26/02/09

Aku Tak Rasa Satu Kesalahan Kalau. . .

Kita makan dalam kelas. Aku tak faham kenapa perlu ada undang-undang makan dalam kelas adalah haram. Apa kawalan disiplin kita ni hiperbola sangat ke sampai makan pun perlu masuk dalam kategori kasalahan.

Kantoi makan dalam kelas pun nak masuk youtube. Lagilah tehape-hape. Tak menarik langsung kalau satu kesalahan nak ditayangkan untuk tujuan konon-lawak, konon-gila-salah.

Hey kamonlah. Aku tak lihat kalau kau makan dalam kelas, imej sekolah terjejas pun. Eh entah-entah dapat jadi sekolah terbaik pasal jaga kesihatan pelajarnya daripada sakit perut. :)

Aku teringat masa aku darjah satu, nak minum air pun kena minta izin cikgu. Kadang-kadang tu nak minum air kena minum dekat luar. Seolah-olah kelas adalah tempat untuk duduk-dan-belajar sahaja. Nak minum semua sila tunggu loceng menjerit.

Sila bayangkan kalau semua budak ikut peraturan bangang ni. Kalau mereka tak sarapan pagi ke pasal ada satu lagi peraturan di sekolah murid tak boleh lambat, mungkin mereka akan mati kelaparan di sekolah. (mati terlalu dasyat! Pengsan lah. huhu)
Cuba bayangkan ini pula, kau disabit kesalahan disiplin kerana kau makan dalam kelas. Then cikgu kau panggil parent kau untuk keterangan lanjut. Oke betul-betul kes serius. Ahaha

Cakap pasal makan dalam kelas, aku tak faham apasal mesti wujud golongan yang suka pelik-pelik melihat orang makan dalam kelas. Batak gila ke tak pernah tengok orang makan dalam kelas. “aa yok! Aku kasi tahu cikgu.” Modal dia mahu kasi tahu cikgu jelah. Nak bagi orang-orang yang makan ni takut, cuak le. Eh Eh basi ah taktik tu!

Aku cuma rasa kalau perut kita sakit atau apa je sakit yang bakal kita kena kalau tak makan, adakah cikgu akan bagi cuti sakit sehari? Tak kan! Entah lah tak dapat cuti sakit,lepastu terpaksa berulang alik ke jamban. Yang susah dah-dah tentu kita juga kan!

Aku teringin nak makan tanpa sembunyi-sembunyi lagi. Menteri Pendidikan, tolonglah gubal undang-undang tehape-hape ini. :))

25/02/09

Tambah Satu Digit Lagi



Masa entri ni ditulis, dah dua hari tarikh penambahan digit aku berlalu. Tetapi tak kisah lah pasal aku still rasa suasana aku lahir masih segar. Rasa macam baru kena sambut oleh doktor kacak kat hospital uh! Ahaha.

Oh ya aku nak ucapkan jutaan terimakasih daunkeladi kepada yang wish aku. Dan tak lupa yang sudi kasi aku hadiah. Betul-betul terharu ni! :)
Kalau nak senaraikan seorang2 yang wish aku, memang tak menang tangan lah aku. Halaman entri ini pun akan jadi panjang dengan senarai nama.

Ah yang penting aku ingat kamu orang yang wish aku kan?

Sebelum hari jadi aku tiba, mak aku ada tanya aku apa aku nak masa hari jadi aku nanti. Tapi masa tu otak aku macam dah ketandusan idea gila. Aku cuma cakap aku tak tahu nak apa. Lagipun kau tak malu ke pilih2 hadiah untuk hari jadi?

Tapi bila fikir-fikir balik, aku betul2 harap dapat hadiah seperti ini masa harijadi aku. Kebahagiaan. Mungkin pasal hari itu aku tak henti2 rasa aku ni budak kurang kasih sayang lah, apalah semua. Hey bukan betul-betul pun. kadang-kadang kan otak kita ni suka memanipulasikan keadaan. Walhal kalau fikir balik, aku manusia cukup kasih sayang kot?

Apa kata hadiah hari jadi aku lepas ni ialah sekotak rasa kebahagiaan, sebentuk rasa kasih, se”teddy-bear” kepandaian, se”kek” pemikiran yang mantap, sebuah kenanagan yang terindah, mungkin aku antara orang yang paling paling paling gembira dalam dunia ini.


Ada siapa-siapa mahu bagi aku? :))


vid bengong masa parti gula. Ahaha.

Forum.

Oh ya sebenarnya hari ini ada comp forum. Kali kedua aku menyertainya. Jadi lebih matang cara penyampaian aku. agaknya lah! Ahaha. Suka hati aku sahaja. Sekurang-kurangnya aku berjaya kalis pentas-takut kali ini. Hoho.

Kali pertama masa tingkatan dua. Jadi juara oh! Tapi kali ini, aku tak jamin apa pun pasal banyak kekurangan dan persaingan habis sengit lah tadi.

Ahli-ahli Forum,
Azren
Azyan
Hidayu
Fairuz


Aku gila rakus nak menang lagi! :))

23/02/09

Hoi Ya Hoi, Rindu!

