25/02/09

Tambah Satu Digit Lagi



Masa entri ni ditulis, dah dua hari tarikh penambahan digit aku berlalu. Tetapi tak kisah lah pasal aku still rasa suasana aku lahir masih segar. Rasa macam baru kena sambut oleh doktor kacak kat hospital uh! Ahaha.

Oh ya aku nak ucapkan jutaan terimakasih daunkeladi kepada yang wish aku. Dan tak lupa yang sudi kasi aku hadiah. Betul-betul terharu ni! :)
Kalau nak senaraikan seorang2 yang wish aku, memang tak menang tangan lah aku. Halaman entri ini pun akan jadi panjang dengan senarai nama.

Ah yang penting aku ingat kamu orang yang wish aku kan?

Sebelum hari jadi aku tiba, mak aku ada tanya aku apa aku nak masa hari jadi aku nanti. Tapi masa tu otak aku macam dah ketandusan idea gila. Aku cuma cakap aku tak tahu nak apa. Lagipun kau tak malu ke pilih2 hadiah untuk hari jadi?

Tapi bila fikir-fikir balik, aku betul2 harap dapat hadiah seperti ini masa harijadi aku. Kebahagiaan. Mungkin pasal hari itu aku tak henti2 rasa aku ni budak kurang kasih sayang lah, apalah semua. Hey bukan betul-betul pun. kadang-kadang kan otak kita ni suka memanipulasikan keadaan. Walhal kalau fikir balik, aku manusia cukup kasih sayang kot?

Apa kata hadiah hari jadi aku lepas ni ialah sekotak rasa kebahagiaan, sebentuk rasa kasih, se”teddy-bear” kepandaian, se”kek” pemikiran yang mantap, sebuah kenanagan yang terindah, mungkin aku antara orang yang paling paling paling gembira dalam dunia ini.


Ada siapa-siapa mahu bagi aku? :))


vid bengong masa parti gula. Ahaha.

Forum.

Oh ya sebenarnya hari ini ada comp forum. Kali kedua aku menyertainya. Jadi lebih matang cara penyampaian aku. agaknya lah! Ahaha. Suka hati aku sahaja. Sekurang-kurangnya aku berjaya kalis pentas-takut kali ini. Hoho.

Kali pertama masa tingkatan dua. Jadi juara oh! Tapi kali ini, aku tak jamin apa pun pasal banyak kekurangan dan persaingan habis sengit lah tadi.

Ahli-ahli Forum,
Azren
Azyan
Hidayu
Fairuz


Aku gila rakus nak menang lagi! :))