19/12/08

msg sumpahan

semalam sebelum tidur aku dapat msg yang paling aku meluat nak baca. dalam otak aku, 'apa punya orang la boleh caya benda karut ni'. lagi2 cousin aku yang send, mule lah aku terasa nak maki. tapi nasib baiklah emosi berjaya dikawal.

' forward, calon2 PMR pada tahun 2008 akan menerima result muktamad pada 27 Dis tahun ini. forward this to at least 5 of your form3 friend or u'll get bad result!! go!! '

cam cipan! aku tak tahu pulak setiap msg macam ni selalu ada sumpahan niang rapik. msg yang dah dibomoh oleh degawan cite susuk tu. macam mana lah orang boleh dapat idea karut mencarut nak buat msg macam ni. pertama menghabiskan kredit. aku memng kedekut kalau soal duit2 ni. kedua, dah tentu syirik. yang banyak sangat orang pegi pecaya buat apa. kan semua tu kuasa Allah. kalau kau bagi beribu2 orang pun kalau kau tak buat solat hajat semua takde guna gak. lagi satu, macam lah orang tak tahu 27 Dis ni amek result. tv3 pon akan siarkan lah nanti. hai manusia manusia.

orang melayu ni memang suka percaya benda mengarut. tu pasal setiap malam jumaat je adalah cerita2 pontianak sundal la, niang rapik lah, toyol buncit lah. baru dapat msg tu, dah hantar kat semua. yang hantar dapat dosa, yang percaya tumpang sebakul dosa. dan sape yang hantar kat aku, dapat sindiran percuma. bes kan?

dulu aku pon pcaye benda2 karut ni. kau tahu jelah bila perasaan cuak bermain di minda. lagi2 ada sumpahan tu kata 'sila send tidak anda akan dapat benda buruk'. lagilah dah ber'roller coaster otak aku ni. hantar2 je dapatlah satu sindiran bermanfaat sampai mengubah aku menjadi orang macam ni. tapi elok jugak tu. at least aku takdelah berfikiran tahyul.

sebenarnya kalu kau fikir panjang takde nye kau percaya benda karut yang menakutkan kau ni. kau lebih takut dengan kuasa msg yang direka oleh manusia sendiri. Allah lagi berkuasa. lagi baik kau mintak tolong dari Allah untuk dapat result hebat2 kan kan.

yang tengah sakit hati,,