Aku tertarik nak ulang kata balik apa yang Aimy kata semalam, “kita lebih suka lepak denagn kawan-kawan dari famili.” Entah kenapa kalau difikirkan balik aku rasa memang betul pun apa dia kata. Walaupun famili kita dah kenal kita dari kita kecik lagi, dan kawan kita baru kenal kita setahun jagung je, kita masih rasa kita lagi ngam dengan kawan kita. Oke itu pendapat sahaja kerana aku rasa begitu. Tak kisah lah apa pun, famili masih pertama kan?

Sambung kisah semalam, aku tak sempat nak hapdet apa2 pun pasal semalam punya letih memang di tahap kritikal. Balik2 rumah je, mandi, solat, tidur. Tidur pulak time hujan, tahu jelah betapa nikmatnya masa tu. Macam kau dilarang tidur setahun, then tiba2 kau dibenarkan tidur. Gila nikmat kan?

Sukan

Untuk kali ketujuh sekolah aku menyambut hari sukan, aku berjaya jadi Quarter Master. Lebih kurang macam AJK sukan. Aku jadi penjaga masa. Tapi macam kelam kabut je pasal ni first time jadi penjaga masa. Last2 dah puas dengar bebelan cikgu pasal kerja aku tak bagus, aku turun pangkat jadi tukang angkat bendera merah-putih. Takpe cikgu tu sayang aku, suruh aku buat kerja senang2 je. Ayat penyedap hati. Ahaha

Kalau ikut aku, aku nak tembak je semua situasi semalam, tapi pasal aku kena buat kerja aku, so masa tarik tali sahaja aku dapat lah tembak gambar sikit2. tu pun tak tentu niat nak ambil gambar orang sedang tarik tali atau gambar “wey”. Ahaha.

ha lepastu tiba lah sesi menembak gambar tanpa tujuan. Oh masa ni Aimy, Sara dengan Aina dah pun tiba di sekolah. Aku rindu gila kat dorang. Hari ni lah baru dapat jumpa semula. Cakap pasal gambar, makcik2 ni dah tembak gambar “wey” gila banyak untuk tatapan aku. chey tatapan aku lah sangat! Ahaha. Aku sampai dah malu bila “wey” tu dah mula perasan macik2 ni tangkap gambar dia using my camera! Korang bercita2 nak jadi mamarazi dekat majalah “mango” ke ape? Ahaha.

Muka tehape-hape. Mari teka siapa lelaki berbaju hitam! Haha

Muka-muka orang kuat. Go-Go JINGGA-LA!

Muka-muka suka kamera. Aimy+Aina+Aisyah M =Triple A!

Hoyeh-Hoyeh JINGGA-LA menang oh!

GulaGuli

Sebenarnya ada masalah sikit masa partiliar ni nak mula. First, gula2 dalam bilik guru yang terkunci. Aku terpaksa ulang alik padang, jumpa cikgu2 yang tak membantu untuk dapatkan kunci tu. balik2 dorang suruh tunggu sukan habis. Tanya lagi sorang guru, dia suruh ambil selasa ni. Gila apa! Nasib baik, lepas habis sukan, Puan Tee masuk bilik guru. Bila aku nak masuk dia tanya aku macam aku ni perompak je.

“kenapa nak masuk?”
“saya nak ambil barang dekat meja Puan Fatimah.”
“Puan Fatimah bagi ke?”
“erk? Bagi dia bagi.”
“betul ke?”
“betul-betul-betul.”
“betul ke awak ni?”
“erk?”
Masa ni aku betul2 rasa nak tarik rambut cikgu ni. tapi nasib baik berjaya dikawal. Ahaha.
*pintu bilik guru terbuka, masuk-lari-keluar*
“terimakasih cikgu.”

Tu baru pertama. Lepastu masalah cuaca nak hujan. Seperti yang diramal apabila melihat langit gelap, hujan pun turun gila lebat. Takpe ni namanya hujan rahmat. So segala persiapan semua dibuat dalam balai ilmu. Alhamdulillah berjalan lancar juga akhirnya. Oh ya parti ni untuk Aina yang nak berhijrah ke TIKL esok dan umur aku yang dah bertambah satu digit esok hari.


Manusia di belakang tabir.

Kapkek : Rasa lebih penting dari rupa.

Hoyeh terimakasih daunkeladi semua!

Bangku tulis: Gud Luc Ania(ejaan rosak semua disini Ahaha)

Kata akhir, aku suka parti tak berapa liar ni. eheh liar ke apa! Jinak je. Ahaha :)

SatuKeluarga

Habis dari dua acara tu, bergerak ke rumah Sara. Masa tu aku dah mula ngantuk dan penat gila, pastu hujan lak tu ditrambah aku hanya bersarapan gula2 je dari pagi tadi. lagi lah aku tak berselera nak jalan ke apa, so nak tak nak memang kawan-kawan aku kena jadi pendengar setia rungutan aku. Last2 mungkin Fairuz gila bengang aku non-stop mebebel, dia belikan aku aiskem, weh amazingly bebel aku hilang, penat aku pun 20% dah pulih. Terus bersemangat gila aku jalan ke rumah Sara. Bila fikir balik, ubat kepada bebelan aku mungkin ialah makanan. Taktik saje je tu nak suruh Fairuz belanja aku aiskem! Ahaha

Disebabkan kitorang(aku, Fairuz, Aimy, Sara) semua lapar gila, tak makan lagi, ditambah rumah Sara tiada orang. Jadi semua misi menyelongkar makanan yang ada. Tapi agak kecewa jugalah, semua makanan perlu dimasak untuk dimakan. Pasal semua kureng sikit pasal masak, masakan semua kes cincai2 je. Kitorang siap gaduh lagi kes berebut dapur. Semua dah gila nak masak. Ahaha.

