27/01/11

Hey, kau apa cer?

Tak ada apa yang perlu diceritakan untuk menjadikan cerita itu lebih menarik sekadar menuntut komplasensi sesetengah daripada kawan kawan. Kalau cerita bosan, tetap bosan juga. Apa yang penting ialah satu mitos yang mampu direka atau diubah suai agar menjadikan cerita bosan jadi sikit kelakar di hujung cerita. Sekadar mencapai satu tahap mokhsya.

Mungkin semua benda adalah sangat bosan jika dilakar secara asal tanpa penambahan apa apa.

Oh tadi, aku ke lomo store. Boleh kata map tu tak membantu dengan tiga kedai sebagai pengukur akal. Kan lebih baik jika ada penambahan dari segi tekstur atau seberapa konten yang mudah ditangkap sekali lalu. Sampai disana untuk pertama kalinya aku ditarik oleh Diana F+. Itupun selepas penambahan Splitzer.