18/04/09

Power Ranger




Power Ranger Hijau


Aku rasa Karnival ni di tahap “boleh-lah”. Nak kata best pun tak sangat. Kalau nak dapat pengalaman sebagai penjual kebab oke lah. Aku enjoy habis jual kebab ow!
1. Aku sebagi anggota panji-panji. Kali kedua, tapi still di tahap kauhampeh. Haha
2. Aku mintak clown tu bagi aku belon, dia tak nak kasi. Kedek gila.
3. Gerai dia macam gerai khas untuk orang berumur. Aku masih muda. Haha
4. Makanan dia ya Allah. Gila mahal siot. Kau pergi pasar malam pun lagi berbaloi. Aku bukan apa, selalunya kan karnival murah je makanan. Ni haih!
5. Tak banyak aktiviti yang best. Biasa je.

Apa yang best gila mungkin dapat face to face dengan Sultan Selangor. Ampun Tuanku!

Power Ranger Biru

(muka aku gila suci kan? HAha!)

Hi-Tea Perfection! GILA BEST! Aku pergi satu jam nak dekat habis. Jadi aku dapat rasa bosan sekejap je. Aku sampai sana, tak sampai berapa minit, nama dah kena panggil ambil hadiah. Wo seronok sakan lah!

Aku orang terakhir datng dan aku orang terakhir balik. Duduk dengan Kak Widya dan Kak Fadilah je lah. Perut aku dah jadi pusat pembuangan makanan berlebihan. Selamat makanan sedap walaupun ada lah sikit makanan yang rasa dia macam seksa jiwa raga. Sifu Perfection tu ada buat kek buah. Ok lah. Mak aku buat lagi sedap. Haha!