Kau tahu bila kita jarang buat something, then one day kita dapat buat, terasa bersemangat gila nak buat kan.

Dah habis gaduh2 kat dapur, at last kitorang decide masak sardine, telur dadar dan ikan bilis nasi lemak. For beginner like us, aku rasa hasil dia takdelah teruk sangat. Masa Fatirah datang rumah Sara, then dia kasi pujian melimpah-limpah ow! Huhuhu aku dah mula rasa lubang hidung semakin mengembang. Ahaha. Sara kata aku dah pass dah ujian memasak, dah boleh jadi isteri orang. Ahaha.

Masa makan, aku rasa indah gila. Tak tahu kenapa terlalu seronok. Masak sama2, makan sama2. Macam satu famili oh. Aku dah terbayang2 masa kitorang besar nanti. Everyday is our day. Full of happiness gila. Haih kenapalah kegembiraan ini mesti sekejap. Tapi kan, aku rasa kegembiraan yang sekejap nyata lebih indah dari kegembiraan yang lama.

Apa korang rasa?


Bila boleh makan macam ni lagi? :)

Jemput makan lepastu dikehendaki kata "sedap". Ahaha

Selagi boleh gelak, gelak lah puas2. :)





bintangkecik: aku tak sempat nak post entri hari jadi aku! Huarghhh! Selamat Bertambah Digit untuk aku, dua tiga kosong dua!

21/02/09

Untuk Hari Esok

Esok bukan hari jadi aku, tapi kalau aku nak sambut esok takpe kan? Hoho

Ini plan esok punya parti liar. Tema gula-gula. Aku kan pengganti orang kaya gula tu. Ahaha.


Yang bulat2 tu semua gula yang diperlukan. Lebih kurang 97 gula kena ada. Tapi mungkin aku akan kurangkan mana yang boleh. Tak elok makan gula banyak2 nanti kena urea manis. :)


Ini proses “rumput” bersama adik aku. Actually aku pun tak tahu apabenda bentuk ni. dia macam segitiga berdiri lah.


Aku nak letak gambar aku, tapi adik aku tidak tahu menembak gambar ikut citarasa aku, so gambar dia pun jadilah untuk tatapan semua. haih!


Masa mula2 plan ni dibuat, ada sebijik kek, tapi pasal aku malas gila nak bawak kek pegi sekolah, ditambah takut kawan2 aku makin gemok(Ahaha), so aku pun pilih lah something yang simple tapi boleh ingat selalu. Haih tak guna buat grand2 pun kalau benda tu tak menjadi kenangan terindah kan kan?

Pemilihan gula-gula semua berdasarkan halal dan berharga sekupang sebijik. Ahaha. Aku tak boleh ngam lah dengan gula-gula satu sengget, aku pun tak tahu kenapa! :o



bintangkecil: esok bithday ayah Fairuz! selamat hari jadi pakcik dan semua yang tarikh lahir esok!

20/02/09

Hari Semalam

Aku lupa nak hapdet pasal pertandingan sajak semalam. Ini antara mereka2 yang terlibat dalam pertandingan sajak. Aku cuma record yang sama batch dengan aku saja. Aku record pakai fon. Biasak ah kalau tak clear ke apa.

Kau tahu azri gila-gila tu masuk sajak. Nak terbahak aku. Ditambah dengan hafiz, budak baru yang baca sajak tak macam baca sajak. Pasal tu video ni kalau korang tengok macam ada sikit shaking, aku gelak, fon aku turut m’gelak. Haha.


p/s, senget kepala sebentar untuk menonton.

Ini hafiz budak baru tu punya vid. Aku tak tahu apa yang disajakkan dia. Serupa macam tak sajak je. hoho suke hati aku je kritik2.

Ini farah, si comel. Betul dia comel! aku tak tipu. :D

Ini Azri gila-gila tu punya style baca sajak. Masa ni jelah aku boleh lihat dia serius. Ahaha :DD

Tamat dan terimakasih.

bukan benci, tidak suka

Aku ada masalah berhadapan dengan orang yang suka aku. untuk sesetengah orang lah. Tak semua.

Kalau sekarang aku kawan dia, then one day dia kata dia suka aku. Mungkin aku tak akan kawan dia dah. Ini apa yang berlaku dari darjah tiga sampai lah ke hari ini.

Aku tak suka berhadapan dengan orang yang suka aku. Aku janggal.

Tapi itu masalah lain. Masalah sekarang apabila orang yang suka kau tu ialah orang yang kau tak suka. Tak suka langsung! Aku berhadapan dengan situasi ini sekarang. Dan aku benci gila.

