30/12/08

hari ini jam 1 petang

keputusan terjawab sudah.

muka sebelum ambil result. masa ni aku tak melangkah ke sekolah lagi pun. biar lambat asal selamat :D

berdoa dalam ke-nervous-an


bila aku tengok phone aku, dah berapa orang dah msg aku. semua tiba2 dah daftar jadi penjaga tepi kain batik aku. 'weh kau dapat berapa?' yang aku herannya, bila aku sendiri tanya soalan yang sama, banyak pulak dalih mereka. aduh trimas lah kerana prihatin. tiba2 je cik siti pai kata 8 orang je dapat 8A. aduh hancur luluh harapan aku. harap2 kau saja nak mencuakkan aku siti pai.

datang2 sekolah je aku dah nampak puan timah bersama kenderaan bergeraknya keluar dari sekolah. aih baru pukul 1, takkan nak balik kot. aku punye result macam mana. emon suruh aku pegi balai ilmu, balai ilmu pun kosong nak pegi apa. aku jumpa cikgu kelas sebelah, dia kata, 'tulah kenapa datang lewat sangat.' haih cikgu ni. nak bantu atau nak sindir aku datang lambat.

masa aku datang tu tak ramai yang ada. kosong. seperti mana aku mahukan. aku ambil result pun dekat pejabat. agak lama lah juga aku menunggu dengan ke-nervous-an cik kerani tu bagi aku punya result. saat2 yang dinantikan. saat mengira huruf A di atas kertas putih itu.
*
*
*
*
*


Alhamdulillah. tak ku sangka kan. macam dalam alam fantasi pun ada jugak. :DD

ucapan terimakasih daunkeladi kepada
* Allah s.w.t
* parent aku yg banyak sound aku suh belaja
* cik jah. trimas 4 d exam paper
* cikgu cikgi yang garang tapi cute. haha
* rakanrakan seperjuangan
* sasbadi, pelangi dan apetah lagi
* kantin sekolah. trimas jual makanan takberkhasiat
* rtm2. trimas tayang cite olivia masa aku pmr
* streamyx. tanpamu siapalahku. :D
* anda. trimas kerana berkongsi kejayaan ini dengan aku.

dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, aku ucapkan trimas jutajutajuta. tak lupa juga kepada insan insan yang bagi wish selamat dan mendoakan kejayaan aku. semoga korang murah rezeki. :DD




p/s, sekarang menanti result mrsm pula. aduh satu satu.