17/02/09

Pengajaran Sempurna

Kita tak akan sedar betapa pentingnya sesuatu UNLESS! Unless kau sudah kehilangan sesuatu.

Kisah dimulakan apabila hari ini, hari ini bermulalah tugas aku sebagai quarter master. QM ni lebih kurang macam AJK sukan. Disebabkan aku bukanlah aktif di sekolah, so aku perlukan mata untuk SPM tahun hadapan.

Well, as you know, nak masuk U sekarang bukan senang kacang bergolek dan kalaupun kau cemerlang 10A1, cemerlang, gemilang dan terbilang, it still zero and nothing kalau kau takde kurikulum. Kurikulum atau kokurikulum ha?

Berbalik kepada cerita asal, tadi masa duduk2 di padang, sementara menunggu manusia2 bersedia untuk sukan, mungkin masa tulah phone aku tercicir. Aku tak perasan lagi time tu. Sampai lah aku nak suruh fai snap gambar aku, barulah terasa gelabah bila tiada phone dalam poket aku, dalam beg pun tadak! Aku lari pegi laluan2 yang aku pergi masa aku mula2 datang sekolah. Macam gostan oh dari padang-ke jamban-ke laluan pelajar-ke pondok penjaga-keputusannya tak seperti aku harapkan. Nak jadi cerita tadi hujan, seolah2 hujan memahami apa aku rasa. Weh aku rasa nak nangis sahaja! Tapi cover sahaja, bila kawan aku tanya, aku lagi cover konon tak ada apa2. Baru lah aku mula terfikir benda yang selalu aku campak2 merata2 itu terlalu penting untuk aku.

Tapi Alhamdulillah musibah ini bukan berpanjangan. Rupanya Aisyah M yang ambil phone aku. dia kata aku careless, lepastu dia nampak then dia ambil. Tapi dia tak mahu bagi aku lagi pasal dia nak bagi pengajaran. Supaya aku tak careless lagi. Dan semua orang sebenarnya dah tahu perkara ini. Siot korang! Weh Aisyah M thanks gile! :DD


Hargai apa yang kamu ada sekarang :D


p/s, aku dah kehilangan thumbdrive-gambar aku. bapak aku cakap "ala nanti kau dapat yang baru apa, apa yang kau nak nangis". thumbdrive memang ah boleh beli, tapi kau rasa ada jual ke kenangan dalam dunia ni?
bila agaknya dukacita ini akan berubah menjadi sukacita? :((