Bayangkan setiap hari kau seperti diperhatikan, setiap hari mendapat sms bodoh-gila-badak, setiap hari dipandang dengan pandangan menggelikan, dan dia bajet seperti dia tahu semua pasal kau. Apa yang aku tahu, orang macam ni sangat annoying!

Dia seperti mengharap sesuatu yang gila babeng tak akan terjadi. Macam kau cakap kau nak jadi digimon, kau rasa benda tu akan terjadi ke? Mungkin akan terjadi tapi dalam mimpi jelah kot. Rasanya mimpi kau pun taknak jadikan kau digimon. Elok2 jadi manusia nak jadi digimon.

Seriusli aku tak suka orang suka aku dari luaran dan bajet dia tahu pasal aku. padahal dia sebenarnya tidak tahu apa2, ZERO. Apa dia tahu hanya buat aku lagi benci, lagi meluat dengan dia. itu yang sebnarnya dia tahu.

Mungkin aku akan berkawan lagi dengan dia kalau dia tidak berperangai seperti di atas.

Kawan aku kata kalau kita benci orang, nanti bila besar kita akan kawin dengan dia. cikgu aku pun kawin dengan orang dia benci dahulu. Jadi aku terfikir aku. Adakah?? Oh tidak! :((
Nasib aku tidak suka je. huhu



Bintangkecil: Apa yang sebenarnya kita perlu lakukan apabila kita tersuka orang ialah diam. Diam dan jangan beri apa2 tanda kalau kita suka dia. Itu cara terbaik.

17/02/09

Pengajaran Sempurna

Kita tak akan sedar betapa pentingnya sesuatu UNLESS! Unless kau sudah kehilangan sesuatu.

Kisah dimulakan apabila hari ini, hari ini bermulalah tugas aku sebagai quarter master. QM ni lebih kurang macam AJK sukan. Disebabkan aku bukanlah aktif di sekolah, so aku perlukan mata untuk SPM tahun hadapan.

Well, as you know, nak masuk U sekarang bukan senang kacang bergolek dan kalaupun kau cemerlang 10A1, cemerlang, gemilang dan terbilang, it still zero and nothing kalau kau takde kurikulum. Kurikulum atau kokurikulum ha?

Berbalik kepada cerita asal, tadi masa duduk2 di padang, sementara menunggu manusia2 bersedia untuk sukan, mungkin masa tulah phone aku tercicir. Aku tak perasan lagi time tu. Sampai lah aku nak suruh fai snap gambar aku, barulah terasa gelabah bila tiada phone dalam poket aku, dalam beg pun tadak! Aku lari pegi laluan2 yang aku pergi masa aku mula2 datang sekolah. Macam gostan oh dari padang-ke jamban-ke laluan pelajar-ke pondok penjaga-keputusannya tak seperti aku harapkan. Nak jadi cerita tadi hujan, seolah2 hujan memahami apa aku rasa. Weh aku rasa nak nangis sahaja! Tapi cover sahaja, bila kawan aku tanya, aku lagi cover konon tak ada apa2. Baru lah aku mula terfikir benda yang selalu aku campak2 merata2 itu terlalu penting untuk aku.

Tapi Alhamdulillah musibah ini bukan berpanjangan. Rupanya Aisyah M yang ambil phone aku. dia kata aku careless, lepastu dia nampak then dia ambil. Tapi dia tak mahu bagi aku lagi pasal dia nak bagi pengajaran. Supaya aku tak careless lagi. Dan semua orang sebenarnya dah tahu perkara ini. Siot korang! Weh Aisyah M thanks gile! :DD


Hargai apa yang kamu ada sekarang :D


p/s, aku dah kehilangan thumbdrive-gambar aku. bapak aku cakap "ala nanti kau dapat yang baru apa, apa yang kau nak nangis". thumbdrive memang ah boleh beli, tapi kau rasa ada jual ke kenangan dalam dunia ni?
bila agaknya dukacita ini akan berubah menjadi sukacita? :((

16/02/09

kenapa dipersoalkan?

Seperti biasa hari hapdet blog aku bukan pada hari2 minggu. Jadi ini hari pertama minggu ketiga bulan Februari aku mula menulis. Selamat membaca!

Aku terpanggil nak menulis tentang perkara ini bila ustaz aku memberikan persoalan bagaimana orang yang seksi, pakai baju menampakkan seketul seketul tubuh mereka dan sewaktu dengannya, boleh dapat A untuk matapelajaran agama Islam.?

Sekejap! Ini bukan nak memepertikaikan yang orang seksi, tak alim semua tidak boleh dapat A untuk subjek tersebut, cuma sedikit kehairanan. Kau tak hairan ke?
Tidak mengapa teruskan membaca.

Beginilah, bukankah seorang yang dapat “cemerlang” untuk subjek agama, kita akan terfikir orang itu mestilah seorang yang bertudung sekurang-kurangnya walaupun tak labuh, menjaga adab dan tata susilanya serta menjaga auratnya. Solat fardu mesti cukup. Ini apa yang kita anggapkan. Tapi bagaimana pula kalau yang dapat A untuk subjek itu, seorang yang pergi clubbing, hisap rokok, pakai baju menampakkan landasan warna warni dan lorong atau apa sahaja istilah yang biasa kamu berikan, sembahyangnya jangan dihitung, jarang sekali dia sujud di atas tikar sejadah. Pasti ramai yang mempersoalkannya kan.

