16/02/09

kenapa dipersoalkan?

Seperti biasa hari hapdet blog aku bukan pada hari2 minggu. Jadi ini hari pertama minggu ketiga bulan Februari aku mula menulis. Selamat membaca!

Aku terpanggil nak menulis tentang perkara ini bila ustaz aku memberikan persoalan bagaimana orang yang seksi, pakai baju menampakkan seketul seketul tubuh mereka dan sewaktu dengannya, boleh dapat A untuk matapelajaran agama Islam.?

Sekejap! Ini bukan nak memepertikaikan yang orang seksi, tak alim semua tidak boleh dapat A untuk subjek tersebut, cuma sedikit kehairanan. Kau tak hairan ke?
Tidak mengapa teruskan membaca.

Beginilah, bukankah seorang yang dapat “cemerlang” untuk subjek agama, kita akan terfikir orang itu mestilah seorang yang bertudung sekurang-kurangnya walaupun tak labuh, menjaga adab dan tata susilanya serta menjaga auratnya. Solat fardu mesti cukup. Ini apa yang kita anggapkan. Tapi bagaimana pula kalau yang dapat A untuk subjek itu, seorang yang pergi clubbing, hisap rokok, pakai baju menampakkan landasan warna warni dan lorong atau apa sahaja istilah yang biasa kamu berikan, sembahyangnya jangan dihitung, jarang sekali dia sujud di atas tikar sejadah. Pasti ramai yang mempersoalkannya kan.

“hey, Limah anak Joned itu dapat A agama.”
“anak Joned yang menenggek belakang pakwenye kehulu kehilir itu kah? yang pakai baju size anak bongsu aku tu ke? Ah kau tipu lah.”
“betul Limah, aku pun tak percaya pada mulanya. Anak aku Karim yang hari2 pergi masjid itu pun dapat B. Heran aku!”

Orang akan mempersoalkan apabila personaliti mereka ini tidak seperti yang orang jangkakan. Kau bayangkan jelah, dapat A untuk agama, tapi sayang cara kehidupan langsung tak macam Islam. Jadi kita tertanya2 apa agaknya dia belajar dalam Islam itu? adakah semata-mata hendak mendapatkan A dan langsung tak mendalami dan menghayati apa yang diajarkan?

Rata-rata pelajar pada masa kini hanya belajar untuk mendapat A, untuk mendapat habuan daripada ibubapa mereka, bersaing dengan rakan, untuk diterima di U. Otak mereka sudah di programkan untuk tujuan itu. Percayalah, hanya setengah daripada mereka sahaja yang belajar serta mendalami apa yang mereka belajar dan mengamalkannya. Cuba kau tanyakan kepada mereka matapelajaran yang lepas? Apa kepentingan Pulau Pinang kepada SHTI? Apakah perubahan yang berlaku kepada kain kapas jika dibakar? Mungkin setengah daripada mereka sahaja yang boleh menjawab. Ini bukan soal kuasa ingatan aku lagi jauh berganda dari kau atau otak aku ada thousand of GB, hey ini soal kau mendalami sesuatu subjek atau tidak. Subjek Sejarah pun kena mendalami baru kau faham situasi yang berlaku kan?

Jadi aku selalu berharap orang yang seksi apabila belajar agama, akan bertukar menjadi perempuan yang tak seksi. Perempuan yang tidak bertudung akan bertudung kerana dia tahu rambut itu haram ditayang2kan. Orang yang pergi clubbing, tidak akan ke clubbing lagi kerana mereka tahu tempat itu ialah tempat yang boleh merosakkan mereka. Orang yang dahulunya meninggalkan solat, akan solat secara penuh keraan ia tahu solat merupakan satu kewajipan. Orang yang minum arak, tidak lagi minum dan memabukkan dirinya lagi. Jadi apa guna mereka belajar agama kalau tiada transformasi ke arah kebaikan dalam hidup mereka atau kau masih hanya mahukan abjad A di kertas ujian? Aku pun boleh kasi kau abjad A kalau kau nak. Kau nak tak?



Sesungguhnya Islam itu indah dan mendalaminya ternyata satu kenikmatan yang tidak dapat dibeli.



bintangkecil: aku dalam proses nak belajar secara menghayati dan mendalami setiap perincian matapelajaran. Transformasi secara perlahan-lahan. Sokonglah aku dari belakang. :DD