16/04/09

Ubah Persepsi Seorang


Diskusi bersama cikgu cikgu muda yang bergetah dan masih berstatus bujang bukan atas dasar perempuan gatal. Dan Hang Jebat? OH gila hape aku nak menggedik dengan dia. Rendah sungguh maruah aku. Aku berdiskusi bersama Hang Tuah. OH pergi mati lah dengan insan konon kesayangan kamu itu. Aku tak rasa dia kacak dan OH cute atau comel, haih suka hati mu lah weh!

** tenang jiwa ragaku. Seorang hanya bergurau.

Aku andaikan dia hanya bergurau saja di belakang aku. Tak perlu dipanjangkan cerita. Tali persahabatan kita masih kukuh. Tenang :)


Aku kadang-kadang keliru dengan sesetengah orang. Mereka kata mereka minat seseorang, tapi mereka marah bila kita dekati orang yang mereka minat. Mereka sampai sanggup memebenci hanya kerana orang-yang-diminati. Sebentar, bukan dekati atas motif aku mahu menggatal, hanya berlandaskan perbincangan bebas. Itu namanya minat ke? Dan jika dia minat dengan seseorang adalah dilarang sekali bagi kita untuk mendekati orang tu? Setahu aku, kalau minat hukumnya hanya sekadar minat sahaja dan jangan lebih-lebih. Kau dah masuk frasa yang lain.

Jadi apabila ada diantara aku yang terlalu bersikap seperti kanak-kanak yang baru mula mendapat mainan, sikap taksubnya terhadap sesuatu itu sampaikan tidur dengan mainan, hanya dapat dipujuk menggunakan mainan itu. Bila disentuh mainannya, marahnya terserlah. Apa ini dipanggil minat juga ke?

Bukan itu namanya fanatik?

Cukuplah.

Perkara yang lebih-lebih langsung tak cool.



sekuacikata: Aku dapat wakil sekolah untuk pertandingan roket air! Ini sangat tehape hape. Aku langsung tiada asas untuk pertandingan ini. Someone, H E L P M E ! Aku betul betul jahil pasal benda ni. Jangan cuba persoalkan kenapa aku dipilih.
Aku tiada rasa untuk hari kedua bersama Hang Tuah. Pelik. Bukan ke ini impian yang aku tunggu tunggu terkabul? Dan bila masanya hadir, sayang, nafsu teruja aku sudah lupus. HAHA
jangan peduli aku.