“hey, Limah anak Joned itu dapat A agama.”
“anak Joned yang menenggek belakang pakwenye kehulu kehilir itu kah? yang pakai baju size anak bongsu aku tu ke? Ah kau tipu lah.”
“betul Limah, aku pun tak percaya pada mulanya. Anak aku Karim yang hari2 pergi masjid itu pun dapat B. Heran aku!”

Orang akan mempersoalkan apabila personaliti mereka ini tidak seperti yang orang jangkakan. Kau bayangkan jelah, dapat A untuk agama, tapi sayang cara kehidupan langsung tak macam Islam. Jadi kita tertanya2 apa agaknya dia belajar dalam Islam itu? adakah semata-mata hendak mendapatkan A dan langsung tak mendalami dan menghayati apa yang diajarkan?

Rata-rata pelajar pada masa kini hanya belajar untuk mendapat A, untuk mendapat habuan daripada ibubapa mereka, bersaing dengan rakan, untuk diterima di U. Otak mereka sudah di programkan untuk tujuan itu. Percayalah, hanya setengah daripada mereka sahaja yang belajar serta mendalami apa yang mereka belajar dan mengamalkannya. Cuba kau tanyakan kepada mereka matapelajaran yang lepas? Apa kepentingan Pulau Pinang kepada SHTI? Apakah perubahan yang berlaku kepada kain kapas jika dibakar? Mungkin setengah daripada mereka sahaja yang boleh menjawab. Ini bukan soal kuasa ingatan aku lagi jauh berganda dari kau atau otak aku ada thousand of GB, hey ini soal kau mendalami sesuatu subjek atau tidak. Subjek Sejarah pun kena mendalami baru kau faham situasi yang berlaku kan?

Jadi aku selalu berharap orang yang seksi apabila belajar agama, akan bertukar menjadi perempuan yang tak seksi. Perempuan yang tidak bertudung akan bertudung kerana dia tahu rambut itu haram ditayang2kan. Orang yang pergi clubbing, tidak akan ke clubbing lagi kerana mereka tahu tempat itu ialah tempat yang boleh merosakkan mereka. Orang yang dahulunya meninggalkan solat, akan solat secara penuh keraan ia tahu solat merupakan satu kewajipan. Orang yang minum arak, tidak lagi minum dan memabukkan dirinya lagi. Jadi apa guna mereka belajar agama kalau tiada transformasi ke arah kebaikan dalam hidup mereka atau kau masih hanya mahukan abjad A di kertas ujian? Aku pun boleh kasi kau abjad A kalau kau nak. Kau nak tak?



Sesungguhnya Islam itu indah dan mendalaminya ternyata satu kenikmatan yang tidak dapat dibeli.



bintangkecil: aku dalam proses nak belajar secara menghayati dan mendalami setiap perincian matapelajaran. Transformasi secara perlahan-lahan. Sokonglah aku dari belakang. :DD

12/02/09

Tarikh berdosa, hindar sebelum terlambat

Sabtu ni, tarikh sampah yang orang Melayu khususnya suka nantikan. Hari Rayakah? Hari Raya pun dorang takkan 'terlalu' nak sambut. Apa hebat sangat tarikh tu. Masa tarikh tu lah, nak buat makan-makan di tempat jimat letrik segala. Tarikh tu jugalah akan buat kadai2 seperti memory lane, kadai bunga Ah Meng kayo. Masa tu jugalah mungkin pihak2 TGV, GSC turut kayo. tempat tak cukup cahaya memang menjadi santapan manusia! Oh tidak lupa juga ramainya manusia di waktu gelap di tengah2 padang berpasir yang hadapannya terbentang luas lautan bersaksikan bulan dan bintang. Konon romantik! Romantik atau nafsu? Ahaha

Kau boleh rujuk encik Frankie jika kau belum tahu kenapa tarikh ini sangat sampah. Aku malas ulang benda sama.


Aku baru tahu pagi tadi Sabtu ni sekolah aku paksa aku sekolah. Aku baru bercadang nak sambut vavilentine dengan jamban umah aku. Ah takpe ini mungkin peluang untuk melihat manusia di sekolah aku celebrate tarikh sampah ni.





p/s, sila nyatakan ke-best-an valentine. Aku rasa ia satu tarikh sampah. Aku nasihatkan pihak JAKIM boleh bersiap sedia di pantai2, tasik2 berdekatan, banyak manusia boleh ditangkap masa itu. Hoyeh habislah kamu!


14FEBRUARIsampah

aku tak cerita lagi kan?


Mukamuka pergi MRSM.





aku sebenarnya kekurangan gambar sebab ada di antara mereka2 yang pergi tu camera-shy. so, paksa macam mana pun, takde guna je.

dari kiri, nadir, hadri, ramadhan.


11/02/09

semalam punya kisah

Semalam hari selasa. Well, budak2 kelas aku semua dah keluar tinggalkan sekolah. Lenggang tambah bosan tambah aman damai kelas aku. Yang tak pergi SBP shoban sahaja. Cuma alasan sekolah yang dia dapat ialah sekolah satu jantina sahaja. Tolak tuah betul mamat ni. If I were shoban, dah lama aku pergi. Sebelum tarikh register lagi. Gatal Gatal gahaha!

