1/04/09

Aku Dah Kata Rabu Tak Cool

Baiklah. Hari ini April Fool. Hari-yang-tah-hape-hape. Yang penuh dengan pembohongan palsu. Pembohongan terhadap umat Islam. Pembohongan terhadap masyarakat. Pembohongan sana sini. Apa kau nak dunia ini jadi medan pembohongan?

Apa-apapun, Selamat Hari Tua kepada Harshiny dan Xia Shi.

Hari ni pagi, datang aje sekolah, masuk kelas, aku nampak buku teks Bio aku dah atas meja. Ok aku bajet, ini mesti kerja budak petang. Aku check bawah meja buku nota Bio dan buku Guided Writing aku lenyap. Sialan. Nak hilangkan masa Bio jugak. Kenapa tak ambil aje textbook Bio sekali?

Kita teruskan cerita. Aku ke makmal Bio dengan lenggang-lenggang kangkung.

Habis kelas Bio, aku nak siapkan essay aku yang dah tertunggak seminggu tu. Teka apa. Buku essay sekali dah lenyap dalam beg aku. Kalau buku essay aje takpe, ni nak jugak ambil workbook Fizik, buku Maths dengan Literature book aku. Jadi aku dah mula rasa ni kerja budak pagi. Atau mungkin kerja kawan-kawan yang makan kawan. Atau mungkin si seteru yang mahu membalas dendam. Mati kau lah. Kenapa tak ambil beg2 aku je sekali? Buku aku cantik sangat ke untuk dicuri?

Jadi aku ingat pencuri tu akan bagi aku segala buku aku masa rehat sambil berkata,”April Bodoh!”

Sangkaan meleset.

Aku tunggu lagi. Jadi aku ingat dia akan bagi masa habis sekolah sambil berkata,”kaukenabeb!”.

Sangkaan lagi sekali meleset.

Jadi sekarang aku masih menunggu. Semoga pencuri tu akan bagi aku punya buku sambil berkata,”AHAHAHAH!”

Dan aku akan belasah dia cukup2 sambil berkata,”Kau ingat lawak sangat ke, badak?”




Sekuacikata: Serius aku mula benci nak lalui Rabu ini. Bagi lah aku punya buku balik wahai pencuri!!