2/01/09

sawadikap 09

assalamualaikum dan selamat sejahtera. hari ini bermula lagi satu tahun untuk kita semua. selamat tinggal kosong lapan. kita buka buku baru dengan dua digit terakhir kosong sembilan. semoga tahun ini lebih bermakna buat kita semua. insyaAllah. dan soalan paling popular, apa azam kamu?

p/s, aku tak reti buat speech lah! maaf.


semalam aku tak tengok konsert. apa cerita ya? meriah ke. pagi2 tengok gambar2 'fire flower' gila lawa dekat star. aku dah tido pukul 11 dah. ngantuk punye pasal. main mercun, bom, bazuka dalam mimpi aku lagi best.

since cuti ni, aku rasa aku banyak tido. tapi tulah. harini dah masuk new year kan, aku dah berazam akan mengurangkan tido. mungkin dari 8 jam sehari akan bertuka ke 7 jam 59 minit sehari. insyaAllah.

aku tak sempat list semua azam aku. malas punya pasal. aku kan suka hangat hangat tahi kobao je ni. entah betul2 bersemangat nak menunaikan segala azam aku ni ke tak. tapi pedulik apa. kita kena berazam untuk berjaya betul tak?

* menjadi anak kebanggaan ibu bapa. woyeh!!

* menjadi insan berguna kpd agama, negara dan masyarakat
* aku nak cipta record this year taknak kena marah dengan parent aku. insyaAllah :D
* pangkah gagal untuk semua subjek. aku A1! haha bersemangat gila.
* aku mahu fulus lebih. ekonomi merosot deh.
* menjadi muslim yang lebih muslim.

* siap homework. selama ni aku hanya siap homework mrs kanniga je.

'dengan berkat dan usaha pasti boleh ! ho yeh!'

happy new year !


p/s, yo cik sara atikah, happy birthday! ada sapa2 lagi lahir hari ini.