7:05 am, Masuk kelas, dah dapat surat dari pak Hafiz. Dari semalam aku tunggu surat ni. aku tahu siapa pengirimnya, Hadri(dia dah pergi MRSM alor gajah, Melaka). Surat kedua aku terima selepas Ramadhan tapi surat dari Ramadhan aku dah terhilangkan pulak. Hadoi. Oh ya Hadri tak cakap apa yang begitu penting pun. Cuma penantian aku selama beberapa hari ini kira berbaloi lah juga. Kau jawab juga aku punya soalan dalam buku “anatomi smktd” kan? Trimas jadi the first person wish aku punya hari tua. Aku sendiri lupa hari umur aku berganda semakin dekat. Bab duit tu aku rasa macam nafkah je kau kasi. Apahal ye Hadri? :))
** dia kasi duit suruh aku beli something for my birthday. Aku lagi rela masuk tabung ikan dari spend apatah. Karut je aku beli nanti. :p

10:20am, tidur sekejap di library. Aku gila ngantuk! Aku nampak encik wey. Tapi cam sengal je dia gi blah lepas nampak aku. apakah? Bukan aku nak tengok dia pon! (fairuz kata ini statement perasan sahaja! HAHA)

10:50am, Masa biologi tadi, fulaweh best gila. Hadri, experiment amoeba kita tak jadi. Aku rasa dah mati kot binatang tu. Takziah buat pak amoeba. Aku baru nak tengok kau buat aksi binary fission, bergerak2 guna false leg kau. Haih meninggal juga akhirnya kau, amoeba. Oh aku ada sediakan gambar semasa sesi perkenalan dengan pak skeleton. Gila best intebiu dia!


Saintis termasyhur Ahaha "amoeba mana kau?"

say hye to pak skeleton. "pak skeleton dah makan?" :DD

hidayu pon nak tumpang famous jugak. :DD


2:10pm, Hadri miscalled. Then kitorang berpesanan ringkas, dia tanya sekolah apalah semua. Aku pulak dah gila ngantuk tak cukup tidur. Semalam ada ceramah dari Firdaus, habis pukul tiga. Memang lah aku tak cukup tidur. Oke sambung cerita tadi, Hadri ada outing sampai pukul enam. Jadi dia balik rumah pakcik dia sekejap. msg punya msg, tup2 aku dah di alam mimpi. Dah syok2 dalam alam mimpi, tak bangun2 pulak. Dah bangun, tengok2 ada 3 sms dari dia. Apatah dia tulis aku masih mamai lagi.

7pm, online dan offline.

11pm, kembali ke alam mimpi semula.


Aku rasa entri ni penuh nama Hadri. tukar tukar.. nanti orang fikir lain pulak. :DD


p/s, hee seriusli aku, AzyanSyahirah bosan gila sekolah tanpa dorang. Perasaan sementara je ni, InsyaAllah.

8/02/09

ha yelah hari ini

Petang tadi, apatah ke bangang bagaimana aku boleh teringin sangat nak buka enternet dekat phone aku. Selama ni aku bukak juga kadang2 lah, sebab nak tengok kesahihan kata2 fairuz yang bukak internet kat phone murah. Padahal kan, masa aku bukak petang nak maghrib tadi, aku baru habis online dekat pc tadi. Ni kes tak boleh kawal nafsu lah ni. Haih!

Semalam aku bukak dia tolak 2 sen je.

Minggu lepas aku bukak tolak 5 kot.

Tadi bukak, seploh hengget tinggal singgit je duit aku.

Cilakak punya hotlink!

Bila fikir balik, takde lah best mana bukak internet kat phone, makan banyak duit pulak tu. Lembap satu hal. Haih! EE fairuz kau punya fakta salahlah. murah apabenda mahal gila je.

Haish beli burger king pun dah tentu2 kenyang. Kalau pegi pasar malam ke, dah tentu2 aku dapat beli apam balik sekeping, nasi ayam sebungkus, air tebu secawan kertas. Pergi kantin sekolah aku dah tentu2 aku dapat beli coklat belang sebalang.

EE nasi dah jadi bubur betul. :((

7/02/09

situasi semalam


"berita harian, pinjam gambar sat na."




krisis politik di Perak. Apa yang aku dapat lihat, dan semua orang juga boleh lihat ialah Melayu sudah pandai melawan Sultan.

Bangsa Melayu dahulu sangat taat kepada Sultan. Kalau korang masih ingat dahulu, Hang Tuah dan ramai lagi tokoh dahulu sangat taat kepada Sultan sebagai contoh Hang Tuah rela rakan bunuh rakan baiknya demi Sultan. Ada satu tokoh tu aku betul2 lupa apa namanya tapi dia sanggup tak berdendam apa2 apabila anak Sultan bunuh anaknya. Kerana satu sebab, mereka taat kepada Sultan.

