18/06/10

Entah siapa siapa yang buat hamba begini

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku galak benar kalau nampak seorang lelaki ni. Hidung mancung, leher jenjang, pinggang ramping, kulit mat saleh. Eh dia specky. Ah Mulelah kaki terbang-terbang, badan jadi rigan semacam. Nak jatuh, tapi entah dia mampu tak angkat aku. Berat aku dah naik ni. Betul, dah naik. Kalau ada Dr. Rozmey sekarang, aku nak suruh dia kecilkan apa yang patut dekat anatomi aku, lagi-lagi cheeck wall aku. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku jadi stalker percuma dia. Di mana dia berada aku berada juga. Dengan siapa dia text, style rambut terbaru dia, muka surat buku undang-undang yang dia suka, semua aku berjaya selongkar. Punya gila aku satisfied masa tu, hanya Allah yang tahu. Sipi-sipi aku rasa kalau dia buat contest memenangi hati dia, mungkin aku boleh jadi juara. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku ada terbayang dia dalam mimpi aku. Cuba kalau dia jadi milik aku, Mungkin aku akan suruh dia mendeklamasikan sajak setiap bangkitnya aku dari tidur. Atau mungkin dia boleh buat secawan happiness dan penkek cinta. Masa itu kalau Nasi Kandar Beratur ada pun macam angin lalu je. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Ada satu masa dalam tahun 2009, aku ada terfikir kalau ada orang yang mulut murai tak henti henti bercakap, aku mahu dia seorang sahaja. Tak lebih tak kurang. Sebab setiap apa dia kata ada intipati yang boleh membina kehidupan. Bukan nakcakap apa, aku rasa doktrin daripada dia berjaya serap dalam anatomi aku. Atau mungkin betul sangat kita memang ditakdirkan bersama atau simply said kita ada chemistry. Jadi, kau tahu kenapa kan?

Jangan tipu kau tak tahu, cikgu aku kata kalau kita suka orang tu, orang tu mesti dapat detect jugak. Jadi kau tahu kenapa kan?

Ah apala bosan cakap dengan orang tak faham.