24/01/09

aku rasa ada hikmah kot

aku tak dapat sbp. kita tunggu mrsm pula!

kalau ikut aku, pagi tadi aku malas gila nak kasi no giliran aku kat bapak aku. lagi pulak satu family aku dok menghadap pc sama2 dengan aku. semua nak tengok keputusan sbp aku. bila keluar je ayat,,

"Harap Maaf, Anda Tidak Mendapat Sebarang Tawaran. Sila Klik eRayuan Untuk Membuat rayuan"

ceh betul2 macam apa aku jangkakan. lepastu mula lah kerja aku melihat kawan2 aku punya keputusan. surpisingly, hanya kawan aku yang berjantina lelaki je yang diterima. even ada di antara mereka dapat 7as. di mana perempuan?

oke aku bukan envy ke apa. maybe markah aku tak sehebat mereka. maybe takde rezeki. or maybe like ayah said, ni mungkin apa yang terbaik buat aku.

tapi kau tak rasa ke, zaman sekarang ni, banyak peluang untuk kaum lelaki. cuma tak banyak je lelaki yang sedar dan mahu berubah maju.

aku teringat masa aku form1. patutnya kelas kedua untuk orang yang dapat 4a untuk upsr. tapi lain pula jadinya bila lelaki yang score 3a boleh masuk whereas kawan aku yang 4a kena masuk kelas ketiga. aku tanya apasal. dorang kata sebab LELAKI. oh oke!

kalau macam tu aku pon boleh dapat masuk kelas kedua masa form1 asalkan jantina aku adalah lelaki. sama seperti sbp. dan aku rasa mrsm pon macam tu juga. semua lelaki kena di dahulukan.

aku bukan nak kata lelaki tak pandai atau perempuan terlebih pandai. seriusli aku pun bukan dalam kalangan wanita bijak. cuma korang tengok lah. mana2 U pun perempuan mesti lagi banyak. dalam kelas pertama contohnya pun perempuan lagi banyak dari lelaki. jadi persoalannya mana lelaki?

untuk mengelakkan perempuan menjadi terlalu ramai, mereka terpaksa mengambil lelaki dan meminggirkan wanita sementara. benda ni terlalu unfair bagi aku. aku tak heran langsung kalau memang semua lelaki sedar benda ni, tapi apa yang aku yang bengang bila segelintir je sedar. seolah-olah mereka tak perasan yang peluang mereka sentiasa cerah.

dan bagi kaum perempuan pula, mereka terpaksa bersaing secara total bagi mendapat result yang terlalu superb supaya boleh melayakkan diri. kalau pun result diorang lagi hebat dari lelaki, dah jadi satu adat untuk mendahulukan kaum lelaki kan. lagipun rata2 kita guna adat temenggung kan bukan adat perpatih.

akhir kata dari aku, wahai sekalian kaum lelaki, korang patut bersyukur meh dengan segala kurniaan ini.