11/02/09

semalam punya kisah

Semalam hari selasa. Well, budak2 kelas aku semua dah keluar tinggalkan sekolah. Lenggang tambah bosan tambah aman damai kelas aku. Yang tak pergi SBP shoban sahaja. Cuma alasan sekolah yang dia dapat ialah sekolah satu jantina sahaja. Tolak tuah betul mamat ni. If I were shoban, dah lama aku pergi. Sebelum tarikh register lagi. Gatal Gatal gahaha!

7:05 am, Masuk kelas, dah dapat surat dari pak Hafiz. Dari semalam aku tunggu surat ni. aku tahu siapa pengirimnya, Hadri(dia dah pergi MRSM alor gajah, Melaka). Surat kedua aku terima selepas Ramadhan tapi surat dari Ramadhan aku dah terhilangkan pulak. Hadoi. Oh ya Hadri tak cakap apa yang begitu penting pun. Cuma penantian aku selama beberapa hari ini kira berbaloi lah juga. Kau jawab juga aku punya soalan dalam buku “anatomi smktd” kan? Trimas jadi the first person wish aku punya hari tua. Aku sendiri lupa hari umur aku berganda semakin dekat. Bab duit tu aku rasa macam nafkah je kau kasi. Apahal ye Hadri? :))
** dia kasi duit suruh aku beli something for my birthday. Aku lagi rela masuk tabung ikan dari spend apatah. Karut je aku beli nanti. :p

10:20am, tidur sekejap di library. Aku gila ngantuk! Aku nampak encik wey. Tapi cam sengal je dia gi blah lepas nampak aku. apakah? Bukan aku nak tengok dia pon! (fairuz kata ini statement perasan sahaja! HAHA)

10:50am, Masa biologi tadi, fulaweh best gila. Hadri, experiment amoeba kita tak jadi. Aku rasa dah mati kot binatang tu. Takziah buat pak amoeba. Aku baru nak tengok kau buat aksi binary fission, bergerak2 guna false leg kau. Haih meninggal juga akhirnya kau, amoeba. Oh aku ada sediakan gambar semasa sesi perkenalan dengan pak skeleton. Gila best intebiu dia!


Saintis termasyhur Ahaha "amoeba mana kau?"

say hye to pak skeleton. "pak skeleton dah makan?" :DD

hidayu pon nak tumpang famous jugak. :DD


2:10pm, Hadri miscalled. Then kitorang berpesanan ringkas, dia tanya sekolah apalah semua. Aku pulak dah gila ngantuk tak cukup tidur. Semalam ada ceramah dari Firdaus, habis pukul tiga. Memang lah aku tak cukup tidur. Oke sambung cerita tadi, Hadri ada outing sampai pukul enam. Jadi dia balik rumah pakcik dia sekejap. msg punya msg, tup2 aku dah di alam mimpi. Dah syok2 dalam alam mimpi, tak bangun2 pulak. Dah bangun, tengok2 ada 3 sms dari dia. Apatah dia tulis aku masih mamai lagi.

7pm, online dan offline.

11pm, kembali ke alam mimpi semula.


Aku rasa entri ni penuh nama Hadri. tukar tukar.. nanti orang fikir lain pulak. :DD


p/s, hee seriusli aku, AzyanSyahirah bosan gila sekolah tanpa dorang. Perasaan sementara je ni, InsyaAllah.