5/02/09

bila Amirudin mengatakan. .

Dia kata dia nak pindah sekolah atas. Alasan hanya kerana tiada kawan.

Sebenarnya dia ada kawan, cuma kawan dia bukan satu kelas dengannya. Kira lepas semua teruna2 tu blah, dia seorang sahaja lelaki berbangsa Melayu dalam kelas aku yang stay pasal dia seorang sahaj tak mohon apa2. Aku rasa kalau dia mohon pun dah tentu2 dia dapat. Tapi bukankah sesuatu yang membanggakan kalau kita seorang sahaja lelaki Melayu yang diterima di kelas pertama itu? Apahal nak pindah atas dasar tiada kawan pula.

Rata2 kau akan nampak manusia bukan Melayu yang menakluki kelas pertama SEKOLAH AKU. Kadang2 aku terasa juga seperti Melayu dalam kelas aku tiada function apa pun. Dari ketua tingkatan ke AJK apa pun rata2 manusia mata sepet dan kulit gelap sahaja yang memegang jawatan. Semua kerana kekurangan Melayu dalam kelas aku.

Sama seperti tahun2 sudah, lelaki Melayu selalunya hanya seorang sahaja dalam kelas pertama di sekolah aku. Aku ingat lagi masa 2007, dalam kelas 5 sains 1, hanya ada Ashraf mat songkok sahaja di sana. Begitu juga dengan tahun lepas, Haziq sorang je yang berada di sana. Tapi mereka tak keluar pun hanya sekadar nak bersama kawan.

Persoalan utama pastilah di mana Melayu yang merupakan majoriti rakyat Malaysia berada? Kau akan nampak betapa ramainya Melayu di kelas2 belakang, di masa ada pergaduhan dan di masa orang belum balik, ramai dah cabut dari kelas.

Kekurangan Melayu berkualiti kah kita sebenarnya?




bintangkecil: ini hal dalam sekolah, bukan di luar sekolah.