7/02/09

situasi semalam


"berita harian, pinjam gambar sat na."




krisis politik di Perak. Apa yang aku dapat lihat, dan semua orang juga boleh lihat ialah Melayu sudah pandai melawan Sultan.

Bangsa Melayu dahulu sangat taat kepada Sultan. Kalau korang masih ingat dahulu, Hang Tuah dan ramai lagi tokoh dahulu sangat taat kepada Sultan sebagai contoh Hang Tuah rela rakan bunuh rakan baiknya demi Sultan. Ada satu tokoh tu aku betul2 lupa apa namanya tapi dia sanggup tak berdendam apa2 apabila anak Sultan bunuh anaknya. Kerana satu sebab, mereka taat kepada Sultan.

Jadi apa yang kita boleh lihat sekarang ialah ketaatan rakyat kepada sultan semakin luntur. Aku tak tahu apa sebabnya. Dan yang paling memalukan ialah hampir semua yang berdemonstasi semalam merupakan orang MELAYU. Melayu itu sendiri tiada rasa hormat. Tiada adab kah mereka melawan Sultan?

Aku sedih melihat yang berdemonstrasi semalam kelihatan hampir semuanya memakai jubah, berbaju putih, berkopiah di kepala dan ada yang bertudung labuh. Dan mereka semua itu baru sahaja selesai menunaikan solat jumaat! Apa yang mereka ingin tunjukkan sebenarnya? Menukar persepsi orang mengenai orang baju jubah pakai songkok dan bertudung labuh juga boleh berdemonstrasi?

Mereka hanya mencemarkan imej mereka sebagai satu parti yang orang anggap sebagai parti yang warak, alim dan sebagainya. Sampai ada yang baring semua lah. Aku rasa pasti mereka tahu yang segala yang berlaku ini adalah di bawah kekuasaan Allah S.W.T dan manusia hanya merancang sahaja. Jadi mengapa perlu terlalu melatah? Macam mereka tidak tahu yang Sultan punya kuasa melantik Menteri Besar. Tidak belajar sejarah kah masa sekolah menengah?

Mungkin mereka terlalu teruja pada satu saat apabila ketua mereka dilantik menjadi MB dan siapa tahu keterujaan mereka malangnya hanya bersifat sementara sahaja. Seterusnya berlakulah ketidakpuashatian dan sebagainya yang akhirnya telah mencetuskan demonstrasi jalanan. Dan sikap terlalu beremosi itu secara halusnya telah merosakkan imej mereka sendiri. Apa persepsi masyarakat selepas ini mengenai PAS? Parti yang tiada nilai hormat kepada Sultan.

Bagi aku, bukankah perkara seperti ini boleh dirunding secara elok dan baik. Dan sedarkah kamu yang sebenarnya Melayu hanya melawan bangsanya sendiri. Lain ceritanya kalau yang dipilih oleh Sultan merupakan bangsa cina, jadi kamu boleh menentang. Tapi ini Melayu. Dan mereka sebenarnya tidak belajar dari sejarah2 yang lepas. Yang dahulunya kalau kamu masih ingat lagi, di buku sejarah tingkatan 2 tak silap aku, banyak menceritakan tentang perbalahan antara pembesar2 yang di mana mereka itu merupakan bangsa yang sama, Melayu. Jadi apa kamu dapat lihat seterusnya ialah ada pihak yang akan mengambil kesempatan di atas perbalahan tersebut.

Dahulu di masa sebelum merdeka, pihak Inggeris yang mengambil kesempatan. Aku tak terkejut langsung kalau selepas ini ada “pihak” bukan Inggeris yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi semalam. Akan ada duri dalam daging, dan akan ada juga musuh dalam selimut. Kita patut sedar.

Kamu tahu apa akibat daripada “perbuatan semalam” ini? Selepas ini tidak mustahil orang BUKAN MELAYU akan melawan Sultan setelah melihat Melayu itu sendiri tiada hormat lagi kepada Sultan.

Seriusli, aku takut perkara ini terjadi. Adakah hak Melayu akan terus terpelihara?