19/01/11

Kalau nak pergi, bawak sekali dengan serpihan hati sendiri.

Untuk tahu yang aku dah lupakan sesuatu yang aku gilakan dulu, macam budak gilakan main batu seremban ah, serius benda tu boleh buat gelak. Tapi untuk tahu yang aku dah face to face dengan sesuatu yang aku semakin lupakan, benda ni langsung tak boleh buat aku gelak tahap nanny.

terkejut, terpahat lagi terpaku sebentar.

Melupakan benda yang kau gilakan bukan benda senang. Lastly, benda tu yang datang sorang sorang. Nah sekarang pula aku dapat sesuatu yang aku nak atau sedang lupakan. Apa aku fikir mungkin berbeza dengan apa yang jadi secara realiti. Mungkin kalau aku dapat, aku dapat sekali dengan makhluk hidup. Tapi, cerita dia berakhir dengan aku hanya own objek mati semata mata.

Apaapapun, Aku baru beli Blackbird, Fly sebenarnya. It's been a while aku tak cakap pasal Blackbird, Fly memandangkan Tuan Blackbird, Fly bukan lagi satu makhluk yang aku boleh bawak gelak, diskusi, waiem atau sewaktu dengannya. Lebih kepada satu makhluk yang aku mahu capai, tapi tak ada medium contohnya tali atau galah. Kesian,

Bila boleh lupakan secara total kalau dah lagu ni?

"Tuan, tolong ambil balik serpih serpih ni. Bawak balik KT nooo!"