Jadi apa yang kita boleh lihat sekarang ialah ketaatan rakyat kepada sultan semakin luntur. Aku tak tahu apa sebabnya. Dan yang paling memalukan ialah hampir semua yang berdemonstasi semalam merupakan orang MELAYU. Melayu itu sendiri tiada rasa hormat. Tiada adab kah mereka melawan Sultan?

Aku sedih melihat yang berdemonstrasi semalam kelihatan hampir semuanya memakai jubah, berbaju putih, berkopiah di kepala dan ada yang bertudung labuh. Dan mereka semua itu baru sahaja selesai menunaikan solat jumaat! Apa yang mereka ingin tunjukkan sebenarnya? Menukar persepsi orang mengenai orang baju jubah pakai songkok dan bertudung labuh juga boleh berdemonstrasi?

Mereka hanya mencemarkan imej mereka sebagai satu parti yang orang anggap sebagai parti yang warak, alim dan sebagainya. Sampai ada yang baring semua lah. Aku rasa pasti mereka tahu yang segala yang berlaku ini adalah di bawah kekuasaan Allah S.W.T dan manusia hanya merancang sahaja. Jadi mengapa perlu terlalu melatah? Macam mereka tidak tahu yang Sultan punya kuasa melantik Menteri Besar. Tidak belajar sejarah kah masa sekolah menengah?

Mungkin mereka terlalu teruja pada satu saat apabila ketua mereka dilantik menjadi MB dan siapa tahu keterujaan mereka malangnya hanya bersifat sementara sahaja. Seterusnya berlakulah ketidakpuashatian dan sebagainya yang akhirnya telah mencetuskan demonstrasi jalanan. Dan sikap terlalu beremosi itu secara halusnya telah merosakkan imej mereka sendiri. Apa persepsi masyarakat selepas ini mengenai PAS? Parti yang tiada nilai hormat kepada Sultan.

Bagi aku, bukankah perkara seperti ini boleh dirunding secara elok dan baik. Dan sedarkah kamu yang sebenarnya Melayu hanya melawan bangsanya sendiri. Lain ceritanya kalau yang dipilih oleh Sultan merupakan bangsa cina, jadi kamu boleh menentang. Tapi ini Melayu. Dan mereka sebenarnya tidak belajar dari sejarah2 yang lepas. Yang dahulunya kalau kamu masih ingat lagi, di buku sejarah tingkatan 2 tak silap aku, banyak menceritakan tentang perbalahan antara pembesar2 yang di mana mereka itu merupakan bangsa yang sama, Melayu. Jadi apa kamu dapat lihat seterusnya ialah ada pihak yang akan mengambil kesempatan di atas perbalahan tersebut.

Dahulu di masa sebelum merdeka, pihak Inggeris yang mengambil kesempatan. Aku tak terkejut langsung kalau selepas ini ada “pihak” bukan Inggeris yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi semalam. Akan ada duri dalam daging, dan akan ada juga musuh dalam selimut. Kita patut sedar.

Kamu tahu apa akibat daripada “perbuatan semalam” ini? Selepas ini tidak mustahil orang BUKAN MELAYU akan melawan Sultan setelah melihat Melayu itu sendiri tiada hormat lagi kepada Sultan.

Seriusli, aku takut perkara ini terjadi. Adakah hak Melayu akan terus terpelihara?

5/02/09

bila Amirudin mengatakan. .

Dia kata dia nak pindah sekolah atas. Alasan hanya kerana tiada kawan.

Sebenarnya dia ada kawan, cuma kawan dia bukan satu kelas dengannya. Kira lepas semua teruna2 tu blah, dia seorang sahaja lelaki berbangsa Melayu dalam kelas aku yang stay pasal dia seorang sahaj tak mohon apa2. Aku rasa kalau dia mohon pun dah tentu2 dia dapat. Tapi bukankah sesuatu yang membanggakan kalau kita seorang sahaja lelaki Melayu yang diterima di kelas pertama itu? Apahal nak pindah atas dasar tiada kawan pula.

Rata2 kau akan nampak manusia bukan Melayu yang menakluki kelas pertama SEKOLAH AKU. Kadang2 aku terasa juga seperti Melayu dalam kelas aku tiada function apa pun. Dari ketua tingkatan ke AJK apa pun rata2 manusia mata sepet dan kulit gelap sahaja yang memegang jawatan. Semua kerana kekurangan Melayu dalam kelas aku.

Sama seperti tahun2 sudah, lelaki Melayu selalunya hanya seorang sahaja dalam kelas pertama di sekolah aku. Aku ingat lagi masa 2007, dalam kelas 5 sains 1, hanya ada Ashraf mat songkok sahaja di sana. Begitu juga dengan tahun lepas, Haziq sorang je yang berada di sana. Tapi mereka tak keluar pun hanya sekadar nak bersama kawan.

Persoalan utama pastilah di mana Melayu yang merupakan majoriti rakyat Malaysia berada? Kau akan nampak betapa ramainya Melayu di kelas2 belakang, di masa ada pergaduhan dan di masa orang belum balik, ramai dah cabut dari kelas.

Kekurangan Melayu berkualiti kah kita sebenarnya?




bintangkecil: ini hal dalam sekolah, bukan di luar sekolah.

4/02/09

sehari sekolah siri 003

Perbincangan sepetang bersama shahirah, secara tidak langsung telah membuka rahsia nama seseorang.

