31/12/10

Sikit pun tak mahu menyesal

Kalau aku menyesal pun, aku tak fikir yang aku boleh patah balik selain kena melangkah satu kehadapan untuk ubah dunia aku.

Merujuk kepada sebulan yang aku lalui, aku agak menyesal untuk banyak perkara. Tapi oh ya, aku tak fikir ni satu keburukan untuk orang orang yang kurang berfikir dengan lebih matang dan bergaya untuk putus asa dengan kehidupan. Kalau tak menyesal, tak akan datang satu pengajaran berguna, mungkin.

Tadi aku buka page azim suhaili, dan aku tahu dia baru je selesai pergi RANTAI ART EVENT. I was envious. Terasa nak cakap, HEAVEN doh kalau aku dapat pergi sana macam tahun tahun lalu. Duh, padahal tahun tahun lalu yang aku pergi tu tak de lah fun tahap kapkek. ZZZ

26/12/10

SAG S/B


Ini benda normal kan, kalau kau dah 7 tahun tak jumpa kawan baik kau, bila jumpa balik kau macam tertunggu tunggu dia nak cakap apa, dan dia tertunggu tunggu kau nak cakap apa, padahal kawan baik tu. KAWAN BAIK TUU!
Ya, aku sedang bercakap tentang childhood friends yang aku jumpa di dalam ciptaan Mark Zuckerberg. Aku bengang mungkin atas dasar aku jadi janggal dan dia jadi janggal tak tentu pasal.

25/12/10

Saka butang translate

kalau ada butang translate, cepat cepat tekan, sebab kau akan nampak something yang kau patut nampak tapi tak nampak, dan kau akan gelak untuk sesuatu yang bersifat tersembunyi.

Kalau kau ada kawan, suruh dia cakap perihal engkau, sebab kau akan nampak something yang kau patut nampak tapi tak nampak, dan kau akan tersentap untuk sesuatu yang bersifat tersembunyi.

Jadi, aku andaikan sesuatu yang tersembunyi itu sangat unexpected dan well, jujur kan benda paling cool kalau kita dapat tahu dari orang yang kita mahu. :DD

Oh ya, tadi aku tekan butang translate english untuk blog aku, means dari segi konten nya pun ditukar english, ini apa yang aku dapat. Tak banyak beza, tapi sangat mempesonakan untuk baca belog kau sendiri tapi dengan cara lain dan lebih kepada nak gelak sebab translator jejaring ni bukan boleh pakai sangat. Tapi yelah dia dah try the best kan. :D

"Speak as a student: If someone tu is something, I think We Are all experimental reference kingdoms" Perhaps this feeling any medium Vomit. But, I write to komplasensi notes for majoriti WHO have an excess of expectations.Congratulations Entertaining Rumi.

Haha

23/12/10

Being an adult kadang kala tak cool

Kalau aku boleh jadi macamana aku yang dulu,
Aku akan gembira untuk semua perkara,

Cakaplah tentang 24/7 fikiran benda tak ada logika,
Cakaplah tentang halusinasi yang kompleks,
Cakaplah tentang rasa hati yang gila susun atur permainan gambar,
Cakaplah tentang imaginasi yang penuh tanda eksklamasi,

Mungkin aku tak akan rasa apa apa.

Atau benda ni normal ke untuk sesetangah dari aku yang sama menjejaki 18 tahun?

Betul betul terasa bodoh, bebal dan bbbbbb,

13/12/10

Benda Ni Normal Kan?



"Dengan adanya benda ni, tiada lagi masalah sesat naik train"

12/12/10

Satu Langkah Ke Hadapan



Mungkin kau tak percaya kalau aku cakap, orang Bagan Datoh pun boleh terbang Tokyo. Haa "Orang Kampung Boleh" wa cakap luu.


Sebentar tadi, Fida dengan girlfriend dia datang hantar aku kat airport. COOL kan? Oh ya, aku terharu sebenarnya. :D

11/12/10

FEWEL







Gathering dengan dua puak yang berbeza sifat sangat cool. At least aku berjaya suit myself dengan dua situation yang berlainan. Kadang kala kita kena admit yang kawan sekeliling ialah imej diri sendiri. Bukan untuk kata menjadi orang lain, tapi lebih kepada kondisi sesuatu. Mungkin.

Well, speaking about farewell, aku kena cakap benda ni yang aku suka bila ada farewell. Sebab bila ada farewell akan ada gathering, dan kan susah tu nak gathering kalau dah jauh jauh jauh dan masa masa masa. Dan mungkin bila masa ini diulang tayang kembali(sebagai contoh bila kau tengok gambar) kau sendiri tak tahu bila kau berkawan dengan mereka, dan mungkin kau dah ada pengganti untuk yang lama atau mungkin kau tak tahu nak perilaku macam kau biasa lakukan dulu.

Yelah, masa betul betul ubah kita kan?

Untuk Pengetahuan Orang Orang Yang Sempurna Fizikal

"Terima kasih untuk hari yang bakal mendatang, sekurang kurangnya aku tahu apa itu yang dinamakan kebenaran"

Aku pernah dengar kalau apa yang kita lalui kalau tiada penghujungnya, kita tak akan tahu apa yang terselih dalam celah celah kehidupan kita. Penuh rahsia. Sama macam kalau habis sekolah, baru kita dapat tahu macam macam termasuk lah cerita yang hutang yang tak berbayar, salah yang tak pernah diungkit, kenangan yang tak pernah dikenang dan termasuklah cerita peminat rahsia.

Pelik kan?

Kenapa tak pernah terfikir untuk lakukan pada permulaan. Sebab kita mungkin akan terlewat. Em itu kan rugi

8/12/10

Tray Besi




Betulke benda ni macam ni susah nak tinggalkan tapi senang nak lupakan? Ya, benda macam ni lah. Benda benda pasal sesuatu yang dah lama bersama then terpaksa tinggalkan?

Musykil tak sudah sudah :?

SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH: 22062009 - 08122010


7/12/10

Nescaffe





Takkan nak aku beritahu info pasal layang layang pulak? :PP