3/01/09

untuk dua hari lagi

korang akan mengalami ini bila ke kedai bata, kamdar etc. sesak dengan mak bapak sekali anak dorang. masing2 sibuk try baju putih berkasut putih. pekerja2 kat situ pun tak menang tangan layan karenah mak bapak. bukan karenah budakbudak.

kadang2 aku rasa, sebenarnya mak bapak lagi excited bila nak buka sekolah ni.

aku akan guna ayat standart; pejam celik pejam celik dah nak sekolah balik. rasanya macam baru semalam aku dapat surat dari sekolah tertulis ayat 'pemberitahuan cuti sekolah tahun 2008'. tak sangka lagi dua hari sekolah mahu beroperasi kembali.

aku rasa masuk sekolah tahun ni macam suram. tak menarik. semakin terasa kehilangan kawankawan.

aku tak prepare apa pun untuk tahun ni. baju, kasut segala aku tak beli lagi. hanya menyaksikan adik aku bersepatu dan berbaju baru. aku pasti dia akan nampak kemas smart di pagi pertama sekolah.

aku bajet habis pmr macam habis spm. merdeka gila dah tak sekolah. ya aku harap itu semua. tapi ada dua tahun lagi aku nak habiskan sisa2 sekolah ni. dua tahun bukan lama kan? dan kata cikgu sekolah bukan sesuatu yang membosankan.

aku ada cakap kat mak aku, baju tahun ni beli sepasang je pasal aku tengok tahap ketinggian aku macam dah terbantut je ni. baju last year mesti boleh pakai lagi kot. cuma aku benci gila baju last year, made in kamdar. baju kamdar selalu terlebih size dengan aku ni. lebih kurang seperti cicak berbadan gajah. dan bapak aku pernah kata,'kamdar untuk orang besar'. plus i'll be going to MRSM insyaAllah. jadi tak guna beli baju banyak2.

kalau sampai raya cina aku tak dapat keputusan yang sahih. ok baru masa shopping baju sekolah aku bermula.

masuk form4 nanti aku akan ke kelas science stream. aku ada study sikit2 subject form4 nanti. tak mahulah kelihatan pelik2 kat kelas nanti. pakcik bio, makcik kimia, abang fizik. satu family subject sc stream tu aku dah kaji. oh aku rasa makcik kimia saja yang aku kamceng. yang lain susah nak kamceng. lain jantina deh. er aku letakkan setiap subjek ada jantina.

kau nak tahu jantina subjek bio ape? dua2. dia khunsa sebab tu kau boleh tahu pasal laki or perempuan dalam subjek tu.

aku pernah dengar ayat ini; bercinta dengan buku, berkahwin dengan kejayaan blablabla boring! selalunya akan diselitkan dalam ruangan ucapan dalam buku khas, biodata kawankawan. sebenarnya kalau kau tengok pada ruangan ucapan, mereka selalu berkata benda yang sama; good luck. aku bosan. sebab tu aku malas nak miliki buku biodata lagi.

bebalik kepada ayat tadi, aku langsung tak faham hingga kini. aku rasa kalau kau ada kesedaran kau tak perlukan ucapan berbaur kecik2 dah gatal nak kawen. aku pernah try setiap inci perkataan dalam ayat tu. aku still tak boleh bercinta dengan buku. hati aku tetap terpaut pada manusia.

aku rasa janggal cakap i luv u dekat buku.


aku rasa entri kali ni dah macam belacan gila. berterabo. semua gaul macam rojak. kalau korang tak faham apa inti dalam karangan aku, cuba fahamkan ayat di bawah ini sahaja.




happy kembali ke sekolah