30/01/11

Lake Yamanaka, Naisssss!




The thing is, selagi ada benda yang kau boleh compare kan, dan kau tak ambil positif, selagi tu weak akan terus jadi weaker dan akan terus jadi weakest. UNTUK SEMUA, SEGALA dan SEKALIAN SEGI.

Ada makcik selalu kata, 'Apasala hang dok ikut kapir tu, dorang kapir tahuuu. KAPIRR! KAPIRR bhaiii." Aku tak salahkan makcik tu sebab skop dia aku fikir sangat kecik, so aku diam. Diam bukan tanda setuju. Diam tanda separa atau kau boleh kata aku lah pengaman dunia tahap ruski. Aku tak cakap kita kena ikut kafir. Tapi kita pun tahu ada sesetengah benda kita boleh ikut walaupun daripada satu asas yang jahiliah, ada sesetengah benda kita tak perlu ikut walaupun daripada satu asas yang suci lagi murni. Aku cakap sesetengah kan?

Well, kalau negara kafir ni, yang minum sake ni, yang tak belajar akhlak islamiah ni, yang boleh buat free sex ni, boleh ikut sebijik macam apa yang Islam ajar. Then, kita patut tanya, selama ni kita belajar apa kat sekolah? Oh yeah, belajar-periksa-tamat.

Dan ini jawapan kepada, "Apasal Muslim tak macam Muslim, Kafir tak macam Kafir".

Ooops! Kapir bukan Kafir.

29/01/11

Lintasan Zebra

Untuk satu tahun terpadam. Aku capai suis, tekan dan menyala.

Kenapa on semula belog?

Em, aku pun terfikir perkara yang sama.

28/01/11

Monolog versi analog

“The person who loves more is in the disadvantaged one”

Untuk tiga tahun bercinta, hari ini anniversary kita. Sumpah, aku dah lama tak rasa apa aku rasa sekarang. Suka, ria, tawa, gembira dan senyum sendirian. Tapi apa yang kau tahu, itu semua dalam satu pakej fake kan?

Mungkin kau betul. Aku memang tak boleh!
Sejauh mana aku lari, sejauh mana kau lari, serpih(s) kau mesti terbawa sekali. Bad sign untuk manusia manusia macam ni, kan?


27/01/11

Hey, kau apa cer?

Tak ada apa yang perlu diceritakan untuk menjadikan cerita itu lebih menarik sekadar menuntut komplasensi sesetengah daripada kawan kawan. Kalau cerita bosan, tetap bosan juga. Apa yang penting ialah satu mitos yang mampu direka atau diubah suai agar menjadikan cerita bosan jadi sikit kelakar di hujung cerita. Sekadar mencapai satu tahap mokhsya.

Mungkin semua benda adalah sangat bosan jika dilakar secara asal tanpa penambahan apa apa.

Oh tadi, aku ke lomo store. Boleh kata map tu tak membantu dengan tiga kedai sebagai pengukur akal. Kan lebih baik jika ada penambahan dari segi tekstur atau seberapa konten yang mudah ditangkap sekali lalu. Sampai disana untuk pertama kalinya aku ditarik oleh Diana F+. Itupun selepas penambahan Splitzer.

19/01/11

Kalau nak pergi, bawak sekali dengan serpihan hati sendiri.

Untuk tahu yang aku dah lupakan sesuatu yang aku gilakan dulu, macam budak gilakan main batu seremban ah, serius benda tu boleh buat gelak. Tapi untuk tahu yang aku dah face to face dengan sesuatu yang aku semakin lupakan, benda ni langsung tak boleh buat aku gelak tahap nanny.

terkejut, terpahat lagi terpaku sebentar.

Melupakan benda yang kau gilakan bukan benda senang. Lastly, benda tu yang datang sorang sorang. Nah sekarang pula aku dapat sesuatu yang aku nak atau sedang lupakan. Apa aku fikir mungkin berbeza dengan apa yang jadi secara realiti. Mungkin kalau aku dapat, aku dapat sekali dengan makhluk hidup. Tapi, cerita dia berakhir dengan aku hanya own objek mati semata mata.

Apaapapun, Aku baru beli Blackbird, Fly sebenarnya. It's been a while aku tak cakap pasal Blackbird, Fly memandangkan Tuan Blackbird, Fly bukan lagi satu makhluk yang aku boleh bawak gelak, diskusi, waiem atau sewaktu dengannya. Lebih kepada satu makhluk yang aku mahu capai, tapi tak ada medium contohnya tali atau galah. Kesian,

Bila boleh lupakan secara total kalau dah lagu ni?

"Tuan, tolong ambil balik serpih serpih ni. Bawak balik KT nooo!"

14/01/11

azyan is watching Jdrama

"A person with no will to fight will never be happy."


Mei-chan no Shitsuji

1/01/11

Bukan entri sempena niuyer pun



Aku cuma harap tahun ni aku dapat jumpe dengan Nakatsu Shuichin wannabe. Terima kasih.

Oh ya, tadi aku bajet nak celebrate new year memalam buta yang mana kau tak akan tengok aku ada semangat macam ni pun kat Malaysia. Tapi sape tahu yang new year kat Japan sangat berlainan dengan apa yang aku expect. Macam takde perkiraan, kebabom, memekak.

Aku cuma tahu yang mereka akan pergi gunung Fuji, dan tengok matahari terbit. Merujuk balik kepada Malaysia, benda ni buat aku terfikir, negara yang majoriti bukan Islam pun tak sehedonisme Malaysia kan? COOL boleh buat Malaysia's book of record.