26/04/09

Mungkin Ini Masalahnya


Dalam hidup aku ada satu prinsip. Jangan lebih-lebih kerana benda tu langsung tak cool. Tapi aku tak nafikan, aku banyak kali terperangkap dalam kotak lebih-lebih itu dimana aku rasa aku memang tak cool pun. Apa aku buat pun macam nak gapai perhatian orang yang aku suka je. Samalah macam gedik, tak lari dari undang-undang lebih-lebih.

Tapi Aisyah kata aku tak gedik pun.

Aku bagi contoh, aku suka dengan seseorang ni. dan suka aku tu lebih-lebih. Lebih dari orang tu suka aku. Untuk jangka masa yang lama aku melebih-lebih suka dia, akhirnya aku yang terluka. Serius luka dia dalam beb! Aku tak salahkan orang tu pun pasal aku yang suka dia. Bukan dia suka aku kan? Jadi pokok punca sakit itu semua dari aku.

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Aku bagi contoh lagi, A tak suka bekerja dalam company B. Company B bullshit lah, cowshit lah, elephantshit lah, apelah. Hari2 A maki hamun company B. Orang lain pun tak suka juga. Tapi A ni lebih-lebih tak suka dia. Makin tak suka, makin dia nak tahu perkembangan company B dan mula persoalkan macam2. Last2 A mengalami tekanan jiwa pasal sikap lebih-lebih dia tu. – Based on true story.

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Makcik C sedang memasak. Dia nak letak secubit garam. Tapi dia terlebih-lebih letak semangguk garam. Apa rasanya? Teruk kan pasal terlebih-lebih rasa dia. Sebab tu dalam buku resepi dia tulis secukup rasa sahaja.

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Akak H, peserta AkademiFantasial ke78 sedang menyanyikan lagu Ramlah Ram. Dia feel lebih-lebih masa nyanyi kerana bak kata dia,”nyanyi kena feel adik.”. Tapi last2 orang menyampah tengok performance dia yang lebih-lebih tu. Samalah macam bila kita jumpa orang. Andaikan nama dia J. J bila cakap lebih-lebih, bila maki hamun lebih-lebih, bila sampaikan fakta lebih-lebih, bila bergaduh lebih-lebih. Agaknya orang suka ke perangai dia?

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Artis tercorot 2080 telah berkahwin dengan artis terhodoh 2060. Dalam majlis perkahwinan dia, dia buat dengan gila melebih-lebih kekayo-an dia. Siap ada pelamin atas langit bersama dayang-dayang dan 45 hantaran gundik kepada bakal suami. Denagn penuh bangga dia berkata,”kahwin hanya sekali je. Saya percaya ini jodoh saya.” . Tapi kenapa tak sampai sebulan dah cerai?

Dan dah memang lebih-lebih langsung tak cool kan?

Bukannya lebih-lebih yang kita perlukan untuk menggapai apa yang kita mahukan. Kita lebih selesa atau lebih merasai manisnya bila kita buat hanya dengan secukup rasa sahaja. Mungkin kamu semua ada contoh yang lebih bagus, lebih hebat jalan kisahnya dari aku punya. Tak kisah lah. Konsepnya tetap tidak berubah kan? Aku memang nak keluar dari penjara lebih-lebih ni, tapi aku perlukan kunci dahulu.

Ok, calu. Aku nak pergi cari kunci.