Yeha! Finally aku dah tahu nama sebenar cikgu wey. Tapi aku tak sure lagi. Jadi aku tak berani siarkan nama dia dulu. Nanti2 sahajalah.

Sebenarnya tadi di sekolah aku terserempak dengan dia. tapi lain pula jadinya bila kaki aku bergerak laju dan terpaksa melalui jalan jauh hanya untuk tidak bersemuka dengannya. Seriusli aku-ada-rasa-malu-sebentar. Kenapa eh? EE jangan kata aku dah…. HAHAHA

Untuk lelaki2 di sekolah aku yang berjaya masuk MRSM SBP, tak sangka today is our last day. Lepas habis sekolah tadi, bila aku dah sampai rumah tadi, baru korang nak bagitahu pasal ni kan. Cilakak! Tahniah juga untuk perempuan2 di sekolah aku yang satu hapak tak dapat tawaran. Kalau kau jadi perempuan kau akan bengang macam aku.



bintangkecil: nampaknya lepas ni kelas aku akan ada lelaki melayu terakhir. Sabar jelah ye Amirudin. hoho

3/02/09

sehari sekolah siri 002

Untuk 4 tahun aku belajar subjek agama di sekolah menengah, aku rasa tahun ni satusatunya tahun yang buat aku rasa seronok gila belajar subjek tu. Kalau ikut rekod tahuntahun lepas, aku selalu ponteng masa agama. Nak jumpa cikgu ke apa, mesti masa agama. Melainkan kalau ustazah tu garang memang tak berganjak lah aku.

Ada apa dengan ustaz Mubin ni?

Bagi aku dia seorang insan yang cool gila, lepastu aku suka cara dia bercerita. Mengajar dengan cara bercerita lagi bes apa dari belajar belajar belajar. Lagipun sesetengah orang kan kalau dia cerita kita rasa macam nak terus dengar je cerita dia. Cerita dia banyak membuka mata aku. dia lagi hebat dari budak kecik MEGA tu bercerita oh.

Dan setiap kali dia tengah cerita pun, akan tiba2 berlaku banjir kat mata aku. Cuma aku fikir aku kat kelas je. Kalau aku sorang2 dah lama mengalir kot air mata aku ni. gile lah nak nangis tiba2 masa belajar. Huhu. Aku rasa satu kepuasan bila dia cerita. Macam jawapan yang yang kau cari selama ni dah terjawab. Cuma mungkin aku je yang tak pernah terfikir sebelum ni.

Aku rasa tugas cikgu bukan sahaja mengajar, tapi bagi pelajar rasa seronok dengan subjek yang dia ajar. Alhamdulillah untuk tahun ni kira semua cikgu kelas aku buat aku rasa enjoy nak belajar semua subjek. Walaupun adalah yang aku tak berapa minat tuu.

Ada cikgu tu dia suka bagi CD ajarkan. Kan sekarang kalau subjek sains ada CD yang kerajaan wajibkan pasang untuk tontonan pelajar. Tapi masalahnya ada cikgu tuu dia suruh je CD tu ajar pelajar2. klik button play, lepastu dia duduk2 je. Bila masa habis, semua cakap terimakasih cikgu. Kenapa tak terimakasih “CD”?

Ada cikgu tuu dia suka ajar ajar ajar, entah student faham ke tak dia pun tak tahu. Lepastu bila student dapat teruk2, dia suka cakap “ha kan saya dah ajar, awak je yang malas belajar. padanmuka dapat gagal”. kenapa dia tak pernah salahkan diri dia juga ha?


Aku teringin nak sound cikgu macam ni. huhu

2/02/09

mari belajar 001

selamat pagi muridmurid.

oh ya hari ini aku taknak ajar ilmu hisab atau apa sahaja lah yang aku tahu bosan gila dah belajar kat sekolah balik rumah belajar lagi. hari ini mari kita belajar secara riang ria rebina. mana tahu benda ni boleh menggemukkan lagi dompet korangkorang tu ke. kita akan belajar caracara buat "kakiku berbutangbutang".

mula2 macam biasalah kena ada bahanbahan. bahanbahan yang diperlukan ialah stoking busuk, butang baju sekolah, benang, jarum dan gunting ikan.


dah fikir masakmasak apa kau nak buat ke atas stoking tu, kau pun ambil pen dan tanda lah kat lubang2 butang tu. ini untuk memudahkan selain bagi butangbutang tu selari dengan apa yang kau hajatkan ia jadi.


habis tu, kita mulakan sesi menjahit.


berapa jam kemudian korang akan dapat hasilnya. tadaa~




oke sebenarnya aku dapat idea nak buat ni lepas aku blank taktahu apa nak kasi akak aku masa birthday dia hari sabtu lepas. jadi aku terpandang stoking aku terfikir nak buat benda alah ni. nasib lah menjadi. dan aku rasa compare kita buat sendiri dengan beli dekat kedai, lagi bermakna kalau kita buat sendiri kan. lagipun serius aku cakap barang kat kedai hanya buat kau rasa nak memilikinya sendiri daripada bagi kat orang. huhu

kita jumpa lagi muridmurid.

bangun kelas!