kerana ia merupakan pengajar yang baik untuk hari hari yang mendatang.



sekuacikata: Aku tujukan entri ini kepada Ah Ming yang mempunyai perasaan bersalah tahap gaban. Relax oi.
sekaripapkata: Aku tak kata kita kena suka buat silap. Tapi yang paling utama kita dapat belajar dari kesilapan kita.

4/04/09

Mr Cocoa Ball and Mrs Nyam Nyam


Aku tak tahu kenapa aku ketagih benda ni. Benda ni dah pengaruh aku since aku 6 tahun lagi. Selasa hari tu aku dah jumpa kedai jual benda ni. Gila teruja kot dah 4 tahun aku tak makan benda ni. Aku tak boleh imagine bila aku dah 60 aku still ketagih benda ni lagi, then aku suruh cucu aku belikan aku benda ni hari hari hari.

Makcik kantin: Awak suka makan benda ni ke? Selalu beli sekali 50 kotak.

Cucu aku: Bukan saya. Opah/nenek/maktuk/nenda(aku belum decide lagi apa panggilan yang harus cucu aku panggil aku :D ) saya, makcik.

Makcik kantin: Er?






sekuacikata: Aku rasa April-Fool hari tu is actually a Revenge-Fool. Macam mana sampai sekarang tiada pemulangan buku berlaku? AAAAA. Apa salah aku wo!