15/04/09

The Coolness Of Rabu




Mungkin keberanian itu berjaya memboloskan aku dalam kekalutan. Rabu yang cool bukan lagi hari yang uncool. Hari yang serabai. Tapi kemas jalan kisahnya. Kasihan Hidayu dia tidak menyaksikan perwiranya aku di depan Hang Tuah. Kasihan Azren dia masih lagi mengimpikan Hang Jebat tersenyum manis di depannya, pastinya baju putih jadi kegemaran.

Basahnya bumi di pagi hari ialah rahmat Ilahi. Berdiri aku di depan Hang Tuah bukan lagi ilusi, bukan lah fantasi, bukan lagi mainan mimpi, aku bersama realiti yang hakiki. Rumi-rumi pertama berbicara bersaksikan jam7:30. Pertanyaan dan persoalan. Aku cair perlahan lahan dalam zon tundra sendiri. Bisunya rumi rumi Melayu yang petah berbicara. Hanya kerana aku sedang berada di puncak awan ke sembilan.


Aku tersenyum puas. Matahari bangkit dan aku masih lagi bersama dia-dalam sesi soal dan soal.


sekuacikata: Bahasa biasa akan melihat aku sebagai seorang yang baru sesaat jatuh cinta. Aku terpaksa tukar gaya bahasa. :DD