26/02/09

Aku Tak Rasa Satu Kesalahan Kalau. . .

Kita makan dalam kelas. Aku tak faham kenapa perlu ada undang-undang makan dalam kelas adalah haram. Apa kawalan disiplin kita ni hiperbola sangat ke sampai makan pun perlu masuk dalam kategori kasalahan.

Kantoi makan dalam kelas pun nak masuk youtube. Lagilah tehape-hape. Tak menarik langsung kalau satu kesalahan nak ditayangkan untuk tujuan konon-lawak, konon-gila-salah.

Hey kamonlah. Aku tak lihat kalau kau makan dalam kelas, imej sekolah terjejas pun. Eh entah-entah dapat jadi sekolah terbaik pasal jaga kesihatan pelajarnya daripada sakit perut. :)

Aku teringat masa aku darjah satu, nak minum air pun kena minta izin cikgu. Kadang-kadang tu nak minum air kena minum dekat luar. Seolah-olah kelas adalah tempat untuk duduk-dan-belajar sahaja. Nak minum semua sila tunggu loceng menjerit.

Sila bayangkan kalau semua budak ikut peraturan bangang ni. Kalau mereka tak sarapan pagi ke pasal ada satu lagi peraturan di sekolah murid tak boleh lambat, mungkin mereka akan mati kelaparan di sekolah. (mati terlalu dasyat! Pengsan lah. huhu)
Cuba bayangkan ini pula, kau disabit kesalahan disiplin kerana kau makan dalam kelas. Then cikgu kau panggil parent kau untuk keterangan lanjut. Oke betul-betul kes serius. Ahaha

Cakap pasal makan dalam kelas, aku tak faham apasal mesti wujud golongan yang suka pelik-pelik melihat orang makan dalam kelas. Batak gila ke tak pernah tengok orang makan dalam kelas. “aa yok! Aku kasi tahu cikgu.” Modal dia mahu kasi tahu cikgu jelah. Nak bagi orang-orang yang makan ni takut, cuak le. Eh Eh basi ah taktik tu!

Aku cuma rasa kalau perut kita sakit atau apa je sakit yang bakal kita kena kalau tak makan, adakah cikgu akan bagi cuti sakit sehari? Tak kan! Entah lah tak dapat cuti sakit,lepastu terpaksa berulang alik ke jamban. Yang susah dah-dah tentu kita juga kan!

Aku teringin nak makan tanpa sembunyi-sembunyi lagi. Menteri Pendidikan, tolonglah gubal undang-undang tehape-hape ini. :))