6/04/09

Manusia Kurang Sempurna



Aku nak kena tulis laju ni. Ada cerita Matahari lepas ni. Bodoh gila cerita tu aku rasa. 7 lelaki dengan seorang wanita. Wow! Bagi la aku satu cik Matahari. Aku nak Fahrin Ahmad ok, lain semua U amik lah buat gundik. :D

Aku mempersoalkan kenapa kita sedih bila kita buat silap. Maksud aku kesilapan yang kita buat ni bukan suka suka. Ini secara tak sengaja. Yang sengja punya lain kali kita cerita :D

Kenapa kita marah diri kita kerana kesilapan yang kita buat. Kenapa kita benci diri kita kerana kesilapan yang kita buat. Kenapa kita rasa nak bunuh diri kerana kesilapan yang kita buat.

Bukan kah kerana kesilapan itu kita berubah? Kita mampu menjadi manusia yang matang bila bertindak. Kita mampu mendapat pengajaran yang berguna. Kita mampu menjadi manusia yang tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi walhal mereka di luar masih jahil melakukan kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu. Tapi syukur. Kerana kesilapan itu, kita tidak melakukan kesilapan itu.

Sedar atau tidak?

Semua kerana kesilapan itu.

Jadi mengapa perlu sedih atau bengang dan paling penting perlu ke suicide bila dah buat kesalahan. Bila kita lakukan kesilapan, kita lebih cepat belajar. Kesalahan tu secara tak langsung dah bawa kita ke satu jalan yang lurus. Bayangkan kalau kau tak pernah buat silap, mana warna warni hidup kau? Bila masanya kau nak belajar. Semua kelihatan sempurna aja. Tapi kesempurnaan itu yang perlu kita kejar. Macam orang Hindu kejar Mokhsya, kita kena kejar kesempurnaan.

Jadi berbanggalah anda kerana berjaya buat kesilapan kerana ia merupakan pengajar yang baik untuk hari hari yang mendatang.



sekuacikata: Aku tujukan entri ini kepada Ah Ming yang mempunyai perasaan bersalah tahap gaban. Relax oi.
sekaripapkata: Aku tak kata kita kena suka buat silap. Tapi yang paling utama kita dapat belajar dari kesilapan kita.