29/12/08

bila orang sibuk berkata tentang esok

sebab esok tigapuluh haribulan.


akan ada manusia yang tanya soal target. 'kau target berapa?'. tak kisah tua atau muda, soalan yang sama juga akan diutarakan. macam dah takde soalan lain. lepastu ada jugak yang akan menyambung soalan tadi dengan ayat 'kau pandai mesti dapat result hebat'. cam apetah sambungan ayat tu. apa motif sebenar pon aku tak tahu. jadi apa target aku? aku sendiri pun kurang pasti berapa target aku. aku rasa macam enam je. tapi aku nak lapan kalau boleh. yelah semua orang mesti nak straight A kan.

bila cakap pasal esok. dah tentu2 lah aku dalam keadaan nervous. nak tulis entry ni pun dah ambil masa berapa jam dah. type sikit je, dah tersasar jauh fikiran aku melencong untuk hari esok. 'nak pakai baju apa ye?'. masa darjah enam dulu aku pun sibuk fikir tentang benda ni. haih budakbudak lagi. aku cuma fikir pasal baju apa aku nak pakai besok. mungkin jika pakai lawa2 baru akan dapat result lawa2. ye kot. petua bidan mana tah aku pakai. sekarang pun ada jugak aku fikir. cuma tak sedalam dulu lah. mungkinkah aku akan berjubah esok? siapa tahu kan.

tanpa membuang masa kerana masa itu emas, ucapan good luck dan semoga berjaya untuk yang ambil result esok. semoga kita samasama dapat straight A's.


aduh! aku cuak gile ni. tak dapat tulis panjang2. jari jemari aku sume dah tak senang duduk ni. salam untuk semua dari aku yang nervous.





p/s, kalau tak keberatan doa2 lah untuk aku ye. trimas jutajutajuta. semoga rezeki korang sentiasa melimpah ruah. Amin.