3/02/09

sehari sekolah siri 002

Untuk 4 tahun aku belajar subjek agama di sekolah menengah, aku rasa tahun ni satusatunya tahun yang buat aku rasa seronok gila belajar subjek tu. Kalau ikut rekod tahuntahun lepas, aku selalu ponteng masa agama. Nak jumpa cikgu ke apa, mesti masa agama. Melainkan kalau ustazah tu garang memang tak berganjak lah aku.

Ada apa dengan ustaz Mubin ni?

Bagi aku dia seorang insan yang cool gila, lepastu aku suka cara dia bercerita. Mengajar dengan cara bercerita lagi bes apa dari belajar belajar belajar. Lagipun sesetengah orang kan kalau dia cerita kita rasa macam nak terus dengar je cerita dia. Cerita dia banyak membuka mata aku. dia lagi hebat dari budak kecik MEGA tu bercerita oh.

Dan setiap kali dia tengah cerita pun, akan tiba2 berlaku banjir kat mata aku. Cuma aku fikir aku kat kelas je. Kalau aku sorang2 dah lama mengalir kot air mata aku ni. gile lah nak nangis tiba2 masa belajar. Huhu. Aku rasa satu kepuasan bila dia cerita. Macam jawapan yang yang kau cari selama ni dah terjawab. Cuma mungkin aku je yang tak pernah terfikir sebelum ni.

Aku rasa tugas cikgu bukan sahaja mengajar, tapi bagi pelajar rasa seronok dengan subjek yang dia ajar. Alhamdulillah untuk tahun ni kira semua cikgu kelas aku buat aku rasa enjoy nak belajar semua subjek. Walaupun adalah yang aku tak berapa minat tuu.

Ada cikgu tu dia suka bagi CD ajarkan. Kan sekarang kalau subjek sains ada CD yang kerajaan wajibkan pasang untuk tontonan pelajar. Tapi masalahnya ada cikgu tuu dia suruh je CD tu ajar pelajar2. klik button play, lepastu dia duduk2 je. Bila masa habis, semua cakap terimakasih cikgu. Kenapa tak terimakasih “CD”?

Ada cikgu tuu dia suka ajar ajar ajar, entah student faham ke tak dia pun tak tahu. Lepastu bila student dapat teruk2, dia suka cakap “ha kan saya dah ajar, awak je yang malas belajar. padanmuka dapat gagal”. kenapa dia tak pernah salahkan diri dia juga ha?


Aku teringin nak sound cikgu macam ni. huhu