23/02/09

Hoi Ya Hoi, Rindu!

Aku tertarik nak ulang kata balik apa yang Aimy kata semalam, “kita lebih suka lepak denagn kawan-kawan dari famili.” Entah kenapa kalau difikirkan balik aku rasa memang betul pun apa dia kata. Walaupun famili kita dah kenal kita dari kita kecik lagi, dan kawan kita baru kenal kita setahun jagung je, kita masih rasa kita lagi ngam dengan kawan kita. Oke itu pendapat sahaja kerana aku rasa begitu. Tak kisah lah apa pun, famili masih pertama kan?

Sambung kisah semalam, aku tak sempat nak hapdet apa2 pun pasal semalam punya letih memang di tahap kritikal. Balik2 rumah je, mandi, solat, tidur. Tidur pulak time hujan, tahu jelah betapa nikmatnya masa tu. Macam kau dilarang tidur setahun, then tiba2 kau dibenarkan tidur. Gila nikmat kan?

Sukan

Untuk kali ketujuh sekolah aku menyambut hari sukan, aku berjaya jadi Quarter Master. Lebih kurang macam AJK sukan. Aku jadi penjaga masa. Tapi macam kelam kabut je pasal ni first time jadi penjaga masa. Last2 dah puas dengar bebelan cikgu pasal kerja aku tak bagus, aku turun pangkat jadi tukang angkat bendera merah-putih. Takpe cikgu tu sayang aku, suruh aku buat kerja senang2 je. Ayat penyedap hati. Ahaha

Kalau ikut aku, aku nak tembak je semua situasi semalam, tapi pasal aku kena buat kerja aku, so masa tarik tali sahaja aku dapat lah tembak gambar sikit2. tu pun tak tentu niat nak ambil gambar orang sedang tarik tali atau gambar “wey”. Ahaha.

ha lepastu tiba lah sesi menembak gambar tanpa tujuan. Oh masa ni Aimy, Sara dengan Aina dah pun tiba di sekolah. Aku rindu gila kat dorang. Hari ni lah baru dapat jumpa semula. Cakap pasal gambar, makcik2 ni dah tembak gambar “wey” gila banyak untuk tatapan aku. chey tatapan aku lah sangat! Ahaha. Aku sampai dah malu bila “wey” tu dah mula perasan macik2 ni tangkap gambar dia using my camera! Korang bercita2 nak jadi mamarazi dekat majalah “mango” ke ape? Ahaha.

Muka tehape-hape. Mari teka siapa lelaki berbaju hitam! Haha

Muka-muka orang kuat. Go-Go JINGGA-LA!

Muka-muka suka kamera. Aimy+Aina+Aisyah M =Triple A!

Hoyeh-Hoyeh JINGGA-LA menang oh!

GulaGuli

Sebenarnya ada masalah sikit masa partiliar ni nak mula. First, gula2 dalam bilik guru yang terkunci. Aku terpaksa ulang alik padang, jumpa cikgu2 yang tak membantu untuk dapatkan kunci tu. balik2 dorang suruh tunggu sukan habis. Tanya lagi sorang guru, dia suruh ambil selasa ni. Gila apa! Nasib baik, lepas habis sukan, Puan Tee masuk bilik guru. Bila aku nak masuk dia tanya aku macam aku ni perompak je.

“kenapa nak masuk?”
“saya nak ambil barang dekat meja Puan Fatimah.”
“Puan Fatimah bagi ke?”
“erk? Bagi dia bagi.”
“betul ke?”
“betul-betul-betul.”
“betul ke awak ni?”
“erk?”
Masa ni aku betul2 rasa nak tarik rambut cikgu ni. tapi nasib baik berjaya dikawal. Ahaha.
*pintu bilik guru terbuka, masuk-lari-keluar*
“terimakasih cikgu.”

Tu baru pertama. Lepastu masalah cuaca nak hujan. Seperti yang diramal apabila melihat langit gelap, hujan pun turun gila lebat. Takpe ni namanya hujan rahmat. So segala persiapan semua dibuat dalam balai ilmu. Alhamdulillah berjalan lancar juga akhirnya. Oh ya parti ni untuk Aina yang nak berhijrah ke TIKL esok dan umur aku yang dah bertambah satu digit esok hari.


Manusia di belakang tabir.

Kapkek : Rasa lebih penting dari rupa.

Hoyeh terimakasih daunkeladi semua!

Bangku tulis: Gud Luc Ania(ejaan rosak semua disini Ahaha)

Kata akhir, aku suka parti tak berapa liar ni. eheh liar ke apa! Jinak je. Ahaha :)

SatuKeluarga

Habis dari dua acara tu, bergerak ke rumah Sara. Masa tu aku dah mula ngantuk dan penat gila, pastu hujan lak tu ditrambah aku hanya bersarapan gula2 je dari pagi tadi. lagi lah aku tak berselera nak jalan ke apa, so nak tak nak memang kawan-kawan aku kena jadi pendengar setia rungutan aku. Last2 mungkin Fairuz gila bengang aku non-stop mebebel, dia belikan aku aiskem, weh amazingly bebel aku hilang, penat aku pun 20% dah pulih. Terus bersemangat gila aku jalan ke rumah Sara. Bila fikir balik, ubat kepada bebelan aku mungkin ialah makanan. Taktik saje je tu nak suruh Fairuz belanja aku aiskem! Ahaha

Disebabkan kitorang(aku, Fairuz, Aimy, Sara) semua lapar gila, tak makan lagi, ditambah rumah Sara tiada orang. Jadi semua misi menyelongkar makanan yang ada. Tapi agak kecewa jugalah, semua makanan perlu dimasak untuk dimakan. Pasal semua kureng sikit pasal masak, masakan semua kes cincai2 je. Kitorang siap gaduh lagi kes berebut dapur. Semua dah gila nak masak. Ahaha.

Kau tahu bila kita jarang buat something, then one day kita dapat buat, terasa bersemangat gila nak buat kan.

Dah habis gaduh2 kat dapur, at last kitorang decide masak sardine, telur dadar dan ikan bilis nasi lemak. For beginner like us, aku rasa hasil dia takdelah teruk sangat. Masa Fatirah datang rumah Sara, then dia kasi pujian melimpah-limpah ow! Huhuhu aku dah mula rasa lubang hidung semakin mengembang. Ahaha. Sara kata aku dah pass dah ujian memasak, dah boleh jadi isteri orang. Ahaha.

Masa makan, aku rasa indah gila. Tak tahu kenapa terlalu seronok. Masak sama2, makan sama2. Macam satu famili oh. Aku dah terbayang2 masa kitorang besar nanti. Everyday is our day. Full of happiness gila. Haih kenapalah kegembiraan ini mesti sekejap. Tapi kan, aku rasa kegembiraan yang sekejap nyata lebih indah dari kegembiraan yang lama.

Apa korang rasa?


Bila boleh makan macam ni lagi? :)

Jemput makan lepastu dikehendaki kata "sedap". Ahaha

Selagi boleh gelak, gelak lah puas2. :)





bintangkecik: aku tak sempat nak post entri hari jadi aku! Huarghhh! Selamat Bertambah Digit untuk aku, dua tiga kosong dua!